Bacaan Popular

Jumaat, 4 September 2015

Nafas Baru Andalusia

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Beberapa hari lalu kita melihat beribu-ribu pelarian @ yang mereka namakan pelarian tetapi sebenarnya PENGHIJRAHAN secara besar-besaran rakyat Syria menyusup masuk ke Bulgaria kemudian meneruskan perjalanan mereka dengan keretapi menuju Jerman. Dasar Eropah yang membenarkan perjalanan masuk dari satu negara kesatu negara lain tanpa pemeriksaan telah memudahkan penghijrahan umat Islam ini. Sememangnya Allah ta'ala telah buat keputusan agar orang Eropah bersatu menggunakan satu visa sahaja dan dengan satu visa itu kita boleh kemana-mana dalam Eropah tanpa perlu melalui sekatan Imigeresen lagi, dan dengan kemudahan itu memudahkan penghijrahan berlaku.

Oleh kerana dunia ini mempunyai asbab keatas setiap perkara yang berlaku maka asbab perang di Syria ialah umat sudah tidak ta'at kepada perintah Allah dan RasulNya maka Allah ta'ala buat keputusan untuk menghantar pemimpin yang kejam untuk mereka sehingga mereka terpaksa meninggalkan kampong halamannya.

Dengan pendatang dari benua Afrika yang telah sedia ada di Eropah yang kebanyakannya  beragama Islam maka kedatangan mereka yang lari dari perang di Syria lagi akan menjadikan jumlah orang Islam di Eropah semakin meningkat. Dengan cara ini tidak hairan lagi bagaimana Islam akan menguasai Eropah dalam jangka masa yang singkat.

Seperti lazimnya berlaku perkahwinan campuran antara orang tempatan (Eropah) dengan pendatang akan berlaku dan jumlah yang akan berpindah agama lama kepada agama Islam akan meningkat juga sehinggalah keturunan mereka ada yang memiliki perniagaan besar di Eropah dan ada yang menjadi Ahli Parlimen disana. Pasti dan pasti undang-undang Islam akan dikuatkuasakan disana dalam waktu yang panjang. Ini juga bermakna benua Eropah bakal dikuasai orang Islam memandangkan orang Islam lebih besar keluarganya berbanding orang Eropah. Rata-rata kita semua tahu keluarga orang Eropah terdiri dari empat atau lima orang dalam satu keluarga tetapi orang Islam apabila berkeluarga pasti ramai anak-anaknya itu belum kira yang berpoligami lagi.

Alhamdulillah kita sudah nampak bagaimana agama yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w. akan berkembang kembali di Eropah dan seterusnya terus berkembang diserata dunia seperti yang diriwayatkan dalam banyak hadith Nabi s.a.w.

Namun kita disini (di Malaysia) turut menerima impaknya) sedang dibanjiri pelarian Rohingya dari Myanmar. Mereka juga sama seperti orang Syria. Nilai agama semakin merosot dikalangan mereka, iman semakin tipis sedangkan perkara keduniaan semakin tebal dalam hati mereka maka Allah ta'ala buat keputusan untuk menghantar pemimpin yang kejam sehingga mereka terpaksa meninggalkan kampong halaman mereka dengan jalan laut.

Diringkaskan cerita apa yang berlaku semuanya telah tersurat. Allah Maha Mengatur, Maha Menyusun, Maha Penyantun. Setbanya mereka di Eropah Allah ta'ala nak tengok bagaimana orang Eropah menerima mereka, dan Allah nak tengok setelah mereka sampai ke Malaysia bagaimana orang Malaysia sambut mereka. Adakah orang Malaysia menyambut orang Rohingya sepertimana orang Ansar menerima kedatangan kaum Muhajirin di Madinah dulu.

Jikalau layanan sebaik Ansar dengan Muhajirin maka Rahmat Allah ta'ala akan turun. Orang Malaysia boleh menunjuk ajar kepada orang Rohingya pentingnya menta'ati perintah Allah ta'ala dan RasulNya. Setiap jiwa kena bagi masa dan diri untuk agama kerana Allah ta'ala telah sebut dalam al Quran dalam surah at Taubah ayat ke 111 


۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

yang bermaksud; 

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.'

Lama dulu kita sudah berazam untuk menjadikan jumlah penduduk Malaysia menjelang 2020 seramai tujuh puluh juta orang (70,000,000) sedangkan sekarang kita hanya ada tiga puluh juta sahaja. Bagaimana hendak mencapai azam tersebut sedangkan tempoh untuk tahun 2020 cuma lagi lima tahun sahaja lagi. Inilah Allah ta'ala hantar orang-orang Rohingya ke Negara kita untuk pada tahun 2020 kanak-kanak yang menjadi pelarian pada hari ini akan mendapat MyKad seperti anak kita pada tahun 2020, merekalah Warganegara di Malaysia pada masa depan. Oleh kerana Allah ta'ala telah memberi kefahaman agama kepada ayah dan ibu mereka maka keta'atan mereka kepada Allah ta'ala serta RasulNya lebih tinggi dari kita sendiri.

Jangan khuatir suatu hari nanti kita akan menerima menantu Bangla atau Rohingya, yang penting mereka Islam dan dapat menjaga agama dengan sempurna.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan