Bacaan Popular

Jumaat, 14 Ogos 2015

Syurga dan Neraka



Suatu ketika Allah s.w.t. berfirman kepada Jibrail a.s. 'Pergilah engkau lihat syurga yang Aku ciptakan' maka Malaikat Jibrail a.s. pun pergilah melihatnya. Setelah kembali maka Jibrail a.s. berkata kepada Allah s.w.t., 'Wahai Allah, dengan keadaan syurga yang sedemikian aku pasti tidak ada seorang pun yang tidak berhajat untuk masuk kesana.' Kemudian Allah s.w.t. meletakkan hukum-hakam dalam beragama sebagai garis serta hiasan untuk ke syurga kemudian sekali lagi Allah ta'ala menyuruh Malaikat Jibrail a.s. pergi melihatnya. Setelah melihat buat kali keduanya maka Jibrail a.s. pun berkata, 'Wahai Allah, aku bimbang tiada seorang pun yang akan layak kesyurga'. Malaikat Jibrail a.s. berkata sedemikian kerana syurga telah ditutup dengan hukum-hakam dalam beragama sehingga sukar dimasuki kecuali bagi sesiapa yang dapat mengikut hukum-hakam tersebut semasa menjalani kehidupan di dunia.

Di suatu ketika kemudiannya Allah s.w.t. telah mencipta neraka lalu Allah ta'ala berfirman kepada Jibrail a.s. agar pergi melawat keadaan neraka itu. Maka Jibrail a.s. pun pergilah melihat keadaan neraka yang baru diciptakan itu. Setalah kembali dari melihat neraka maka Jibrail a.s. berkata kepada Allah ta'ala. 'Wahai Allah aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan mahu kesana oleh kerana keadaannya yang sangat menggerunkan itu'. Lalu Allah ta'ala menghias neraka dengan nafsu dan syahwat dunia kemudiannya memerintahkan Jibrail a.s. melihatnya sekali lagi. Setelah kembali dari melihat buat kali keduanya maka Jibrail a.s. berkata, 'Wahai Allah aku bimbang tiada seorang pun yang dapat melepaskan diri dari masuk kesana.'

Begitulah serba ringkas sebuah kesah dari sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang Tok Wan tulis semula yang susunan ayat-ayatnya mungkin berbeza dengan maksud asal hadith tersebut. Namun ia menggambarkan kepada kita bahawa syurga diliputi oleh hukum-hakam yang kita kena patuh untuk memasukinya. Namun dalam hadith yang lain ada dinyatakan bahawa seseorang itu dapat masuk surga dengan Rahmat Allah s.w.t. Oleh kerana Allah ta'ala yang membuat ketentuan maka berhaklah Allah ta'ala memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya walaupun ianya seorang perempuan pelacur.

Hari ini apabila kita baca keseluruhan hadith atau sebahagian khazanah Rasulullah s.a.w. yang ditinggalkan untuk kita pasti kita mendapat jawapan tentang syurga atau neraka.

Dalam hadith yang lain ada disebut berkenaan seseorang yang menjaga solat fardhunya. Menjaga solat fardhu bermaksud mengambil berat waktu solat-solat fardhu dan mengerjakannya di tempat dimana azan dilaungkan. Maksudnya mereka yang solat secara bersendirian atau lewat dari waktu yang ditetapkan tidak dikira termasuk dalam hadith yang dimaksudkan ini.

Mereka yang memelihara solat-solat fardhunya akan mendapat lima pelepasan. Pertama mendapat keberkatan rezeki. Kedua diangkat sifat munafik darinya. Ketiga diangkat azab kubur darinya. Keempat melintas titian sirat sepantas kilat dan yang kelima masuk syurga tanpa hisab.

Jadi sebenarnya nak masuk syurga senang sahaja. Jaga solat fardhu, tunaikan solat-solat sunat yang sesuai dengan waktunya seperti solat tahajud pada sepertiga malam, solat taubat dan solat witir pada setiap malam sebelum tidur. Zikir setiap pagi sesudah subuh sehingga matahari terbit dan sesudah asar sehingga matahari terbenam.

Dalam satu hadith yang lain ada menyebut tentang zikir 'Laillaha ilallah' yang berjumlah tujuh puluh ribu mampu menyelamatkan seseorang itu dari neraka. Zikir sebegini tidak sesuai untuk orang awam seperti kita. Zikir tersebut lebih sesuai bagi ahli tasawuf atau ufi. Bagi kita memadailah dengan 'Subhanallah, Alhamdulillah, Laillaha ilalah, Allahu Akbar' sebanyak 100 selepas subuh dan seratus selepas asar. Oleh kerana zikir empat perkataan ini sangat disukai oleh Allah ta'ala maka tidak molek jika ianya tanpa diiringi dengan selawat keatas Nabi s.a.w. Sedangkan Allah ta'ala sendiri bersama para Malaikatnya pun berselawat keatas Nabi MUhammad s.a.w. inikan pula kita. Jadi untuk lebih comel zikir harian kita masukkan selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 100 kali selepas subuh dan 100 kali selepas asar. Tak susah manapun kan?

Untuk lebih comel dan molek lagi kita tambah lagi 100 istaghfar kerana Nabi s.a.w. sendiri setiap hari beristighfar sebanyak 70 kali. Jadi apa salahnya kita istighfar sebanyak 100 kali pagi dan petang.

Secara ringkasnya kita sudah ada 300 zikir sebelah pagi dan 300 zikir sebelah petang. Jika diteliti dalam zikir itu terdapat 100 perkataan 'Laillaha ilallah' sebelah pagi dan 100 sebelah petang. Ini menjadikan jumlahnya 200 setiap hari. Jika dikira dalam satu bulan ada 30 hari bermakna kita sudah ada stok sebanyak 6000 kalimah 'Laillaha ilallah' dan 6000 jika dibuat setiap bulan untuk 12 bulan bagi setahun sudah mencapai lebih 70 ribu, mengikut hadith yang dikaitkan sebentar tadi (diatas) ianya memadai untuk melepaskan seseorang dari dalam neraka.

Teruskanlah berzikir setiap hari sehingga kita tiada lagi, mungkin dengan sisa nyawa yang Allah ta'ala beri kepada kita kita maseh mampu berzikir lagi 20 tahun dan jika setahun boleh buat 70 ribu bermakna dalam tempoh 10 tahun akan datang kita sudah ada 10 stok zikir yang setiap satunya berjumlah 70 ribu yang mampu menyelamatkan bukan saja diri kita bahkan dapat membantu keluarga kita yang lain. Yang paling penting stok zikir ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. 
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan