Bacaan Popular

Jumaat, 7 Ogos 2015

Landasan

Gambar sekedar hiasan.

Kehidupan kita harus mempunyai landasan sepertimana landasan keretapi. Landasan keretapi akan membawa keretapi dan gerabak keretapi menuju destinasi tanpa tersasar ke tempat lain. Inilah maksud kehidupan kita sebenar. Jika matlamat tersasar maka kehidupan di Negeri Akhirat kelak akan mengecewakan kita.

Begitu juga ketika memandu kereta untuk menuju kesuatu tempat kita harus mengikut jalan yang betul serta sentiasa tawajuh dengan keadaan dihadapan perjalanan itu dan sesekali memandang ke belakang melalui cermin belakang atau sisi. Jikalau terlalu banyak memandang ke belakang pasti tumpuan di hadapan akan terganggu dan boleh mangakibatkan kecuaian serta melibatkan kemalangan dan pastinya kecuaian serta kemalangan itu akan mengecewakan kita serta orang-orang disekekiling kita.

Landasan keretapi untuk distinasi jauh biasanya lurus dan jika dilihat dengan mata kasar pastinya lanasan itu bercantum dihujungnya, namun tatkala kita maju kehadapan dengan kelajuan yang terkawal kita akan dapati bahawa landasan itu tidak bercantum bahkan sentiasa terbuka untuk dilalui oleh roda-roda keretapi tersebut. Lalu kita berasa yakin bahawa landasan itu memang tidak bercantum dan ia menuju distinasi sebenar, sebab landasan itu sentiasa ada orang yang menjaga serta menguruskannya.

Begitu juga perjalanan kita untuk menuju negeri yang kekal abadi yakni 'Akhirat Darul Baqa'. Dalam ssetiap solat kita meminta 'tunjukilah kami jalan yang lurus' (dari surah al Fatehah) namun bila menjalani kehidupan diluar solat kita tersasar dari permohonan kita. Lalu apabila kita sedar kita memandang kebelakang dan membuat pembetulan kita dengan beristighfar maka kita yakin Allah ta'ala telah mengampunkan dosa kita itu lalu kita terus meminta 'tunjukilah kami jalan yang lurus'.

Jalan yang lurus telah ditunjuk oleh Nabi kita Rasulullah s.a.w. melalui hadith-hadith Baginda s.a.w. Setiap hari kita harus baca hadith-hadith tersebut, kemudian kita juga harus membaca al Quran kerana dua khazanah inilah yang berguna kepada kita yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. kepada kita. In syaa Allah sehingga ke Negeri Akhirat Darul Baqa kita semua akan selamat.

Perjalanan dengan keretapi untuk menuju distinasi amat menenangkan kita apabila cukup keperluan. Perkara pertama yang diperlukan ialah tiket yang sah. Tiket yang sah untuk perjalanan ke Negeri Darul Baqa ialah kalimah 'La illaha ilallah'. Tanpa tiket yang sah pasti kita kecewa apabila sampai disana.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan