Bacaan Popular

Jumaat, 3 Julai 2015

Gandaan Pahala

Gambar sekedar hiasan saja.


Seperti yang kita semua telah tahu bahawa Allah ta'ala gandakan pahala dari perbuatan amal ibadah kita pada bulan Ramadhan. Walaupun semua antara kita telah tahu namun Tok Wan berkewajipan untuk memberitahu lagi tentang gandaan pahala pada bulan Ramadhan itu, sebab perkara ini sangat istimewa. Istimewa untuk kita ketahui dan amalkan serta istimewa untuk kita selalu ulang-ulangkan. Maklum saja apabila sesuatu perkara itu diulang-ulang samada ulang cakap atau baca atau tulis maka perkara itu lebih mudah meresap masuk kesanubari dan hati. Jadi ringkas cerita takderlah perkara-perkara yang lara yang dapat peluang untuk masuk dalam diri kita.

Kisahnya begini;

Pada suatu hari Nabi Musa a.s. sedang berjalan-jalan maka tetiba Baginda a.s. terdengar tangisan seakan-akan seorang perempuan. Setelah Baginda a.s. selidiki maka sahlah tangisan itu dari seorang perempuan yang baru kematian anak kesayangannya. Nabi Musa a.s. cuba menenangkannya namun tidak berjaya akhirnya Nabi Musa a.s. bertanya kepada perempuan itu berapakah umur anak yang meninggal itu? Maka dijawab olegh perempuan yang sedang menangis itu, 'Baru 300 tahun, muda sangat lagi'.

Ini menggambarkan kepada kita bahawa umat Nabi Musa a.s. usia mereka panjang-panjang. Ada yang sampai menjangkau 5000 tahun. Sudah pasti dengan umur yang sebegitu mereka yang taat pada Nabi Musa a.s. serta Allah ta'ala dapat melakukan ibadat dengan begitu banyak sedangkan kita ini umat Qatamul Nabi hanya sekitar 63 ke 83 tahun sahaja.

Oleh kerana sifat Allah ta'ala itu Maha Bijaksana maka diberilah gandaan pahala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang berbuat kebaikan pada bulan Ramadhan akan digandakan dengan 10 maknanya sesiapa yang puasa genap dan tambah 6 hari dibulan syawal umpama berpuasa sepanjang tahun. Dan satu malam istimewa yang belum pernah diberi kepada umat terdahulu yakni malam Lailatul Qadr. Ganjaran pada malam tersebut lebih baik dari seribu bulan.

Wah... jika sepanjang usia semasa hidup dibumi ini dapat bertemu dengan 10 Lailatul Qadar pun sudah memadai, sebab sudah mencapai 830 tahun 4 bulan. Bahkan Nabi Musa a.s. sendiri akan cemburu melihat pahala dari ibadat yang membusut tinggi ketika di Padang Mahsyar kelak hanya kerana ibadah pada malam Lailatul Qadar belum kira mereka yang berjihad pada jalan Allah. Mereka yang mengimpakkan harta bagi menghantar seseorang menuntut ilmu agama. Orang yang mengimpakkan masa ketika melakukan kerja dakwah manusia kepada Allah dan orang yang mengimpakkan dirinya untuk jalan Allah. Merteka ini semua akan mendapat gandaan sehingga 700,000 kali ganda dan jika masih bujang alang-alang pun cecah 300,000 gandaan.

Pada bulan Ramadhan ini di samping menjalani ibadah puasa marilah kita bersedekah dan mengimpakkan harta, diri serta masa kita kepada jalan Allah pasti Allah terima dan menyukainya.


La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan