Bacaan Popular

Jumaat, 10 Julai 2015

Agama



Agama ialah cara hidup. Cara hidup siapa? Cara hidup Nabi-nabi a.s. yang Allah ta'ala telah hantarkan untuk manusia di sesuatu kampong, bandar, negeri atau seluruh alam. Nabi-nabi a.s. yang terdahulu ada yang di hantar untuk sesuatu kaum, ada yang dihantar untuk sesebuah negeri tetapi Nabi Muhammad s.a.w. di hantar untuk seluruh alam. Ini termasuklah alam Jinn (alam yang kita tak nampak).

Jadi hari ini orang yang beragama ialah orang yang ikut cara hidup Rasulullah s.a.w. Dengan mengikut cara hidup Rasulullah s.a.w. sebenarnya kita telah menghidupkan satu sunnah Baginda s.a.w. dan barangsiapa pada zaman fahsha munkar ini dapat menghidupkan satu sunnah maka ganjarannya adalah 100 pahala syahid.

Cara hidup Nabi s.a.w. ialah cara yang sederhana walaupun istana Khaisar (Rum) dibawah telapak kaki Baginda s.a.w. pada ketika itu namun tempat tidur Baginda s.a.w. bukanlah mewah bagaikan istana, bahkan bantalnya pun hanya kulit haiwan yang diisikan dengan pelepah pokok kurma.

Kita tidur pada tilam yang empok sedangkan Rasulullah s.a.w. tidur hanya diatas sehelai kain yang dilipat dua. Satu pagi Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Aisyah r.anha mengenai alas tidur lebih lembut. Maka Aisyah r.anha memberitahu kain lapik tidur telah dilipat empat, lalu Rasulullah s.a.w. meminta supaya lipat dua seperti biasa. Begitulah cara hidup Rasulullah s.a.w.

Cara Rasulullah s.a.w. berpakaian juga harus kita ikut. Cara keterampilan Baginda Nabi s.a.w. menjadi ikutan para sahabat r.anhum. Dan sehingga ke hari ini kita maseh dapat melihat ramai umatnya maseh berpakaian seperti yang pernah Rasulullah s.a.w. pakai. Gaya rambutnya yang paras bahu (hampir mencecah bahu), misai yang digunting rapat serta janggut yang di pelihara rapi. Dan yang paling penting kepala tidak pernah bogel atau bertelanjang.

Kepala tidak pernah bogel atau telanjang ini bermakna kepala sentiasa bertutup samada dengan songkok atau serban atau apa-apa kain. Nak makan nasi bersongkok, nak ke tandas bertutup kepala, nak tidur pun bersongkok. Orang seperti ini ada disekeliling kita cuma kita tidak perasan. Cuba perhatikan waktu makan kenduri pasti ramai yang menutup kepala dengan songkok atau serban. Inilah mereka yang beragama.

Mereka yang tidak menutup kepala ketika makan, masuk tandas atau tidur sebenarnya tidak yakin pada iman. Iman memerlukan kepercayaan pada wujudnya para Malaikat. Iman juga mempercayai adanya alam ghaib yang kita tidak nampak mereka tetapi mereka nampak kita.

Bagi makhluk yang jahat yang kita tidak nampak mereka dengan sewenang-wenangnya kencing atas ubun-ubun kepala kita bila kita lupa atau tidak tutup kepala. Makhluk-makhluk yang jahat ini lebih ramai dari makhluk-makhluk yang baik. Untuk memelihara diri kita dari serangan makhluk ini kita harus ada agama.

Seterusnya kita harus berfikiran seperti fikiran Nabi s.a.w. Kita mesti fikir macamana Nabi s.a.w. fikir dan risau. Risau tentang apa? Risau tentang bayi yang lahir sebelum duania Allah ta'ala hancurkan dapat diselamatkan dari neraka.

Kita lihat disekeliling kita ramai anak-anak remaja atau praremaja yang sudah khatam al-Quran namun gagal menghafal hanya surah al Kafirun. Ini kerana bila sudah khatam sudahlah, macam sudah habis SPM, habislah. Agama bukan begitu... agama ialah kita ulang lagi, setelah khatam ulang baca lagi dan tidak habis-habis.

Ketiga-tiga cara yang diterangkan diatas adalah cara Rasulullah s.a.w. yakni cara kehidupan Nabi s.a.w. cara Nabi s.a.w. berpakaian dan akhir sekali cara Nabi s.a.w. berfikir.

Marilah kita memulakan edesi baru dengan mulai bimbang dan risau bahawa ramai yang kita kenali dapat kita ikhtiarkan dapat di selamatkan dari neraka. Di samping itu mulailah kita berpakaian dengan pakaian-pakaian sunnah dan amalkan cara hidup yang sederhana, jika banyak sangat harta sedekah-sedekahkanlah dan tempat memberi sedekah yang terbaik ialah kepada mereka yang keluar pada jalan Allah.

Terbaik antara yang terbaik ialah kita sendiri keluar dijalan Allah dengan harta kita sendiri dan masa. Sebenarnya harta, masa serta diri kita Allah ta'ala telah beli dan Allah ta'ala telah bayar dengan syurga. Bagaimana sekarang... adakah masih hendak berdiam diri?
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan