Gambar sekadar hiasan sahaja.
Syurga mempunyai tingkatan-tingkatannya tersendiri, yakni kelebihan setiap satu antaranya bergantung kepada amalan penghuninya. Jika amalannya tinggi maka kedudukan syurganya pun tinggi juga dan syurga tertinggi dinamakan syurga Firdaus, yakni syurga yang paling hampir dengan Arash Allah. Pastinya syurga ini mempunyai sangat banyak kelebihannya berbanding syurga-syurga yang lain.
Para ulamak, masyaik, muhadithin serta ahli kitab yang terdahulu daripada kita telah menghimpun cerita-cerita tentang syurga daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. serta al Quran lalu perkhabaran tentang syurga dapat kita ketahui pada hari ini walaupun mereka dan kita belum pernah kesana.
Dikhabarkan bahawa seseorang yang mempunyai amalan yang tinggi dan telah berjaya sampai ke syurga maka pintu-pintu syurga itu terbuka dengan sendirinya lalu berkata, 'Selamat datang wahai si fulan'. Lalu masuklah orang yang diberikan syurga itu kedalam syurga Allah itu. Dan tatkala ia melangkah masuk maka segala apa yang dilihatnya didalam syurga itu adalah belum pernah nampak dan belum pernah terfikir akan keindahannya. Begitu juga dengan harum-haruman bayu yang bertiup dalam syurga adalah harum-haruman yang belum pernah di hidu didunia dulu. Harum-haruman yang sangat mengasyikkan. Begitu juga permandangan dalam syurga yang sangat indah yang tidak pernah terbayang dan terfikir oleh akal kita.
Namun sewaktu orang yang memasuki syurga itu terpegun dengan keharuman, keindahan serta berbagai-bagai perkara yang berada didepan matanya lalau ia jadi kagum. Ia akan terpegun disitu dengan mata terbeliak dan fikiran terhenti untuk berfikir lalu tercegatlah ia disitu selama empat puloh (40) tahun lamanya. Empat puloh tahun akhirat bersamaan dengan 120 juta tahun didunia. Setelah genap empat puloh tahun ia tercegat dipintu syurga maka datanglah Bidadari-bidadari yang telah dikhaskan untuk menyambut kedatangannya dipintu syurga. Sebaik-baik ia terpandang wajah Bidadari yang paling depan yang berjalan menghampirinya maka ia akan jatuh pengsan sebab kecantikan yang teramat sangat sehingga tidak menduga secantik demikian.
Tetapi para masyaik juga ada bagitau bahawa kejadian pengsan selama empat puloh tahun itu hanya akan berlaku kepada orang awam (orang biasa) dan tidak akan berlaku kepada para Nabi s.a.w. atau Nabi-nabi a.s. serta para Da'i. Sebaliknya apa yang berlaku ialah ketika para Bidadari terpandang wajah mereka ini maka para Bidadari itulah yang pengsan kerana melihat wajah manusia khas ini. Wajah-wajah manusia khas itu telah Allah ta'ala hiaskan dan indahkan sehingga Bidadari pula yang pengsan. Ringkas cerita kita harus berusaha untuk menjadi Da'i. Da'i ialah manusia yang bekerja dalam usaha agama yang mengajak orang lain kepada Allah disamping menegah manusia melakukan kerosakan atau kebathilan. Siang malam pagi petang para Da'i melakukan kerja mereka tanpa upah. Mereka melakukan kerja dakwah tanpa dibayar. Mereka bertebaran dan bermusafir di serata penjuru dunia dengan perbelanjaan (harta) mereka sendiri mencari manusia Islam dan bukan Islam untuk mengajak manusia kepada Allah. Biasanya dimana ada Rumah Allah, disitulah rumah mereka.
Seterusnya ulamak dan masyaik bagitau pada setiap hari rabu didalam syurga ada pasar mingguan. Disitu berbagai barang yang belum pernah dilihat ada dijual. Bawa saja berapa ramai para khadam yang anda mahu untuk membantu anda membawa barang-barang yang mahu dibeli untuk dibawa pulang. Jual beli juga tidak perlukan wang atau dirham. Semua main niat dalam hati dan sang khadam sudah memikul dibahu masing-masing barang-barang yang anda kehendaki.
Memang benar didalam syurga tidak ada orang tua, sebab semua manusia dihidupkan semula dalam keadaan muda yakni sekitar umur tiga puloh tahun (30) semasa hidup didunia dulu. Setiap kaum lelaki yang memasuki syurga akan memiliki kekuatan sehingga mencapai kekuatan sepaling rendah kekuatan empat puloh orang. Dengan kekuatan itu seseorang penghuni syurga akan bersama dengan Bidadari syurga tanpa rasa penat.
Sampai bab ini Tok Wan teringat satu soalan dari seorang doktor, soalannya memang ditujukan kepada Tok Wan. Waktu soalan itu terlontar dari mulutnya kami ada tiga orang sedang berehat diluar sebuah masjid selepas solat zohor, dan orang ketiga itu ialah seorang ustaz yang sudah pernah melakukan khuruj jarak jauh (luar negara selama empat bulan). Soalannya ialah, 'Betul ker dalam syurga kita akan mendapat sebanyak dua juta Bidadari? Ada ker hadith yang sebuat macam tu?'. Belum sempat Tok Wan nak jawab dengan cepat ustaz yang sebelah Tok Wan pun nak menjawab juga, lalu Tok bagi can sebab dia ustaz. Katanya,'Tentang hadith tu jangan pertikaikan sangat, apa hadith yang kita baca kita dengar wajib kita percaya dan jangan ragu-ragu.' Kemudian selesai ustaz memberi jawapan maka doktor itu memandang Tok Wan pula. Wah... inilah masanya Tok Wan nak jawab.
'Soalan tadi betul ker kita boleh dapat dua juta Bidadari kan?', doktor itu mengangguk. 'Jawapannya walaupun kita hendak tiga juta Bidadari pasti Allah akan beri sebab dalam syurga apa saja yang klita hendak akan dapat... so tak payahlah nak kaitkan dengan mana-mana hadith lagi'. Ustaz itu diam dan doktor itu pun senyum sambil mengangkat sikit kening matanya.
Penghuni dalam syurga tidak kencing, tidak berak, tidak berpeluh. Segala makanan yang lazat-lazat yang dimakan akan bertukar menjadi aroma yang menyenangkan yang keluar dari tubuh mereka. Tidak ada juga hingus atau tahi mata. Tidak ada bersin atau batuk dan mereka kekal didalamnya tanpa hujung.
Cerita tentang syurga ini kalau mau tulis betul-betul sampai habis kertas didunia inipun takkan habis. Tapi sebagai menutup tulisan pada kali ini Tok Wan nak bagitau kepada kaum lelaki yang hisap rokok bahawa dalam syurga tidak ada orang yang hisap rokok. Sebab dalam syurga tidak ada api. Kalau nak hisap rokok juga maka penghisap rokok terpaksa turun ke neraka untuk mendapatkan api.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan