Biasanya apabila melalui kawasan yang agak seram kita akan merasa takut. Takut diganggu oleh hantu atau jembalang terutama pada waktu malam. Tapi kenapa kita perlu merasa takut kepada tempat seram itu walhal kita diajar supaya hanya takut kepada Allah. Takut kepada Allah pun tidak patut juga, sebab Allah yang mencipta kita dan beri kita rezeki serta segala-galanya. Jadi bagaimana yang seharusnya kita berkeadaan atau lakukan.
Seperti takutkan mak ayah, perkara itu tak munasabah walhal mak ayah kita yang melahirkan kita, membesarkan kita dan memberi kita makan. Sepatutnya kita menghampiri mak ayah kita sebab mak ayah kitalah tempat kita mengadu atau meminta sesuatu sebab mereka sayang kita. Begitu juga kita dengan Allah. Allah yang mencipta kita dari tiada kepada ada, mak dan ayah kita hanyalah asbab kita dilahirkan kedunia. Walhalnya Allah ta'ala boleh melahirkan kita tanpa mak dan ayah sepertimana yang berlaku kepada Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa. Allah juga berkuasa melahirkan kita tanpa ayah seperti yang berlaku kepada Nabi Isa binti Maryam a.s. yang dilahirkan tanpa bapa walhal ibunya Maryam adalah perempuan yang belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.
Jadi soalannya mengapa kita mesti takut kepada hantu atau syaitan.
Kita takut pada hantu syaitan sebab hantu dan syaitan itu sudah ada dalam hati kita. Dalam hati kita tidak ada Allah. Jika dalam hati kita ada Allah pasti hantu syaitan pun takut nak bersarang dalam hati kita. Kenapa pula dalam hati kita telah bersarang hantu syaitan? Sebab kita banyak didedahkan dengan cerita-cerita hantu di Pawagam dan televisyen kita sebab kita suka tengok benda-benda macamtu. Walhal Allah dan Rasul perintah kita supaya hari-hari tengok al Quran dan baca al Quran, hari-hari setiap pagi petang siang malam kerjakan solat tepat pada waktu dimana azan dikumandangkan. Tapi kita sibukkan diri dengan baca wasap dan wichat tanpa jawab seruan mu'azin. Perintah Allah dan Rasul tidak kita hiraukan sebaliknya kehendak hati kita yang kita runtumkan maka dalam hati kita bersaranglah hantu dan syaitan menyebabkan kita takut hendak buka dan baca al Quran, takut hendak solat lima waktu sehari semalam dimasjid (rumah Allah).
Bagaimana hendak memperbaiki keadaan?
Pertama susun semula jadual harian kita. Bangun pagi sebelum azan suboh dan dirikan solat tahajut. Selesai solat tahajut segeralah kemasjid berhampiran, kalau boleh sebelum azan suboh berkumandang. Selesai azan suboh tunaikan dua raka'at sunat suboh kemudian sampai waktu iqamah masuklah dalam saf hadapan. Selesai solat suboh duduklah dalam masjid sehingga waktu syuruk baru boleh balik rumah mandi dan pergi sekolah atau kerja.
Ditempat kerja ambil masa sepuloh minit sebelum waktu zohor untuk tunaikan empat raka'at solat dhuha. Waktu zohor pastikan anda sudah berada dalam masjid sebelum azan dan carilah tempat kerja yang dekat dengan masjid walaupun gajinya kecil. Yakinlah rezeki Allah ta'ala yang bagi. Kalau gaji kecil namun sempat solat zohor berjemaah ditempat dimana azan dilaungkan pasti rezeki yang sedikit itu berkat. Apa guna kaya raya jika tak berkat. Dan jikalau tempat kerja dekat dengan masjid sebelum masuk kerja yakni lebih kurang jam 7.30 pagi tunaikanlah solat isyrak dua raka'at. Ini solat khas yang dilakukan oleh para solehin. Masa diambil cuma tujuh minit kemudian tambah lagi dua raka'at solat hajat sebab hari-hari kita berhajat kepada Allah. Baru genap 14 minit dah sampai masa masuk kerja kalau masuk kerja jam 8.00 pagi. Kalau waktu masuk kerja jam 9.00 lagi banyak masa ada, waktu inilah kita zikir kepada Allah, selawat keatas Nabi s.a.w. dan istighfar.
Sewaktu bercakap-cakap, cakaplah hal-hal agama atau tentang kebesaran Allah. Jangan cakap atau dengar percakapan tentang dunia apalagi tentang benda-benda. Perkara-perkara inilah yang akan masuk dalam hati kita. Jika kita banyak mendengar tentang harga kereta, tentang rumah yang baru dibina yang masih dibuka untuk jualan maka benda-benda inilah yang akan berada dalam hati kita. Benda-benda ini disebut makhluk. Allah s.w.t. mencipta lapan belas ribu makhluk untuk berkhidmat kepada kita dan selain dari makhluk ialah Allah. Dalam erti kata yang lebih ringkas selain dari Allah adalah makhluk belaka. Makhluk tidak boleh beri munafaat atau mudharat kepada kita tanpa izin Allah sedangkan Allah boleh beri munafaat atau mudharat keatas segala sesuatu yang ingin dilakukan.
Jadi mengapa perlu kita merasa takut kepada perkara yang lain?
Orang yang berilmu lebih ditakuti syaitan berbanding seribu abid*. Saiyidina Umar al Khatab r.a. amat ditakuti oleh syaitan sehingga bekas tapak kaki dimana Saiyidina Umar r.a. pernah lalu pun sampai sebulan syaitan takut untuk mengikuti jejak atau lorong yang pernah dilalui olehnya.
* abid ialah ahli ibadah.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan