Gambar hiasan cuma.
Seperti biasa selepas solat asar setiap petang Pak Abu akan duduk di beranda surau untuk berzikir dan Pak Abu tak akan bangun sehinggalah selesai semua zikir harian yang di amalkannya sejak bertahun-tahun. Semua jemaah di surau itu tahu dan faham tabiat Pak Abu dan mereka tak akan berbual-bual dengannya kecuali sekadar melemparkan senyum.
Tapi waktu asar hari itu hujan lebat. Selepas solat asar hujan belum juga berhenti. Maka ramailah jemaah yang terkandas mundar mandir di beranda surau. Pak Abu seperti biasa duduk bersandar di tempat yang dia selalu duduk. Sesekali dia memandang orang yang mundar mandir sambil menganggukkan kepala dan senyum.
Tiba-tiba Pak Ngah Rahman yang hampir sebaya dengan Pak Abu datang dan duduk di sebelah Pak Abu. 'Hujan makin lebat... kalau dapt kopi 'O' best nie' kata Pak Ngah Rahman sambil senyum kepada Pak Abu. Pak Abu turut senyum dan mengangguk kepala tanda setuju. Kemudian si Bakar pula datang, 'Ada sarang lebah kat tepi bumbong belakang tu. Lama-lama kumpul nanti boleh kita dapat madunya' kata Bakar dalam keadaan berdiri.
Pak Ngah Rahman dan Pak Abu cuma senyum. 'Kat belah mana?' tanya Pak Ngah Rahman. 'Belakang bilik air yang ada papan sekat bumbong tu.' kata Bakar. 'Kat belakang papan sayong ker?' tanya Pak Ngah Rahman kembali. 'Haa... papan sayong'. kata Bakar. Kemudian Bakar menceritakan perbezaan madu asli dengan madu tiruan yang diperbuat daripada gula. Kemudian ceritanya melalut pula kepada batu delima yang asli dan yang bukan asli.
Setelah puas menceritakan pengalaman membezakan yang asli dengan yang bukan asli maka Bakar pun berlalu pergi, hujan sudah reda sedikit. Tempat Bakar digantikan oleh Haji Ahmad. Haji Ahmad juga berzikir macam Pak Abu. Pak Ngah Rahman masih senyum memandang Haji Ahmad yang baru berganjak duduk keatas kerusi yang berada di sebelah Pak Abu. Tiba-tiba Pak Abu bersuara sambil memasukkan buah tasbehnya kedalam kocek baju jubahnya.
'Allah ta'ala tak suka kita cerita kelebihan batu delima atau madu lebah dalam rumahNya lebih-lebih lagi lepas solat suboh ataupun asar. Allah mahu kita bercerita tentang kebesaran Allah dalam rumahNya selepas suboh dan asar. Sebab itu Allah sebut banyak kali dalam banyak tempat dalam al Quran, 'Ingatlah Aku pagi dan petang.' kata Pak Abu sambil memandang Pak Ngah Rahman. 'Ente cakap betullah,' kata Pak Ngah Rahman sambil senyum. Pak Ngah Rahman ini memang perangainya sentiasa senyum.
'Allah mahu kita cakap tentang Allah atau tentang Nabi dan Rasul yang berjumlah beratus-ribu yang Allah telah hantar untuk sekian-sekian umat. Contoh Nabi Musa a.s. pada suatu hari Allah telah bertanya kepada Nabi Musa a.s. 'Apakah yang ada dalam tanganmu wahai Musa'. Maka dengan megah Musa a.s. menjawab, 'Wahai Allah, ini adalah tongkatku', kata Musa a.s. 'Dengan ini aku boleh mencapai daun-daun untuk diberi kambingku makan. Dengan tongkat ini aku boleh menghalau kambing-kambingku, dengan tongkat ini aku boleh berjalan dengan lebih jauh tanpa rasa penat, dengan ini.... dengan ini.... begitulah seterusnya Nabi Musa a.s. menjawab pertanyaan Allah ta'ala yang tadinya cuma satu soalan pendek, apa ditanganmu wahai Musa.
Waktu itu Allah sangat tidak suka atas jawapan yang merupakan keyakinan Musa a.s. terhadap benda-benda, lalu Allah ta'ala hendak menguji Nabi Musa a.s. lalu Allau ta'ala memerintahkan Nabi Musa a.s. mencampakkan tongkatnya itu ke hadpan. Segera Nabi Musa a.s. mencampakkan tongkat itu dan ketika itu juga tongkat yang tadinya boleh memberi munafa'at kepadanya telah berubah menjadi seekor ular yang sangat besar dan boleh memberi mudharat yangmana kepala ular itu saja sebesar kepala unta lalu mengejar Nabi Musa a.s.
Ketika inilah Nabi Musa a.s. lari dan dikejar oleh tongkatnya sendiri. Kemudian Allah ta'ala memerintahkan Nabi Musa a.s. supaya mengambil semula tongkatnya itu, tapi Nabi Musa a.s. terus berlari. Bagi membuktikan kekuasaan Allah maka Allah datangkan kudratNya sehingga tangan Musa a.s. mencapai kembali tongkatnya lalu serta-merta tongkat itu berubah kembali menjadi seperti sediakala. Ketika inilah buru Nabi Musa a.s. insaf bahawa segala sesuatu itu tidak berkuasa kecuali dengan izin Allah dan setiap sesuatu yang bermunafa'at dengan izin Allah boleh menjadi mudharat. Begitulah Allah ta'ala mentarbiah Nabi Musa.' Pak Abu memberhentikan ceritanya. Lama kemudian Haji Ahmad menyampok sambil membilang tasbehnya.
'Cerita yang macam inilah yang sepatutnya di ceritakan disini waktu lepas asar macam ini, bukannya cerita-cerita dunia yang sampai bila-bila pun tak akan habis. Ini cerita sarang lebahlah pulak, cerita batu delima yang ramai orang yakin dapat menyembuhkan patukan ular dan bermacam penyakit. Percaya kepada benda-benda macam ini boleh mendatangkan syirik kalau berterusan. Allah hendak kita yakin pada Allah saja dan bukannya pada benda-benda ciptaan Allah.' kata Haji Ahmad macam marah. Pak Ngah Rahman cuma senyum, Pak Abu menganggukkn kepala tanda setuju.
Selesai Haji Ahmad berleter Pak Abu meneruskan ceritanya berkenaan Nabi Musa a.s. dari kesah Nabi Musa a.s. sakit perut dan meminta ubat untuk menyembuhkan sakitnya itu daripada Allah ta'ala sampailah kepada kesah Nabi Musa a.s. diperintahkan memukul laut yang kemudiannya terbelah menjadi 12 lorong untuk 12 puak Yahudi yang akan melaluinya untuk menyelamatkan diri dari dikejar tentera firaun. Ish... terasa panjang pulak tulisan kali ini. Haraf maaf sebab bila seronok bercerita sampai lupa nak sukat panjang mana cerita yang sepatutnya. Semuga cerita yang sedikit ini dapat manjadi pengetahuan yang berguna.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan