Firman Allah dalam surah An-Naml ayat 82:
"Apabila telah Kami putuskan suatu siksaan atau mereka itu, Kami turunkan Daabatul-Ardi binatang merangkak dari bumi dan berbicara mengatakan bahawa manusia itu tidak yakin tanda-tanda kebesaran Kami."
Demikianlah Tuhan menerangkan tentang Daabat Ardi, dikatakan juga bahawa panjang tubuh binatang itu ialah 60 hasta, ertinya tubuh binatang itu tinggi besar siapa melihat pasti ketakutan. Di antara keajaibann ialah ia dapat berkata seperti manusia. Kerana di masa itu manusia masih lagi tidak mahu beriman dengan Allah s.w.t., sedangkan dunia akan kiamat.
Tegasnya keluarnya Daabatul-Ardi adalah sebagai tanda kiamat. Makhluk ini luar biasa besarnya dan amat menakjubkan, di mana dia mempunyai dua sayap, empat kaki bentuk badannya seperti himar, bentuk kepalanya seperti kepala sapi dengan dua tanduk dikepala, matanya seperti mata babi, telinga seperti telinga unta bulunya halus seperti bulu harimau, belangnya seperti jalur harimau, sayapnya seperti sayap kelawar manakala ekornya seperti ekor kibas.
Umumnya Daabatul-Ardi adalah suatu binatang ajaib yang belum pernah Tuhan jadikan pada masa dahulu. Ia juga dapat berjalan dan berdiri seperti manusia. la memegang sebatang tongkat dan sebentuk cincin, setengah ulama berpendapat bahawa tongkat itu ialah tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin itu pula adalah cincin Nabi Sulaiman a.s.
Menjelang kiamat nanti makhluk ini akan keluar pada malam jumaat. Malam itu dia
mula berkeliaran. Pada mulanya orang tidak percaya masakan ada makhluk seperti itu wujud. Setelah siang hari barulah jelas yang makhluk itu kelihatan besar bukan kepalang dapat berlari dan dapat terbang mengejar mangsanya. Orang-orang dikala itu tidak berani keluar rumah takut dibinasakan. Setiap manusia yang dia nampak ditangkapnya dan dipegang seperti memegang anak patung, tapi bukan untuk memakan manusia tersebut tetapi ia berbicara dengan manusia.
"Mengapakah kamu insan tidak mahu beriman dan yakin kepada Allah, padahal tanda-tanda kekuasaan Allah telah nyata dan terbukti dihadapan mata. Aku datang bukan untuk memakan daging manusia. Atas nama Tuhan memberikan padaku kekuasaan untuk membezakan siapa mu'min pada hari ini dan siapa kafir. Kamu semua tidak perlu takut padaku, kata Daabatul-Ardi.
Diceritakan juga bila seseorang itu ditangkap digosok mukanya dengan cincin Nabi Sulaiman itu. Jika ia Muslim yang soleh maka dengan kudrat Allah akan memancarlah cahaya yang bersinar-sinar dari mukanya. Akan tetapi bagi orang kafir serta orang yang engkar kepada Allah atau munafik, lalu ditangkapnya jika dilihatnya tidak ada tanda iman
padanya, lalu diketuknya kepala orang itu leburlah dia seketika itu juga warna muka orang itu akan berubah menjadi hitam legam dan buruk kelihatannya.
Makhluk Daabatul-Ardi ini mengembara di muka bumi di dalam menjalankan tugasnya selama lebih kurang sebulan sepuluh hari. Begitulah serba ringkas kisah Daabatul-Ardi iaitu sejenis makhluk yang akan keluar apabila menjelang tanda kiamat besar nanti. Setelah datangnya Daabatul-Ardi manusia menjadi'panik. Di mana-mana saja orang
membicarakan tentang Daabatul-Ardi.
Tiba-tiba seluruh penduduk dunia menjadi terperanjat, hati mercka menjadi kecut disana sini bumi mula bergegar dan bergoncang perlahan-lahan diiringi dengan suara gemuruh bergegar-gegar, dari kecil-kecilan schingga makin-lama makin terasa bumi ini bergegar
akibat letusan gunung sehinggakan bumi ini bergoyang.
Firman Allah:-
"Apabila matahari digulung cahayanya, bintang-bintang jatuh bertaburan ke bumi, gunung-gunung bergerak-gerak, unta-unta bunting ditinggalkan. Binatang-binatang berkumpul, laut menganas. Bila roh disatukan, anak-anak perempuan yang di kubur hidup-hidup di soal. Apakah dosa mereka hingga mereka di bunuh (di zaman jahiliah). Apabila buku-buku kebajikan diedarkan, langit dicabul (Bintang-bintang dan planet tidak
di tempatnya). Neraka mula di nyalakan, Syurga mula dibukakan. Setiap orang akan mengetahui apakah amalan yang telah mereka kerjakan. Aku (Allah) bersumpah menarik perhatianmu kepada bintang-bintang yang kelihatan kembali, dan beredar serta berlindung. Demi malam bila telah hampir tamat dan subuh mulai kelihatan. Sesungguhnya semua itu adalah berkataan Rasul yang mulia. Yang mempunyai kekuatan disisi Arasy yang tinggi darjatnya. Yang dihormat dan dipercayai." (surah AI-Takwir.- Ayat 1-21)
Surah ini menerangkan betapa hebatnya peristiwa kiamat. Cubalah kita bayangkan apabila matahari tidak bersinar, bintang-bintang bergururan jatuh ke bumi. Gunung-gunung yang pejal dari batu-batan hancur bagaikan debu. Oleh kerana goncangan bumi begitu kuat, manusia tidak dapat duduk diam, isi perut bagai dikocak, rumah-rumah, bangunan-bangunan tinggi runtuh timpa menimpa mencium bumi. Ramai manusia yang terkorban sawah-ladang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dimuntahi oleh gunung berapi. Suara letusan gunung memekakkan telinga, binatang-binatang serta manusia mati bergelimpangan. Hutan-hutan musnah terbakar.
Pada masa itu, orang akan melupakan anak yang sedang disusuinya. Manakala orang yang hamil akan gugurlah kandungannya pada masa itu juga, keadaan manusia pada masa itu seperti orang mabuk kerana goncangan bumi yang begitu kuat. Air laut menyimbah ke darat mengaramkan kota-kota itu hancur berkecai. Dunia seolah-olah sedang mengamuk kepada manusia kerana dosa-dosa mereka. Sana-sini kedengaran suara jeritan minta pertolongan dan suara merintih. Laki-laki dan wanita berlari-lari seperti orang gila kerana ketakutan.
Berhari-hari penduduk dunia berada dalam suasana azab bencana akan kiamat. Siang dan malam bumi bergoyang terus-menerus, sehingga tiada satupun bangunan berdiri tegak melainkan semuanya hancur. Gunung-gunung terus memuntahkan batu-batu api yang menyala-nyala. Di masa itu tidak ada lagi perasaan gembira. Di kala itu manusia menjadi lebih hairan kerana matahari yang bersinar terang-benderang dan panas tiba-tiba menjadi gelap-gelita. Ketika manusia dalam kebingunggan, kehairanan dan ketakutan yang tak habis-habis, tiba-tiba bintang-bintang yang beribu-ribu jumlahnya diangkasa jatuh ke bumi menimpa apa saja yang berada di bumi. Sana-sini terdengar ledakan-ledakan hebat yang mengegarkan.
Pada masa itu panas permukaan bumi sungguh luar biasa, hinggakan air laut menjadi kering. Dalam pada itu datang pula angin kencang bertiup entah dari mana, angin itu menerbangkan apa saja yang terdapat di bumi. Kemudian pada saat genting itu malaikat Israfil meniup sangkakalanya. Apabila dunia telah hancur sama sekali oleh tiupan sangkakala maka wajah dunia bertukar rupa, di mana seluruh muka bumi menjadi rata dan lapang.
Firman Allah;
"Di hari itu diganti bumi dengan bumi lain dan langit diganti dengan langit lain. Mereka umat manusia akan dipanggil menghadap ke hadrat Tuhan."
(Surah Ibrahim ayat.. 48)
Setelah bumi berganti rupa maka seluruh muka burni tidak ada lagi kerajaan manusia, di mana kesemuanya telah musnah menjadi tanah. Muka bumi menjadi sunyi sepi seperti mati. Sesudah dunia berganti rupa menjadi datar, luas dan rata maka itulah dia "padang masyhar". Muka bumi putih keabu-abuan kemudian turunlah hujan membasahi bumi, airnya kental seperti air mani. Kemudian air itu meresap ke dalam bumi di mana air itu akan menumbuhkan tubuh-tubuh manusia yang telah hancur menjadi tanah dan akan menjadikan tubuh-tubuh yang baru.
Kemudian Allah menyeru kepada Malaikat Izrail supaya mencabut nyawa iblis yang durjana. Di masa itu Tuhan telah memberikan kekuatan yang amat luar biasa kepada Malaikat lzrail untuk menghadapi iblis supaya dia merasai bertapa peritnya sakratul maut yang dialami oleh manusia serta jin. Allah juga menyeru kepada Malaikat Malik penjaga Neraka membawa rantai dari neraka untuk mengikat iblis. Lalu Malaikat lzrail dan Malik membawa rantai tersebut mencari iblis. Setelah bertemu iblis dipukul dengan sekuat-kuatnya, iblis meraung-raung menahan kesakitan.
Oleh kerana pukulan kedua-dua Malaikat itu terlalu kuat, maka iblis terus pengsan. Setelah pulih dari pengsannya, Malaikat Izrail pun berkata kepada Iblis "Hai laknat, hari ini kamu tidak dapat melarikan diri dari aku. Aku diperintahkan untuk mencabut nyawamu, kini tibalah saat kematianmu. Aku akan kenakan padamu sejumlah sekarat daripada manusia dan jin yang telah engkau perdayakan. Telah berjuta tahun umur mu di dunia. Tidak sedikit umat manusia serta jin engkau jerumuskan ke lembah dosa. Engkau pujuk dan rayu mereka, supaya mereka menderhaka terhadap Allah. Kini terimalah azab sekarat yang pedih sesuai dengan perbuatanmu. Mendengarkan kata-kata Malaikat lzrail itu, serta dilihatnya Malaikat Malik berada di sisinya sambil memegang rantai besi, dengan pantas iblis melompat dan lari dengan sekuat-kuatnya. Pada pendapatnya (iblis) tentu kedua-dua Malaikat tersebut tidak akan berjaya menjejakinya. Iblis berlari dengan lajunya menuju kearah Timur, tiba-tiba muncul Malaikat lzrail dihadapannya. Kemudian lari pula ia kearah Barat, tiba-tiba muncul lagi Malaikat lzrail. Begitu juga iblis tetap tidak mahu menyerah kalah. Sehingga ia berlari ke Utara dan ke Selatan hujung dunia akan tetapi Malaikat lzrail dan Malik telah terpacak berdiri dihadapannya. Maka berkatalah Malaikat lzrail kepada iblis:
"Hai iblis durjana, sekarang larilah lagi dengan sekuat-kuat tenagamu. Habiskan kekuatanmu semuanya. Larilah kemana yang kamu suka. Namun itu semua adalah perbuatan kamu yang sia-sia. Kamu tidak akan dapat lari dari aku. Walaupun kamu lari ke langit yang ke tujuh sekalipun. Kini hanya tinggal beberapa saat saja lagi untuk kamu
hidup."
Lalu iblis pun merayu kepada Malaikat lzrail
"Ya lzrail berilah aku peluang untuk pergi ke kubur Adam. Diriwayatkan setelah iblis bertemu dengan kubur Nabi Adam, lalu merataplah iblis dikubur itu. Kata iblis,
"Hai Adam, kerana kamulah aku jadi derhaka kepada Tuhan dan sebab kamulah aku jadi terkutuk."
Sejurus kemudian iblis berkata:
"Ya lzrail dengan cara apakah engkau akan mencabut nyawa aku".
Kata lzrail:
"Telah aku katakan, engkau akan merasakan sekarang maut yang luar biasa."
Mendengarkan akan kata-kata Malaikat lzrail itu. Maka menyerahlah iblis, kerana kini ia telah sedar yang ia tidak akan dapat lari kemana-mana lagi. Malaikat Malik pun mengikat iblis dengan rantai yang di bawanya dari Neraka. Ikatan yang begitu kuat, tangan dan
kakinya dibelenggu dengan rantai-rantai yang teguh. Malaikat lzrail berkata:
"Tahanlah oleh mu akan Sakratul ini ya iblis." Lalu Malaikat Izrail pun mencabut nyawa iblis dengan kerasnya, sehingga kelihatan rantai pengikat badan iblis itu bagaikan nak putus.Terdengarlah pekikan yang ngeri ketika nyawa iblis dicabut, itulah sakratul maut yang paling dasyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di muka bumi ini. Seketika kemudian tamatlah riwayat iblis yang selama ini bermaharajalela menghasut umat manusia supaya melakukan perbuatan mungkar.
kredit: buku_Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993
Salam Ukhuwah..~