Bacaan Popular

Ahad, 31 Mac 2013

Tanda Kebesaran Allah

Pokok Qhorqod yang dikaitkan dengan kesah dibawah ini.


DI RAMALLAH : MEMANG BENAR POKOK BERKATA-KATA...

Assalamualaikum.....

KENYATAAN SEIKH AHMAD YASIN PEMIMPIN GERAKAN ISLAM HAMAS DI PALESTIN. "DIRAMALLAH : MEMANG BENAR POKOK BERKATA-KATA""

Berikut adalah laporan peristiwa tersebut yang disampaikan oleh Syeih Ahmad Yassin di mana lebih kurang pukul 8.30 pagi hari Ahad selepas hari serangan terakhir Yahudi terhadap Ramallah, tiga orang pemuda Palestin keluar untuk menuju ke hospital pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pihak
Israel. Semasa dipertengahan jalan, mereka melihat seorang penduduk  Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Mereka berpandangan di antara satu sama lain dan mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut. 

Mereka menghampiri Yahudi tersebut secara sembunyi-sembunyi supaya kedatangan
mereka tidak disedari oleh Yahudi tersebut tetapi mereka mendapatinya telah melarikan diri. Mereka terus berusaha mencari dan mengepung Yahudi tersebut sehingga ke sebuah jalan mati tetapi mereka tidak berjaya menemui Yahudi tersebut.

Ketika mereka hendak pulang mereka mendengar satu suara memanggil mereka. Pada sangkaan mereka itu adalah khayalan mereka apabila mereka gagal mencari punca dari mana suara itu datang dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka ke hospital. 

Sekali lagi mereka mendengar suara tersebut berulang-kali memanggil mereka dan akhirnya mereka mendapati bahawa suara itu datang dari belakang salah satu dari pokok-pokok yang berhampiran dengan mereka. Pada sangkaan mereka suara itu adalah dari salah seorang mangsa serangan Yahudi tempohari yang memanggil mereka untuk meminta pertolongan. 

Ketika mereka sampai berhampiran dengan pokok tersebut mereka mendengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat dan membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokok tersebut. Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok tersebut dan mereka terus mengepung dan membunuh Yahudi tersebut. 

Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi. Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa tersebut kepada pihak hospital. Dalam beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai ke pengetahuan Yahudi yang mencari-cari punca sebenar pembunuhan Yahudi tersebut. Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di tempat kejadian. 

Saluran berita Qatar telah menyebarkan berita mengenai peristiwa ini melalui akhbar dan media massa dan mengiktibarkan bahawa  apa yang berlaku di Palestin adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat dan ini adalah satu peluang bagi penduduk Palestin untuk mencapai pertolongan dari Allah yang semakin hampir.

Berdasarkan dari apa yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Doktor Abdul Aziem al-Mutni'ie - pensyarah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar menegaskan : "Kami tidak ragu-ragu untuk menerima perkara tersebut kerana ianya telah jelas disebut di dalam hadis Baginda s.a.w. dan ini bermakna, peristiwa ini tidak bercanggah dengan hadis dan
kerana tidak ditentukan di dalam hadis apabila pokok berkata-kata maka kiamat akan
terjadi esok.

Tidak diragui lagi bahawa umur dunia yang telah berlalu lebih banyak dari yang tinggal. Oleh itu tidak perlu diragui  lagi tentang peristiwa ini lebih-lebih lagi ianya disampaikan oelh Syeikh Ahmad Yassin. Ini adalah peluang yang baik bagi umat Islam dan salah satu
dari tanda-tanda pertolongan Allah SWT.

Petikan dari akhbar "Afaq Arabiyah",Kaherah,Mesir
Tarikh : 15 Mei 2002
Terjemahan bebas: Shahrul Azman Md Sani...kaherah kiamat dah hampir sangat dah... macammana persediaan kita?


Muaz bin Jabal pernah berkata:

"Pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadanya, menuntutnya adalah ibadah, menelaahnya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah kebaktian. Dialah kawan dalam masa kesepian dan teman pada masa kesunyian. Dialah penunjuk jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada masa kepayahan dan kesempitan."


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 30 Mac 2013

Misteri Gunung Menangis



GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah s.a.w. akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, 

"Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, 

"Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, 

"Katakanlah kepada Rasulullah s.a.w., bahawa aku sejak Allah s.w.t.  menurunkan ayat yang bermaksud : 

("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi s.a.w, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w, maka unta itu lalu berkata, 

"Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, 

"Hendakl mengapakah kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampungan itu, 

"Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." 

Rasulullah s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia ?"

Jawab unta itu, 

"Wahai Rasulullah s.a.w., sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.  mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

Wallahu'alam...


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 29 Mac 2013

Keikhlasan Di Tanah Suci_Teladan



SEORANG juru ukur tanah berasa takut untuk menunaikan ibadat haji kerana merasakan dirinya belum bersedia kerana tidak rajin beribadat. Beliau bimbang, keburukan dan sifat malas beribadat yang dilakukan selama ini akan diberi pembalasan di Tanah Suci. Dia mengaku ketika menjalankan tugasnya terutama di hutan, beliau sering mengabaikan solat.

Selain tidak rajin beribadat, juru ukur ini mempunyai sifat panas baran. Beliau sering mendengar cerita bagaimana pergaduhan berlaku pada mereka yang tidak sabar. Jika ini berlaku pahala hajinya musnah. Ustaz sering mengingatkan, ketika menunaikan ibadat haji, seseorang dituntut mempunyai sifat penyabar.

Bagaimanapun kerana beliau sudah berpencen dan memperoleh wang ganjaran, beliau memberanikan diri untuk ke Tanah Suci. Ketika mendaftarkan diri di pejabat Tabung Haji, beliau mengikuti kursus dan berazam ingin berbakti apabila berada di Makkah.

Apabila tiba masa berangkat ke Makkah, jirannya membawa tiga beg pakaian, tetapi juru ukur itu membawa satu beg pakaian saja. Dia tidak mahu menyusahkan, sebaliknya bercadang membeli barang keperluan di Makkah. Disebabkan hajatnya ingin berbakti di Tanah Suci, beliau membawa kira-kira 500 biji ubat.

Beliau berbuat demikian kerana berpegang kepada falsafah, jika ingin menolong orang lain, dirinya perlu lebih sihat, selain ubatnya boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Ketika mengikuti kursus dulu, penceramah ada berkata, jika seseorang memohon untuk mendapatkan hotel yang dekat ketika di Makkah, kebiasaannya dia akan mendapat tempat tinggal yang jauh. Ini katanya, Allah ingin menguji iman setiap umatnya.



Mengingatkan nasihat itu dan azamnya untuk berbakti di Tanah Suci, beliau berdoa kepada Tuhan untuk mendapatkan rumah yang dekat ketika di Makkah. Beliau berbuat demikian dengan harapan untuk mendapat tempat tinggal yang jauh.

Dalam hatinya berkata, jika tinggal di tempat jauh, beliau akan mendapat banyak pahala apabila melangkah ke masjid, selain masalah tempat tinggal jauh sudah tidak asing padanya kerana ketika bekerja dulu, dia berjalan puluhan batu setiap hari.

Bagaimanapun apabila tiba di Tanah Suci, beliau ditakdirkan mendapat tempat tinggal yang dekat dengan masjid. Walaupun niatnya tidak dimakbulkan Allah tetapi keazamannya ingin berbakti ketika berada di Tanah Suci diteruskan. Pantang mendengar orang sakit, dia lebih dulu dari petugas lain menghulurkan ubat yang sesuai.

Jika ada orang tua dan orang sakit yang ingin menunaikan sembahyang di Masjidil Haram, beliau menghulurkan bantuan. Ketika orang berebut menaiki bas untuk ke Arafah, beliau menjadi orang terakhir menaiki bas bagi memastikan semua jemaah sudah ke Arafah.

Begitu juga ketika orang ramai berangkat dari Arafah ke Mina, beliau akan memastikan jemaah lain selesai menaiki bas, baru dirinya berbuat demikian. Beliau juga tidak kedekut untuk mengutip anak batu bagi tujuan melontar jamrah untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Daripada Mina, beliau juga menjadi orang terakhir menaiki bas untuk kembali ke Makkah. Jemaah lain berebut-rebut menaiki bas untuk pulang ke Makkah tetapi di takdirkan Tuhan, bas yang dinaiki juru ukur tadi sampai terlebih dulu.

Ini kerana pada musim haji, pemandu bas di Makkah, bukannya terdiri daripada penduduk Makkah tetapi didatangi dari negara lain. Jadi ramai yang kurang arif mengenai jalan di sekitar Mina, Arafah dan Makkah. Walaupun siang hari, ramai pemandu yang sesat dan akhirnya mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke Makkah, walaupun jarak antara Mina dengan Makkah tidak terlalu jauh.

Apabila sampai di Makkah, juru ukur tadi pergi ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie bagi melengkapkan rukun hajinya. Ketika itu keadaan di sekitar Kaabah, seperti menjelang wukuf, padat dengan manusia. Ketika ingin memulakan tawaf itu, juru ukur tadi terpandang seorang lelaki tua bertongkat. Dia menolong lelaki itu tetapi tidak memahami apa yang diucapkan lelaki berwajah Arab sebagai menyatakan rasa terima kasih.

Selepas menolong lelaki itu dan lelaki berkenaan sudah beredar, juru ukur tadi meneruskan hajatnya untuk tawaf. Bagaimanapun beliau merasakan begitu lapang sekali. Walaupun orang lain melihat keadaan begitu padat, tetapi yang dilihat juru ukur adalah keadaan sebaliknya, tidak ramai jemaah dan begitu senang tawaf

Akhirnya beliau berjaya menyelesaikan tawaf dan saienya tanpa sebarang masalah.

Ketika kembali ke maktab, juru ukur menceritakan hal orang tua tadi kepada guru agama maktab. Beliau juga menyatakan jumlah orang yang tawaf tidak ramai. Bagaimanapun, rakannya membantah kerana mereka gagal tawaf kerana keadaan begitu padat di sekeliling Kaabah.

Guru agama itu menjelaskan, kemungkinan lelaki yang ditolong juru ukur tadi adalah seorang wali Allah. Sebagai ganjarannya menolong dengan ikhlas sepanjang berada di Makkah, Allah permudahkan ketika tawaf. Sejak itu juru ukur semakin rajin beriktihad di masjid.


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 28 Mac 2013

Tulang Busuk Penegak Keadilan


SEJAK dilantik menjadi gabenor Mesir oleh Khalifah Umar al-Khattab, Amru al-Ash tinggal di sebuah istana yang berhadapan dengan sebidang tanah kosong dan di atas tanah itu, ada sebuah pondok kecil.

Sebagai gabenor, beliau berhasrat untuk mendirikan sebuah masjid yang indah dan mewah di atas tanah kosong itu supaya seimbang dengan kewujudan istananya, namun impian itu terhalang kerana tanah serta pondok berkenaan dimiliki oleh seorang Yahudi.

Justeru, kewujudannya dianggap tidak berapa sedap dilihat kerana terletak berhadapan dengan sebuah istana penguasa. Pada suatu hari, pemilik tanah dan pondok berkenaan dipanggil menghadap gabenor Amru Al-Ash di istana untuk membincangkan rancangan dan hasratnya itu.

Selepas berjumpa Yahudi itu, Amru berkata: “Wahai Yahudi, berapakah harga tanah bersama dengan pondok kamu itu? Aku mahu membina masjid di atasnya.”

Bagaimanapun Yahudi itu menggelengkan kepala sambil berkata: “Tidak akan saya jualkan kedua-duanya, tuan.”

Sesudah itu, Amru berkata: “Aku akan membayarnya tiga kali ganda daripada harga biasa?”

Tawaran gabenor sungguh lumayan namun Yahudi itu tetap enggan menjualnya.

Amru tetap menawarkan supaya ia dijualkan dan mengingatkannya mengenai kemungkinan beliau akan menyesal jika tidak berminat. Namun apa yang pasti, walaupun selepas berkali-kali gabenor membuat tawaran, Yahudi itu tetap menegaskan bahawa dia tidak mahu menjualkannya dan tidak sesekali menyesal.

Selepas orang Yahudi itu meninggalkan istananya, Amru menetapkan satu keputusan untuk membongkar tempat tinggal kepunyaan Yahudi itu dan mendirikan sebuah masjid besar di atas tanah berkenaan dengan alasan demi kepentingan bersama serta mengindahkan pemandangan.

Yahudi itu tidak boleh berbuat apa-apa menghadapi tindakan sang penguasa. Namun, dia tidak putus asa memperjuangkan haknya dan bertekad hendak mengadu perbuatan gabenor Amru kepada ketua pemerintahnya yang berada di Madinah, iaitu Khalifah Umar bin Khatab.

Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa khalifah yang namanya sangat masyhur itu ternyata tidak mempunyai istana mewah langsung. Apabila sampai, Yahudi itu disambut oleh khalifah di halaman Masjid Nabawi, iaitu di bawah sebatang pokok kurma yang rendang.

“Ada keperluan apa tuan datang jauh dari Mesir?” tanya Khalifah Umar sesudah ia menyambut kedatangan Yahudi itu dari seberang selat.

Walaupun agak gementar apabila berdiri di depan khalifah, Yahudi itu akhirnya berjaya menenangkan hatinya kerana ketua negara Islam yang bertubuh tegap itu menatapnya dengan pandangan yang sejuk hingga lancar lidahnya dapat menceritakan masalah dan keperluannya.

Yahudi itu memberitahu bahawa beliau bekerja keras seumur hidup hingga dapat membeli sebidang tanah dan pondok kecil di sebuah kawasan berhadapan dengan istana gabenor. Akhirnya, tanah itu dirampas oleh gabenor Amru dan dibangunkan sebuah masjid yang indah dan besar.

Umar mendadak merah padam mukanya. Dengan murka dia berkata: “Kurang ajar si Amru. Perbuatannya sudah keterlaluan.” Sesudah agak reda nafsu amarahnya, Umar lantas menyuruh Yahudi itu supaya mengambil sebatang tulang dari tempat sampah yang berlonggok dekatnya. Yahudi itu ragu-ragu menurutkan perintah berkenaan.

Selepas perintah itu diulang dua kali, maka Yahudi itu dengan kebingungan mengambil sebatang tulang belikat unta dan diserahkannya kepada Khalifah Umar.

Kemudian, Umar menoreh tulang belikat unta itu dengan huruf alif yang lurus dari atas ke bawah lalu dipalang pada tengah-tengahnya menggunakan hujung pedang.

Tulang itu diserahkannya kepada Yahudi berkenaan seraya berpesan: “Tuan, bawalah tulang ini baik-baik ke Mesir, dan berikan kepada gabenor aku, Amru bin Ash.”

Yahudi itu tertanya kerana beliau datang dari jauh iaitu dari Mesir ke Madinah untuk memohon keadilan daripada khalifah tetapi dia hanya menerima sebatang tulang yang berbau busuk, yang cuma digores dengan hujung pedang.

“Maaf, tuan khalifah,” ucap beliau tidak puas.

“Saya datang ke mari menuntut keadilan. Namun, bukan keadilan yang tuan berikan melainkan sepotong tulang yang tidak berharga. Bukankah ini suatu penghinaan atas diri saya?”

Umar tidak marah sebaliknya menegaskan pendiriannya dengan berkata: “Wahai Yahudi. Pada tulang busuk itulah terletak keadilan yang tuan inginkan.”

Walaupun sambil mendongkol dan mengomel di sepanjang jalan, orang Yahudi itu terus berangkat meninggalkan Madinah menuju ke negeri tempat mukimnya dengan hanya membawa hasil sepotong tulang belikat unta yang berbau busuk.

Anehnya, tulang yang kelihatan tidak ada nilai itu diterima oleh gabenor Amr dan tanpa diduga oleh Yahudi, tubuh Amru tiba-tiba menggigil dan wajahnya pucat ketakutan.

Seketika itu, dia memerintahkan anak buahnya supaya merobohkan masjid yang baru saja siap dibina dan mendirikan semula pondok kecil kepunyaan Yahudi itu, serta menyerahkan hak atas tanah berkenaan secara utuh seperti semula.

Anak buah Amru sudah berkumpul keseluruhannya. Masjid yang memakan belanja besar itu akan dihancurkan.

Namun, tiba-tiba Yahudi itu mendatangi gabenor Amru dengan terburu-buru.

“Ada perlu apa lagi, tuan?” tanya Amru dengan nada yang halus dan hormat.

Dalam keadaan yang masih termengah-mengah itu, Yahudi berkenaan berkata: “Maaf, tuan jangan dibongkar dulu masjid itu. Izinkan saya menanyakan satu perkara paling pelik yang mengusik perasaan saya.”

“Perkara yang mana?” tanya Gabenor tidak mengerti.

“Apa sebabnya tuan begitu ketakutan dan menyuruh supaya merobohkan kembali masjid itu hanya kerana tuan menerima sepotong tulang dari Khalifah Umar?”

Gabenor Amru berkata: “Wahai, Yahudi. Ketahuilah kamu bahawa tulang itu adalah tulang biasa, malah baunya busuk tetapi oleh kerana ia dikirimkan oleh khalifah, tulang itu menjadi peringatan yang amat tajam dan tegas dengan dituliskan beliau satu huruf alif yang dipalang tengah-tengahnya.”

“Maksudnya?” tanya Yahudi semakin kehairanan.

“Tulang itu berisi ancaman Khalifah yang bermaksud: “Amru bin Ash. Ingatlah kamu, siapa pun engkau sekarang, betapa tinggi pun pangkat dan kekuasaan kamu, suatu saat nanti kamu pasti berubah menjadi tulang yang busuk. Justeru, bertindak adil lah kamu seperti huruf alif yang lurus, adil di atas dan adil di bawah. Sebab, jika engkau tidak bertindak lurus, aku palang di tengah-tengah kamu, aku tebas batang leher kamu.”

Yahudi itu tunduk terharu. Dia kagum atas sikap khalifah yang tegas dan sikap gabenor yang patuh kepada pihak atasannya hanya dengan menerima sepotong tulang. Ia adalah bukti yang mulia kerana benda yang rendah berubah menjadi keputusan hukum yang keramat dan ditaati di tangan penguasa yang beriman.

Maka Yahudi itu kemudian menyerahkan tanah dan pondoknya sebagai wakaf. Selepas kejadian itu, dia menyatakan memeluk Islam.

kredit: Berita Harian



Salam Ukhuwah..~

Rabu, 27 Mac 2013

Peminum Arak Yang Tercela Di Dunia Dan Akhirat


ALLAH s.w.t. berfirman: 

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". " Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, permainnan judi, berhala-berhala, tenung (sihir), adalah perbuatan syaitan, maka jauhilah, mudah-mudahan kamu sekalian berbahagia". Surah Al Maidah:90

Diriwayatkan Nabi Nuh as ketika menanam pokok anggur, pohon itu tidak subur, maka datanglah iblis yang terkutuk berkata: 

"Hai utusan Allah, apabila engkau mengkehendaki pohon itu subur, maka izinkanlah saya menyembelih tujuh ekor binatang untuk dijadikan baja bagi pohon itu." 

Kata Nabi Nuh:

"Kerjakanlah." 

Maka Iblis menyembelih harimau, beruang, serigala, anjing, ayam jantan, harimau belang, dan musang. Setelah itu diperahkan daging binatang-binatang yang disembelihnya dan dituangkan pada pangkal pohon anggur itu. Di saat itu juga pohon tersebut tumbuh subur dan berbuah tujuh jenis warna. Sebelum itu hanya sejenis saja yang berbuah . Oleh kerana itulah orang yang meminum arak menjadi garang seperti harimau, kuat seperti beruang, pemarah seperti harimau belang suka bercakap seperti serigala, suka gaduh seperti anjing, suka dendam seperti beruang, dan suka bersuara seperti ayam jantan.
KITAB HAYATUL QULUB.

Abu Lais (ahli fekah) berkata: 

"Jauhilah meminum khamar (arak) kerana di dalamnya terdapat 10 perbuatan yang tercela:

1. Apabila seseorang meminum arak, makan kedudukanya menjadi seperti orang gila dan akhirnya menjadi bahan ketawa dan dia tergolong orang yang tercela.

2. Hilang akal dan menebur-naburkan wang ringgit.

3. Menimbulkan pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain.

4. Menjadi penghalang seseorang itu mengingati Allah ta'ala dan melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa dan lain-lain.

5. Mendorong melakukan perbuatan zina dan juga berkemunkinan menceraikan isterinya tampa sedar kerana mabuk.

6. Merupakan kunci semua kejahatan kerana orang yang meminum arak itu mudah melakukan perbuatan derhaka kepada Tuhan dan manusia.

7. Mengakiti para malaikat Hafadhoh kerana dia memasukanya ke dalam golongan orang-orang yang fasik.

8. Peminum arak wajib dirotan sebanyak 80 kali. Sekiranya terlepas di dunia maka dia akan dihukum rotan di akhirat kelak daripada neraka dengan disaksikan orang ramai dan ibu bapanya serta kawan-kawannya

9. Menyebabkan pintu-pintu langit tertutup dan semua amal perbuatan baiknya turut ditolak termasuk berdoa tidak diterima selama 40 hari.

10.Membahayakan diri kerana dikhuatiri dicabut nyawanya dengan tidak membawa iman, aku berlindung pada Allah atas perbuatan tersebut. Semua akibat seksaan ini adalah merupakan seksaan di dunia sahaja belum menghadapi menghadapi seksaan di akhirat kelak."

kredit: jebatadil


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 26 Mac 2013

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman



Untuk pedoman kita bersama.....

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rancangaa / program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu yakin akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan gusar karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid / surau);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah kmenguasai pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis / syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri / bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bersalawat kepada Nabi s.a.w.;
56. Cintai keluarga Nabi s.a.w.;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti berbual yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi  terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

"Sebarkanlah walau satu ayat pun" 

(Sabda Rasulullah s.a.w.) 

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar." 
(Surah Al-Ahzab:71)

kredit: finn


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 25 Mac 2013

Golongan Jin Iri Hati Dengan Ratu Balqis



Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: 


“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” 

Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuatkan untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk diatas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT: 


“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” 
(Saba’: 13) 

Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Didalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Didalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Didalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak. Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Didalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan didalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Didalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Didalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

Firman Allah SWT: 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, ditempat yang disenangi disisi Tuhan Yang Berkuasa.” 
(Al-Qamar: 54-55)

kredit: lynn


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 24 Mac 2013

Isteri Mengandong Diperiksa Doktor Lelaki


Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan. Kemesraan dan kesefahaman antara suami isteri, membuahkan kerinduan yang mendalam. Jika kebahagiaan itu diganggu dengan duri-duri kehidupan yang menggores jiwa dan perasaan, secara perlahan kemesraan rumahtangga tersebut menjadi terhakis. Untuk menetapkan kebahagiaan rumahtangga dari hakisan, hindarilah sesuatu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan keraguan dalam jiwa. Untuk itu pihak Darul Nu'man tertarik untuk menyampaikan mesej ini sebagai renungan ummah. Kemusykilan yang kami paparkan ini merupakan pertanyaan yang dilontarkan kepada pihak kami dalam internet. Kemudian panel kami menjawabnya dengan menggunakan pendekatan agama dan psikologi. Dari jawapan itu kami merasa tertarik untuk menyampaikan perkara ini kepada kita semua.


Soalan:

Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

Daripada,
Keluarga Muslim K. L.



Jawapan & Penjelasan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.


Syariat & Darurat

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.



Pemeriksaan Bulanan

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.


Aspek Psikologi

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka
menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.



Menggerakkan Nafsu Syahwat

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.


Keretakan Rumahtangga

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.


kredit: Darul Nu'man


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 23 Mac 2013

Projek Menjaga Iman



Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap Mukmin untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut.



1. Menuntut Ilmu.

Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan di dalam perjalanan hidup untuk Hari Kemudian dan berniat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata, maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan. Imam Al-Ghazali menyatakan:

"Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap Deen, iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah ta'ala, membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat di dalam dirimu. Memperdalamkan makrifat terhadap ibadah kepada Allah s.w.t. Mengurangkan hasrat kamu yang berlebih-lebihan terhadap dunia dan menambah penglibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak.

Ilmu ini dapat membuka luas mata hatimu terhadap cacat cela segala macam amal perbuatanmu, sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih waspada dan berhati-hati sekali terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya."



2. Mentaati Perintah Allah.

Taat itu maksudnya ialah menurut atau patuh kepada peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah ta'ala. Perintah-perintah Allah itu terdiri daripada amal-amal yang wajib dan yang sunat.

Amal-amal yang wajib adalah merupakan amal pokok yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia. Amal-amal yang sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.

Dalam mentaati perintah Allah seseorang Mukmin mestilah menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan kepadanya seperti Solat, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat. Demi untuk memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia menyeru manusia kepada perlaksanaannya serta melarang manusia dari mengabaikannya. Usaha ini dinamakan sebagai
amru bil ma'ruf wa nahu 'anil munkar. Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan
sempurna, maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakannya.

Di samping melakukan perkara-perkara yang fardhu, seseorang Mukmin itu hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang sunat. Amalan-amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya. Oleh itu perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari Sunnah Rasulullah s.a.w.



3 . Menjauhi Maksiat.

Seorang Mukmin itu juga mestilah menjauhi dirinya dari Maksiat. Memandang berat terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.

Imam Al-Ghazali memberi peringatan:

"Di dalam tuntutan Deen terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan:
Pertama, meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah, beribadah dan berbakti kepada Allah.

Untuk menjadikan Iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang Muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
 [*]. Ini kerana kebiasaannya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya. Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan.

[*] Adab-adab ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, ia bersangkutan dengan:

a. Mata dan apa yang dilihatinya.

b. Telinga dan apa yang didengarinya.

c. Lidah dan apa yang diucapkannya.

d. Perut dan dari sumber yang bagaimana dimasukkan ke dalamnya.

e. Tangan dan apa yang dilakukannya.

f. Kaki dan ke mana diarahkannya.

g. Kemaluan dan bagaimana dijagainya.

h. Hati dan dosa-dosa yang dilakukannya.


Kita berdoa semoga Allah ta'ala sentiasa menggolongkan kita ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan menjauhkan diri kita daripada menyekutukan-Nya.

kredit: Kitab Al-Bidayatul Hidayah oleh Imam Al-Ghazali


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 22 Mac 2013

Tazkirah Hari Jumaat



Sebagai insan kita pohonkan kemaafan dan beristighfar atas segala kelemahan.

Hari ini masalah pendidikan seharusnya diberikan penekanan yang paling serius. Dalam keadaan yang serba maju dan moden, manusia teraba-raba dalam kemanusiaannya. Oleh sebab tiada contoh ikutan, maka ramai yang tenggelam tanpa punca. Apa saja yang datang terus dipegang menjadi satu ideologi. Akhirnya akal dan kemanusiaan tenggelam. Nafsu dan kebinatangan menjadi ketua menerajui setiap tindakan.

Para guru atau pendidik yang sepatutnya mentarbiah anak didik juga tidak terlepas dari fenomena ini. Mereka hilang punca. Sudah tentulah anak-anak didik mereka lebih-lebih merasakan kehilangan dan hanyut dalam arus yang tidak ada penghujung. Jalan penyelesaian menemui jalan buntu.

Justeru, pendidikan merupakan sesusatu yang maha penting untuk memandu kehidupan manusia. Ia mesti berlandas kepada falsafah dan dasar yang dipetik dari Al-Quran dan Hadith. Pendidikan moden yang berorientasikan fahaman sekular gagal mentarbiah manusia. Kita mesti mengembalikan pendidikan beragama kepada anak-anak. Jatuh bangunnya manusia berpunca dari agama. Bagus agama maka baguslah kemanusiaannya. Buruk agama maka buruklah kesudahannya. Pendeknya manusia itu atas agama anutannya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah merintis jalan ke arah budaya beragama. Baginda s.a.w. adalah contoh terbaik untuk diikuti dalam semua aspek kehidupan. Baginda s.a.w. dilahirkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Dalam zaman kegawatan akhlak ini, pendidikan perlu kembali berteraskan kepimpinan Baginda s.a.w. yang mempelopori 'uswah' dan 'qudwah' hasanah - ikutan terbaik. Semua gerakgeri Nabi Muhammad s.a.w. adalah didorong oleh wahyu Allah. Manusia tidak akan sesat sekiranya berpegang dan menjadikan Baginda s.a.w. sebagai ikutan. Masyarakat itu atas kepimpinan ketua. Penerapan uswah dan qudwah Baginda s.a.w. harus bermula dari pemimpin/ketua. Ketua, pemimpin atau guru yang baik melahirkan generasi yang baik. Mereka perlu bertindak sebagai 'role-model' dalam usaha penerapan budaya beragama. Ciri-ciri hasanah ini perlu dijelmakan dalam realiti kehidupan.

Ciri-ciri jahiliah zaman dulu masih ada malahan semakin tegak dalam zaman moden ini. Kejahatan, kefasikan, kesesatan, kekafiran dan kemunafikan bermaharajalela dewasa ini. Amar makruf dan nahi mungkar tidak menjadi teras dalam pendidikan. Kegawatan moral kemanusiaan berada di ambang atau tepi jurang neraka perlu diberikan perhatian serius melebihi daripada kawalan membanteras kegawatan ekonomi yang hanya menyentuh masa terdekat. Manusia diserang penyakit yang memusnahkan keseluruhan kemanusiaannya. Mereka memerlukan sejenis terapi perubatan bagi merawat dan menyembuhkan ciri-ciri kemanusiaan. Farmasi yang mampu memberikan penyembuhan tidak lain daripada Islam yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Inilah ubat sebenar bagi penyakit masa kini. Hakikat yang wujud sekarang ialah ramai cuba memberikan jalan penyelesaian tetapi terpesong kerana tidak berlandaskan fitrah dan sunnah. Akhirnya ubat yang diberikan tidak menyembuhkan penyakit kerana penyakit lain, ubat yang diberikan pula berlainan dan bercanggah dengan penyakit yang diidapi. Ibarat penyakit barah diubati dengan panadol.

Orang kafir terutama Yahudi mengeksploit kelemahan orang Islam. Mereka sedar keruntuhan yang sedang berlaku di kalangan umat Islam. Kegawatan ini mereka jadikan asas untuk menjahanamkan lagi keIslaman yang ada pada diri mereka. Mereka tidak sekali-kali berpuas hati dan redha selagi umat Islam tidak mengikuti jejak langkah mereka sehasta demi sehasta sehinggalah orang Islam menganuti budaya dan cara hidup mereka. Mereka akan cuba menerapkan budaya murtad atau semi-murtad di kalangan anak-anak muda Islam. Islam dilanyak seperti mana melanyak Iraq dan negeri Islam lain. Apabila Islam dan budaya Islam punah dan hancur barulah mereka gembira dan berpuas hati. Orang Yahudi suka orang Islam sesat seperti mereka, biar sama-sama menjadi penghuni neraka. Inilah konsep yang menjadi asas perjuangan Yahudi dan syaitan laknatullah.

Alhamdulillah kita berasa syukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Para sahabat bersama Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan agama Islam dengan begitu perit dan susah. Mereka berjuang hingga ke titisan darah mengorbankan harta dan nyawa untuk menegak dan menghadiahkan Islam kepada kita. Sekarang kita sudah menerima Islam hasil pengorbanan mereka. Apakah setelah menerima Islam kita patut berdiam diri. Lupakah kita akan perjuangan mereka yang menghadiahkan Islam kepada kita? Kalaupun tidak berjuang untuk menegakkan keislaman pada orang lain, kita berkewajipan menjaga Islam sekurang-kurangnya pada diri kita dan keluarga.

Nikmat Allah tidak terhitung. Setiap detik kita kecapi nikmat tersebut. Kita wajib bersyukur kepada Allah atas nikmat panca-indera, infra-struktur dan segala kemudahan di dunia ini. Lebih-lebih lagi bersyukur atas nikmat Islam dan Iman. Sebagai tanda kesyukuran, kita patut berpegang dengan tali Allah iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. Kedua-dua sumber itu adalah kekuatan Islam. Di samping itu perlu dihidupkan semula budaya yang hampir lenyap iaitu amar makruf dan nahi mungkar. Adalah menjadi tanggungjawab bersama membangunkan Islam yang sedang rebah dan munuju saat-saat tenat. Pembinaan masyarakat madani adalah menjadi tanggungjawab semua muslim. Penerapan sifat taqwa perlu diusahakan di samping menunjuk atau mengimarahkan ciri-ciri keislaman meskipun dibenci oleh orang kafir.

Inilah yang perlu kita bangunkan bagi meneruskan usaha dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w. akan bangga jika umatnya tegak dalam Islam sebaliknya Baginda s.a.w. akan berduka jika umat yang dibinanya musnah dalam kegelapan aqidah. Marilah sama-sama kita melakukan sesuatu yang boleh menyukakan hati Baginda s.a.w. di samping menjauhi diri dari meluka dan menyebabkan Baginda s.a.w. berdukacita. Semoga Allah membantu kita dalam merealisasikan hasrat ini. Amin..


Solat membina peribadi agung, pelihara dan baikilah solat.

kredit: melukut


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 21 Mac 2013

Pesanan Tok Tentang Perkahwinan

Gambar sekadar hiasan, bukan Tok seperti dalam cerita ini.

Sejauh mana kita tahu kita mampu atau tidak? Pernahkah kita dengar pepatah "belum cuba belum tahu?" Apakah ukuran yang kita gunakan? Jika rasa kurang ilmu, kita belajar....tapi kalau kita dah letak mind set apa guna kahwin jika hanya sekadar melahirkan anak-anak yang lemah...mengapa tidak kita ubah....."semoga Allah mengurniakan aku kekuatan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w....aku sekadar berusaha..sedangkan segalanya kuserahkan kepada Allah rabbul jalil".....bukankah Allah bersama persangkaan hamba-hambaNya.....mengapa kita suka memandang sesuatu dari sudut negatif terlebih dahulu?....Setelah berusaha barulah kita serahkan segala usaha kita kepada Allah iaitu tawakal...tanpa usaha...doa dan ikhtiar.....jangan cepat mengaku kalah...... lastly bagi memenuhi rukun iman keenam...percaya kepada Qada` dan Qadar...jika dah separuh nyawa berusaha tapi tuhan takdirkan tiada jodoh di dunia ini pasrah lah pada ketentuan takdirNya.....mungkin ada hikmah disebaliknya...tetapi belum apa-apa lagi kita dah menyerah kalah....entahlah...

Bukankah setiap benda itu ada pro and kontra? Jika kita rasa kita lemah..dari siapa kita mampu dapatkan kekuatan? Jika seorang pemimpin ( kaum adam berfikiran begini) di manakah kaum hawa ingin sandarkan harapan? Kita sepatutnya bangkit dari kegelapan silam....sepatutnya semakin banyak kita dilukai semakin kuat jadinya kita.....yang paling menakutkan ialah kita takut melawan sikap negatif dalam diri kita...


Pesan Tok

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"

Saya lantas bertanya, "Tok dulu kahwin cepat?".

"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang."

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak. "Bahagia Tok?"

"Tak bahagia apa. anak Tok 12 orang!"

Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka. "Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tok, tu kira terlajak dah tu!"

"Betulkah saya tak sabar, Tok? " tanya saya semacam mengusik.

"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tok ni lagilah tak sabar. umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh."

"Setuju tak Tok kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"

"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu." tajam Tok membalas.

"Kalau ikut pandangan Tok, apa agak-agaknya persediaan tu?".

"Soal ni tak boleh agak-agak. Mesti tepat." Terkedu saya dibuatnya. Tok ni bukan sebarang orang. "Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."

Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung. Tok cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul. Nanti tak kahwin pula!" usik Tok seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tok sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!

"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tok dan kawan-kawan, umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.

"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan, ikut keadaan zaman tulah. Tok ni tak nasib baik, kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tok kutip hasilnya sampai sekarang ni..."

"Tapi sekarang Tok dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."

"Tak senang. Tapi mudah-mudahan, tenang. Tulah doa Tok, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat." cuit saya, kembali ke tajuk asal.

"Ni agak Toklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar, tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam, Jauh sekali."

Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tok tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tok kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja."

"Kalau macam tu macam mana?"

"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti. Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu, apa orang kata? parenting skill."

"Tok pun tahu parenting skill?"

"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku, internet...aah, macam-macam."

"Tapi Tok, kalau tak kahwin pun susah juga. Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.

"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya. Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama."

"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama, sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion. Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada."

"Tok lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."

"Antara dua keadaan ni, yang mana patut kita pilih?"

"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tok, pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"

Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana ...




Disebalik ujian yang besar itu jugalah tersembunyi anugerah yang hebat jua dariNya.


kredit: itaarissa


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 20 Mac 2013

Orang Tausug

Orang Tausug Lawan Moro

Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo Sabah sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu KUPOT dan tarian, Daling-daling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal, Tuaran, Telipok.

Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Orang Tausug hingga hari ini (june 2009) masih menjadi pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina hingga hari ini.



Kaum Tausug atau Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

Orang Buranun dipercayai yang terawal adalah orang yang menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.

Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (sebut Holo).

Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul.

Orang Banjar pula berasal dari Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.

Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di Indochina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan inilah kaum-kaum seperti yang disebut di atas yang mewarnai wajah bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.

Suku kaum Tausug juga punya beberapa dialek atau slanga mengikut kawasan atau daerah di antaranya ialah slanga Tausug Tapul, Tausug Basilan, Lugus, Gimbahanun dan lain-lain. Unsur-unsur bahasa Jawa juga ada terdapat dalam bahasa Sug ini tidaklah menghairankan kerana rumpun Melayu di rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang menyumbang kepada Bahasa Sug terus bertahan hingga hari ini.

Tausug berasal dari dua suku kata “Tau” (sbt Ta’u) bermaksud “orang” dan “Sug” bermaksud “Arus”. “Orang Arus” maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Kita mengetahui kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara. Bahkan sebahagiannya menjalankan aktiviti di luar kawalan iaitu aktiviti pelanunan di sekitar perairan Laut Sulu hingga ke Laut Sulawesi dan Laut China Selatan. Maka jelaslah asal gelaran “Orang Arus” itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.

Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah “Tau Maisug”. “Maisug” bermaksud pemberani iaitu “Orang Yang Berani”. Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian memerangi kaum ini dengan mengistiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Sebab itu gelaran “Juramentado” (Berani Mati) adalah gelaran Spanyol kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.
“Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara “keagamaan” dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga”

Suku Kaum Suluk Di Sabah

Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.

Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.

Kedua: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.

Seorang Salik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam pandangannya melainkan kewujudan Allah swt al-khalik pendek kata hatinya dipenuhi oleh kebesaran Allah swt. Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata.

Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para syeikh yang arif billah. Para syeikh atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata:

“..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama - pent) yang mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orang-orang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.

Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.


Orang-orang Tausug ketika dulu sangat menghormati Ahlul-Bait samada dari keturunan Syarif (Sayyidina Hassan ra) atau Sayyid atau Habib (Sayyidina Hussein ra). Orang Tausug dipanggil orang Suluk oleh orang Melayu sebab mengamal tasawwuf yang dibawa oleh para Ahlul-Bait tersebut. Mereka adalah Sufi yang rela mati syahid kerana Agama, bangsa dan negara.

kredit: anieysa nieysa (Sandakan Sabah)


Salam Ukhuwah..~