Bacaan Popular

Jumaat, 20 Julai 2012

3 Tanda_Sebuah Nasehat Yang Baik


Salam juma'at dan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak 1433. Semuga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.


Nasihat Baginda Nabi Muhammad s.a.w. kepada menantunya Ali r.a.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.



Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.




Semoga kita semua diberi taufiq serta hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut...Aamiiiinn...


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan