Bacaan Popular

Jumaat, 19 April 2013

Adakah Sah Ke Islaman Kita ?



Tahukah anda mengapa Rukun Islam itu di aturkan dengan

(1) Mengucap Dua Kalimah Shahadah.

(2) Solat 5 waktu.


(3) Puasa pada bulan Ramadhan.


(4) Zakat Fitrah & Harta.


(5) Haji & Umrah Bagi Yang Mampu



Ini menunjukkan kepentingan serta keutamaan dan kadar beratnya sesuatu amalan berbanding dengan amalan lain.

Persoalannya yang ingin ditimbulkan disini adalah kenapa rukun yang pertama sekali itu nampak mudah dan senang sekali syaratnya berbanding rukun kedua yang perlu dilakukan 5 kali sehari, perlu berwudhu, mengadap kiblat dan lain-lain dan rukun-rukun Islam yang seterusnya, sedangkan ianya jatuh pada keutamaan yang
PERTAMA!



"Cukupkah dengan kita melafazkan dua kalimah syahadah, kita telah sah menjadi Muslim?"



Jawapannya, "YA" 


TETAPI INGAT! Muslim tak bermakna mukmin, dan kalau kita masih di status muslim sahaja, kita belum selamat lagi dan pasti kan terima padahnya kelak!

SEBENARNYA IA TAK SEMUDAH YG DISANGKA! Banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat dan perlulah kita berguru dan lebih mendalami perkara yang paling asas di dalam Islam ini!


Tok terangkan secara ringkas mengikut apa yang tok belajar dan faham dan kalau silap tolong betulkan!

LAFAZ DUA KALIMAH SYAHADAH sama seperti lafaz niat di dalam Solat.

Dan perlu juga kita melakukan amalannya syahadah seperti kita melakukan rukun dalam amalan solat (Takbiratul ihram, rukuk, sujud,tahiyat, dan sebagainya.) 



Begitulah dengan puasa zakat dan seterusnya, ada niat dan ada amalannya.

Kalau setakat pandai lafaz sahaja tanpa mengetahui RUKUN SYAHADAH, SYARAT SAH SYAHADAH, SYARAT BATAL SYAHADAH DAN AMALAN SYAHADAH, mengikut hukum akan BATALLAH KEISLAMAN seseorang itu dan lagho lah segala solat, puasa, sedekah zikir dan amalan-amalan lain kerana dia tak memenuhi syarat Rukun Islam yang Pertama.

Ianya samalah seperti orang yang berpuasa tapi tak sembahyang atau orang yang berfitrah, berzakat tapi tak puasa.

CUBA ANDA RENUNGKAN KEBENARANNYA




Salam Ukhuwah..~

Khamis, 18 April 2013

7 Perkara Ganjil



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.“

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain." Jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, 

"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, 

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain".


Pemuda itu menyambung lagi, 

"Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," Balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu,

"Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," Sambung pemuda itu lagi.


"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat Baginda, Jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya, Jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?  Tanya pemuda itu lagi. 

Jawab ahli ibadah tersebut, 

"Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 17 April 2013

Lelaki Yang Pasti Masuk Syurga



Pada suatu malam Rasullullah s.a.w. telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota mekah. Muka dia bersih... ...

"Malam ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga"kata Nabi Muhammad s.a.w.

"Lelaki inilah penghuni syurga tersebut"kata Nabi Muhammad s.a.w. kepada sejumlah besar jemaah yang hadir untuk sembahyang Insyak tersebut. Antara sahabat yang hadir malam itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidik ibadat lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bukanlah orang. alim. Malah ibadatnya biasa sahaja. Tidak terlihat hal2 yang istimewa pada dirinya sebelum ini. Malah ketika Nabi s.a.w. memperkenalkannya dia sudah bersiap2 untuk pulang ke rumah. Adakah Rasullulah s.a.w. hendak bergurau?

Malah yang lebih mengagumkan bukan pada malam itu sahaja Rasullulah s.a.w. menyatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga. Malah keesokannya Baginda s.a.w. turut berbuat demikian.

Maka para sahababat yang hadir semalam semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki tersebut. Adakah dia hanya berlagak biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa? Ataupun dia begitu tulus sehingga tidak ada langsung ibadatnya diketahui orang lain?

Dan Abdullah bin Umar tidak sanggup lagi menahan hasratnya apabila Rasullulah s.a.w. memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi. Selesai sembahyang Isyak berjemaah Abdullah segera keluar dan mengikut lelaki tersebut dari belakang. Lelaki tersebut merasa hairan melihat telatah Abdullah lantas bertanya:

"Kenapa engkau tergesa-gesa?"

"Jika engkau sudi aku ingin menjadi tetamu mu malam ini" kata Abdullah.

"Sungguh berbesar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya". Sahut lelaki tersebut kehairanan.

"Saya benar-benar ingin bermalam di rumah saudara setelah Rasullulah s.a.w. memperkenalkan sebagai orang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya juga ingin masuk syurga." Jawab Abdullah.

"Tapi saya tidak ada ibadat lain melainkan daripada apa yang saudara lihat" Jelas lelaki itu lagi.

"Tapi saya ingin menginap di rumah saudara"

"Kalau begitu silalah ke rumah saya" Balas lelaki itu lagi.

Abdullah yakin dia akan dapat menyelidiki ibadat lelaki itu. Apabila sampai di rumah lelaki tersebut, Abdullah telah meminta izin untuk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya dengan berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik setelah 3 hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut tidak ada apa yang istimewa yang dilihatnya. Lelaki itu tak pernah berzikir bahkan sembahyang tahajjud pun tidak.

Pada malam pertama Abdullah menceritakan kepada Anas bahawa dia telah berpura-pura tidur dan lelaki tersebut tidur di sebelahnya. Pada mulanya lelaki itu tidur nyeyak... ... tiba-tiba tengah malam dia terjaga.Tetapi tidak ada apa-apa yang lelaki tu buat melainkan daripada memusingkan badannya dan mengucap kalimah " Ya Allah" kemudian sambung tidurnya semula.

Dan begitulahlah yang berlaku pada malam seterusnya sampailah 3 malam berturut-turut.

Tapi Abdullah telah menduga lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana hatinya begitu ikhlas... ..maka dia pun bertanya kat lelaki tersebut sebelum dia meniggalkan rumah tersebut.

"Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui ibadat mu. Sudilah saudari memberitahu saya supaya saya juga boleh ke syurga " kata Abdullah.

"Tidak ada ibadat lain melainkan apa yang saudara lihat" Jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut Abdullah pun tak tanya lagi dan berterima kasih kepada lelaki tersebut.

Sebelum Abdullah pergi lelaki tersebut telah memanggilnya seraya berkata.

"Saudara... ... memang tidak ada ibadat lain melainkan dari apa yang saudara lihat.Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun." Jelas lelaki tersebut memberi pengakuan.

"Rupanya inilah sikap terpuji pada diri mu. Maka aku berjanji tidak akan mencela sesiapapun. Terima kasih kerana memberi pentujuk yang berguna kepada saya" Ujar Abdullah dengan gembira.


PENGAJARAN: Sesiapa yang mengumpat dan mencaci orang lain hendaklah dia meminta maaf kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa manusia sesama manusia. Oleh itu hendaklah selesaikan di dunia. Di akhirat urusan Allah dgn hambanya.

kredit: rakanblog


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 16 April 2013

Tentang Dajjal al Masih

Gambar sebagai hiasan sahaja.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda s.a.w. banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda s.a.w. telah bersabda: 

“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah s.w.t. ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah s.w.t. akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh Nabi-nabi sebelumku kepada umatnya".

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah s.w.t. tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk".

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” 

Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi".

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi".

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: 

“Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: 

“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya:

“Mengapa menangis?” 

Saya menjawab: 

“Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: 

“Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.” 

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: 

“Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” 

Rasulullah s.a.w menjawab: 

“Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” 

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah s.w.t. mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

kredit: ira


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 15 April 2013

Spesis Insan Yang Kian Pupus

Kendi ini bukanlah kendi yang dimaksudkan seperti dalam cerita ini.


Dan daripada Ibnu Abii Al-Wardi roh.a., katanya (mafhuumya) : Daku telah masuk ke atas (pergi kepada) Sariyy Saqtiyy roh.a. dan beliau sedang menangis, dan (disebelahnya ada) dauroq-nya (dauroq adalah sejenis kendi yang ada pemegangnya tapi tidak berpipa) yang telah pecah/remuk. Maka aku pun bertanya : Apa yang telah terjadi kepada engkau ni ?

Jawabnya : Dauroq itu telah pecah / remuk.

Daku berkata : Daku (akan) membelinya (yang lain) sebagai ganti untuk itu.

Jawabnya : Engkau nak gantinya untuk aku!? walhal aku mengetahui daripada mana daaniq (duit) yang mana engkau akan membelikan dauraq itu dengannya, dan siapakah yang membikinnya? dan dari manakah tanahnya (untuk buat dauroq itu)? dan apakah yang dimakan oleh pembikinnya sehingga dia selesai daripada pembikinannya / kerjanya itu ?

Begitulah terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al-`Aalim Jamaaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2,muka surat 372 dan 373. Subhaanallooh……

Begitulah telitinya dan wara'nya orang2 dahul. Tentulah hati2 mereka begitu suci sekali. Kalau begitulah keadaan mereka, bagaimana kita hendak membanatah mereka ?
Bagaimana kita tergamak mengenepikan ajaran2 dan nasihat2 mereka ?
Apakah masih wujud seseorang di dunia ini orang yang seperti SariyySaqtiyy roh.a. ini ?



Bayangkan…. Kendinya / dauroqnya pecah , beliau roh.a. menangis…kenapa? Kerana kendi pengganti nanti (mungkin) akan dibeli dgn duit yang datangnya dari sumber yang diragui, syubhat, dsbya….Dan mengenai pembuat atau pembikin kendi (yang baru itu) , beliau roh.a. belum tahu lagi siapa orangnya (adakah seorang yang soleh, atau seorang yang fasiq, atau bagaimana ? ). Dan beliau pun belum pasti lagi adakah bahan tanah yang akan dijadikan kendi itu pun bersumberkan tanah yang syubhat, diragui, (lebih2 lagilah kalau bahan tanah yang haram) atau bagaimana ? Dan apakah makanan yang dimakan oleh pembikin kendi itu merupakan makanan yang halal atau sebaliknya ? Atau pun syubhat dsbnya ?


Itu baru berthabit dengan kendinya…. Belum lagi ditinjau ketelitiannya dan kewara'annya dalam hal makanan, pakaian dsbnya !
Subhanallah….
Semoga Allah swt merahmati Sariyy Saqtiyy !



BETAPA DUNIA DAN UMAT HARI INI KETANDUSAN ORANG-ORANG YANG SEPERTI INI ! KALAU BEGITU, BAGAIMANA ORANG-ORANG DI ZAMAN INI MAHU JADI PEMBIMBING BAGI UMAT INI ? MAHU MENJADI MURSYID BAGI UMAT ? MAHU MENJADI `ULAMA` BAGI UMAT ? MAHU MENJADI TOKOH BAGI UMAT ? WALAU SE'ALIIM / SEBAIK / SESOLEH / SEWARA' MANA PUN ORANG2 HARI INI, TENTULAH JAUH PANGGANG DARIPADA API JIKA DIBANDINGKAN ORANG2 DAHULU SEPERTI SARIYY SAQTIYY ROH.A. 


Yang nyata, rata-rata orang hari ini, tidak kira siapa dia, samaada `alim atau pun tidak, pada `umumnya tidak terlepas daripada tempias riba….kecualilah mereka yang benar-benar dirohmati Allah swt.


YA ALLAH, SELAMATKANLAH KAMI.


Walloohu A'lam.
Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar.
Alfaqiiru ilallah.



DAANIQ, DAANAQ : (matawang) seperenam dirham

kredit: Ustaz Jalil


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 14 April 2013

Dosa Yang Besar Dari Berzina



Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam; 

"Silakan masuk". 

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, 

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan perkenan mengampuni dosa keji saya." 

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. 

"Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. 

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa a.s.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, 

"Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, 

"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," Ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa a.s. pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, 

"Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!". Teriak Nabi Musa a.s. sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa a.s. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril a.s. turun mendatangi Nabi Musa a.s. Sang Ruhul Amin Jibril a.s. lalu bertanya, 

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 

Nabi Musa terperanjat. 

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. 

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" 

"Ada!" Jawab Jibril a.s. dengan tegas. 

"Dosa apakah itu?" Tanya Musa a.s. yang kian keliru. 

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa a.s. kemudian menyuruh orang memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah ta'ala untuk perempuan tersebut. Nabi Musa a.s. menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan : 

Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'abah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa a.s. dan wanita penzina dan dua hadis Nabi s.a.w., mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 13 April 2013

Dosa Umpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa


Posting hari ini agak lewat terbit sebab modem internet telah digodam oleh seorang penceroboh dan cuma dapat dipulihkan jam 9:30 malam ini (Sabtu 13.04.2013) Harap maaf...



"MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Perbuatan itu mungkin menyebabkan kesusahan, kerugian, perasaan malu dan mendapat nama buruk akibat cerita itu.

Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda bermaksud: 


"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." 
(Hadis riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui ia difahami oleh orang mendengarnya.

Mengumpat banyak mendatangkan keburukan. Oleh itu, Islam melarang umatnya mengumpat.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Firman Allah bermaksud: 

"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya..." 
(Surah al-Hujurat, ayat 12).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: 

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat." 
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Tidak ramai melakukan zina kerana dosanya amat besar tetapi ramai tidak sedar setiap hari melakukan dosa lebih besar daripada zina.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah bermaksud: 

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri." 
(Hadis riwayat Abu Daud).

Maksud hadis itu dengan jelas membuktikan orang mengumpat dikategorikan sebagai belum beriman dengan hatinya biarpun lidahnya mengaku beriman.

Orang mengumpat bakal dimalukan biarpun dia berada di rumahnya sendiri.

Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.

Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.

Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.

Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata 'alangkah pendeknya
perempuan itu' kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.

Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.

Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit.

Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan 'mesra'.

Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah.

Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: 

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering." 

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: 

"Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya." 

Maka Allah menjawab: 

"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui."

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Walaupun perbuatan menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain amat dilarang dan berdosa besar, ada masanya kita diharuskan berbuat demikian.

Perbuatan itu hendaklah bertujuan kebaikan dan bukan saja-saja suka menceritakan keburukan orang.

Antara contoh keadaan yang dibenarkan ialah menceritakan sifat seseorang yang suka menipu. Kita menceritakan sifatnya itu bertujuan supaya orang lain berhati-hati dan tidak akan mudah ditipu olehnya.

Tetapi janganlah ditambah cerita mengenai sifat lain pula. Contohnya, selain cerita sikapnya suka menipu, diceritakan juga sifatnya suka minum arak. Ini kerana di antara kedua-dua sifat itu tidak mempunyai hubungan dan bukan untuk tujuan asal agar tidak tertipu.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Jauhkan diri daripada berada dalam suasana yang boleh menyebabkan berlakunya mengumpat. Oleh itu, perbanyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

kredit:zindagi ek safar


Salam Ukhuwah..~