Bacaan Popular

Jumaat, 20 Januari 2012

Merenung Peribadi Khalid Al Walid Yang Belajar Dari Kesalahan


YALAMLAM merupakan salah sebuah kawasan berbukit di sebelah utara Makkah, kira-kira 2 marhalah (92 km) sebelum sampai ke Tanah Haram. Ia merupakan tempat bagi masyarakat Islam di sekitar Yaman ber-miqat. Sekitar perjalanan antara Makkah ke Yalamlam, ada satu kawasan yang namanya Ghuraisa, iaitu sekitar jarak 15 km sebelum sampai ke Yalamlam. Di sinilah berlaku peristiwa sariyyah (peperangan yang tidak disertai Nabi saw) yang diingati sebagai hari Ghuraisa, peristiwa yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 Hijriah, peristiwa yang mengimbas kembali kesalahan serius yang dilakukan oleh Khalid bersama 350 tentera berkuda yang terdiri di kalangan Muhajirin dan Ansar serta Bani Sulaim.

Ketika itu Khalid baharu selesai membinasakan berhala Uzza setelah diperintahkan oleh Rasulullah saw, dan kini beliau mendapat arahan daripada Rasulullah saw lagi untuk bertemu Kabilah Bani Juzaimah yang tinggal di Yalamlam agar mengajak mereka kepada dakwah Islam. Arahan tersebut diterima oleh Khalid pada 25 Ramadhan, dan setelah tiba bulan Syawal Khalid bersama para tenteranya berangkat menuju Yalamlam. Apabila sampai ke Ghuraisa, mereka telah terserempak dengan kabilah Bani Juzaimah yang lengkap bersenjata.

Kabilah Bani Juzaimah terkenal dengan sikap ganas dan 'gedebe' - samseng. Mereka pernah melakukan jenayah pembunuhan ke atas bapa saudara Khalid bin Al Walid bernama Fakih, dan juga membunuh bapa Abdul Rahman bin Auf. Ketika mereka melihat Khalid bersama 350 orang tentera ketika itu, timbul keraguan dalam hati mereka bahawa ada kemungkinan Khalid akan membalas dendam atas perbuatan mereka. Padahal Khalid bertemu mereka atas arahan Rasulullah saw, iaitu untuk mengajak mereka masuk Islam. Lalu apabila Khalid Al Walid bertanya kepada Kabilah Bani Juzaimah tentang siapakah mereka, mereka menjawab dengan tidak menggunakan bahasa Arab fasih yang lazim dengan sebutan, "Aslamna" (yakni kami telah masuk Islam).

Sebaliknya menyebut, "Shoba’na" (istilah masuk Islam yang tidak digunakan oleh masyarakat Quraish). [ Rujuk Ibnu Hajar Al Asqolani, Fathul Bari 8/57 ]

Khalid bin Al Walid tidak memahami jawapan Bani Juzaimah itu, kemudian Khalid bertanya lagi, "Mengapa kamu membawa senjata? Adakah kamu hendak berperang?"

Kabilah Bani Juzaimah menjawab, "Kami berada di dalam krisis permusuhan dengan orang-orang Arab Badwi di sekitar perkampungan ini. Kami tersalah anggap, pada awalnya kami ingatkan kamu adalah musuh".

Khalid kemudiannya memerintahkan kabilah Bani Juzaimah meletakkan senjata mereka dan terus menawan mereka. Selepas itu tawanan tersebut dibahagikan kepada setiap anggota tenteranya di kalangan Ansar, Muhajirin dan Bani Sulaim. Ketika menjelang waktu Subuh, Khalid memerintahkan supaya tawanan tersebut dibunuh. Tentera dari Bani Sulaim menuruti arahan Khalid iaitu membunuh tawanan mereka, manakala tentera Ansar dan Muhajirin membebaskan tawanan tersebut tanpa mentaati arahan Khalid bin Al Walid, kerana tahu tawanan tersebut telah memeluk Islam, tetapi hal tersebut tidak difahami oleh Khalid yang ketika itu mengetuai sariyyah tersebut.

Hal ini disampaikan kepada Rasulullah saw, lalu dengan perasaan duka Baginda saw bertanya, "Adakah di kalangan kamu ada orang yang membantah tindakan Khalid itu?!!".

Mereka menjawab, "Ada wahai RasulAllah, Abdullah bin Umar bin Salim telah membantah tindakan Khalid".

Mendengar jawapan tersebut, Baginda saw berdoa kepada Allah, "Ya Allah, aku berlepas diri (mohon perlindunganMu) dari apa yang telah dilakukan oleh Khalid bin Walid". [Rujuk Sahih Bukhari, Kitab Maghazi bab Ba’athsa An Nabi Khalid Bin Al Walid, No:4339].

Apa yang jelas, Rasulullah saw tidak setuju tragedi pembunuhan itu berlaku. Hal itu adalah kesalahan yang telah dilakukan oleh Khalid bin Al Walid. Kemudian Rasulullah saw pun memerintahkan Ali bin Abi Thalib ke perkampungan Bani Juzaimah, memohon maaf, memberikan tebusan (diyat), menenangkan mereka, dan membetulkan insiden yang telah berlaku itu kerana Khalid telah melakukan perkara yang salah. Segala kerosakan dan ganti rugi dilunaskan oleh Ali bin Abi Talib, sama ada harta itu berbentuk unta dan perak, termasuklah bekas untuk minuman anjing sekalipun, bahkan diberikan lebih daripada itu setelah dimaklumkan segala harta yang musnah.

Begitupun apa yang dilakukan oleh Khalid bin Al Walid tidak berhak dihukum qisas kerana tindakan yang dilakukannya mengandungi syubhah dan takwil, sama seperti yang berlaku terhadap Usamah bin Zaid semasa beliau membunuh seorang lelaki yang telah mengucapkan syahadah kerana menyangka lelaki itu hanya berpura-pura untuk mengelak dibunuh. Rasulullah saw memarahi tindakan Usamah ra, namun Baginda saw tidak pula menghukum Usamah. Hal ini menerangkan kepada kita bahawa setiap kesalahan yang dilakukan itu tidak sama tarafnya, sebagai contoh orang yang murtad. Orang murtad kerana kejahilan diri dan nafsunya, berbeza dengan orang yang murtad kerana mahu memerangi dan menjatuhkan Islam. Begitulah juga orang yang membunuh kerana tersilap perkiraan, berbeza dengan orang yang membunuh kerana rasa sombong dan angkuh.


Abdul Rahman bin Auf Menegur Perbuatan Khalid

Peristiwa ini menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara Khalid dan Abdul Rahman bin Auf. Kata Abdul Rahman bin Auf kepada Khalid, "Kamu orang Islam tetapi telah melakukan kerja jahiliyyah".

"Tidak! Aku lakukan kerana membalas perbuatan mereka terhadap pembunuh bapamu!", jawab Khalid.

"Pembohong!! Aku telah membalas terhadap pembunuh bapaku. Kamu sebenarnya Khalid, telah membunuh orang yang telah memeluk Islam kerana kesalahannya membunuh seorang sahaja di zaman jahiliyyah-nya", kata Abdul Rahman bin Auf.

"Siapa yang mengatakan bahawa mereka telah Islam??", Khalid terpinga-pinga dengan jawapan Abdul Rahman.

Jawab Abdul Rahman lagi, "Semua anggota tentera memberitahu bahawa mereka (Bani Juzaimah) menjawab persoalanmu (ketika berada di Ghuraisa) bahawa mereka telah Islam dan mendirikan masjid! Sebenarnya kamu-lah Khalid yang menuntut bela terhadap pembunuhan bapa saudaramu Fakih!!"

"Tidak! Aku lakukan demi arahan Rasulullah saw", Khalid menafikan.

Khalid masih sahaja menganggap apa yang dilakukannya itu benar. Mungkin kerana beliau digelar "pedang Allah" (SaifuLlah), menyebabkan Khalid begitu percaya bahawa kebenaran sentiasa berada di sisinya. Namun, Abdul Rahman bin Auf juga memiliki reputasinya yang tersendiri, beliau adalah salah seorang "as sabiqunal awwalun" (orang yang terawal memeluk Islam) dan juga termasuk sepuluh orang Sahabat yang dijamin masuk syurga. Tetapi, pertikaian demi pertikaian tetap juga berlaku sehingga tanpa sedar Khalid menolak kata-kata Abdul Rahman bin Auf secara agresif.

Akhirnya Rasulullah saw campurtangan dan menyedarkan Khalid, "Berhentilah wahai Khalid. Jangan memaki Sahabatku. Demi Allah, jika kamu meng-infaqkan derma sebesar bukit Uhud, nescaya kamu tetap tidak dapat mampu menyama'i walaupun satu cupak infaq mereka, tidak juga separuhnya" [ Rujuk Sirah Ibnu Hisham 2/431 ].

Khalid terdiam dan tersedar kesilapannya. Sehebat manapun gelaran "SaifuLlah", ia tetap tidak memberikan ada apa-apa kelebihan jika dibandingkan dengan pengorbanan generasi Sahabat yang pertama memeluk Islam. Hal ini menyebabkan Khalid mengenali dirinya, menginsafi sikapnya, memuhasabah salah dan silapnya. Dari peristiwa ini Khalid bin Al Walid mendapat pelajaran yang sangat berharga sebagai panduan hari muka.

Benar. Khalid bin Al Walid memang belajar dari peristiwa itu, Khalid betul-betul menginsafi kesalahannya. Maka lembaran-lembaran sejarah berikutnya di dalam sejarah peperangan yang dilalui oleh Khalid, beliau lebih matang dan dewasa. Sepanjang peperangan yang dilalui oleh Khalid sehinggalah ke zaman kekhalifahan Umar Al Khattab, prestasi Khalid Al Walid dipenuhi dengan kegemilangan dan kebanggaan tanpa berlaku kesalahan-kesalahan yang sama seperti yang dilakukannya terhadap kabilah Bani Juzaimah. Bukan sahaja kematangan beliau di medan perang, malah lebih dari itu lagi, Khalid bin Al Walid memiliki kematangan ruhiyah yang luar biasa. Hal itulah yang diabadikan sejarah saat Khalid dipecat Umar sebagai komander perang di saat perang Tabuk. Khalid terus berperang sekalipun dipecat dari jawatan tertinggi, malah lebih gigih lagi di belakang pimpinan Abu Ubaidah bin Jarrah.

"Aku berperang mengharap keredhaan Allah, bukan menagih keredhaan manusia".

Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Besar atau kecil. Sengaja ataupun tidak sengaja. Yang menjadi masalah adalah, apakah kesalahan itu menginsafkan kita atau tidak. Adakah kita bertaubat atau mengulanginya dengan penuh bongkak. Belajarlah dari kesalahan itu sehingga menjadikan penilaian kita lebih matang dan dewasa, justeru hal itu tidak menyebabkan kita mengulangi kesalahan yang sama dan bersikap kekanak-kanakan selama-lamanya. Para salafus soleh selalu memuhasabah diri sebelum tidur. Maka, kesalahannya dapat diperbetulkan semula kurang dari 24 jam. Mereka cepat bertaubat, segera mengambil ibrah, membersihkan segala kekotoran sehingga menjadikan jiwa semakin matang, luas pemikirannya seiring zaman yang mereka lalui.

Bagaimana pula kita? Adakah kita belajar dari kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan?

kredit: AKADEMI TARBIYAH DPPM


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 19 Januari 2012

5 Solat Sunnah Yang Boleh Dijadikan Rutin Seharian Kita Sebagai Umat Islam


Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad saw, keluarga dan sahabat Baginda.

Amalan yang terbaik adalah yang berterusan walau jumlahnya sedikit. Begitu pula dalam solat sunnah, beberapa di antaranya dapat kita jaga rutin karena itulah yang dicintai oleh Allah. Apakah amalan solat2 sunnah tersebut? Berikut rentetan keutamaannya, semoga membuahkan semangat untuk menjaga dan mempraktikkannya.


Pertama: Solat Sunnah Rawatib

Mengenai keutamaan solat sunnah rawatib diterangkan dalam hadits berikut ini. Ummu Habibah berkata bahwa ia mendengar Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِىَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ


“Barangsiapa yang mengerjakan solat 12 raka’at (sunnah rawatib) sehari semalam, akan dibangunkan baginya rumah di surga.” (HR. Muslim no. 728)
Dalam riwayat At Tirmidzi sama dari Ummu Habibah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِىَ لَهُ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ
الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ


“Barangsiapa sehari semalam mengerjakan solat 12 raka’at (sunnah rawatib), akan dibangunkan baginya rumah di surga, yaitu: 4 raka’at sebelum Zhuhur, 2 raka’at setelah Zhuhur, 2 raka’at setelah Maghrib, 2 raka’at setelah ‘Isya dan 2 raka’at sebelum Shubuh.” (HR. Tirmidzi no. 415 dan An Nasai no. 1794, kata Syaikh Al Albani hadits ini shahih).

Yang lebih utama dari solat rawatib adalah solat sunnah fajar (solat sunnah qobliyah shubuh). ‘Aisyah berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا


“Dua rakaat sunnah fajar (subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya.” (HR. Muslim no. 725)

Juga dalam hadits ‘Aisyah yang lainnya, beliau berkata,

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِأخرجه الشيخان

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukan satu pun solat sunnah yang kesinambungannya melebihi dua rakaat (solat rawatib) Subuh.” (HR. Bukhari no. 1169 dan Muslim no. 724)


Kedua: Solat Tahajud (Solat Malam)

Allah Ta'ala berfirman,

أَمْ مَنْ هُوَ قَانِتٌ آَنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآَخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو
الْأَلْبَابِ


“(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ” (QS. Az Zumar: 9). Yang dimaksud qunut dalam ayat ini bukan hanya berdiri, namun juga disertai dengan khusu' (Lihat Tafsir Al Qur'an Al 'Azhim, 12: 115). Salah satu maksud ayat ini,

“Apakah sama antara orang yang berdiri untuk beribadah (di waktu malam) dengan orang yang tidak demikian?!” (Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi, 7/166). Jawabannya, tentu saja tidak sama.

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah –Muharram-. Sebaik-baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat malam.” (HR. Muslim no. 1163, dari Abu Hurairah)

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمُكَفِّرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ

“Hendaklah kalian melaksanakan qiyamul lail (solat malam) karena solat amalan adalah kebiasaan orang soleh sebelum kalian dan membuat kalian lebih dekat pada Allah. Solat malam dapat menghapuskan kesalahan dan dosa. ” (Lihat Al Irwa' no. 452. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Mu'adz bin Jabal radhiyallahu 'anhu berkata, "Solat hamba di tengah malam akan menghapuskan dosa." Lalu beliau membacakan firman Allah Ta'ala,

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, ..." (HR. Imam Ahmad dalam Al Fathur Robbani 18/231. Bab

"تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ ")

'Amr bin Al 'Ash radhiyallahu 'anhu berkata, "Satu raka'at solat malam itu lebih baik dari sepuluh rakaat solat di siang hari." (Disebutkan oleh Ibnu Rajab dalam Lathoif Ma'arif 42 dan As Safarini dalam Ghodzaul Albaab 2: 498)

Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata, "Barangsiapa yang solat malam sebanyak dua raka'at maka ia dianggap telah bermalam karena Allah Ta'ala dengan sujud dan berdiri." (Disebutkan oleh An Nawawi dalam At Tibyan 95)

Ada yang berkata pada Al Hasan Al Bashri , "Begitu menakjubkan orang yang solat malam sehingga wajahnya nampak begitu indah dari lainnya." Al Hasan berkata, "Karena mereka selalu bersendirian dengan Ar Rahman -Allah Ta'ala-. Jadinya Allah memberikan di antara cahaya-Nya pada mereka."

Abu Sulaiman Ad Darini berkata, "Orang yang rajin solat malam di waktu malam, mereka akan merasakan kenikmatan lebih dari orang yang begitu girang dengan hiburan yang mereka nikmati. Seandainya bukan karena nikmatnya waktu malam tersebut, aku tidak senang hidup lama di dunia." (Lihat Al Lathoif 47 dan Ghodzaul Albaab 2: 504)

Imam Ahmad berkata, "Tidak ada solat yang lebih utama dari solat lima waktu (solat maktubah) selain solat malam." (Lihat Al Mughni 2/135 dan Hasyiyah Ibnu Qosim 2/219)
Tsabit Al Banani berkata, "Saya merasakan kesulitan untuk solat malam selama 20 tahun dan saya akhirnya menikmatinya 20 tahun setelah itu." (Lihat Lathoif Al Ma'arif 46).

Jadi beliau membiasakan solat malam selama 40 tahun. Ini berarti solat malam itu perlukan usaha, kerja keras dan kesabaran agar kita terbiasa mengerjakannya.
Ada yang berkata pada Ibnu Mas'ud, "Kami tidaklah sanggup mengerjakan solat malam." Beliau lantas menjawab, "Yang membuat kalian sulit karena dosa yang kalian perbuat." (Ghodzaul Albaab, 2/504)

Lukman berkata pada anaknya, "Wahai anakku, jangan sampai suara ayam berkokok mengalahkan kalian. Suara ayam tersebut sebenarnya ingin menyeru kalian untuk bangun di waktu sahur, namun sayangnya kalian lebih senang terlelap tidur." (Al Jaami' li Ahkamil Qur'an 1726)


Ketiga: Solat Witir

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرً

“Jadikanlah akhir solat malam kalian adalah solat witir.” (HR. Bukhari no. 998 dan Muslim no. 751)


Keempat: Solat Dhuha

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda,

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

“Pada pagi hari diharuskan bagi seluruh anggota tubuh di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanallah) dikira sebagai sedekah, setiap bacaan tahmid (alhamdulillah) dikira sebagai sedekah, setiap bacaan tahlil (laa ilaha illallah) dikira sebagai sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu akbar) juga dikira sebagai sedekah. Begitu pula amar ma’ruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua dapat mencukupi (diganti) dengan melaksanakan solat Dhuha sebanyak 2 raka’at.” (HR. Muslim no. 720)

Padahal persendian yang ada pada seluruh tubuh kita sebagaimana dikatakan dalam hadits dan dibuktikan dalam dunia kesehatan adalah 360 sendi. ‘Aisyah pernah menyebutkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

إِنَّهُ خُلِقَ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْ بَنِى آدَمَ عَلَى سِتِّينَ وَثَلاَثِمَائَةِ مَفْصِلٍ

“Sesungguhnya setiap manusia keturunan Adam diciptakan dalam keadaan memiliki 360 sendi.” (HR. Muslim no. 1007)

Hadits ini menjadi bukti selalu benarnya sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Namun sedekah dengan 360 sendi ini dapat digantikan dengan solat Dhuha sebagaimana disebutkan pula dalam hadits berikut,

أَبِى بُرَيْدَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « فِى الإِنْسَانِ سِتُّونَ وَثَلاَثُمِائَةِ مَفْصِلٍ فَعَلَيْهِ أَنْ يَتَصَدَّقَ عَنْ كُلِّ مَفْصِلٍ مِنْهَا صَدَقَةً ». قَالُوا فَمَنِ الَّذِى يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « النُّخَاعَةُ فِى الْمَسْجِدِ تَدْفِنُهَا أَوِ الشَّىْءُ تُنَحِّيهِ عَنِ الطَّرِيقِ فَإِنْ لَمْ تَقْدِرْ فَرَكْعَتَا الضُّحَى تُجْزِئُ عَنْكَ »

“Dari Buraidah, beliau mengatakan bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manusia memiliki 360 sendi. Setiap persendian itu memiliki kewajiban untuk bersedekah.” Para sahabat pun mengatakan, “Lalu siapa yang mampu bersedekah dengan seluruh persendiannya, wahai Rasulullah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengatakan, “Menanam bekas ludah di masjid atau menyingkirkan gangguan dari jalanan. Jika engkau tidak mampu melakukan seperti itu, maka cukup lakukan solat Dhuha dua raka’at.” (HR. Ahmad, 5: 354. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih ligoirohi)

Imam Nawawi mengatakan, “Hadits dari Abu Dzar adalah dalil yang menunjukkan keutamaan yang sangat besar dari solat Dhuha dan menunjukkan kedudukannya yang mulia. Dan solat Dhuha menjadi cukup dengan dua raka’at.” (Syarh Shahih Muslim, 5: 234)

Asy Syaukani mengatakan, “Hadits Abu Dzar dan hadits Buraidah menunjukkan keutamaan yang luar biasa dan kedudukan yang mulia dari Solat Dhuha. Hal ini pula yang menunjukkan semakin disyari’atkannya solat tersebut. Dua raka’at solat Dhuha sudah mencukupi sedekah dengan 360 persendian. Jika memang demikian, sudah sepatutnya solat ini dapat dikerjakan secara berterusan dan terus menerus.” (Nailul Author, 3: 77)


Kelima: Solat Isyroq

Solat isyroq termasuk bagian dari solat Dhuha yang dikerjakan di awal waktu. Waktunya dimulai dari matahari setinggi tombak (15 minit setelah matahari terbit) setelah sebelumnya berdiam diri di masjid selepas solat Shubuh berjama’ah. Dari Abu Umamah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى صَلاةَ الصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى، كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ

“Barangsiapa yang mengerjakan solat shubuh dengan berjama'ah di masjid, lalu dia tetap berdiam di masjid sampai melaksanakan solat sunnah Dhuha, maka ia seperti mendapat pahala orang yang berhaji atau berumrah secara sempurna.” (HR. Thobroni. Syaikh Al Albani dalam Shahih Targhib 469 mengatakan bahwa hadits ini shahih ligoirihi/ shahih dilihat dari jalur lainnya)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

« مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ ». قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ »

“Barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjama'ah lalu ia duduk sambil berdzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan solat dua raka'at, maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umrah.” Beliau pun bersabda, “Pahala yang sempurna, sempurna dan sempurna.” (HR. Tirmidzi no. 586. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

- Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna -

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad Yang Membosankan


Setiap hari sabtu dan ahad atau hari-hari cuti kelepasan am kita akan ternampak ada kalangan rakan kita terutama di facebook menulis pada statusnya 'Ahad yang membosankan'. Status yang sebegini sebenarnya di tulis oleh orang perempuan terutamanya yang belum berkahwen.

Nak tahu kenapa dia bosan?

Mari kita dengar perbualan antara seorang atok dengan cucunya yang bertanya soalan yang sama di bawah ini.

Cucu: Tok...

Tok: Ya cu...

Cucu: Kenapa awek tu tulis dalam facebook dia harini dia bosan tok?

Tok: Ohhh...harini kan ker hari ahad. Hari dia tak pergi kerja jadi duduk di rumah dia boringlah.

Cucu: Kenapa pulak dia boring tok. Kat rumah kan banyak krja yang boleh buat.

Tok: Orang perempuan citarasa mereka tak sama macam kita yang lelaki ni cu. Orang pompuan yang bekerja mereka ada wang dan tak di belnjakan untuk keluarga mereka, kalau belanja pun tak banyak mana. Jadi duit mereka selalunya mereka gunakan untuk membeli pakaian yang baru serta alat-alat untuk mencantekkan diri. Bukan ker perempuan tu suka orang tengok dia cantek.

Cucu: Apa kena mengena cantek dengan boring hari ahad tok?

Tok: Hari ahad dia tak dapat keluar, takder couple ataupun duit dah habes. Kalau hari lain dia kena keluar pergi kerja kalau takder tambang, duit belanja boleh minta semula dari mak atau ayah. Bila dapat keluar rumah maka dapatlah dia memperagakan pakaian serta kecantekannya di luar rumah. Sebenarnya cu...kaum perempuan di tegah mempamerkan kecantekan mereka pada khalayak yang bukan mahramnya. Jikalau pada suaminya okey.

Cucu: Ooo...macam tu...baru cucu faham tok.

Tok: Sebab itulah mereka sanggup berhabes duit gaji untuk membeli barang-barang yang boleh membuatkan mereka kelihatan cantek. Kalau cucu dah besar nanti jikalau nak berniaga jangan berniaga barang-barang yang boleh memberi kecantekan kepada kaum perempuan sebab ini juga bersubahat namanya, akan mendapat dosa. Setiap langkah kaki anak perempuan yang keluar rumahnya tanpa menutup aurat dengan betul setiap langkah itu pula kaki ayahnya menghampiri neraka.

Demikianlah dialog ringkas antara seorang atok dengan cucunya.

Salam Ukhuwah..~

Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya


Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak.

Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah trilion manusia sejak zaman Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasulallah SAW bersabda:

“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.


Asal Usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail as berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim as mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.


Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”


Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji.

Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadith Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:

“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.


Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh Baginda saw pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)

Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad saw, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.

kredit: selatanonline


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 18 Januari 2012

Suhaib Antara Sahabat Rapat Rasulullah SAW


SUHAIB bin Sinan dianggap salah seorang daripada empat tokoh utama oleh Rasullulah SAW. Selain Bilal bin Rabah dan Salman al- Farisi, Suhaib bin Sinan merupakan salah seorang yang paling awal memeluk Islam.

Beliau lebih dikenali sebagai tokoh dari Rom walaupun susur galur keturunannya adalah daripada bangsa Arab. Beliau berasal dari keturunan Arab pada zaman dahulu. Menurut cacatan sejarah, Sinan bin Malik dan seorang bapa saudaranya merupakan pemimpin di suatu kawasan di Sungai Dajlah, termasuk dalam wilayah Kerajaan Parsi.

Dalam salah satu pertempuran dengan tentera Rom, Suhaib yang ketika itu masih kecil, ditawan dan dibawa ke Rom.

Bersama Ammar di rumah al-Arqam

Suhaib dibesarkan di Rom sebagai tawanan perang dan kemudian dijual sebagai hamba kepada seorang ketua suku Kalb. Beliau kemudiannya menjual Suhaib kepada Abdullah bin Jaz'an. Abdullah berasa kagum dengan keperibadian Suhaib lalu beliau dibebaskan dan diajak olehnya untuk bersama-sama menjalankan perniagaan.

Kisah keislaman Suhaib diketahui ketika beliau bertemu dengan Ammar bin Yasir berhampiran dengan rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam, tempat yang menjadi markas Nabi Muhammad SAW dalam menjalankan dakwah baginda.

Perniagaan yang paling menguntungkan

Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Abu Bakar al-Siddiq, Suhaib turut berhijrah bersama rombongan yang diketahui Ali bin Abi Talib; beliau telah diseksa toleh beberapa orang pemuda Quraisy.

Suhaib telah menawarkan untuk memberitahu tempat beliau menyimpan hartanya kepada pemuda-pemuda tersebut sebagai balasan sekiranya beliau dibebaskan untuk berhijrah ke Madinah. Tawarannya diterima oleh pemuda-pemuda tersebut, lalu Suhaib bebas untuk pergi ke Madinah.

Sebaik sahaja beliau sampai ke Madinah, beliau terus berjumpa dengan baginda Rasulullah saw yang menyambut kedatangan beliau dengan berkata, "Sungguh beruntung perniagaan Suhaib."

Amalan Suhaib itu telah dimaklumkan oleh Allah kepada Rasulullah saw yang membawa kepada turunnya ayat 207, surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan di antara manusia, ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keredaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada sekalian hamba-Nya.

Berkecuali dalam hal perpecahan umat Islam

Apabila Khalifah Umar r.a. dibunuh dan diikuti dengan perpecahan umat Islam, Suhaib mengambil sikap berkecuali. Begitu juga halnya ketika berlaku persengketaan antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah. Tambahan pula ketika itu, usia beliau telah pun lanjut.

Suhaib bin Sinan meninggal dunia pada tahun 38 H, ketika umat Islam dipimpin oleh Ali bin Abi Talib.

Menggantikan Saidina Umar sebagai Imam

Suhaib dianggap di antara sahabat yang rapat dengan baginda Rasulullah SAW. Beliau turut menyertai semua peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah dan sentiasa berada di sisi baginda, bagi menjaga keselamatan baginda.

Apabila Rasulullah wafat, Suhaib terus berbakti kepada Islam dengan mendampingi Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Khalifah Umar al-Khattab. Ketika Umar al-Khattab cedera parah ditikam, Suhaib telah dilantik untuk mengimami umat Islam mendirikan solat.

Hal ini jelas menunjukkan betapa besarnya penghormatan yang diberikan oleh Umar al-Khattab kepada beliau dan juga menunjukkan bahawa Suhaib tergolong dalam tokoh sahabat yang istimewa.

kredit: KedahLaNie


Salam Ukhuwah..~

AWAS...Dadah Kekal Dalam Darah


Gambar molikul 'Rohypnol'.

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan 'rohypnol' di dalam darahnya dan 'progestrex', sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mangsa mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan jenis besar seperti lembu dan kuda. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah untuk “Dating dan rogol".

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya tidak akan mengandung sampai bila2.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang tahu lebih dekat dengan anda dan jangan percaya walau kawan dan baru kenal dengan anda tidak boleh dpercayai. Minuman dalam kotak juga boleh dimasukkan cecair ini melalui suntikan, dan tekbik menghilangkan lubang suntikan ialah dengan menampaknya dengan lilin yang cair. Awas...anda takkan perasan jika minuman dalam kotak tersebut sudah disuntik.

kredit: lamankongsi


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 17 Januari 2012

Sejarah Lambang Bulan Bintang Dalam Islam


Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah.

Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia.

Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rasulullah saw bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..”

Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah saw itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana.

Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam.

Sehinggalah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropah itu.

Semasa pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad Al-Fatih berjaya menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu:

- hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur,

- hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan

- di tengahnya adalah Benua Eropah.


Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah Islamiyah.

Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat.

Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke.

Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang.

Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang rasmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid.

kredit: tulahan


Salam Ukhuwah..~