Bacaan Popular

Jumaat, 24 Februari 2017

Nilai 1



Sememangnya kita semua adalah warganegara syurga. Allah hantar kedunia untuk memilih siapa yang layak masuk syurga dan siapa uyang layak masuk neraka. Sebenarnya tanpa menghantar manusia kedunia pun Allah ta'ala sudah tahu siapa yang sesuai untuk syurga dan siapa yang layak untuk neraka tapi Allah hendak kita tahu betapa sabarnya Allah Yang Maha Penyabar. Allah hendak kita memikirkan betapa penyabarnya Allah ta'ala. Pada masa ini diantara 7.5 billion manusia yang ada atas dunia cuma 2 billion sahaja islam dan dalam 2 billion yang islam itu pun masih ramai tak solat tak sembah Allah. Yang lagi 5 billion komfom tak solat dan mereka melakukan kemaksiatan kepada Allah, mereka minum arak, berjudi makan benda haram dan berzina. Namun Allah tak menghukum mereka semasa didunia.

Jikalau Allah kehendaki pasti Allah ta'ala telah beri rotan kepada setiap Malaikat yang mencatat amal, jika perbuatan baik dilakukan oleh setiap manusia maka catat dalam buku catatan amal dan jika perbuatan sebaliknya maka terus rotan. Pasti semua manusia telah mati kerana di rotan oleh para Malaikat sebelum sempat mencapai umur yang sepatutnya.

Oleh kerana sifat Allah Yang Maha Penyabar maka mereka yang melakukan kemaksiatan kepada Allah ta'ala tetap mendapat rezeki setiap hari sehinggalah sampai pada waktu semua manusia dimatikan dan dibangkitkan semula untuk dihitung setiap amal.

Disana nanti Allah akan bertanya kepada kita,'Lama sangatkah hangpa semua duduk kat dunia sampai tak ingat nak sembah Aku.' Lalu dalam keadaan tunduk kita sedar masa kita kat dunia cuma tengahari saja. Bagaimana masa tengah hari? Tengah hari ialah mula dari jam 12:00 tengahari sampai 1:59 tengahari sebab selepas jam 2:00 AKAN DISEBUT PETANG DAN SEBELUM 12:00 TENGAHARI AKAN DISEBUT PAGI.
Rupa-rupanya kita tertipu dengan bangkai dunia ini.

Ada tiga hadith yang berkaitan nilai dunia ini. Pertama ketika Nabi s.a.w. melalui tempat sampah bersama beberapa orang sahabat r.anhum maka terpandang bBaginda s.a.w. bangkai kambing yang telah busuk lalu Baginda s.a.w. bertanya kepada sahabat r.anhum, 'Siapakah yang hendak membeli bangkai itu?' Lalu salah seorang sahabat menjawab, 'Kami semua tak mahu bahkan bagi free pun tak mahu.' Begitulah keadaan dunia ini dari pandangan Allah sehingga Allah berfirman dalam hadith kurdsi bahawa selepas Allah mencipta dunia Allah langsung tak pandang kepada dunia lagi.

Yang kedua dunia ini di umpamakan dengan sebelah sayap nyamuk. Langsung tiada nilai dan itulah yang kita dok rebut, pakat dok bagi rasuah kat orang atas orang dalam supaya projek yang harga 200 ribu itu dapat kat kita. Kita juga bawa intertain orang dalam sampai jauh malam kat restoran dan balik dalam keadaan mengantuk sampai tak dapat bangun solat suboh walhal 2 rakaat solat sunat sebelum solat suboh lebih baik dari dunia serta isi-isinya sekali.

Nampaknya kita semakin rugi, kerana mengambil dunia dan meninggalkan akhirat. Minggu depan kita sambung dengan tajuk yang sama yakni Nilai 2.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~


Jumaat, 17 Februari 2017

Perintah Allah



Allah perintahkan matahari untuk bertugas setiap hari agar terbit di timur dan terbenam di barat bagi memudahkan makhluk dibumi menghitung hari, minggu, bulan dan tahun serta musim. Sehinggalah pada suatu hari matahari akan di perintahkan terbit dari barat. Begitu juga Allah perintahkan pokok durian mengeluarkan buah durian setiap kali musim durian apabila tiba musimnya dan tidak ada pokok durian yang mengeluarkan buah manggis. Begitu anak-anak penyu yang baru menetas akan merangkak menuju kearah air  laut atau ombak laut, bahkan tidak ada seekor pun yang menentang arus kecuali sakit atau gila. Begitu Allah ta'ala perintahkan setiap maklhluk ciptaannya dengan satu tugas yang khusus seperti ulat yang berkerumun ditempat kotor atau najis, langsung tidak ada yang cuba keluar dari tempat busuk atau najis itu kerana tak tahan bau busuk. Ulat-ulat itu akan kekal disitu dan akan mati disitu. Mereka semuanya taat dan patuh diatas ciptaan mereka yang telah ditetapkan oleh Allah ta'ala.

Namun bagi manusia dan jinn, dua jenis makhluk ini lain sikit gayanya. Mereka diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menyembah Allah ta'ala namun kebanyakan mereka ingkar dan ada yang lebih dahsyat sehingga menyembah benda-benda yang Allah cipta pula. Ada sebilangan menyembah matahari, menyembah api, menyembah ular dan berbagai-bagai lagi.

Bagi yang menyembah Allah, Allah s.w.t. telah tetapkan waktu-waktu yang khusus untuk menyembah Allah namun masih ramai yang memilih waktu sendiri-sendiri. Bahkan Allah ta'ala telah menghantar Rasul-rasul-Nya untuk menunjukkan cara menyembah Allah sesuai dengan kehendak Allah yakni lelaki harus berjemaah dimasjid namun masih ramai menyembah Allah dibelakang stesen minyak, dicelah-celah pejabat secara bersaorangan. Inilah mereka dari kalangan manusia dan jinn. Dua jenis makhluk yang harus menjalani kehidupan setelah mati dimana setiap perkara yang dilakukan semasa hidup didunia akan disoal. Setiap nikmat melihat, mendengar, nikmat merasa dengan indera, makan minum termasuk nikmat air sejuk pun akan disoal.

Bagi setiap perbuatan akan didatangkan saksi dan tidak lain serta tidak bukan setelah melihat kekiri dan kekanan nyata tiada sesiapa melainkan dia seorang sahaja maka dengan berani dan yakin dia meminta untuk didatangkan saksi. Ketika itu kaki sebelah kirilah yang mula-mula akan menjadi saksi dan berkata-kata dengan Allah ta'ala,'Ya Allah, tuan aku ini pada sekian-sekian hari telah menggunakan aku untuk berbuat maksiat kepadaMu'. 

Pada masa itu mulut dipateri dan setiap anggota tubuh akan berkata-kata, kaki akan berkata-kata atas setiap perbuatan baik atau buruk, tangan akan berkata-kata atas setiap perbuatan yang baik dan buruk. Bahkan benda-benda lain seperti rumput, batu atau kayu dan papan termasuk lantai batu mozaid dalam rumah atau bilik akan berkata-kata dengan Allah menjadi saksi atas setiap perbuatan kita semasa hidup didunia.

Selepas semua memberi penyaksian kepada Allah maka mulut dibenarkan berkata-kata lalu lidah berkata-kata dengan kaki, dengan tangan dengan peha dengan telinga dengan mata dan kesemua yang telah menjadi saksi itu. 'Wahai kaki, wahai tangan wahai segala-gala anggota tubuhku mengapa kamu menjadi saksi untuk memusnahkan aku pada hari ini'. Lalu kaki dan tangan serrta lain-lain berkata-kata kembali. 'Hari ini Allah izinkan kami untuk berkata-kata dan kami memperkatakan apa sahaja yang Allah ingin kami sampaikan.'

Semasa didunia apabila berada ditempat yang ada cctv maka seboleh-bolehnya kita akan jaga adab kita termasuk tak sampai hati untuk korek lubang hidung. Walhal cctv Allah berada dimana-mana sahaja. Batu serta pasir  menjadi cctv Allah, kaki, telinga dan semua anggota tubuh kita akan menjadi cctv. Oleh itu berpatah balik lebih baik. Yakinkan semula diri kita tujuan Allah ta'ala jadikan kita untuk berada dalam zaman yang akhir zaman ini dan menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.

Sepatutnya kita bersyukur kerana dapat menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat-sangat dikasihi oleh Allah s.w.t. Kita inginkan syafa'at (pertolongan) dari Baginda s.a.w. ketika di hari penghisaban itu.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~


Jumaat, 10 Februari 2017

Haji


Ramai antara pembaca disini belum pergi ke Mekah untuk menunaikan rukun Haji. Mungkin ada diantara kita yang tergulong dalam kalangan yang tidak mampu. Namun ada juga antaranya yang memang sudah mampu tapi masih belum belajar cara-cara hendak mengerjakan haji, maklumlah kita pernah dengar rukun-rukunnya itu banyak dengan rukun tawaf, rukun sa'i dan berbagai-bagai lagi.

Ramai juga yang sudah pergi haji namun dilihat dengan mata kasar mereka seolah-olah belum pergi haji. Ini kerana tuturkata yang keluar dari mulut mereka atau tingkahlaku mereka atau tabiat lama masih bersemadi dalam kehidupan mereka.

Sepatutnya orang yang sudah haji menunjukkan teladan yang baik yang dapat dicontohi oleh mereka yang belum pergi haji. Sebagai contoh yang baik seseorang yang Islam yang meyakini setiap perkara sunnah mempunyai kelebihan serta kejayaan. Nabi s.a.w. sendiri pernah bersabda yang mahfumnya, 'Didalam zaman fahsya mungkar sesiapa yang dapat menggigit satu sunnah ganjarannya ialah 100 pahala syahid'. Antara sunnah-sunnah Rasul s.a.w. ialah masuk tandas tutup kepala, waktu makan tutup kepala, waktu masuk tandas langkah kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan serta berdoa. 

Melangkah masuk kemasjid dengan kaki kanan serta niat iktikaf dan keluar dari masjid dengan kaki kiri. Makan dan minum dengan tangan kanan dan dalam keadaan duduk. Sentiasa memberi salam kepada sesiapa sahaja walaupun tak dikenali. Sentiasa berbaik sangka dengan semua orang dan tidak bercakap perkara yang sia-sia.

Satu hal yang paling penting ialah sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t. baik pagi atau petang baik sewaktu berbaring atau waktu duduk.

Jadi, kita sepatutnya melatih diri kita seolah-olah kita sudah haji walaupun kita belum pergi haji. Dalam erti kata lain kita hajikan roh kita sebelum jasad kita sendiri pergi haji. Cara terbaik ialah jangan tinggalkan solat isyrak (solat isyrak ialah 20 minit selepas waktu syuruk) kerana ganjaran untuk solat isyrak menyamai orang yang pergi haji. Bayangkan jikalau setiap pagi kita berjaya menunaikan solat isyrak sejak berpuluh-puluh tahun tentu sekali ganjaran haji yang sudah kita perolehi itu terlalu banyak dan bila tiba masa untuk benar-benar pergi haji pasti urusan mengerjakan haji amat mudah bagi kita.

Dan tempat melontar syaitan bagi kita yang belum pergi haji ialah dalam diri kita. Syaitan akan membisikkan agar kita melepaskan solat isyrak sebab ada orang yang ajak kita minum dikedai kopi sebaik selesai solat suboh berjemaah di masjid. Ingatlah keberkatan masjid selepas solat suboh tidak seharusnya kita bawa ke kedai mamak atau kedai Mak Janda. Sebaliknya bawalah keberkatan masjid itu balik kerumah kita biar rumah kita mendapat keberkatannya dan sebaik-baik masuk waktu isyrak boleh terus buat 2 rakaat atau 4 rakaat, itu lebih baik jika kita orang yang boleh berfikir.

Sebaik-baik solat seawal pagi ialah solat isyrak disertai dengan solat hajat maklum kita sebagai makhluk ciptaan Allah sangat-sangat berhajat kepada Allah. Bagi yang bekerja waktu itu adalah waktu dalam perjalanan ketempat kerja. Namun jikalau pandai adjust pasti dapat menunaikan solat isyrak sebab waktu solat isyrak tidak tepat sepanjang tahun. Mithalnya bagi bulan ini oleh kerana waktu suboh ialah 6.10 minit pagi maka waktu syuruk ialah 7.25 pagi dan jika ditambah lagi 20 minit waktu syuruk untuk mendapatkan waktu isyrak bermakna waktu solat isyrah yang dibolehkan ialah 7.47 pagi dan tempoh paling sesuai untuk solat isyrak ialah tidak lebih 20 minit, ini bermakna antara 7.47 hingga 8.07 adalah waktu yang sesuai untuk solat isyrak.

Bagi yang masuk jam 8.00 boleh adjust datang awal dan sampai tempat kerja untuk membolehkan solat isyrak didirikan, solat hajat dengan solat dhuha boleh tunaikan jam 10 nanti yakni waktu rehat dan kurbankanlah waktu rehat kita dari duduk dikantin dan ganti duduk atas sejadah lalu ini yang tidak menjadi penyesalan kita dialam kubur dan dialam akhirat kelak.

Ada masa waktu suboh lebih awal dan syuruk juga awal yakni 7.05 dan ditambah lagi 20 minit maka dapat waktu isyrak 7.25 pagi waktu itu masih kita boleh kejar andai kata kita mahu kejar dan andai kata sudah tidak terkejar janganlah cuba dikejar juga kerana solat tersebut hanya sunat bukan fardhu. Jika tak mampu kejar namun masih mahu kejar maka perkara sunat sudah kita jadikan wajib pula lalu kita kena fikir apa Malaikat kata dan apa Allah kata.

Namun bagi sesiapa yang dapat mengerjakan solat isyrak ganjarannya adalah seumpama dia mengerjakan haji dengan pakaian ihram.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 3 Februari 2017

Jauh Ker Tak?


Apabila kita hendak berpindah kerumah baru dan kebetulan di kawasan baru yang belum pernah kita masuk sebelum ini pasti isteri kita atau jiran-jiran kita atau kaum kerabat kita akan bertanya berkenaan rumah baru kita itu. 

Antara soalan-soalan yang akan dilontarkan mereka kepada kita atau isteri kita berbunyi begini, 'Err...rumah korang yang baru tu dengan kedai jauh tak?' Atau soalan yang lagi satu yakni soalan yang mashur juga, bunyinya begini, 'Err... dengan sekolah jauh ker dekat?' Inilah soalan lazim yang ada di pemikiran kita. Dam melalui soalan yang terlontar satu persatu dapatlah kita buat andaian tentang tahap keagamaan jiran atau kaum kerabat kita itu.

Soalan yang jarang atau cuma kadang-kadang (macam cerita Nujum Pak Blalang) terpacul keluar ialah, 'Err... dengan masjid jauh tak? Kalau tak jauh alhamdulillah sebab setiap kali azan dapat dengar azan'. Katanya.

Kenapa pula dengan azan? Untung ker kalau masjid dekat dengan rumah kita. Jawapannya memang untunglah mereka yang jarak masjid dengan rumahnya dekat atau sangat dekat sebab setiap kali azan syaitan akan lari terkentut-kentut mencari tempat bersembunyi yakni dalam longkang dalam parit dan dalam tandas. Sebab itu daun p[intu tandas kena tutup sama ada digunakan atau tidak digunakan. Begitulah juga mangkok dalam tandas yang ada penutup hendaklah ditutup supaya syaitan tak mengambil kesempatan dengan terbukanya penutup tersebut untuk menyembunyikan diri. 

Adakah sesiapa antara kita yang suka tandas dalam rumahnya dijadikan tempat persembunyian syaitan ketika lari dari laungan azan? Jika tak suka sila pastikan penutup mangkuk tandas dan daun pintu tandas ditutup sentiasa.

Berbalik kepada rumah baru yang bakal kita pindah, jikalau jaran dengan masjid dekat alhamdulillah. Ini bermakna apabila berlaku kematian kita akan dapat tahu dengan cepat. Apabila ada majlis pernikahan kita juga antara orang yang cepat dapat info. Dan apabila ada sambutan keagamaan kita jugalah yang awal-awal dapat tahu.

Lebih beruntung lagi bagi perempuan yang Allah bagi cuti dan tak boleh ke masjid, dengan duduk dirumah pun dapat dengar ceramah atau kuliah maghrib yang sering diadakan di masjid sebgab pembesar suara bahagian luar masjid dihidupkan bagi memberi peluang sesiapa yang tidak boleh masuk masjid untuk turut sama mendengar.

Namun ada soalan yang langsung tak smart (tak cerdik) dan soalannya ialah, 'Err... rumah baru tu dengan pasar jauh tak?'

Seperti kita semua maklum bahawa diatas muka bumi ini tempat yang paling disukai oleh Allah ta'ala ialah masjid dan tempat yang paling Allah ta'ala tak suka ialah pasar. Pasar termasuklah pasar pagi, pasar malam, pasaraya, mall dan tempat-tempat yang seumpama dengannya.

So, lain kali jikalau nak pindah rumah baru lagi carilah rumah yang dekat dengan masjid jikalau tak ada masjid bergotong royonglah buat masjid ikut saluran yang betul dan jikalau tak mampu buat masjid buatlah surau. Mudah-mudahan usaha dan pengurbanan yang sedikit ini di dalam usia yang singkat akan menjadi asbab Allah redha atas kita.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~