Bacaan Popular

Jumaat, 29 Julai 2016

Amal Maktab

Gambar sekadar hiasan

Memang tajuk kali ini belum pernah muncul dalam blog ini. Tajuk ini berkait dengan masjid. Sepertimana kita semua tahu bahawa masjid tempat sujud. Huruf 's' dengan 'j' menjadikannya maksud sujud. Jadi dimana ada sujud secara berjemaah disitulah dinamakan masjid walaupun signboard diluar menyatakan ianya surau atau madrasah.

Kebanyakan masjid di Malaysia juga mempunyai beberapa amal. Antaranya ialah amalan taklim yakni pembacaan hadith setelah selesai solat fardhu. Ada masjid yang buat taklim lepas solat suboh, ada lepas solat asar dan ada buat lepas solat isyak, bergantung kepada keperluan jemaah disesuatu tempat.

Amalan lain adalah amalan ziarah atau gash dalam bahasa urdu dimana beberapa orang jemaah dari masjid akan pergi kerumah kaum muslim yang berhampiran masjid dengan niat berziarah sambil menjemput tuan rumah atau mana-mana lelaki yang akal baligh dari rumah tersebut untuk datang kemasjid bagi tujuan muzakarah perkara iman dan amal yang biasanya diadakan seminggu sekali selepas fardhu maghrib.

Amalan lain ialah zikir harian, bacaan al Quran, solat-solat sunat dan lain-lain yang lebih secara infradi (peribadi) dan bukan secara ajmain (berjemaah bersama-sama).

Kekuatan rohani sesebuah masjid boleh dipertingkatkan lagi dengan mempertingkatkan segala usaha tersebut terutama usaha secara berjemaah dan sebagai tambahan disini Tok Wan nak bagi syor kepada orang-orang masjid termasuk jemaah usaha agama untuk menambah lagi satu amalan yakni apa yang dinamakan 'Amal Maktab'.

Amal Maktab hampir-hampir atau mirip dengan DTI (Dakwah Taklim Istiqbal) namun pendekatannya lebih halus yakni kita pergi mencari anak-anak muda diluar masjid dan ajak mereka kemasjid pada waktu bukan solat fardhu dan buat saringan untuk mengenal pasti tahap kefahaman agama mereka. Pasti dan pasti jika usia mereka antara 13 hungga 17 tahun dalam sepuloh yang datang ada 3 tak dapat baca al Fatehah dengan betul lalu ini tugas kita memperbetulkan bacaan mereka agar solat mereka jadi sah dan mereka pun yakin dengan benar-benar yakin bahawa solat mereka itu sah dan diterima oleh Allah. Dengan adanya mereka bermakna kita ada kerja, jadi kita patut bersyukur kerana ada kerja yang perlu kita buat.

Dan dalam ramai-ramai itu pasti pula kita jumpa yang tak tahu kalimah syahadah, ini pun kerja kita untuk mengajar mereka kalimah tersebut kerana kalimah tersebut adalah kunci kepada syurga dan bukti keislaman mereka. Kita beranggapan mereka yang tidak datang solat dimasjid bukan kerana tak mahu datang tapi malu kerana mereka tak tahu solat, tak tahu wuduk dan tak tahu nak baca al Fatihah. 

Dalam pengalaman Tok Wan sendiri pernah jumpa lelaki yang lewat usia hingga 40'an masih tak tahu mengucap kalimah syahadah. Ada juga lelaki yang seusia dengan Tok Wan namun masih tak tahu cara wuduk yang sempurna. Jangan sekadar istighfar untuk diri sendiri sahaja tapi bantulah mereka. Kasihanilah mereka, mereka juga menginginkan syurga dari Rahmat Allah.

Antara ramai-ramai lelaki yang sudah akal baligh yang dapat kita bawa kemasjid bawalah pula untuk halaqah quran. Pasti ramai yang tak qatam mengaji, kita ajak mereka mengaji hari demi hari dan pastikan kita ada pembantu dan pengganti sekurang-kurangnya 3 orang supaya apabila hari dimana kita tiada masih ada orang lain dapat menggantikan kita agar maktab itu berjalan terus.

Dinamakan maktab kerana disini kita memperbetulkan kalimah shahadah setiap mereka, memperbetulkan bacaan al Quran, memperbetul sambil mempertonton rukun-rukun solat dan menyampaikan kefahaman agama kerana terlalu ramai lelaki yang sudah akal baligh yang tidak faham agama. Bahkan lelaki yang sudah bergelar ayah dan atok juga ada yang tak qatam quran, tak tahu berwuduk dan tak tahu solat. Lalu urusan kerja ini bukan urusan Imam masjid dimana kita berjemaah tapi urusan kita. Bawa mereka datang kemasjid jamu mereka makan dan minum dan dedahkan perkara apa yang mereka perlukan. Mana-mana yang kita sendiri tak tahu boleh rujuk kepada Imam dan jikalau Imam pun tak berani nak beri pencerahan boleh rujuk kepada alim.

Dengan adanya satu lagi cabang kerja dalam usaha dakwah dimasjid kita pastinya masjid kita lebih kuat dari masjid-masjid yang lain. Masjid yang kuat bukan kerana cerucuk yang ditanam oleh kontraktor semasa pembinaannya tetapi adalah cerucuk amal yang dibuat didalamnya. Lihatlah Masjid Abdul Rahman di Banda Aceh yang tak terjejas walaupun tsunami membadai Aceh tahun 2014 yang dulu. Allah ta'ala menzahirkan kasih sayangnya terhadap masjid itu. Kita mahu Rahmat serta Khir dari Allah turun kemasjid kita seterusnya menyebar masuk kedalam rumah-rumah disekitar kawasan masjid bahkan jika kuatkan lagi usaha pasti Rahmat tersebut akan melimpah sehingga ke kampung atau taman yang berjiran dengan kampung dan taman perumahan kita.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 22 Julai 2016

Turki



Melihat kepada dua ekor ayam turki dalam gambar diatas terpikir pulak... rasa nak berfikir kejap kenapa dinamakan ayam turki. Sebenarnya bukan kita saja sebut ayam turki, tapi orang putih di Benua Eropah dan Amerika pun sebut ayam turki.

Ayam turki sungguh unik, rasanya sedap buat masak kurma, atau kari atau dalcha. Selain unik ia juga mempunyai rupa paras yang comel jika disbanding dengan yam-ayam yang lain atau haiwan jenis peliharaan yang lain.

Begitu jugalah uniknya Negara Turki. Barangan dari Turki ada dimana saja, kita pergi kemasjid ada banyak sejadah buatan dari turki, kita pergi kekedai herba dan kita boleh beli cuka kurma atau jus delima dari turki dan di Benua Eropah jika kita masuk kekedai menjual alat elektronik pasti kita jumpa buatan Turki satu dari tiga yang kita pegang atau lihat.

Yang lebih unik lagi sejak lama dulu sejak Israel memerangi Palestin maka penduduk asal Palestin yang Tanah dan rumah mereka sudah dirampas oleh Israel akan lari ke Jordan atau Turki. Nampak gayanya lebih banyak lari atau pergi ke Turki. Terbaru apabila Syria bergolak berjuta-juta rakyat Syria menuju ke Turki. Turki tak kesah pun bahkan Turki berbaik-baik dengan Israel. Bila ada apa-apa yang tak kena atau tak berkenan dengan Turki apa-apa perkara yang dilakukan oleh Israel maka dengan bersahaja Turki menempelak Israel.

Hari ini Turki menjadi suatu Negara yang sangat dicemburui oleh Eropah dan ditakuti oleh Israel dan Amerika kerana tenteranya. Unit tentera elitnya dengan jumlah 2 atau 3 orang saja yang masuk ke Israel dengan pakaian biasa dan tanpa membawa apa-apa senjata mampu memusnahkan sebuah kem tentera hanya dalam tempoh dua hari. Mereka ini jenis orang yang jaga solat, bukan sekadar solat fardhu, tapi solat sunat. Amalan membaca al Quran serta zikir juga menjadi rutin mereka. Inilah tentera Islam sebenar. Dikhabarkan ada sebilangan besar anggota tentera khas dimastikan solat tahajud setiap hari.

Presiden Turki pula mampu membimbing Jemaah solat fardhu dimasjid atau memmimpin Jemaah dalam majlis-majlis zikir. Perkara yang tidak pernah dapat dibuat oleh Negara lain tapi sudah dilakukan oleh Presiden Turki itu ialah menghapuskan bayaran untuk belajar kerana pada Turki ilmu pelajaran adalah percuma. Dalam masa yang sama Eropah dan Amerika berusaha menaikkan bayaran untuk pelajar masing-masing.

Sewaktu berjuta-juta pelarian dari Syria, Palestin dan Afghanistan keluar dari Negara masing-masing mereka akan menuju ke Turki sebab Turki adalah pintu ke Eropah. Eropah pula sibuk berusaha menutup pintu. Presiden Turki nak bagi ERopah faham tapi Eropah takkan faham sebab rata-rata pemimpin Eropah belum Islam. Tiba-tiba Great Britain keluar dari blok pakatan Eropah yang dikanal dengan EU dan tak lama kemudian adek ipar bekas Perdana Menteri Britain (Tony Blair) yang hobinya membaca al Quran menang pilihanraya dan dipilih menjadi Perdana Menteri British yang baru. Munkin bila tiba masanya suatu hri nanti Presiden Turki akan bagitau pada Perdana Menteri Britain bahawa dalam al Quran Allah telah sebut bahawa Allah jadikan manusia bersuku-suku bangsa untuk kita kenal mengenal dan berkasih saying dan ditempat lain Allah sebut bahawa Allah lah yang memberikan rezeki kepada semua makhluk.

Kalau dalam perkara sebegini semua pemimpin Negara didunia faham pasti semua pintu sempadan dibuka 24 jam kepada sesiapa sahaja. Memang Allah yang memberi makan semua ikan di Laut China Selatan bukannya Negara China. Seba itu Turki tak bimbang banyak manpun pelarian perang dating ke Turki sebab bukan TUrki yang bagi makan bagi rezeki untuk mereka tapi Allah sudah tetapkan rezeki semua makhluk-makhluknya, Turki hanya menguruskan sahaja.

Inilah keyakinan yang mesti ada dalam diri setiap orang Mukmin terutama pemimpin Negara, keyakinan inilah yang dinamakan keimanan. Bila ada iman dalam diri pasti Allah suka dan pasti Allah bantu bila patut. Sebab itu bila tentera cuba merampas kuasa dan cuba membunuh persiden tak berhasil asbab bantuan Allah telah sampai lebih awal sebelum tentera sampai di hotel penginapan Presiden.

So mulai hari ini kita pun kena berfikir seperti Turki fikir, banyak manapun pelarian atau pendatang asing dating ke Negara kita janganlah kita risaukan. Meteka dating untuk memajukan Negara kita, kalau nak harap anak-anak bangsa kita mana ada lagi yang nak membonceng lori Alam Flora kutip sampah dari lorong kelorong. Atau yang bekrja dengan Indah Water mengepam air kumbahan bahkan kekadang masuk berenang dalam air kumbahan semata-mata untuk memudahkan pengeliran kumbahan dari apa yang kita semua makan.

Bila kita berkasih sayang sesama makhluk maka kasih Allah kepada kita akan bertambah dan dikala itu Rahmat Allah akan mencurah-curah untuk Negara kita, harga getah dan kelapa sawit akan naik semula, begitu juga harg gas cecair dan ketika itu  harga beras dan gula akan turun.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 15 Julai 2016

Amr bil makruf dan nahi anil munkar

Gambar fail kekejaman Budhha terhadap Islam di Myanmar.

Sengaja Tok Wan pilih tajuk dan gambar-gambar seperti diatas dan dibawah-bawah ini untuk penulisan kali ini. Hari ini dan kelmarin ramai antara kita tertanya-tanya kenapa orang beragama Budhha begitu kejam terhadap orang Rohingya yang beragama Islam di Myanmar. Alasan mereka ialah Rohingya bukan rakyat Myanmar tetapi rakyat Bangladesh. Tapi alasan itu tidak boleh diterima kerana mereka dan keturunan mereka lahir di Myanmar, dan mereka mempunyai hak sebagai warganegara Myanmar.

 
Kekejaman terus berleluasa di Myanmar, rumah dan masjid dibakar. Orang Islam tak kita lelaki perempuan termasuk kekanak juga dibakar. Mereka begitu marah terhadap orang Islam. Dimana saja mereka jumpa orang Islam maka ramai-ramai mereka melatam menghenyak memukul sehingga mati. Bukan setakat itu sahaja, para Imam masjid dan Madrasah diikat belakang lori dan diseret hingga mati. Ada juga yang dibogelkan dan digantung untuk dipukul sampai mati.

Beginilah keadaan masjid selepas gerombolan penganut agama Budhha memuaskan nafsu mereka.
 
Tujuan aku menulis perkara ini dengan tajuk ini adalah untuk kita semua mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Dan untuk membuatkan perkara tersebut tidak merebak ketempat lain maka disini, dibawah ini disenaraikan beberapa perkara yang perlu kita semua lakukan. Mudah-mudahan dengan adanya perkara-perkara tersebut maka Allah s.w.t. akan membuat keputusan untuk menarik kebathilan serta memindahkan bala bencana yang sepatutnya diturunkan keatas sesuatu kawasan yang berpenghuni kearah kawasan tidak berpenghuni ditengah lauatan yang luas. In syaa Allah.
 
Dan sepertimana tajuknya begitulah perkara pertama yang kita semua patut lakukan yakni mengajak manusia kepada perkara yang makruf dan mencegah segala perkara yang munkar. Ada anak orang yang sudah akal baligh kerja kita untuk ambil tahu dia sudah solat atau belum, sudah qatam Quran atau belum dan pastikan juga mereka menutup aurat dengan sempurna baik lelaki maupun perempuan. Pastikan juga mereka tidak berbuat dosa, barangkali tanpa mereka sedari mereka sedang berbuat dosa. Kita yang dewasa dan yang tahu inilah yang patut menegur mereka. Jikalau mereka muda kita kena kasihkan mereka, jika mereka lebih dewasa dari kita kita gauli mereka dan hurmati mereka dan jika ilmu mereka lebih tinggi dari kita kita mesti sanjung mereka.
 
Mereka-mereka ini mudah kita lihat dalam masjid dan luar masjid. Yang dalam masjid sudah pasti hati mereka lembut sebab itu Allah telah pilih mereka untuk masuk kedalam rumah Allah dan yang masih diluar masjid jangan pula kita pandang sebelah mata, barangkali dimasa akan datang mereka akan jadi lebih mulia daripada kita.
 
Kita lihat cara mereka solat, mana yang tak betul cuba kita tegur dan perbetulkan dengan cara berhemah. Apabila ini dapat kita lakukan baru kita ajak mereka-mereka yang diluar masjid pula untuk hadir solat berjemaah. Ingatkan mereka perintah Allah ta'ala yang bermaksud 'Ruku'lah bersama-sama orang yang ruku'. Kerana itu membawa maksud solat secara berjemaah bukannya solat sorang-sorang, sorang disurau belakang stesen Petronas, sorang kat dalam opis dan sorang lagi belakang almari. Diama pun kita berada kita kena sentiasa berjemaah. Pastikan juga semua makmum merapatkan saf dan lurus, jika tak cukup rapat dan lurus sila ingatkan Imam diluar waktu solat agar menganbil perhatian serius terhadap perkara itu.
 
Inilah yang Allah ta'ala telah sebut dalam al Quran dan sebutan itu sebenarnya adalah perintah. Ia menjadi perintah penting kerana bukan sekali Allah ta'ala sebut dalam ayat al Quran bahkan banyak kali dan pada banyak surah yang berkait dengan perintah tersebut.
 
Ingatkan juga kepada mereka yang tidak solat bahawa mereka sedang meruntuhkan agama bukan meruntuhkan masjid. Agama lebih besar dari masjid, dengan adanya agama barulah dapat diadakan masjid. Namun setelah masjid ada siap janganlah hanya dijadikan hanya tempat untuk solat sahaja, lepas solat tutup dan kunci, pastinya ini Allah tak suka. Kita kena ikhtiar supaya Allah suka, biar orang tak suka asal Allah suka.

Orang yang tidak solat berarti meruntuhkan agama, bukan meruntuhkan masjid.

Seperkara yang penting juga adalah kita kena berbaik-baik sesama makhluk, baik dia anjing atau manusia. Ingatkan anak-anak kita jangan biasakan tabi'at membaling anjing dengan batu. Hormati semua orang walaupun dia kafir. Dan  jika mereka orang-orang Islam hendaklah kita tunaikan haqnya yakni beri salam dan jawab salam baik kenal atau tidak kenal. Bukankah Allah telah terangkan bahawa Dia menjadikan manusia bersuku-suku Bangsa untuk kita saling kenal mengenal dan berbaik-baik sesama makhluk. Jika semua ini dapat kita amalkan pasti prasangka buruk dalam hati manusia akan hilang. Dan jika ini tidak dapat kita lakukan pastinya prasangka buruk melahirkan niat yang buruk yang bertukar menjadi bom jangka yang tidak diketahui bila akan meletup. Sesungguhnya Allah ta'ala Maha Bijaksana Maha Mengetahui segala isi hati makhkuk-makhluknya.
 
Sebelum Tok Wan menutup penulisan ini suka Tok Wan nak tambah lagi sikit. Para ulamak dan orang-orang soleh kena turun padang kena semak berapa ramai anak-anak muda yang tidak tahu ucapan syahadah, tak tahu rukun islam ada berapa. Inilah kerja kita sepatutnya, kerja kita sebagai guru, sebagai pengarah atau sebagai kerani hanya sementara bahkan tugas yang Nabi s.a.w. tinggalkan untuk kita teruskna ialah kerja dakwah.
 
Hari ini banyak manusia yang hauskan ilmu agama tapi tak tahu nak cari dimana, bila datang kemasjid Jemaah masjid yang veteran pandang serong pula. Jadi jikalau mereka tak dating kemasjid kita kena cari mereka. Nabi s.a.w. umpamakan diri Baginda sebagai awan yang akan pergi kepada tempat yang memerlukan hujan, bukan menjadikan diri seperti perigi dimana sesiapa yang memerlukan air harus dating mendapatkan perigi.
 
Jikalau Allah s.w.t. dah tak suka akan sesebuah negeri itu Allah ta'ala akan datangkan pemerintah yang zalim yang akan menzalimi sesiapa sahaja, waktu itu doa dari orang soleh dan para ulamak pun tidak Allah makbulkan.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~




Jumaat, 8 Julai 2016

Masjid UFO

Inilah wajah sebenar Masjid Zaid bin Thabit di Kuala Lumpur.

Nama sebenar masjid dalam gambar diatas ialah Masjid Zaid bin Thabit r.anhu terletak berhampiran Terminal Bersepadu Selatan dan Stesen LRT Tasek Selatan. Disitu juga terdapat stesen KTM Komuter serta stesen ERL untuk Transit KLIA 1 dan KLIA 2. Jadi dengan kedudukan masjid tersebut ditempat yang terlalu hampir dengan terminal segala macam jenis pengangkutan darat pasti masjid itu menjadi tempat orang ramai mengadu nasib apabila ditimpa kesusahan.

Maka ramailah yang terpaksa bermusafir kemasjid Zaid bin Thabit selain untuk mengadu nasib sambil mendapatkan simpati jemaah disitu. Memang Allah ta'ala hantar mereka kemari untuk menguji kita samaada kita hendak tolong orang ini atau kita saja nak membuat andaian buruk atau berburuk sangka walhal Allah ta'ala perintahkan kita sentiasa berbaik sangka dan tolong menolong. Namun jika kita masih berburuk sangka konon orang itu menipu saja nak kumpul duit entah betul nak balik Kelantan tak ada duit entyah tipu saja nak cari duit.

Maka kita membaca al Quran tapi kita tak dapat amalkan apa yang Allah perintahkan dalam al Quran. Maka kita pun sama macam kaum Yahudi yang tahu kandungan Taurat dan Injil tapi tak amalkan maka Allah ta'ala menyindir kita sekali lagi dalam al Quran dengan perumpamaan kaldai yang membawa kitab namun tak tahu kitab apa yang dibawanya. Sudah qatam berkali-kali tapi masih tak faham agama.

Wajah sedih yang bukan palsu dapat kita cam apabila sekali pandang (pandangan pertama) dan kitapun pasti dan pasti dia ini memang dalam kesusahan dan patut sangat kita tolong. Tengok dari jauh pun dah dapat rasa memang orang ini patut ditolong. Dan ada juga yang tidak patut ditolong kerana memang bukan dalam kesusahan. Contoh tiga bulan dulu wajah yang sama itu pernah datang kemasjid ini dan merayu nak balik Kelantan tak ada duit sebab sudah kena tipu lalu kita pun ting-tong sorang sikit bagilah pada dia agak-agak cukupuntuk beli tiket bas balik ke Kelantan.

Bila dah dapat duit dia pun suka dan terlontar kata-kata dari mulutnya 'tobat dah... len kali tak mau datang KL lagi'. Tup-tup minggu lepas datang sekali lagi dengan ayat yang sama. Rupa-rupanya dia lupa bahawa tiga bulan lepas dia pernah datang kemasjid ini menggunakan ayat dan cerita yang sama lalu kitapun bertanya. 'Tiga bulan lepas awak sudah datang kemari dengan ayat danj cerita yang sama dan janji taknak datang KL lagi, guanooo...' Dia pun serta merta menunjukkan wajahnya yang terperanjat. 'Takperlah... awak masih muda masih sihat pergilah cari kerja yang sesuai dan berhentilah dari pekerjaan meminta-minta ini. Assallam mualaikom.'

Haa... itulah sebahagian dari kisah orang yang datang mengadu ke masjid Zaib bin Thabit ini. Masjid Zaid ini juga dikenali dengan nama Masjid UFO dikalangan pemandu teksi sebab apabila malam hari bila semua lampunya dipasang ia kelihatan seperti sebuah piring terbang @ UFO. Suara azannya dapat didengan sehingga jarak 2 batu, dan jika berdiri diluar masjid ini ketika azan dilaungkan selepas 4 saat bunyi yang sama akan berpatah balik selepas bunyi itu merempuh bangunan-bangunan besar yang berada disekelilingnya. Jikalau ikut jarak bunyi ialah satu saat boleh mencapai kelajuan 1 batu, ini bermakna selepas jarak 2 batu bunyi itu melanton dan dapat didengar semula selepas 4 saat.

Lagi satu kisah yang agak rumit yang kita susah nak faham ialah satu orang Makcik bawa banyak beg besar-besar seperti orang Petani nak masuk berniaga ke Malaysia. Dia sampai kemasjid ini lebih kurangsejam sebelum waktu berbuka puasa. Soalan pertama yang terpacul dari mulutnya ialah, 'Ruang solat wanita dimana?' Kita bagitahu dia sebelah atas, bahagian bawah ini untuk majlis berbuka puasa. Awak dari mana?'. 

Laa.. dia tanya kita kita dah jawab, bila kita tanya dia pula dia buat tak tahu, macam taknak layan. Bila waktu berbuka hampir tiba semua yang ada mengambil juadah masing-masing dan duduk depan berdepan pada hamparan tikar panjang. Dua hamparan untuk kaum lelaki dan satu hamparan untuk wanita. Kita bagitau dia perempuan duduk kat tikar itu, dia buat tak tahu juga.... akhirnya sampai kesudah dia duduk sorang-sorang makan sorang-sorang tepi tiang masjid.

Esoknya baru tersebar berita tentang Makcik misteri itu, bukan aku tanya saja yang dia buat taktahu, orang lain tanya pun dia buat tak tahu juga. Tapi nampak muka dia memang sedang menanggong susah. Namun susah yang bila orang tanya tak amu habaq lagu mana kita nak tolong. Orang perempuan tanya pun lagu tu juga. Agaknya orang ini jenis yang sangat memerlukan bantuan tapi malu untuk meninta-minta.

Oleh kerana masjid UFO ini terlalu dekat dengan tempat transit dalam negeri maka ada baiknya Jawatankuasa Masjid memikirkan bagi mendapatkan dana bagi meraikan orang-orang musafir ini. Ada yang MyKad pun hilang bersama-sama duit serta tiket bas. Ada yang duit langsung habis, ada yang kena tipu kena pukau dan macam-macam lagi. Ada juga jenis yang tidak ada rumah atau gelandangan dan sentiasa mundar mandir antara bangunan TBS dengan bangunan Masjid UFO ini. Mereka jarang meminta-minta, apabila menjelang tengahari mereka akan berbaring dimasjid menanti azan zohor dan selepas zohor mereka bekerja kembali sebagai pembawa barang niaga atau membantu orang berniaga dan pada sebelah malan selepas jam 10 malam baru masing-masing cari pot masing-masing bentang kotak dan tidur. Tapi baiknya mereka ini sebelum jam 5 pagi mereka sudah bangun tidur dan menyimpan kotak masing-masing.

Dalam ramai-ramai itu ramai juga yang hadir solat suboh berjemaah. Alangkah baiknya jikalau masjid UFO ini boleh menyediakan sarapan pagi untuk orang gelandangan ini. Aku pasti sekali mereka datang mereka akan war-warkan kepada gelandangan yang lain untuk hadir solat suboh berjemaah di Masjid UFO kerana selepas solat suboh ada sarapan percuma.

Aku harap ada tangan-trangan yang ajaib akan mula menghulur. Duit serta harta kamu yang banyak itu akan dapat kamu bawa mati jika kamu mula hulur dari sekarang. Hulurlah sehingga kamu tidak punya apa-apa lagi.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~  

Jumaat, 1 Julai 2016

Mal atau Amal

Gambar sekadar hiasan.

Kita sering lupa bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara dan akhirat itulah yang kekal. Untuk itu Tok Wan nak peringatkan lagi dan lagi bahawa tujuan Allah s.w.t. menghantar kita kedunia ini ialah untuk beribadat kepada Allah ta'ala sedangkan mencari keperluan dunia itu sebagai keperluan sementara dan kita kena anggap sebagai tugas kedua.

Malang sungguh mereka yang menjadikan memenuhi keperluan dunia sebagai tugas utama sedangkan memenuhi keperluan akhirat sebagai tugas kedua dan lebih malang lagi mereka yang langsung tidak menyediakan keperluan akhirat. Dia terus leka dalam kesibukannya mengejar dunia sehinggalah dia meninggal dunia. Inna lillah.....

Kita anggap saja kita sedang membina sebuah rumah diatas sebidang tanah seluas satu ekar pastinya setelah rumah siap kita akan membuat beberapa penambah-baikan sehingga lengkap dengan segala kemudahan termasuk kolam renang, walhal kita semakin tua dan apabila semua sudah sempurna lututpun dan tak kuat dan tak boleh berenang lagi kerana ada masalah jantung. Segala penyakit ada pada tubuh badan ketika itu. Dan segala penyakit tersebut datang dari perut walhal rakan yang sebaya umur dengan kita yang tinggal dirumah desa kecil cerok sana masih sihat mengayuh basikal pagi dan petang untuk solat berjemaah dimasjid berhampiran.

Sebenarnya segala perintah Allah ta'ala itu mempunyai kebaikan, dan Allah ta'ala juga menghantar RaulNya untuk kita contohi bagaimana cara makannya, cara tidurnya, cara pergaulannya dengan orang ramai, cara beribadahnya dan ingatlah satu perkara yang paling afdal yakni Rasululllah s.a.w. tidak pernah tidak hadir dalam solat jemaah sehinggalah Baginda s.a.w. wafat. Itulah manusia yang sudah dijanjikan syurga baginya namun masih ta'at kepada perintah Allah.

Alangkah baiknya jikalau kita juga buat seperti mana Rasulullah s.a.w. buat. Hal ini elok kita bahagi kepada 3 pecahan yakni pertama cara keterampilan Rasululllah s.a.w., kedua cara hidup Rasululllah s.a.w. dan ketiga cara berfikir Raulullah s.a.w.

Cara keterampilan Rasulullah s.a.w. ialah sentiasa memakai pakaian yang kemas, berjanggut, memotong misainya, memotong kuku, bulu ketiak dan bulu ari-ari. Sentiasa bersugi ketika hendak mendirikan solat atau bangun dari tidur atau ketika memasuki rumah. Sentiasa menutup kepalanya termasuk ketika hendak ketandas serta banyak lagi. Dan para sahabat r.anhum mengikut cara hidup Baginda Rasulullah s.a.w. sehingga Allah redha keatas mereka lalu dibelakang nama mereka ada gelaran RadiAallahu anhu atau anha. Keterampilan ini adalah sunnah dan dalam zaman kerosakan ummat sesiapa dapat memelihara satu sunnah maka akan diberikan ganjaran seratus syahid. Bila ini dapat kita lakukan pasti perhatian Allah ta'ala tertumu pada kita kerana kita juga berterampilan sebagaimana keterampilan Nabi s.a.w. yang paling Allah kasihi itu.

Tetapi itulah kita, masih memakai baju 'T' dengan tulisan berbagai-bagai perkara dan ada pula yang menulis iklan barangan yang bukan milik kita sendiri. Masih ramai yang sanggup memakai seluar jean dan bertutup kepala dengan topi cap yang seolah-olah lidah anjing yang terjulur.

Cara makan kita juga jauh berbeza dengan cara Rasulullah s.a.w. Baginda takkan makan menggunakan meja walaupun meja itu rendah sehingga boleh makan dengan duduk bersila, sedangkan kita makan duduk diatas kerusi menggunakan meja dan kadang-kadang menggunakan sudu serta garfu tak cukup dengan itu ditambah pula dengan pisau, tambah lagi dengan kain alas dada dan riba lalu sebenarnya kita telah terlalu mirip kepada nasrani dan tak kurang juga dimeja makan ada lilin menyala walaupun lampu cinderela sudah cukup terang disitu.

Kita perlu perbetulkan cara makan kita, duduklah bersila dan letaklah peha kita sebagai alas perut dan apabila hampir kenyang maka berhentilah. Makan hanya apabila lapar. Rasulullah s.a.w. tidak makan pada waktu malam jika waktu siang sudah makan dan tidak akan makan siang jika paginya sudah makan. Kita di Malaysia ini 3 kali makan dalam sehari dan apabila mengikuti kursus anjuran Swasta atau Kerajaan akan makan sebanyak 6 kali sehari termasuk suffer, bukankah itu bercanggah sengat dengan cara hidup Rasulullah s.a.w.

Sepatutnya kita menghampirkan diri kepada cara hidup dan keterampilan Rasulullah s.a.w. kerana hanya cara itu yang membawa kejayaan didunia dan diakhirat. Kita lihat sendiri bagaimana Baginda s.a.w. meminta para sahabat r.anhum menipiskan misai dan menyimpan janggut untuk memudahkan pengecaman antara orang-orang Nasara, Yahudi dan Muslim, namun ramai antara kita berbangga dengan misai yang kononnya disebut dalam bahasa Melayu misai cari makan. Carimakan yang bagaimana? Adakah untuk memikat perempuan? Jika itu tujuannya adakah perkara itu baik? Dan jika tujuannya agar nampak garang adakah Rasulullah s.a.w. hendak kita sebagai kaumnya nampak garang? Bukan itu yang Rasulullah s.a.w. ajarkan kepada kita, lihatlah wajah para ulamak yang haqq yang masih wujud pada hari ini menyimpan janggut dan menipiskan mi9sai bahkan langsung tidak bermisai agar lembut dipandang.

Cara fikir Rasulullah s.a.w. juga sangat baik untuk kita ikut yakni fikir risau bagaimana agar setiap insan yang dapat kita temui setiap hari dapat dijauhkan dari azab api neraka. Bukan sekadar itu sahaja bahkan manusia yang akan lahir beberapa detik sebelum dunia diqiamatkan juga akan dapat masuk syurga Allah s.w.t.

Perkara yang sama inilah yang kita kena fikirkan bersama kerana berfikir sejenak lebih baik dari berzikir dengan lidah dan dalam hati dan fikiran merewanang kearah lain. Allah s.w.t. tahu isi hati kita bahkan tahu isi fikir kita dan sudah pasti bila ada fikir risau ini pasti dan pasti membuatkan Allah s.w.t. berbangga kepada para MalaikatNya.

Jadi untuk memenuhi keperluan akhirat kita perlu contohi para sabahat r.anhum Baginda s.a.w. Bagaimana keyakinan mereka kepada kalimah tauhid, bagaimana solat mereka, bagaimana sifat mereka dengan muslim yang lain, bagaimana keikhlasan mereka dalam segala perkara dan bagaimana tindakan mereka untuk menyelamatkan setiap manusia agar kesemuanya dapat masuk syurga dan dapat lepas dari azab neraka.

Bila kita berbalik kepada diri kita sendiri rupa-rupanya kita masih sibuk mengejar dunia, mengejar MAL dan hanya sedikit masa kita tumpukan kepada AMAL walhal malam-malam 10 yang akhir Ramadhan Allah ta'ala berikan kepada hamba-hambaNya dengan pelepasan dari api neraka dan didalam 10 akhir Ramadhan itu ada 'Lailatul Qadr'. Adakah kita mencari tanda-tanda Lailatul Qadr atau terus melakukan amal ibadah untuk mendapat ganjaran yang sebanyak 1000 bulan itu?

Marilah kita perbanyakkan usaha amal dari mengusahakan mal kerana mal hanya didunia ini sahaja yang bakal kita tinggalkan. Oppp... ada satu perkara yang lupa nak ulang sebut bahawa kita selalu mendengar orang Melayu berkata bahawa 'harta tidak boleh dibawa mati', sebanarnya ayat itu tak betul. Hakikat yang ada ialah harta boleh dibawa mati. Bagaimana caranya? 

Harta kita ada dua bahagian, satu bahagian yang sudah kita belanjakan dan yang satu bahagain lagi masih ada kita simpan, mungkin berupa wang dalam bank atau stock pelaburan. Harta atau wang ringgit yang sudah kita belanjakan jika ianya sesuai dengan jalan Allah seperti sedekah kepada asnaf, sumbangan untuk rumah anak-anak yatim atau tabung-tabung masjid maka itulah harta yang boleh dibawa mati sedangkan harta yang sudah kita belanjakan bukan kerana Allah ta'ala dan ada masih kita simpan untuk diguna pakai oleh keturunan-keturunan kita makan itulah harta yang tidak boleh dibawa mati.

Alangkah baiknya jikalau kesemua harta yang masih ada dalam simpanan itu kita belanjakannya pada jalan Allah kerana asalnya pun dari Allah. Dapatkah kita terima sunatullah bahawa semua rezeki yang telah datang kepada kita adalah dari Allah ta'ala untuk menguji kita. Jika demikian kita ini hanyalah posmen yang membawa surat yang mengandungi cek yang bernilai berbagai-bagai. Lalu kita sampaikan cek tersebut kepada tuannya dan kita tidak simpan apa-apa lagi. Kita ini hamba Allah, esok Allah berikan lagi sebab para Malaikat berdoa untuk kita, 'Ya Allah engkau lipat gandakanlah apa yang telah sipolan itu keluarkan hanya keranaMu ya Allah', jikalau Tuan Guru berserbn besar berdoa untuk kita kita rasa Allah akan kabulkan, atau para Ustaz yang mendoakan perkara tersebut untuk kita pun Allah ta'ala akan kabulkan, betul ker kita yakin Allah akan kabulkan doa orang-orang ini. Adakah keyakinan kita kepada doa para Tok Guru dan Ustaz ini atau doa para Malaikat yang akan kabul.

Jikalau tidak pasti mana satu jawapan p[ilihan yang betul baik periksa semula iman, kerana tanpa iman apa perkara yang ghaib pun tak dapat masuk. Kita lebih yakin benda yang kita nampak yakni mal dari benda yang tidak boleh nampak yakni9 amal.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~