Bacaan Popular

Jumaat, 25 Mac 2016

Jemaah Muda

Gambar Amir Sabb muda Jemaah 10 hari seramai 8 orang bertindak sebagai Pentakrir semasa Jemaah yang lain melakukan Gash di Marhala Desa Tun Razak.

Jam 12.30 tengahari hari selasa yang baru lepas yakni 13 Jamadilakhir waktu aku sedang sibuk masak henfon berbunyi. Anak muda nama Fahmi kata nak bawa Jemaah bergerak 10 hari seramai 8 orang masuk ke masjid Tok Wan. Bukan masjid aku, masjid Zaid bin Thabit... suka-suka jer korang letak nama aku. Habis Tok Wan yang jadi Amir Sabb kat situ kita orang sebut masjid tok Wan jerlah. Ha ha ha...

Hari itu adalah tarikh aku dilahirkan oleh emak aku 63 tahun yang lalu di rumah nombor 123 Jalan Kampong Seberang Perak. Alor Setar. Kedah. Tapi rumah dan alamat tu sudah lenyap. Tanah sudah dijual dan duitnya sudah dibahagi kepada 4 beradik kami masa aku masih sekolah lagi.

Sempena hari lahirku itu aku masak dalcha kambing nak jamu jemaahku dimasjid selepas solat isyak. Memang kebetulan setiap hari selasa hari kami buat Gash Maqami. Jadi pasti ramai karkun yang akan dating, karkun yang jarang dating untuk buat Gash pun akan muncul juga. Kini Jemaah 8 orang nak masuk ke masjid tersebut.... Alhamdulillah, aku boleh masak lebih supaya malam mereka tak payah masak lagi, satu talam 4 atau 5 orang memadai. Falsafahku mudah jer... makanan yang hendak dimakan oleh 20 orang sebenarnya masih boleh dimakan oleh 30 hingga 40 orang. Lagi ramai yang makan lagi berkat sebab semua guna talam, cukup atau tak cukup itu Allah akan tentukan begitu juga kenyang atau tidak itu mengikut amalan masing-masing. Sebenarnya sunnah makan ialah berhenti makan sebelum kenyang kan.

Selepas waktu zohor semua 8 orang telah muncul di masjid itu. Wahhh... semuanya muda-muda dan Amir Sabb mereka pun muda juga, cuba lihat gambar yang Tok Wan letak kat atas tu, yang baju biru itulah Amir Sabbnya. Mereka bergerak 10 hari sebagai untuk ijtimak (perhimpuman Umat Islam) di Seri Petaling pada 29,30April dan 1Mei.

Lepas solat asar aku memaklomkan kepada Imam I, Ustaz Nasrol sebagai kewajipanku memaklumkan kepadanya bahawa Jemaah bergerak 10 hari lapan orang sudah berada dimasjid kita dan malam nanti lepas solat isyak aku buat kenduri serta jemput dia sama-sama hadir. Kenduri apa tu Tok Wan, Tanya Ustaz Nasrol, kataku kenduri kesyukuran genap umurku 63 tahun mengikut tahun hijri. Aleh-aleh satu orang Jemaah memberitahu padaku ada satu orang Pak Cik tua melarang Jemaah meletakkan beg mereka dibelakang mihrab tingkat bawah masjid. Aku pun pergi tengok di tingkat bawah, rupa-rupanya Wak Kassim Noja masjid nak tunjuk power dan bagitau pada aku disitu tak boleh letak barang. Aku Tanya dia nak letak dalam bilik tu ker? Sambil tunjuk bilik yang berada dibelakang mihrab tersebut. Tak pun tak boleh, bilik ini untuk orang Indonesia yang repair masjid. Tak apa nanti lepas maghrib aku akan buat keputusan selepas aku jumpa Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Masjid termasuk Imam berkenaan letak beg ini.

Lepas maghrib dah jadi sangat sibuk, apalagi lepas isyak tetamu yang aku jemput dari Ampang pun dah sampai, dR Sam Rasputin bersama Ustaz Dr Pathi serta kawan-kawannya sudah ada dalam saf solat isyak, jadi aku tak ada masa untuk layan Noja itu. Lepas memngendalikan mesyuarat harian aku mengajak semua Jemaah termasuk tetamu yang sudah dijemput itu kebahagian bawah masjid untuk jamuan. Aku mempelawa seorang karkun untuk membantu aku beri khidmat kepada tetamu, tapi karkun itu ada musyakah pulak. Tanpa cakap apa-apa aku pun mula dengan Bismillah dan senduk nasi letak dalam talam. Tetiba Ustaz Maulana Abdul Latif datang menolongku. Aku sendok nasi kemudian Maulana Latif sendok dalcha letak dalam dulang. Kemudian hidangkan kepada para tetamu. Akhirnya tinggal aku dengan Ustaz Latif saja yang belum makan. Nasi tinggal satu sendok, kuah dalcha kambing pun tinggal satu senduk. Ahh... sikit pun kalau berkat memang memadai. Semua talam licin.

Keesokan harinya seorang Jemaah datang bercerita kepadaku kisah Haji Din (otai dari Bandar Tun Razak) yang telah membasuh Noja. Ceritanya si Noja memberitahunya tak boleh letak barang dibelakang mihrab, Haji Din tanya kenapa tak boleh letak. Noja jawab nanti kotor. Haji Din jawab Jemaah datang masjid buat amal bukan nak buat kotor. Noja lawan lagi, katanya nanti kontrektor kebersihan komplen pada JAWI. Haji Din jawab JAWI ker Jawatankuasa Masjid ker tak ada hak nak larang Jemaah letak barang dengan tujuan iktikaf dan buat amal. Janganlah nak kaitkan dengan JAWI pula, ini masjid Rumah Allah, Allah lagi suka orang-orang muda buat dakwah ajak orang ramaikan masjid daripada kita yang tua yang dok sibuk nak jaga kebersihan masjid walhal masjid tak kotor pun.... kata Haji Din lagi. Otak kita yang kotor, suka cari keburukan orang, sepatutnya orang tua macam kita bagi semangat pada anak-anak muda untuk buat kerja dakwah. Usrah mereka ker atau bagi kata-kata semangat untuk mereka.

Akhirnya Noja minta maaf dengan Haji Din. Alhamdulillah kataku kepada pengadu yang bawakan cerita itu kepadaku. Memang tepatlah bukan aku yang basuh Noja tersebut, biar orang luar yang basuh, otai pula yang basuh dia kali ini. Korang semua doalah nangis-nangis minta pada Allah dalam solat Tahajud karang supaya Allah t'ala buka pintu hatinya untuk keluar ikut Jemaah 3 hari.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan