Gambar sekadar hiasan sahaja.
Sepatutnya kita ikut cara hidup Rasulullah s.a.w. kerana Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dalam agama yakni ikut cara Rasulullah s.a.w. Tapi kebanyakan kita tak ikut cari Nabi s.a.w. Kita ikut cara siapa?
Kita lihat cara makan kita dan tanya diri kita ikut cara siapakah ini. Kita tengok pula cara kita berpakaian, kita ikut cara siapa. Kita lihat kedalam diri kita bagaimana kita berfikir, adakah kita berfikir sebagaimana Nabi s.a.w. fikir?
Nabi s.a.w. mempunyai akhlaq yang patut kita contohi, teladani, kita ikuti, yang kesemua itu dinamakan sunnah dan sunnah terbahagi kepada tiga yakni Surah, Sirah dan Sarirah. Surah ialah cara keterampilan Nabi s.a.w. cara Nabi berpakaian, cara Nabi s.a.w. menyimpan janggut, cara Nabi s.a.w. membersihkan diri.
Sirah pula adalah cara kehidupan Nabi s.a.w. dari sewaktu bangun pagi sehinggalah kepada Baginda s.a.w. tidur semula. Semua amalan Baginda s.a.w. diiringi dengan doa-doa seperti doa ketika bangun tidur sehinggalah kepada doa ketika hendak tidur semula. Ada kita ikut?
Sarirah pula adalah cara Nabi s.a.w. berfikir yakni bagaimana umat sebelum dunia ini kiamat dapat diselamatkan dari azab neraka. Kita ada fikir macam tu?
Kehidupan kita pada hari ini banyak yang telah rosak. Amalan bangun pagi kita cariremote tv atau henfon lalu anak kita pun bangun pagi cari remote tv atau gajet. Bangun pagi selepas doa berwuduk lalu dua rakaat sunat kemudian pergi suboh dimasjid itu yang betul. Nabi s.a.w. tidak pernah tinggalkan solat berjemaah. Kita ada? Kalau kita solat dirumah dengan ahli keluarga atau sorang-sorang bermakna kita sudah tambah lagi satu amalan bidaah. Kita rasa kita belum pernah tinggalkan solat sejak akal baligh akan tetapi solat berjemaah sebenarnya yang telah kita tinggalkan, lalu sedarlah kita pada waktu itu setan sedang bergurau senda dalam hati dan pemikiran kita. Hak yang sebenarnya ialah solat fardhu ditempat dimana ada azan dilaungkan. Nyata setan berjaya memainkan kita.
Bila tiba waktu makan kita makan dikantin tempat kerja, anak kita makan dikantin sekolah dan isteri kita makan dirumah walhal makan yang dituntut ialah secara berjemaah. Kita disibukkan oleh dunia sehingga membelakangkan akhirat, walhal yang akhir itu lebih baik dari awal, dah banyak kali kita baca maksud tersebut dalam al Quran yang mulia. Tapi itulah kita.
Bila buka facebook kita lihat sana-sini foto makanan yang dimasak rakan fb kita, yang ditempah pun ada, jadi kita ini makan, makan, makan. Apabila sudah kenyang masih makan maka jatuh haram kata ulamak walaupun makanan itu halal dan sumbernya pun halal.
Terlalu banyak bida'ah dalam hidup kita namun kita tidak memeriksa dalam diri kita kita cuma tahu sebut bacaan Yaa Siin di surau dan masjid pada malam jumaat adalah bidaah dan kita pun tak ikut duduk baca Yaa Siin sama-sama dengan mereka sebab kita juga dengar dari mulut rakan-rakan kita perkara itu bidaah. Ini perkara yang membawa pahala apa salahnya dilalukan. Lainlah jikalau baca surah Yaa Siin sampai waktu suboh dan oleh kerana terlalu mengantuk tidak perlu hadir solat suboh dimasjid, ini yang tidak betul.
Tapi sebahagian kita tidak hadir solat suboh dimasjid bukan tidak tahu yang itu lebih baik tapi badan letih sebab malam tadi tidur lewat bawa anak-anak dan isteri serta mertua makan di restoran yang beru buka hujung sana tu.
Ishh... kalau dah makan lewat malam pasti kenyang yang teramat dan penyakit kenyang ini susah nak bangun. Berbanding berlapar, dalam keadaan lapar mudah bangun dan lebih kusyuk dalam solat. Jadi kenapa kita perlu makan jika tidak lapar?
Sebenarnya lapar adalah anugerah Allah dan mempunyai hikmahnya. Hikmah lapar dapat mengekang nafsu, nafsu syahwah dan nafsu berkehendakkan itu berkehendakkan ini. Apabila makan sikit dan tidur dalam keadaan lapar lebih baik. Duit yang ada dalam poket itu hantar untuk akhirat.
Asbab dari lapar juga dapat menjauhkan penyakit sebab banyak penyakit yang datang melalui makan, melalui perut. Dan ketahuilah Allah s.w.t. suka mereka yang dalam keadaan lapar.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan