Ilmu yang diambil dari masjid contohnya dizaman Rasulullah s.a.w. apabila perintah supaya semua wanita menutup aurat maka dengan sekali iklan sahaja maka semua wanita dapat menutup aurat mereka sehingga ada yang belum sampai perintah tersebut dan kemudian diberitahu oleh seorang kanak-kanak bahawa perintah menutup aurat telah diwar-warkan maka duduk dia (perempuan itu) sehingga seseorang balik kerumahnya mengambil kain dan selepas menutup auratnya maka barulah wanita tersebut bangun berjalan semula ditempat awam.
Hari ini kerana ilmu tidak diambil dimasjid maka kita akan dapat melihat begitu ramai wanita yang tidak menutup aurat, dan ada yang menutup aurat dengan tidak sempurna bahkan penutupan telah bertukar istilah kepada membungkus aurat sahaja. Ini kerana kaum lelaki mereka tidak faham agama sebab tidak mengambil iulmu dari masjid.
Kaum lelaki yang di pertanggung-jawabkan keatas kaum wanita tersebut tidak datang ke masjid dan tidak dapat mengambil ilmu dari masjid untuk disampaikan kepada ahli keluarganya. Sebaliknya ilmu diambil dari televisyen dan internet yakni benda-benda yang dijadikan asbab yang pada aalnya bukan untuk menyebarkan ilmu yang tulen. Maka berkumpullah ahli keluarga tersebut depan kaca tv untuk mendengar kuliah dari ustaz sekian-sekian dalam rancangan bercorak keagamaan. Walhal pengetahuan yang disampaikan melalui tv dan internet sebenarnya hanyalah sebagai memperingati akan berita gembira atau berita ancaman dari Allah s.a.w. Ingatlah firman Allah ta'ala dalam ayat al Quran yang bermaksud,'Peliharalah ahli keluarga kamu dari azab api neraka'.
Kefahaman agama, yakni perkara yang menjadi asas kepada amalan yang diwajibkan keatas sekelian manusia itu sendiri tidak datang melalui alat-alat tersebut. Ianya mesti diambil dengan susah payah, kerana agama tidak datang dengan bersenang-senang, agama tidak datang hanya dengan duduk dalam rumah. Agama akan dapat datang dan difahami dengan bermujahadah, kena pergi ke masjid, kena duduk dengar ilmu yang disampaikan di dalam masjid. Walaupun perkara yang disampaikan itu sudah didengar namun kita diperintahkan untuk duduk dan dengar lagi.... dengar lagi, dengar dengan susah-payah kerana dengan susah payah itu ada hikmah.
Mereka-mereka yang duduk dalam majlis ilmu, duduk dengan begitu rapat sebagaimana mereka-mereka yang duduk dalam majlis ilmu yang hendak disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam masjid Nabawi dizaman dulu.... mereka-mereka ini dikelilingi oleh banyak Malaikat yang berkeliling, bertindan-tindan dari lingkungan dalam masjid sehingga tinggi mencapai langit, sehingga langit yang ketujuh. Lalu Allah s.w.t. bertanya kepada para Malaikat tersebut apakah yang berlaku lalu Malaikat tersebut memberitahu mereka sedang mengerumuni manusia yang duduk dalam masjid mendengar cerita-cerita tentang agama Mu Ya Allah. Lalu setiap mereka-mereka yang duduk dalam masjid diampunkan dosa mereka dan diampunkan juga dosa kedua dosa ibu-bapa mereka. Cuba bandingkan dengan mereka yang duduk depan tv dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz atau ustazah yang kehadiran mereka di studio televisyen itu di bayar upahnya dengan sekian-sekian ringgit.
Allah s.w.t. berkuasa keatas setiap sesuatu, jilakau Allah ta'ala mahu ilmu agama itu dengan mudah datang dan dapat masuk dalam setiap rumah sudah pasti Allah ta'ala tidak menjadikan susah-payah Rasul yang dikasehinya itu menempuh kepayahan dalam menyebar agama pada masa manusia belum menerima agama dulu. Sudah pasti Allah ta'ala akan perintahkan lalat untuk menyampaikan agama kepada setiap manusia. Tapi agama sebenar perlu susah-payah, perlu mujahadah.
Allah ta'ala juga perintahkan kita supaya mencontohi para sahabat Rasulullah s.a.w. Kisah Saiyidina Umar r.a. suatu hari ketika melalui sebuah masjid yang duduk didalamnya ialah Saiyidina Othman r.a. dan berkatalah Saiyidina Umar bahawa didalam majlis ini ada seorang yang ilmunya cukup banyak, cukup mantab bahkan jikalau ilmunya itu dibahagi-bahagikan kepada jumlah tentera yang banyak nescaya memadai (mencukupi). Jadi sabahat yang begitu banyak ilmu juga masih mahu duduk dalam majlis-majlis ilmu dalam masjid, bagaimanakah kita? Bagimanakah Imam-imam masjid dan para ulamak kita?
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan