Bacaan Popular

Jumaat, 21 November 2014

Cerita Seekor Junn Dan 3 Gadis Remaja



Istilah Junn yang Tok Wan guna kali ini sebenarnya ialah Jinn. Ha ha ha... jangan marah yer! Yang penting ceritanya.

Dua minggu lepas semasa bulan tengah mengambang (15 Muharram).... jeng jeng jeng, selepas solat isyak Tok Wan (TW) dipanggil melalui talipon minta datang ke tingkat 15 blok bersebelahan dengan blok rumah TW, lokasinya hujung tangga. Gopoh-gapah pergi rupa-rupanya seorang remaja pompuan umur 17 tahun sudah terlentang atas lantai. Enam orang lelaki muda umur sekitar 20'an memegang kaki dan tangannya sebab dia nak lompat terjun kebawah.

Ehhh... budak ni dah dimasuki Jun la. Waktu tu Jun lah yang kontrol dia patutlah kuat sangat. Akyirnya minyak wangi (attar) itu terkena juga kehidungnya. Wahh... bukan main marah lagi dia bila kena hidu wangi-wangian tersebut. Kemudian TW minta salah seorang dari anak-anak muda itu azan. La haula wala quwwata illa billah... takder seorang pun yang boleh azan.

Tiba-tiba seseorang datang dari belakang dan nak cuba azan. Haaa... azanlah kuat-kuat, orang muda itu pun terus sebut, 'Saffff...' La illaha ilallah... macam nak sembahyang pulak. Kemudian dia pun azan, tapi bukan azan, dia iqamat rupa-rupanya. Bila seseorang yang lain menegurnya itu bukan azan itu iqamat dia terus berhenti. La haula wala quwwata illa billah.... memang dunia sudah terlalu hampir dipenghujungnya.

TW meneruskan usaha menghalau Jun yang berada dalam tubuh gadis tersebut. TW baca al Fatehah, al Ikhlas, al Falaq, an Nass kemudian baca ayatul qursi sambil menepok tulang dayong dia. Waduhh.... menjerit-jerit dia marah dan menjerit kesakitan. Ulang baca dan ulang tepok tempat yang sama.... err... nampaknya Jun tersebut jenis yang degil, dibantu gelagat anak-anak muda yang mengambil gambar sambil bergelak ketawa, apalagi bertambah seronoklah Jun yang mengawal gadis tersebut.

Tak putus asa TW call Kepli, rakan yang tinggal berhampiran dan dia pun datang. Perkara sama berlaku. Tiba-tiba Kepli kata lepaskan dia. Semua pemuda yang memegang gadis tersebut membebaskannya. Tiba-tiba dia bangun hendak memanjat tembok seolah-olah nak terjun. Perggghhh... kelam kabut semua orang tangkap dan rebahkan dia semula kelantai. Tekan kaki, tekan tangan.

Kepli meneruskan usaha mengeluarkan Jun dalam tubuh gadis tersebut. TW pula mencari dua orang rakan gadis itu yang datang bersama. Arrr... dah jumpa pun, lalu TW betanya pada kedua-dua gadis tersebut.

'Awak datang dengan dia yer? (sambil menunjuk pada gadis yang terbaring) datang dari mana? Rumah awak dimana?' Salah seorang dri mereka menjawab. 'Kami datang bertiga dari Salak Selatan.' 'Buat apa datang sini?' 'Dia nak jumpa kawan dia' kata gadis tersebut sambil menunjukkan pada gadis yang sedang dirasuk Jun tersebut. 'Kawan dia tu lelaki ker perempuan?' 'Lelaki'. 'Errr... mereka dating ker? Dating kat mana masa kawan awak tu kena rasuk?' 'Dia orang dating kat hujung tu (sambil tunjuk hujung belakang tangga). 'Berapa lama dia orang dating kat situ?' 'Dari pukul tujuh tadi'. Alamakkk... dari pukul 7 petang tadi bermakna waktu maghriblah... perrrghhh.

Soalan seterusnya. 'Awak berdua ni dan solat isyak ker belum?' 'Belum lagi' jawab salah seorang dari mereka yang memakai baju lengan pendek dan bertudung. 'Bagaimana dengan solat maghrib?' 'Tak solat lagi'. Ermmm... inilah puncanya. TW pun mula mengorak ayat dan perkataan untuk depa ni. Maklumlah Mak Bapak depa takdak kat sini..... and now I want to be Mak Bapak depa sekejap.

Dengar sini Pak Cik nak bagitau hampa. Allah subhanahuata'ala dan RasulNya perintahkan kita solat dan tutup aurat tapi awak berdua ini tak solat dan nampak macam pakai tudung tapi yang seorang lengan baju terbuka.... itu aurat terdedah tu. Awak pun sama juga walaupun lengan tertutup tapi baju dan seluar awak itu sudah cukup untuk mendedahkan bentuk aurat awak kepada umum. Jadi apabila kita tak solat dan mendedahkan aurat, dua perkra yang bertentangan dengan apa yang Allah dan Rasul suruh bermakna kita sebenarnya sedang memerangi Allah dan Rasul. So... jikalau sudah memerangi Allah dan Rasul awak fikir siapakah yang akan memihak kepada awak atau awak sebenarnya memihak kepada siapa, boleh bagitau pada Pak Cik sekarang awak dipihak mana?' kata TW dengan nada lembut tapi keras dan mengancam.

Waktu maghrib orang lain sibuk solat maghrib awak dengan akwan-kawan awak lepak kat hujung tu. Hujung tu tempat kotor, tempat kaki lepak melepaskan hajat kecil. Tempat tu memang tempat kesukaan makhluk yang jenis pengotor.

Kedua-dua budak pompuan itu tak dapat menjawab, kedua mereka hanya mampu diam. Errr... agaknya akal mereka baru nak mula bergerak kearah pemikiran yang positif. Lalu TW cepat-cepat mencelah dan menambah, 'Awak sebenarnya berpihak kepada makhluk yang sedang mengawal kawan awak yang sedang terbaring itu.'

Ini waktu yang bagus untuk bagi pengajaran kepada mereka berdua, lalu TW bagi nasi tambah lagi 'Nak selamat hidup didunia ini dan di akhirat sana kita kena patuh pada perintah Allah dan RasulNya, kena patuh pada Mak Bapak. Jikalau dah kawen kena patuh pada suami. Mudah saja.... pintu-pintu syurga ternganga menanti kemasukan kita. Kita ini umat istimewa, umat kepada Nabi yang penghabisan dan umat yang Allah ta'ala bagi terlalu banyak tawaran dan ganjaran. Pakcik cakap macam ni sebenarnya sebab Pakcik taknak apabila korang jumpa Pakcik di Padang Mahsyar nanti korang tuduh Pakcik tak bagitau pun kat korang masa kat dunia dulu. Arrr... inilah Pakcik bagitau... next time jangan kata Pakcik tak bagitau.

Sementra Kepli cuba mengeluarkan makhluk tersebut rupa-rupanya Allah masih memberi izin kepada TW untuk melakukan sedikit pencerahan untuk gadis-gadis kota ini. Maklumlah Mak Bapak dikota pun sibuk juga kan. Akhirnya Junn terpaksa juga keluar. Sebaik Junn keluar gadis tersebut pun pengsan tidak bermaya. Tak lama kemudian Mak dan Ayah gadis itu pun sampai dalam keadaan tercengang-cengang kenapa anak gadis mereka jadi begitu. Waktu sudah dekat jam 12 tengah malam maka sampailah masa untuk balik kerumah, esok pepagi dah nak bangun lagi.

La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan