Bacaan Popular

Jumaat, 25 Julai 2014

Ikhlas Dan Ehsan



Kalimah yang kita ucap yakni kalimah Toyibah, "La illaha ilallah" perlu kepada keikhlasan. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang mengucapkan kalimah ini secara ikhlas nescaya ia akan masuk syurga."  Ditanya kepada Baginda s.a.w. "Bagaimakah ikhlasnya Ya Rasulullah?". Jawab Baginda s.a.w., "Bahawa kalimah ini menyekatnya daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t."

Oleh itu suatu usaha perlu dibuat atas kalimah dan di muzakarahkan kalimah ini sehingga keikhlasan datang kedalam hati setiap kita. Kita harus selalu menyebut kebesaran Allah, harus selalu bermuzakarrah tentang kalimah ini sehingga benar-benar kalimah ini wujud dengan ikhlas dalam diri setiap kita. 


Sebagaimana dalam kalimah, Ikhlas di tuntut, Begitu juga dalam solah, ikhlas di tuntut. Iaitu bagaimana solah itu benar-benar mampu menyekat seseorang daripada perkara-perkara yang di haramkan oleh Allah s.w.t. Sembahyang mampu menyekat seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang di haramkan oleh Allah s.w.t. 

Kata Ibnu Abbas dan Abdullah bin Mas'ud radhiallahanhuma, kedua-dua mereka berkata, "Seseorang yang bersembahyang yang sembahyangnya tidak menyekatnya daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar, perkara-perkara yang haram, solahnya akan menjauhkannya daripada Allah s.w.t. " Padahal solat itu satu amalan yang menghampirkan diri dengan Allah s.w.t. Tetapi apabila dalam solat ini tidak di usahakan keikhlasan yang natijah atau hasil daripada usaha atas solah menyebabkan sembahyang yang boleh menjadi penghampiran dirinya kepada Allah s.w.t. menjadi sebab sebaliknya yakni semakin menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.


Kedua-duanya (Ibnu Abbas dan Abdullah bin Mas'ud r.a.) berkata, "Barangsiapa yang solahnya tidak menjauhkannya daripada perkara-perkara yang di haramkan oleh Allah s.w.t. solahnya akan menjauhkannya daripada Allah s.w.t." Dan apabila tiada usaha dilakukan maka semakin jauhlah dia daripada Allah s.w.t. walaupun dia bersembahyang setiap hari.

Oleh sebab itu sebagaimana dalam kalimah di tuntut keikhlasan begitu juga dalam solah di tuntut akan keikhlasan untuk memperbetulkan keikhlasan kita untuk memperbetulkan solah kita sehingga terpahat dalam diri kita kalimah Allah dalam firmanNya di dalam al Quran, "Dirikanlah solah kerana sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsha dan mungkar dan berzikirlah kepada Allah." Yakni dengan zikir yang agung kerana dengan solah yang ikhlas serta zikir ianya mampu untuk mencegah diri kita dari segala perkara yang fahsha dan mungkar.

Dalam amalan juga perlu ada sifat ehsan, iaitu suatu sifat hadhir-hati, hati senantiasa hadhir, menyedari, sedar, ada hubungan dengan Allah s.w.t. Dalam perkara ini, di dalam amalan, apabila ada sifat ehsan dalam amalan, amalan itu menjadi "Qa'im" amalan ini ada, amalan ini wujud, Tetapi sekiranya jika di dalam amalan tidak ada sifat ehsan, apa sifat ehsan? Bahawa kamu beribadat kepada Allah s.w.t. seolah-oleh kamu melihat Allah s.w.t. Dengan zikir kepada Allah s.w.t. dan hati sentiasa berhubungan dengan Allah s.w.t. 

Dalam amal perlu ada kehadhiran hati, kehadhiran hati untuk Allah s.w.t. Sekiranya dalam amalan kita tidak ada sifat ehsan, sebenarnya kita memusnahkan amalan tersebut. Amalan yang didirikan tanpa ada ehsan sebenarnya kita bukan mendirikan mal tetapi kita menghancurkan amal tersebut. Dan lawan bagi ehsan, perkara yang merosakkan amalan kita itu ialah 'Ghaflah'. Ghaflah inilah, kelalaian inilah yang merosakkan amalan kita. Oleh sebab itu kita kena sentiasa ada hubungan dengan Allah s.w.t., sifat hadhir-hati.

Amalan tanpa hadhir-hati, ini juga dinamakan kelalaian, walaupun lidahnya mengulang-ngulang lafas zikir, dalam sembahyang dia menbaca doa iftitah, dia membaca al Fatehah, bertahlil, bertahmid, tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang terbit dari lidahnya bermakna dia tidak mendirikan sembahyang. Dia sebenarnya sedang meruntuhkan sembahyangnya.

Maka hendaklah di ulang-ulang lagi, di muzakarahkan lagi akan kebesaran Allah s.w.t. agar keikhlasan dan ehsan benar-benar hadhir dalam hati. 

'Hendaklah kamu mendirikan amal seolah-olah kamu melihat Allah s.w.t.'

Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang cacat itu dari saya.



La haula wala quwwata illa billah.
.~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan