Anak lelaki Tok yang nombor empat ni memang nakal. Umur baru 15 tapi dah tak mahu sekolah, tak suka balik rumah dan ikut kawan-kawan lepak sana lepak sini. Kacau orang sana kacau orang sini. Bulan disember tahun lepas Tok bawa dia tidur kat Masjid Sungai Merab tiga hari tiga malam, tapi belum berhasil lagi. Sukanya mengacau budak-budak balik atau pergi sekolah. Sehingga ramai yang datang mengadu pada Tok akan perangai anak Tok itu.
Dah jenuh dengar aduan sampai ada yang datang kerumah untuk mengadu maka Tok pun mengadu pula pada Allah ta'ala dalam sujud akhir solah. Setelah masa berlalu berbulan-bulan akhirnya pada 22hb Januari 2014 jam 6 petang seorang budak lelaki yang sebaya dengan anak Tok memberitahu pada Tok bahawa Aji (nama timangan anak Tok tu) eksiden dengan lori dan kakinya patah dekat Taman Connought pukul 4 petang tadi. Spontan Tok jawab, 'Alhamdulillah.'
Pulang kerumah isteri Tok bagitau benda yang sama, Tok jawab, 'Alhamdulillah'. Kepada ank-anak yang ada dirumah Tok bercakap sekejap masa makan malam.
Kata Tok kepada mereka sebenrnya Tok dah tak mampu nak rotan kakinya. Tok dah berhenti merotan kakinya, sekarang biarlah Allah pula yang merotan kakinya. Dan ada pantun yang Tok karang untuknya bunyinya begini;
Kaki cantik lengkap kedua-dua belah,
tapi tak mahu pergi belajar disekolah,
tak mahu juga ia melangkah ke rumah Allah,
tak mmpu juga dia berjalan balik kerumah,
apa salahnya jika Allah ambil sebelah,
supaya di Mahsyar nanti dia tak susah.
Keesokan paginya ketika Tok dalam tren LRT hendak ke bangunan KWSP Jalan Raja Laut henfon berbunyi. Isteri Tok call bagitau ada 2 anggota Polis datang rumah bagitau Mak atau Ayah kena pergi hospital sebab Doktor nak tanda-tangan surat membenarkan Doktor potong kakinya. Tok suruh isteri Tok pergi, biar Tok uruskan cop sokongan Pesuruhjaya Sumpah untuk bantuan biasiswa anak kembar Tok yang pompuan tu, adek kepada Aji.
Sebelah malam selesai solat maghrib macam biasa Tok balik rumah, kebetulan isteri Tok bersama anak lelaki yang nombor 2 pun sampai. Mereka berdua balik dengan tangan kosong. Belum sempat isteri Tok buka tudong Tok dah bertanya, 'Mana kakinya yang dah dipotong tu?' Isteri Tok kehairanan, Tok sambung dialog. 'Kaki tu mesti dibasuh, dibungkus baik-baik dengan kain putih esok pagi boleh kebumikan di Tanah Perkuburan.' Kata Tok.
Isteri Tok baru faham dan serta merta dia menjawab. 'Doktor kata tak jadi potong sebab jari kakinya dah boleh bergerak-gerak.' Haaa... begitu rupanya.
Sudah 2 minggu Aji tidur dihospital, baru dia tahu kehidupan, baru dia tahu menghargai kaki. Semuga bila dia keluar dari hospital nanti dia akan lebih tahu gunakan kaki diatas bumi Allah ini. Dia juga kena jadi anak yang baik agar Tok tidak mengadu kepada Allah lagi.
Nak jadi cerita tetiba semalam sementara menunggu azan waktu asar Tok pun buka sebuah buku yang terletak atas rak dalam surau yang berhampiran dengan rumah Tok. Tajuk buku tu 'Munthakab Amal', tetiba terbuka pula sebuah catatan yng menyebut bahawa orang yang solah dalam saf pertama mulutnya masin dan doanya makbul. Jadi apabila kita terllu kerap berada dalam saf paling hadapan doa kita makbul walaupun bukan menadah tangan walaupun sekadar bisikan dalam hati. Paling bahaya ialah apabila mulut kita menyebut perkara yang tidak baik, contoh menegur budak-budak yang main pisau,'Ehhh... jangan main pisau tu nanti putus jari.' Haaa... ini yang tak boleh. Seoatutnya kalau nak melarang cukup setakat. 'Ehhh... jangan main pisau... bahaya tu'. Jangan sebut apa akan jadi, apalagi akibat buruk yang bakal terjadi sebab dek masinya mulut kita ini.
So...mulai sekarang Tok kena lebih berhati-hati lagi apabila mahu berbisik kepada Allah maupun bercakap kepada orang lain. Setiap perkataan perlu ditapis betul-betul baru boleh sebut. Kalau tidak ada apa-apa yang nak disebut lebih baik diam.
Namun apa yang Tok hendak kongsikan disini ialah rebutlah tempat paling depan dalam setiap solah berjemaah di surau atau d masjid sebab fadhilatnya sangat besar.
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan