Bacaan Popular

Selasa, 18 Jun 2013

Mendapatkan Kemanisan Dalam Membaca Al Quran




Ahmad bin Tha'labah roh.a. berkata


Daku telah mendengar Salm Al- Khowwaas roh.a. menerangkan (mafhuumnya) :

DAKU TELAH MEMBACA AL-QURAN TAPI AKU TIDAK MENDAPATI PADANYA AKAN SUATU KEMANISAN (HALAAWAH). MAKA DAKU PUN TELAH BERKATA KEPADA DIRIKU SENDIRI :BACALAH AKAN DIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN-AKAN KAMU MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADA RASUULULLAH SAW ! (DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) MAKA DATANGLAH SEDIKIT KEMANISAN.DAKU PUN BERKATA LAGI KEPADA DIRIKU SENDIRI : BACALAH AKAN DIA (DALAM KEADAAN)SEAKAN-AKAN KAMU MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADA JIBRIIL YANG SEDANG MENGKHABARKAN DENGANNYA AKAN NABI SAW ! (DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) MAKA BERTAMBAH LAGI AKAN KEMANISAN ITU. KEMUDIAN DAKU PUN BERKATA LAGI KEPADA DIRIKU SENDIRI : BACALAH AKAN DIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN-AKAN KAMU TELAH MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADANYA (YA'NII DARIPADA ALLAH SWT) TATKALA DIA (SWT) SEDANG BERKATA-KATA MENERUSINYA . (DAN DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) LALU DATANGLAH KEMANISAN SELURUHNYA.

Begitulah kira-kira terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al- Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, halaman 274.

Semoga dengan panduan yang sedikit di atas, kita juga dapat merasakan kemanisan dalam membaca Al-Quran. Ya, Al-Quran adalah kalaamullah, jadi bila kita membaca Al-Quran selayaknyalah (seolah2) kita sedang mendengar daripadaNya tatkala Dia sedang berbicara menerusinya.

Dan sudah tentulah banyak lagi tertib-tertib lain yang perlu diushakan dalam memperolehi kemanisan membaca Al-Quran...




Keadaan kita : 

Bila tengah segar-segar badan, lalu membaca Al-Quran..... belum sempat beberapa ayat atau 'ain atau helai, dah mula ngantuk ! Begitulah betapa lemahnya keimanan kita dan betapa kita tidak diberikan (taufiiq) kemanisan didalam membaca Al-Quran. Tapi kalau membaca akhbar, (apa lagi kalau mengenai isu semasa yang sedang hangat diperkatakan), mata yang dah kuyu pun akan segar kembali ! Dan tentu mata kita akan bertambah segar lagi bila melihat gambar-gambar yang ......(sama2 alma'lumlah)....

Begitulah teruknya dan rosaknya jiwa dan keruhanian kita !!! Bagaimana pun, semoga Allah swt sentiasa memberikan keampunan buat kita !

Walloohu A'lam. Semoga kita sama-sama dapat mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallah.


MUFRODAAT:

[1] HALAAWAH :kemanisan [2] SULWAH : kesenangan, LAHW.

[3] HUWA FII SULWATIN MINAL-'AISY: Dia berada dalam kehidupan yang senang.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan