Bacaan Popular

Rabu, 16 Mei 2012

Kesah Seorang Guru_Teladan















Masih adakah guru yang benar-benar seorang guru? Bukan guru yang memilih kerjaya guru dek kerana itu sahaja pilihan yang dia ada pada waktu tersebut. Seorang guru yang saya kenali ini, hatinya adalah seorang pendidik sejati. Benar-benar guru yang boleh kita jadikan guru.

Sebagai seorang guru, dia tidak memilih murid atau kelas untuk mengajar. Jangan terkejut sebab memang ada guru yang teruja hendak mengajar kelas murid yang pandai-pandai jer, bila di tempatkan di kelas murid yang kurang pandai, motivasi diri menjadi kurang. Ini tergolong dalam guru yaang tiada pilihan kerjaya lain. Baginya kerjaya guru kerana terpaksa.

Hemm, mana boleh macam tu cikgu. Kalau macam tu feel sesetengah guru, kasihan sungguh nasib murid-murid yang kurang pandai ini. Mereka bukan bodoh tapi kurang pandai dan ini adalah satu cabaran buat guru untuk merubah nasib mereka, dari bodoh menjadi pandai. Dari tak tahu apaa-apa kepada tahu segala-gala..

Pengalaman mengajar seorang guru yang saya kenali ini, boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Boleh digunapakai dalam kehidupan kita walaupun kita bukan seorang guru. Untuk berjaya dalam kehidupan, kita perlu kuatkan semangat dan berani untuk berubah. Kemudian baru kita boleh merubah murid yang berguru kepada kita.

Satu kes yang di ceritakannya pada saya, mungkin molek untuk dikongsi bersama. The story is, ada seorang muridnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Bukan sekali dua tapi setiap hari. Malas ker murid ni? Degil sangat ker murid ni? Atau memang tak nak buat kerja sekolah?

Bila di selidik dan di bawa berbincang, rupanya ada masalah keluarga. Kata guru tersebut murid itu, terang hati dan bijak sebenarnya. Masalah keluarga yang menyebabkan dia tidak dapat menyiapkan kerja sekolahnya. Pulang dari sekolah, murid tersebut terpaksa menjaga adik, menguruskan adik dan memandikan adik.

Tak der mak ker murid tu?

Ada, tapi emaknya hilang semangat kerana suami masuk lokap! Ehm..kita tolak ke tepi apa kesalahan yang dibuatnya sehingga masuk lokap. Kita lihat kesannya pada keluarga murid malang tersebut. Sejak sebab utama kerja sekolah tidak siap diketahui, bermula dari hari itu, guru tersebut akan memastikan murid itu menyiapkan semua kerja sekolahnya sebelum waktu sekolah tamat. Betapa murninya hati insan ini.

Sedikit renungan buat kita semua terutama apabila berhadapan dengan ujian yang tidak kita duga, kuatkan semangat. Teruskan kehidupan ini kerana jika kita lemah dan masih mengenangkan sejarah silam, ianya akan menghancurkan diri. Lebih parah lagi jika kita punya keluarga, punya anak. Rosak masa hadapan anak kita kerana sikap kita sendiri. Dan jika ini terjadi, tiada guna erti sebuah penyesalan.

" Cakap senanglah sebab tidak terkena pada diri sendiri. Akak malu pada orang sekeliling. " Itulah dialog ibu kepada pelajar tersebut.

" Pedulikan dengan cakap-cakap orang sekeliling tu kak. Yang masuk lokap tu dah tetap tempatnya disana. Ini anak yang ada di hadapan mata yang perlu di beri tumpuan. Biar satu hari nanti, terdiam mulut orang yang bercakap bila mendapat tahu, anak kak adalah murid terbaik untuk kesemua mata pelajaran walaupun ayahnya seorang banduan." Inilah kata-kata perangsang dari seorang guru kepada ibu pelajar tersebut. Ada berani ka wahai cikgu-cikgu se Malaysia sekelian.

Perkara yang telah terjadi usah difikirkan lagi. Cukup sekadar dijadikan pengajaran agar tidak melakukannya sekali lagi. Rancang semula kehidupan. Buka lembaran baru. Selalu dengar motivasi untuk memantapkan diri. Jauhkan dari mereka yang boleh menjatuhkan semangat kita. Jika ada yang bergosip tentang kita, letak saja diluar kotak fikiran kita akan ayat ini.


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan