Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Bacaan Popular
-
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
-
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapk...
-
Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak kli...
-
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!” Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih...
-
DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH. INSYA'ALLAH. TAWAK...
-
Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak. Tok pergi dengan sepupu yang...
Rabu, 14 Julai 2010
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau..
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
1 : Niat.
2 : Menghilangkan najis pada badan.
3 : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitkannya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air dari sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab;
* 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati.
* Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, air sungai, air laut dan air tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh..
kredit: selatanonline
Salam Ukhuwah..~
Antara Pampers, Playstation Dan Maggi
"Up to 12 Hrs Protection", tersentak saya bila membacanya pada bungkusan pampers yg dibeli oleh seorang VIP, ketika itu saya sedang memerhatikan proses memasukkan bagasi2 VIP kedalam ruang cargo pesawat, pampers tersebut adalah sebahagian dari barang2 yg dibeli oleh VIP untuk dibawa pulang. Yg membuat saya tersentak adalah masa yg begitu lama hingga 12 jam pampers tersebut boleh dipakai selagi bayi yg memakainya tidak merengek minta ditukarkan atau pun najis nya tembus dari pampers tersebut.
Saya membesar dizaman pampers belum ada lagi dikamus hidup mak dan ayah, masih ingat lagi bagaimana mak melipat kain lampin untuk adik2, bermakna saya juga membesar dgn kain lampin dan bukan pampers. Saya pasti generasi yg sezaman atau awal dari saya membesar dgn keadaan yg sama iaitu lampin, tetapi apa yg nak dibincangkan mengenai lampin dan pampers ini?
Setiap pengalaman atau peristiwa yg dialami, akan memberi kesan pada diri kita dari dalam. Dari segi jaringan2 neuron diotak yg byk terbina untuk menyimpan pengalaman tersebut begitu juga sel2 badan kita yg di beritahu bagaimana perasaan kita terhadap situasi tersebut. Ketika memakai lampin, bayi tidak dapat nikmat keselesaan yg lama kerana dapat merasakan ketidak selesaan jadi jaringan neuron diotak terbina untuk lebih cepat mengesan dirinya yg sudah bergelumang dengan najis. Bagaimana pula dgn pampers?, bayi akan tetap selesa walaupun bergelumang dgn najis pada jangka masa yg agak lama, malah mereka sudah lali dgn bau najis tersebut hinggakan hanya bila ibu atau bapanya tercium bau yg kurang enak, barulah akan ditukarkan, itu pun jika ibu atau ayahnya tidak sibuk, kalau tak alamatnya makin lamalah anak tersebut bergelumang dgn najis. Keupayaan untuk mengesan keadaan diri yg sudah kotor dgn kadar segera tidak terbina didlm otak.
Apa yg saya cuba kaitkan adalah dgn keadaan situasi dizaman moden ini yg kebanyakan manusia dibesarkan dgn pampers, mungkinkah disebabkan tidak biasa mengesan keadaan diri, ada manusia yg bila dewasa hidup bergelumang dgn "najis" tetapi masih tidak sedar akan situasi tersebut, baik dadah mahupun rasuah. Berapa ramai manusia2 disekeliling kita hidup dgn rasuah? Bergelumang dgn "najis" dan masih tidak menyedarinya. Bagaimana pula dgn bergelumang dgn dosa dan membuat maksiat? Bagaimana pula mereka yg sudah jauh dari islam hanya kerana mereka tidak sedar akan faedah2 dan nikmat2 yg dijanjikan oleh islam, saya tidak bermaksud jaminan syurga dan bidadari tetapi jaminan hidup yg harmoni, aman sentosa, bertamadun gilang gemilang seperti zaman2 kegemilangan Islam dahulu jika Islam diikut sepenuhnya dan bukan hanya ambil sejemput dan tinggalkan yg lain2nya. Selalunya dizaman sekarang hanya apabila sudah ditimpa bala baru tindakan mahu diambil, sudah terantuk baru tergadah? Najis sudah tembus dari pampers baru nak tukar.
Tiada jaringan2 neuron yg terbina didlm otak untuk mengesan keburukan2 yg mem"baluti" diri dgn pemakaian pampers, mungkinkah ini salah satu sebab masyarakat kita berkeadaan teruk begini? Saya tidak bermaksud tinggalkan pampers dan kembali kepada lampin, anak2 saya pun membesar dgn pampers, tetapi pada pendapat saya, kita ibubapa perlu memberikan lebih perhatian untuk memberi kesedaran kepada anak2 akan keadaan2 yg baik dan tidak agar akan wujud kesedaran diminda mereka. Dgn lebih tumpuan kepada didikan agama, mengenai maksiat, hukum halal haram hubungan lelaki & wanita, keburukan rasuah yg mana ia menindas masyarakat. Ini akan membina jaringan2 neuron didlm otak mereka jadi akan ada rujukan apabila mereka memerlukannya baik dikala membesar mahupun apabila dewasa.
Apa yg terjadi selalunya dizaman ini ibubapa terlalu sibuk mengejar dunia hingga membiarkan anak hidup tanpa panduan, ada yg menghantar anak ke sekolah agama tetapi anak juga belajar dari ibubapa, jika contoh yg baik tidak ditunjukkan oleh ibu dan bapa, itu juga akan menjadi ikutan anak2, kemana kuah kalau tidak ke nasi bukannya setakat bakat berlakon dan menyanyi, bakat memaki hamun dan lain2 lagi yg negatif juga akan menjadi ikutan. Jika ibu dan bapa tidak solat, masakan anak akan mengikut apa yg di ajar oleh ustaz & ustazah? Begitu juga dgn "didikan2" dari TV, bagaimana anak tahu menjaga tatasusila hubungan lelaki perempuan dan menutup aurat jika artis2 pujaan bergaul bebas lelaki dan perempuan dgn pakaian yg tidak mencerminkan islam, anak2 akan menjadi keliru. Biasanya ajaran2 artis akan lebih mendapat perhatian oleh anak2.
Masih ingat lagi penat meredah hutan untuk mencari pelepah kabung membuat jebak (perangkap burung), mencari buluh cina membuat bedil, mencantas batang bemban membuat senapang. Semua ini mainan terhasil dari pemikiran kreatif, dari kecil jaringan2 neuron kreativiti sudah terbina didlm otak. Kepuasan dan keseronokan dari kejayaan membuat mainan sendiri dan bermain merembes kan kimia emosi (dopamine*), ini berkait rapat dgn usaha sendiri dan juga hubungan dgn alam semulajadi. Bagaimana pula dgn anak2 dizaman sekarang ini yg mendapat mainan yg sudah tersiap sedia didlm kotak, contohnya Playstation? Kreativiti agak janggal dari kamus hidup mereka dan apabila mereka dewasa dan mengalami masaalah, kebuntuan amt mudah melanda. Setiap kali anak2 melepasi satu peringkat permainan tersebut, sejumlah dopamine dirembeskan oleh otak, semakin susah/tinggi peringkat yg dilepasi semakin byk lagi kadar dopamine yg dirembeskan oleh otak.
Dgn keadaan diri yg sudah biasa merasai nikmat seronok dari bermain mainan dari kotak ini, bagaimana untuk merasa nikmat melihat matahari terbenam, berjalan di tepi pantai, menikmati suasana damai dikampung, berborak2 dgn datuk dan nenek, bergurau senda dgn ibu bapa dan adik beradik. Semua aksi2 ini tidak memberikan kepuasan yg sama dgn bermain permainan video yg penuh dgn aksi audio dan visual. Generasi akan datang akan lebih jauh menjurangkan diri dgn alam semulajadi dan semangat muhibbah sesama manusia. Fikir2kan mengapa anak2 anda tidak berminat pergi menziarahi rakan2 anda mahupun sanak saudara?
Sungguh mudah dan cepat menyedia/mendapatkan makanan segera, baik maggi mahupun KFC. Semua makanan ini disediakan untuk membantu manusia menikmati makanan dgn kadar segera. Apabila sudah terbiasa dgn kesan, nikmat dan keputusan yg segera, fikirkan bagaimana untuk menaikkan semangat anak2 untuk belajar agar mendapat ganjaran dikemudian hari? Apabila mengaap buku terus merasa jemu kerana ganjarannya lambat. jadi apabila golongan ini menjadi pemimpin, jika aku jujur dan ikhlas menjalankan tugas dan amanah, agak lambat mendapat ganjarannya, jadi apabila ada kuasa untuk meluluskan projek, terngiang2 dikepala bagaimana untuk mendapatkan ganjaran segera? Maka muncullah dari mulut, berapa komisyen saya?
Mungkin kah juga kerana sudah terbiasa dgn benda2 segera ini membuatkan manusia semakin jauh dari Allah? Sekali dua berdoa tetapi tidak makbul2 jugak, tetapi tanpa solat pun gaji bulan2 masuk gak jadi apa perlu nak solat? Jika dikaitkan dgn bab pampers pula, bagaimana jika generasi ini menjadi pemimpin? Bagaimana untuk perasan rakyat yg hidup dalam kesempitan apabila diri sendiri selesa dgn pejabat, rumah, makanan, kereta dan kroni2 yg menjaga dan memberi gambaran yg apa yg dilakukannya itu bagus? Agak berani saya katakan kebanyakan mereka yg menyokong pemimpin yg korup ini adalah mereka yg sama2 mendapat tempias habuan "kekorupan" pemimpin2 tadi. Pemimpin sebenar tidak akan hidup selesa selagi ada rakyat2nya yg hidup susah. Lihat keadaan masyarakat kita sekarang ini, layakkah kita menjadi pemimpin jika ada rakyat yg hidup kais pagi makan pagi?
Antara pampers, playstation dan maggi.. apa yg saya cuba ketengahkan ini mungkin dianggap remeh ataupun mungkin tidak berasas, tetapi dari pemahaman tentang bagaimana otak berfungsi, dari pemerhatian masyarakat sekeliling dan dari minda yg selalu memikirkan kenapa dan mengapa, maka terhasillah nukilan ini. Apa yg saya cuba kaitkan ini hanyalah hipotesis saya dan saya akui tidak berlandaskan ujikaji sains. Akan tetapi tiada bukti sains tidak bermakna apa yg saya cuba ketengahkan ini tidak berasas, melihat dari suasana masyarakat kita sekarang ini mungkin ini penyebabnya? Kemajuan harus seimbang dgn kerohanian, apa yg kita lihat sekarang adalah masyarakat kita menumpukan kemodenan dan mengambil remeh akan keagamaan. Hanya Islam sahajalah penyelamat manusia dari dahulu hingga ke hari kiamat. Sama2 lah berfikir kearah umat yg lebih cemerlang dan mulia disisi Allah dgn menghampirkan diri kepadaNya, dgn melaksanakan perintahnya, bersolat dan hidup berasaskan Al Quran dan sunnah Nabi. Insyaallah.
kredit: Mohd Fitri Idris
Salam Ukhuwah..~
Sabtu, 10 Julai 2010
Kotak Untuk Tidur
Sekali pandang gambar diatas timbul pula idea untuk bisnes benda ni. Kebetulan rumah Tok Wan dekat sangat dengan Terminal Bersepadu Selatan yang sedang dalam pembinaan dan hampir siap.
Bila siap nanti dalam terminal tu lebih kurang macam gambar diatas ni kot. Dan sudah pasti bila ia beroperasi sepenuhnya ia memerlukan ruang rehat untuk orang yang melakukan perjalanan jauh.
Mithalnya dari JB nak ke Trengganu. Mungkin bila sampai ke TBS dari JB seawal jam 4 petang. Badan letih dan nak sambung perjalanan ke Trengganu pula perjalanan jam 9 malam.
Pasti waktu terluang ini digunakan untuk tidur seketika.
Tidur yang betul2 cukup walaupun cuma 3 jam pasti badan kembali segar dan boleh meneruskan perjalanan dengan segar dan sehat.
Tapi err... setiap tudur dikenakan charge. Sebab cukup jam kami akan kejutkan anda. Anda boleh segera bangun dan segera pergi mandi.
Dalam TBS itu pun pasti disediakan bilik untuk mandi dengan dikenakan sedikit bayaran.
Tapi nak berniaga benda baru ini azabnya dahsyat. Nak amek duit bank, bank sendiri tak konfiden. Nak pakai duit sendiri pula memang ciput. Nak ajak kawan share pun payah. Kawan Tok Wan kebanyakan jenis orang yang takder duit. he he he...
Jadi nak wat camner yek... ada kah anda mempunyai banyak wang untuk dijadikan pelaburan yang macam Tok Wan citer atas ni?
Cita-cita besar... perancangan pun besar, tapi jika projek sebegini dapat kat orang koperat senang jer paperwork depa boleh bank luluskan.
Maklum lar ada Datuk atau Tan Sri yang call direct dengan manager bank. Tergagap-gagap dan tercungap-cungap manager bank tu nak bagi jawapan pada Datuk atau Tan Sri. Orang macam Tok Wan ni depa tak heran...ngeh ngeh ngeh...
Tapi cita2 untuk buat bisnes camni cuma tujuan utamanya memberi keselesaan kepada mereka yang berjalan jauh, dalam erti kata lain musafir.
Kan ker kita patut menolong musafir terutama musafir yang melakukan perjalanan kerqana Allah snt.
Salam Ukhuwah..~
Biar Miskin Harta Jangan Miskin Iman
Saya menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan. Selain persaingan mendapat kontrak, ada permintaan tertentu dalam bentuk entertainment.
Yang menjadi masalah, adakalanya bentuk keraian itu melibatkan minum arak dan juga melanggan gadis pelayan pelanggan. Apa hukumnya walaupun saya selalu cuba mengelak daripada terlibat dalam hal sebegini?
JAWAPAN:
Islam sangat menitikberatkan umatnya supaya berusaha dengan gigih dalam aktiviti pencarian rezeki. Jika ditinjau daripada skop keusahawanan, setiap tindakan dan usaha yang dilakukan oleh setiap pengusaha adalah terikat dengan konsep yang diistilahkan sebagai ibadah.
Oleh kerana ia dinilai sebagai ibadah, sudah tentulah ia perlu dilakukan secara ikhlas dan jujur berasaskan kepada ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Di samping itu juga, setiap aktiviti dan amalan yang terangkum dalam skop keusahawanan tersebut perlu terikat sepenuhnya kepada tata cara muamalah Islam.
Bertitik-tolak daripada pengertian tersebut, Islam menuntut setiap manusia berusaha mengolah segala sumber yang dianugerahkan untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara yang halal dan bersih daripada unsur-unsur kekejian yang menyalahi prinsip syarak.
Keperluan mematuhi perkara tersebut adalah sebahagian daripada perkara asas sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah.
Melalui persoalan yang saudara kemukakan jelas bahawa dalam proses pencarian rezeki ada keterlibatan dalam aktiviti yang tidak diredai dalam syariah islamiah.
Pertamanya, dalam sudut akhlak ia sangat bertentangan dengan moral dan norma Islam. Orang Islam ditegah menghadiri acara yang secara terang-terang bertentangan dengan Islam, minum arak, orang Islam ditegah, apatah lagi menganjurkan.
Sedangkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW telah menegah dengan tegas bahawa arak adalah ibu kepada segala punca masalah. Malahan baginda mengkategorikan penanam anggur (tujuan menghasilkan arak), pemetiknya, pemerahnya sehinggalah kepada penghidangnya, kesemua mereka termasuk dalam golongan yang melakukan dosa besar.
Walaupun aktiviti entertainment yang saudara terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, saudara tetap dilihat orang yang bersubahat. Biar apa pun maksud saudara ia tetap haram.
Selain arak, disediakan pula layanan dari wanita-wanita seksi sebagai penghibur. Maka sempurnalah maksiat ke peringkat yang maksimum. Apabila ada arak dan wanita sebagai pelaris dan pelincir tiada lain yang diundang melainkan kemurkaan Allah SWT. Perkara ini lebih kepada rasuah arak dan seks.
Ini bukan kali pertama saya ditanya mengenai hal sebegini, malahan saya pernah ditanya sebelum ini mengenai soalan yang hampir sama. Nampaknya, memang sudah kian lama wujud sikap sebegini dalam kalangan peniaga atau usahawan dalam melobi projek yang diinginkan.
Mungkin ini berlaku kerana dua punca. Pertama, kerana ada pihak yang memberi dan ada pihak yang menerima. Kedua-duanya tetap berdosa dan perbuatan mereka adalah haram.
Yang pastinya, peniaga kerap kehilangan projek, walaupun telah melabur dalam pelbagai aktiviti melobi. Yang untung pihak yang meluluskan atau memberi kata putus kepada projek tersebut.
Kalau ada 10 orang yang melobi belum tentu semua dapat. Jadi yang kenyang adalah pihak yang diraikan dalam aktiviti-aktiviti haram.
Rezeki yang tidak berkat
Jelasnya, rezeki yang diperolehi melalui aktiviti yang sebegini pastinya tidak diberkati Allah SWT.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Adakah kamu lihat apa yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi: Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah? (Yunus: 59)
Mengulas ayat di atas, Ibn Kathir memberi pandangannya bahawa Allah SWT mencela golongan yang dianugerahkan dengan rezeki-Nya tetapi sebahagian daripada rezeki tersebut dinyatakan haram dan sebahagian daripada yang lain ditafsirkan halal menurut keperluannya sendiri.
Hakikatnya, manusia tersebut hanya menurut kehendak hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata tanpa bersandarkan tafsiran agama.
Oleh yang demikian, manusia bertindak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Bagi mereka ini, azab seksaan yang pedih pada hari akhirat.
Islam memuji penganutnya yang berusaha melibatkan diri dalam sektor keusahawanan ataupun perdagangan. Namun begitu, usaha mencari keuntungan melalui jalan tersebut perlulah melalui saluran yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.
Justeru, individu usahawan yang berusaha secara tekun melalui jalan yang dihalalkan oleh syarak sudah pasti akan diredai oleh Allah. Sekali gus mendapat pengiktirafan tinggi oleh agama sebagai usahawan yang berjaya.
Atas kemuliaan prinsip tersebut, muamalah Islam memberi peringatan kepada para pengusaha supaya tidak terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur-unsur seperti riba, menipu, memanipulasi harga, rasuah dan sebagainya.
Realitinya, tindakan-tindakan yang dinyatakan tadi bertentangan dengan kepentingan maqasid al-syariah iaitu bertunjangkan prinsip keadilan, menjauhi unsur-unsur kezaliman dan juga kepentingan memelihara harta.
Ingat Rasulullah SAW berpesan bahawa para peniaga akan dibangkit dalam keadaan untung mahupun rugi, sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat sebagai orang yang curang, kecuali orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebajikan dan jujur. (al-Tirmidzi)
Tidak ada makna saudara beroleh satu projek dengan menggadaikan iman dan takwa, lebih-lebih lagi Islam tergadai di dalam aktiviti entertainment melobi. Biar kita miskin harta, jangan miskin iman.
Saya ingat pesan isteri kepada suaminya sebelum keluar mencari rezeki, katanya: "Ingatlah wahai suamiku, sesungguhnya kami sanggup menanggung keperitan kemiskinan, tapi kami tidak sanggup menanggung seksa api neraka".
Doa saya agar Allah SWT memberi saudara kekuatan menghadapi dunia perniagaan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
kreit KedahLaNie
Salam Ukhuwah..~
Khamis, 8 Julai 2010
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Entry ini boleh juga anda ikuti dalam facebook http://www.facebook.com/media/set/?set=a.136166416411144.20476.100000533591706&type=3 bertarikh 7hb Julai 2010.
Salam Ukhwah..~
Rabu, 7 Julai 2010
11 Tanda-tanda Kebahagiaan Hidup
Baca 11 tanda kebahagiaan hidup di bawah ini. Dan nilaikan lah diri anda. Hanya anda yang ada jawapannya…
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia yang tidak memberi manfaat Akhirat dan suka kepada urusan Akhirat.
2. Sangat berminat membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah SWT.
3. Tidak bercakap dengan perkara yang tidak memberi faedah.
4. Memelihara solat 5 waktu.
5. Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.
6. Bersahabat dengan mereka yang melakukan kebajikan.
7. Merendah diri dan tidak takabbur.
8. Bersifat dermawan dan bersifat mulia.
9. Mempunyai perasaan belas kasihan sesama makhluk Allah SwT
10. Membuat jasa dan bakti kepada orang lain
11. Sentiasa mengingati mati.
Adakah 11 tanda ini dalam diri anda? Adakah anda benar-benar menjalani hidup yang bahagia? Gambar cuma sebagai hiasan sahaja...
Salam Ukhuwah..~
Langgan:
Catatan (Atom)