Bacaan Popular

Ahad, 30 Mei 2010

Penderitaan Hazrat Khabbab bin al Aratt r.a.


Gambar sekadar hiasan sahaja.

Hazrat Khabbab r.a. ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menaggung kesusahan yang paling dahsyat di jalan Allah snt.

Beliau telah memeluk Islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama Islam. Oleh sebab itu beliau menanggung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau dipakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau dibaringkan di atas pasir panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada belakang badannya terbakar lalu tertanggal.

Beliau adalah hamba kepada seorang wanita. Apabila wamita itu memdapat berita bahawa beliau selalu berjumpa dengan Nabi saw maka sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Hazrat Khabbab r.a.

Setelah beberapa lama berlalu, iaitu semasa zaman pemerintahan Hazrat 'Umar r.a. beliau telah ditanya oleh Hazrat 'Umar secara terperinci tentang segala penderitaan yang telah dialaminya. Beliau berkata,"Lihatlah belakang saya." Setelah melihat belakang beliau, Hazrat 'Umar r.a. berkata,"Saya tidak pernah melihat belakang yang sebegini."

Kemudian Hazrat Khabbab r.a. berkata,"Saya telah diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah dari belakang saya memadamkan bara api tersebut."

Walaupun telah menghadapi segala penderitaan tersebut beliau masih tetap menangis apabila Islam telah maju dan pintu kemenangan telah terbuka. Beliau berkata, "Saya berlindung dengan Allah snt daripada Dia mengganjarkan segala penderitaan kita yang lalu di dunia ini lagi."

Hazrat Khabbab r.a. meriwayatkan, "Pada suatu ketika, Nabi saw telah mendirikan satu solah yang panjang, tidak seperti biasa. Para sahabat r.a. telah bertanya tentang solah itu. Rasulullah saw menjawab, "Itu ialah solah harapan dan ketakutan. Dalam solah tadi saya telah membuat tiga permohonan kepada Allah snt. Dua daripada permohonan itu telah diterima dan satu lagi telah ditolak. Saya telah memohon supaya seluruh umat saya tidak binasa dalam kebuluran, permohonan ini telah dikabulkan. Kedua, saya telah memohon supaya seluruh umat saya tidak dikuasai oleh musuh yang akan memusnahkan mereka semua sekali, permohonan ini juga telah dikabulkan. Ketiga, saya telah berdoa supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri, permohonan ini tidak diterima."

Hazrat Khabbab r.a. telah meninggal dunia pada tahun 37 hijrah. Beliau ialah sahabat yang pertama dikebumikan di Kufah. Setelah beliau meninggal dunia Hazrat 'Ali r.a. telah lalu di sisi kuburnya sambil berkata, "Semoga Allah snt mencurahkan keRahimanNya ke atas Hazrat Khabbab r.a.. Beliau telah memeluk Islam dengan kerelaan sendiri, telah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihada. Beliau juga telah menanggung segala penderitaan dengan tabah. Semoga Allah snt memberkati orang yang mengingati hari kiamat, bersedia untuk menghadapi penghisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah menggembirakan Tuhannya." (Asadul Ghabah)

kredit: Fadzilat Amal


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan