Rabu, 29 Februari 2012

Kitab Injil Sahkan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Rasul Ditemui







Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 tahun telah ditemui di Turki...ianya mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s. bahwa Nabi Muhammad saw adalah sebagai RASUL yang akan datang selepasnya....!! kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat Kristian dunia di Vatican, Rome.

NASKHAH Kitab Injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran .

Naskhah Kitab Injil ini dipercayai telah dilarikan oleh salah seorang utusan Nabi Isa as. Ia jelas mengandungi persamaan segi aqidah yang menolak konsep trinity atau fahaman ketuhanan Isa as,yang sama seperti aqidah kita kaum muslimin.

Ia pernah ditawarkan dengan harga 22 juta Dolar (Euro) sebelum ini, di dalam injil tersebut disebutkan bagaimana seorang tukang tilik telah bertanya kepada Nabi Isa. as siapakah yang akan datang selepasnya lantas dijawab oleh Nabi Isa as "Muhammad.... nama seorang yang diberkati".

Naskhah yang terbuat dari lembaran kulit dan menggunakan dakwat emas itu dipercayai adalah satu salinan dari Kitab Injil Barnaba.

Kandungan asal injil Nabi Isa as terlalu pendek sebab tempoh baginda berdakwah cuma lebih sedikit yakni 3 tahun. Tekanan Kaisar Konstantinopel tersangat berat sehingga pengikut Baginda as sembunyi2 dalam mengamalkan pegangan kepercayaan mereka.

Kemudian datang St Paul (seorang pendeta Yahudi yang cemburu dengan penerimaan ramai terhadap agama Isa as) yang mencipta segala2nya - itulah versi injil yang ada sekarang - penuh kontradiksi.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khasiat Buah Kranberi Untuk Wanita


Kranberi atau nama saintifiknya vaccinium macrocarpon bukan sahaja sedap dimakan, malah mempunyai khasiat pemakanan mahupun khasiat ubatannya yang tersendiri. Dikatakan bahawa pengembara Eropah yang menjelajah benua Amerika pada zaman dahulu boleh hidup dengan hanya berbekalkan buah kranberi kering dalam perjalanan mereka. Amalan ini menunjukkan bahawa mereka menyedari akan khasiat dan agen penyembuhan yang terdapat pada buah kranberi.

Pokok kranberi adalah pohon renek yang tumbuh secara liar di dalam kawasan belukar. Daunnya berbentuk bujur dan berwarna hijau pekat pada bahagian atas daun manakala bahagian bawah daun berwarna hijau kelabu.


Bunga kranberi


Apabila pokok ini berbunga pada pertengahan musim panas, ia mengeluarkan bunga berwarna merah jambu yang tumbuh secara berasingan atau dalam kumpulan pada putik berasingan. Buah kranberi berwarna merah tua boleh dipetik pada awal musim bunga. Buah ini berbentuk bulat manakala bahagian hujung buah berbentuk bujur telur. Buahnya lebih besar daripada blackcurrant.

Buah kranberi besar adalah dari jenis Amerika, kaya dengan pectin dan amat sesuai dikeringkan sekaligus memastikan kehilangan khasiatnya pada tahap minimum. Perkara ini jugalah yang telah membuatkan kranberi menjadi buah yang amat berguna kepada penjelajah dan pengembara pada zaman dahulu. Buah kranberi diselaputi lapisan seperti lilin yang membantu buah ini tahan lebih lama serta memperlahankan proses kerosakannya.


Kranberi di pokoknya


Buah kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Buahnya juga rendah karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan hanya mempunyai 4 gram karbohidrat dan 2 gram serat di mana ¨÷ (1/3) daripadanya adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium, magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2 riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.

Nutrients in raw cranberries[11]
Nutrient Value per 100 grams % Daily Value
Energy 46 kcal
Fiber, total dietary 4.6 g 15.3%
Sugars, total 4.04 g
Calcium, Ca 8 mg 0.8%
Magnesium, Mg 6 mg 1.9%
Manganese, Mn 0.15 mg 7%
Phosphorus, P 13 mg 1.9%
Potassium, K 85 mg 1.8%
Sodium, Na 2 mg 0.1%
Vitamin C, total ascorbic acid 13.3 mg 16%
Vitamin A, IU 60 IU 9%
Vitamin K, ¥ìg 5.1 ¥ìg 6.4%
Carotene, beta 36 ¥ìg ne
Lutein + zeaxanthin 91 ¥ìg ne

Cegah jangkitan saluran kencing dan batu karang

Dikatakan antara khasiat ubatan kranberi adalah untuk mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Disebabkan oleh kebaikan inilah, ramai wanita yang mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing.

Malah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan. Buah kranberi juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis (cystitis).

Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang. Meminum jus kranberi dalam jumlah yang kecil dalam masa beberapa kali seminggu dikatakan mampu melindungi diri daripada mengalami masalah sembelit dan juga diarea. Namun begitu, jangan meminum terlampau banyak kerana seperti juga buah-buahan lain, pengambilan berlebihan mampu membawa kepada masalah sakit perut.

Rangsang kulit lebih cerah dan muda

Buah kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavonoid dan polyphenolic. Flavonoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan risiko atherosclerosis. Penyelidikan berterusan juga mencadangkan bahawa kranberi menawarkan pertahanan semulajadi menentang atherosclerosis. Pengambilan buah kranberi dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Radikal bebas merosakkan kolagen dalam kulit dan kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam serta menjadi kemerah-merahan. Buah kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit lebih cerah dan nampak lebih muda.

Bukan itu sahaja kebaikan buah kranberi, ia juga mampu mencegah bakteria daripada melekat pada gigi, sekaligus menjadikan gigi berada dalam keadaan bersih dengan lebih lama. Buah kranberi dikatakan mempunyai agen bagi memusnahkan bakteria berbau busuk yang terbina di dalam mulut dan membawa kepada nafas berbau.

Buah kranberi juga bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu menguatkan dan menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan mengurangkan risiko jangkitan. Khasiat buah kranberi juga dikatakan dapat meminimumkan kesan kebanyakan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah kranberi, namun begitu pengunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

________________________________________________________________________
Dari tulisan yang menaamakan dirinya Mama...

Jus Kranberi Elak Jangkitan Saluran Kencing



Dalam previous entry Mama pernah crita yang semasa mengandung Mama kena acute urinary retention. Bila dah kena penyakit tu, terjadi lah jugak jangkitan saluran kencing or urinary tract infection (UTI). Doktor kata ni kesan daripada banyak bakteria yang terkumpul dalam saluran kencing disebabkan tak leh buang air kecil tu. So kali ni Mama just nak share skit infor tentang UTI and apa yang Mama buat untuk elak daripada kena UTI lagi.



UTI memang quite common dikalangan orang pompuan, especially pregnant women (but lelaki pun leh kena gak tau). Walaupun common, boleh jadi bahaya kalau dibiarkan melarat sampai menyebabkan jangkitan kat buah pinggang plak.



UTI ni terjadi bila kuman (bakteria) menyerang saluran kencing. Diantara simptom simptom biasa UTI ialah kencing dengan kerap, rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing, rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas), rasa sakit di bahagian bawah abdomen, kencing berdarah atau kencing yang berbau dan demam sederhana.



Diantara simptom yang menunjukkan jangkitan dah melepasi pundi kencing plak ialah bila ada demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil & sakit di bahagian belakang pinggang .


Sesapa yang pernah kena tu tau lah camna seksanya rasa kan? Memang pedih menyucuk nyucuk and rasa cam nak meletup perut pun ada. Bila pegi toilet rasa macam luka kena siram ngan air garam, pedihhh. Mama dulu sampai kluar air mata gak laa.



Biasanya once dah kena UTI, ada kemungkinan ianya boleh berulang lagi. So salah satu cara Mama untuk prevent it from recurring ialah amalkan minum jus kranberi. Korang pernah rasa tak jus kranberi? Kalau yang pure 100% jus tu sangat masam. Sebab tu kebanyakan ready made jus yang dijual biasanya akan dicampur dengan skit gula & air.


Ni la rupa buah kranberi tu, cantik je kaler kan?



Seelok eloknya amalkan minum 1 gelas setiap hari. Tapi Mama tak lah buat camtu, cuma at least once a week ja. And takat beli yang jus kranberi dalam kotak yang jual kat supermarket tu, tak lah plak beli yang mahal 100% jus pun.

But everytime kalau rasa cam nak kena UTI e.g. kencing tak lawas, then akan cepat cepat pulun minum everyday for at least 1 week hehehe. Alhamdulillah, so far bila buat camtu dapat laa elak daripada UTI ni berulang.


Jus kranberi...Mama suka minum yang sejuk.


_____________________________________________________________________
tambahan...


Kesihatan Kebaikan Cranberry

Manfaat Kesihatan Cranberry telah lama diketahui, dan telah digunakan untuk merawat penyakit biasa banyak selama berabad-abad. Mereka adalah kecil beri lembayung yang tergolong dalam keluarga yang sama seperti blueberry, huckleberries dan bilberries, dan kebanyakannya ditanam di kawasan beriklim sejuk di dunia seperti Kanada, Amerika Syarikat dan Eropah. Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan yang mereka tawarkan:



Jangkitan Saluran kencing Cranberry jus merupakan ubat yang sangat popular ketika datang untuk Jangkitan saluran kencing. Ini adalah disebabkan oleh proanthocyanidins yang terkandung dalam Cranberry. Mereka membantu dengan mengikat kepada bakteria dan menghapuskan mereka agar mereka tidak dapat melekat pada dinding saluran kencing.

Batu Ginjal batu buah pinggang terbentuk daripada kalsium dan fosfat ion bahawa bon bersama-sama. Asid quinic yang terdapat dalam cranberry boleh membantu untuk mengelakkan ini dari ikatan.



Kanser ini fitokimia dalam cranberry telah terbukti mempunyaianti-kanserberjuang ejen. Ini boleh melindungi anda daripada pelbagai jenis kanser jika diambil secara sederhana bersama dengan pemakanan yang sihat.

Cranberry Berat Badan yang tinggi serat, yang secara semulajadi membantu untuk membersihkan saluran penghadaman anda, supaya sistem pencernaan anda boleh memperbaiki. Akibatnya metabolisme anda akan meningkat untuk membantu anda membakar lemak dan menghalang lebih banyak kalori daripada yang disimpan jauh seperti sel-sel lemak.

Selain itu, cranberry mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi berkuasa tinggi yang boleh membantu badan anda untuk membersihkan dirinya pada tahap selular yang mendalam. Walau bagaimanapun, ini juga hanya boleh dilakukan apabila digabungkan dengan diet yang sihat. Elakkan Penyakit Jantung Oleh kerana antioksidan dan lain-lain nutrien penting yang mengandungi cranberry, mereka boleh membantu anda untuk mencegah Penyakit Jantung. Beberapa faktor risiko penyakit jantung adalah kadar kolesterol tinggi, tekanan darah tinggiserta aterosklerosis, iaitu pengerasan arteri. Cranberry membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah tinggi, serta mencegah pengerasan arteri. Apabila faktor-faktor risiko dihapuskan, maka risiko penyakit jantung juga dihapuskan.

Anti-Penuaan Anda mungkin sudah fikirkan, tetapi cranberry boleh membantu anda untuk hidup yang panjang dan sihat. Mereka akan membantu untuk memastikan anda aktif secara fizikal, serta menajamkan fikiran anda untuk mengelakkan anda dari Alzheimer dan demensia lain. Selain itu mereka juga boleh membantu untuk menjaga kulit anda mencari lebih muda dan licin.

Anda perlu berhati-hati mengambil kira-kira mengambil cranberry jika anda berada di warfarin, atau jika anda mempunyai pundi hempedu atau masalah buah pinggang.

kredit: Bawang Goreng


Salam Ukhuwah..~

Orang Pompuan Yang Menjaga Kehormatan Kena Hafal Doa Ini.


DALAM sebutan rumi :

" BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM " Baca 3 kali


Bermaksud:

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” baca sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah swt dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam, sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah swt tidak mampu, tetapi Allah swt tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri atas perintahNya. Fikirkanlah.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 28 Februari 2012

Petua Kekal Slim - Percuma, Mudah Dan Berfaedah !


Apa saja nampak sedap bila puasa!

Berapa saiz pinggang seluar anda?. Saiz saya 33. Berapapun saiznya tentu kebanyakan orang akan punyai koleksi seluar yang terdiri daripada 2 saiz. Paling leceh apabila setiap setahun saiz seluar kita semakin menaik. Daripada saiz 27 pada umur 17 / 18 tahun meningkat satu demi satu sehinggalah masuk umur 40 tahun kita tak sedar saiz seluar sudah masuk 46 !. Macam mana nak pastikan saiz seluar kita kekal lama dengan hanya satu saiz!

Saya perasan 7 tahun lalu, saiz seluar saya ada 2 saiz 33 dan juga 34. Sebaik saja habis puasa ramadan saiz 33 amat ideal walaupun agak longgar sedikit, saiz 32 paling ngam. Makin lama bulan ramadan ditinggalkan makin ketat seluar bersaiz 33 itu sehinggalah hampir bula ramadan saiz 34 paling selesa di pakai.

Timbul idea kalau selepas habis bulan ramadan saya teruskan puasa, tentu saiz 34 tidak diperlukan. Kalau terus puasa setiap hari macam puasa ramadan, akan makin kecil pulak saiznya, jadi jalan keluarnya ialah dengan puasa 2 kali seminggu untuk kekalkan saiz 33.

Maka nekadlah saya pada satu hari raya puasa untuk terus sambung puasa 6 pada hari raya kedua. Habis saja puasa 6 saya teruskan pula dengan puasa sunat isnin dan khamis. Ternyata teori kekalkan saiz seluar dengan jadikan amalan puasa berkekalan tepat sekali. Sampai sekarang saiz seluar tak pernah berubah walaupun 7 tahun telah berlalu.


Apa Lagi Yang Kita Dapat Dengan Kekalkan Amalan Puasa

Yang paling mula sekali saya dapat ialah cabaran diherdik orang tua-tua bila saya jawab saya amalkan puasa isnin khamis pada orang yang tegur saya slim dan sentiasa maintain berat badan. "Kalau puasa niat nak jaga badan, ustaz kata sia-sia puasa tu". Pedas dan berdesing telinga juga pada mulanya.

Terus datang bisikan kalau begitu tak payah puasalah, sia-sia saja. Saya pekakkan telinga dan kata pada diri sendiri, kalau syaitan ingat dengan herdikan begitu saya akan berhenti buat amalan baik, dia sebenarnya silap, mampus pi lah saya tetap akan puasa.

Macam mana saya nak berlatih ikhlaskan niat puasa kalau saya tak teruskan amalan puasa itu. Biarlah saya puasa sampai mati walaupun tak berjaya ikhlaskan niat sampai ke sudah, asalkan saya ada usaha latih diri ke arah itu.

Dengan kedegilan itu saya berjaya kekal puasa tahun demi tahun. Dan mula dapat merasakan faedah lain selain dari kekalkan berat badan. Antara faedah lain adalah:

Keupayaan tidur nyenyak bila buat keputusan untuk tidur. Tak pernah berlaku lagi hari-hari tertentu seperti dulu yang mana puas berpusing kiri kanan tapi mata masih tak mau lena.

Selera makan yang baik. Latihan puasa 2 kali seminggu banyak mengajar saya nikmatnya semua benda yang dinamakan makanan, walaupun seketul "cucur kodok" (jemput-jemput pisang), nampak amat lazat sekali.

Tidak lagi memilih makanan. Setiap kali puasa semua nak dimakan, tapi latihan tubi setiap minggu membuatkan saya dapat membezakan antara nafsu dengan keperluan. Berbukalah dengan apa-apa saja yang mengenyangkan, nescaya bila dah kenyang, tak ada lagi keinginan nak sumbat perut dengan benda lain.

Semua penyakit sebelum ini hilang entah kemana dan tidak muncul-muncul lagi. Antaranya termasuklah migrain pening kepala, demam selsema panjang, batuk dan lain-lain. Dulu sebulan sekali pasti akan kena demam selsema yang bermula dengan sakit tekak dan berlarutan ke demam selsema selama seminggu. Sekarang bila tekak mula rasa sakit, pada hari rabu, selepas puasa khamis, jumaat semua hilang.

Perut buncit hilang dan menjadi rata macam zaman remaja. Nak dikatakan berketul-ketul 6 biji macam body-builder tu tak lah, tapi secukup rasa dan tak perlu risau untuk masukkan t-shirt dalam seluar.

Jimat masa dan wang sekurang-kurangnya 2 hari seminggu. Tak payah pergi makan, lepak minum dengan kawan-kawan apabila semua orang dah tahu dan tidak akan ajak saya minum pada kedua hari tersebut.

Sentiasa bersedia dengan selesa kedatangan bulan ramadan yang memang dinanti-nanti.
Mungkin banyak lagi kebaikan yang saya dapat yang saya masih belum temui lagi. Bukan untuk membangga diri, tapi sekadar untuk berkongsi moga-moga amalan sunat yang baik ini dapat membantu jiwa, akhlak serta kesihatan umat Islam kepada yang lebih hebat.

kredit: wartashubhi


Salam Ukhuwah..~

Kisah Nabi Sulaiman A.S... Dan Pemuda Yang Berbakti Kepada Ibu Bapa


Nabi Sulaiman as adalah anak kepada Nabi Daud as. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman as sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal.

Setelah wafatnya Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman as mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah swt.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman as terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”.

Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman as dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian.

Akhirnya Nabi Sulaiman as pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah swt, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”.

Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman as.

Apabila Nabi Sulaiman as melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah swt telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman as pun berdoa kepada Allah swt supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah swt memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman as melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah swt.

Nabi Sulaiman as lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman as, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman as menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pun manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”.

Nabi Sulaiman as bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah swt menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman as bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?”

Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan ta'at kepada Allah swt. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan sayalah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman as bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim as”.

Nabi Sulaiman as mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya.

Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah swt? Bagaimana Allah swt memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah swt telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman as teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah swt lalu suasana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang.

Terkejut Nabi Sulaiman as sambil berkata, “Maha suci Allah swt seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman as dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”.

Nabi Sulaiman as bertanya lagi, “Bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahari terbenam kubah ini akan menjadi gelap”.

Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah swt untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman as dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah swt, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman as termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya.

Setelah itu Nabi Sulaiman as berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah swt, aku bersyukur kepada Allah swt dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah swt”.

Kepada semua pembaca, kasihlah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kita sewaktu kecil.

Fikirlah sejenak, apakah sumbangan kita terhadap keduanya? Apakah sudah cukup kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka? Sudah cukupkah bakti yang kita lakukan semasa usia mereka lanjut dimamah usia?

Adakah kita ini tergolong dari golongan yang berbakti kepada ibu bapa? Bersama kita renungkan dan kita amalkan, insya'Allah. Ingatlah, doa ibu bapa terhadap anaknya adalah mujarab dan tiada hijab antaranya dengan Allah.

kredit: tulahan


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 27 Februari 2012

15 Perkara Penyebab Berlakunya Bala


Setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita merupakan peringatan yang diberikan oleh Allah SWT. Adakah peringatan itu berbentuk bala ke atas diri sendiri atau orang disekeliling kita? Jom baca artikel ini.

15 Perkara Penyebab Berlakunya Bala | Seperti kejadian sebelum-sebelum ini kita dapat melihat pelbagai jenis peristiwa bencana yang telah berlaku di seluruh dunia. Antaranya seperti kejadian bencana tsunami, gempa bumi, gunung berapi meletus dan sebagainya. Setiap kejadian tersebut kita tidak boleh menganggap ia sebagai satu peristiwa biasa, tetapi ia perlu dibuat sebagai renungan sama ada bala daripada Allah SWT yang mempunyai mesej sebagai peringatan kepada hambaNya.

Dalam bahasa Arab dan al-Quran bala bermaksud ujian baik dan ujian buruk yang dihadapi seseorang. Bala (cubaan) pula boleh merupakan dalam perkara baik dan perkara tidak baik, menurut kamus tersebut. Jadi yang dimaksud bala dalam agama itu bukan hanya bencana sahaja, tetapi kemewahan hidup pun juga termasuk bala. Allah swt berfirman:

“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
(al-Anbia’: 35)

Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah swt dan segala suruhan Allah swt, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah swt. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja.



Didatangkan lagi 15 perkara penyebab berlakunya bala sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:

1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.

2. Amanat dianggap ghanimah.

3. Membayar zakat dianggap merugikan.

4. Suami tunduk pada isterinya.

5. Derhaka terhadap ibu.

6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.

7. Menbenci ayah.

8. Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.

9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.

10. Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.

11. Minum arak berleluasa.

12. Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.

13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.

14. Permainan muzik merata rata.

15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi’in dan para imam muktabar."



Daripada 15 yang disenaraikan di atas, hampir ke semuanya sudah berlaku pada zaman kini. Benarlah, umat akhir zaman merupakan umat yang paling banyak berbuat dosa. Ya Allah, Kau Ampunilah Dosa-Dosa Kami, Aminn…

kredit: Ustaz Amin


Salam Ukhuwah..~

Sikap Skeptik...2 Cara Mengurangkan


Apa sikap skeptik ni?

Skeptik adalah meragui sesuatu, ia adalah perasaan takut jika apa yang Anda mahukan tidak tercapai, takut tidak menjadi, takut tidak seperti yang dijangkakan.

Untuk fahami pekebendanya skeptik, anggap ia sebagai keraguan terhadap sesuatu. Anda simply rasa tak yakin sepenuhnya.


Berikut adalah 2 cara bagaimana mengurangkan sikap skeptik…


1. Fokus pada apa yang boleh terjadi, bukan pada yang mungkin boleh jadi.

Ayat berlainan memberi kesan berlainan di minda. Bila Anda fokus fikiran pada apa yang boleh terjadi, Anda jadi tidak ragu. Bila Anda memfokus pada apa yang mungkin boleh jadi, Anda jadi ragu. Timbul rasa skeptik disebabkan oleh perkataan ‘mungkin’. Visualisasikan hasil, fokus pada apa yang boleh Anda lakukan, bukan pada apa yang mungkin boleh gagal.


2. Elak guna perkataan cuba, sebaliknya buat saja!

Elak melatih diri dari selalu menggunakan perkataan cuba, misalnya “saya cuba untuk jadi yang terbaik”. Gunakan perkataan “saya pilih untuk…” (I choose to..) dan “saya mahu…” supaya Anda dapat kurangkan sikap skeptik dan lupakan.

Bila Anda sebut perkataan “saya cuba” atau terfikir cuba untuk mencapai sesuatu, tak semena-mena akan timbul rasa ragu. Sebenarnya ini normal, tapi menjadi tidak normal lalu bertukar menjadi negatif apabila ia menjadi besar, berubah menjadi kegusaran berpanjangan.

Untuk melawan malas, caranya rajinkan diri. Usah sebut perkataan “tak nak malas” sebab walaupun Anda berusaha lawan malas, Anda merasa semakin malas.

Untuk melawan skeptik, caranya optimiskan diri, elak untuk guna perkataan “melawan rasa skeptik” sebab Anda akan jadi semakin skeptik, semakin gusar. Apa yang Anda lawan, itulah yang Anda akan dapat!


Jadi cemana? Pilihlah untuk jadi orang BERANI GAGAL!.

Bila sudah berani gagal, skeptik menghilang dan mengurang. Sikap skeptik Anda tak boleh buang, Anda cuma boleh kurangkan, kecilkan dan kawal.

Untuk mahir mengawal sikap skeptik, berlatihlah untuk melihat apa yang boleh terjadi, kemudian bertindaklah merealisasikannya.


Anda tidak akan kenyang jika cuma membayangkan ayam KFC.

Anda tidak akan kenyang jika cuma memvisualisasikan diri Anda sedang membaham ayam goreng KFC.

Anda kena bertindak dan bergerak! Buka langkah dan berjalanlah menuju ke restoran KFC.

Pergi ke kaunter dan order sepiring ayam KFC!

Nampak tak?

Untuk merubah sesuatu (misalnya dalam contoh tadi, merubah rasa lapar menjadi rasa kenyang) Anda perlu fikir dulu, bayangkan lepas tu bertindaklah merealisasikannya.


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 26 Februari 2012

Cinta "3 Series"


Ini bukan tulisan Tok Wan. Ia adalah tulisan Razzi Rahman salah seorang rakan dalam group. Kesahnya menarik untuk dibaca. Oleh kerana ianya sudah berada dalam tenet maka mari kita kongsi dan baca jadikan yang baik itu sebagai suatu teladan yang baik juga.

________________________________________________


You see, bila I renung-renungkan, tak sangka pulak Cinta WANITA 3 series BUKAN hanya tentang wanita yang sudah berumur lebih 30 an ke atas dan masih single, tetapi ianya tentang semua wanita!

In fact, paling kritikal untuk wanita yang late 20’s tapi masih tercari-cari cinta! Kritikal dan amat penting waktu ni. Why penting? Penting kerana…merekalah yang paling getir dan perit menghadapi saat melangkah ke alam 3 series, yet still NOT married! Sebab bila dah cecah 30’s dah agak susah kan… “It’s either now, or very late bloom laaa…”

Paling mengecewakan dan menyedihkan hari apabila kena face kawan-kawan yang semua dah kahwin pada usia 20an lagi. Sesetengah dari mereka dah ada anak pun…Paling boring, apabila mereka berbual… Pasal suami, pasal babies, pasal plan masa depan. Adoi!! Yang kita ni, dah lanjut usia, keseorangan, sendirian tanpa teman…nak keluar pun, tak tahu nak keluar dengan siapa lagi dah!

Ingat lagi dulu kat one girl ni, kata dia,

“Saya baru 26 tahun bro, ada banyak masa lagi untuk saya dapat boyfriend”

I jawab, “24 tu dah senja…26 tu dah malam, …nak dapat boyfriend satu hal lamanya, nak mengenal dia beberapa tahun pulak, nak tunggu bila baru nak kahwin? “

“Ahhh… Saya muda lagi bro, fikir karier dulu, saya tahulah diri saya, sampai masa nanti saya kahwinlah bro…”

Bunyi seperti sombong tak sombong gitu, seperti dia tahu kesannya, tetapi ego untuk admit it. Jelas keegoaan gadis itu membawa kepada kekecewaan, dalam diam tak diam, sudah hampir 5 tahun kini, dan saya terjumpa dengannya baru-baru ni yang sudah 31 tahun dan masih belum berkahwin dan tak ada boyfriend pun…kesian.

Dalam hati at that time, I macam ingat-ingat lupa la umur dia, so I buat-buat tanya la,

Umur berapa dah sekarang? Nampak macam muda lagi ni…

“Baru 31 tahun bro, muda lagi heheh…” …sounded macam malu, so she decided to make joke out of it.

“hehe… ulang balik yang you cakap kat I dulu ek”

So kami berbual seperti biasa, then later tu…bila dah nak chiao, Bro Razzi tanya lah soalan cepu emas,

“So, dah 30’s…bila nak kahwin ni?,

“entahlah bro, tak ada sapa nak kat saya dah… Kalau ada pun yang tua-tua, atau laki orang atau pun duda… Single young man dah tak pandang saya dah bro… Ye lah saya fahamlah kan, kalau lelaki tua pun nak yang muda remaja, ini pulak lelaki muda…malas lah nak bercinta lagi bro…senang - senang, cam ni je bro, berkenalan, pastu kalau suka, terus kahwin!”

”Ooo…macam tu. Senang ya hehe…Okay then, take care ya.” Jawab saya… mengakhirkan perbualan pendek kami.

Tu lah kan, masa muda-muda, memilih sangat, tidak mahu mencuba, putus asa, sombong, sekarang dah 3 series.. . memanglah susah nak mencari jodoh. Rasa letih nak memulakan percintaan, rasa malas nak control2 ayu, nak menjaga hati, nak melayan karenah lelaki…letih!!

Amacam so far? Tersedak ke? Terkedu? Senak dada membaca? Geram? Hehe… sabar-sabar, relek-relek...It’s better to talk about solutions dia from now, okay…

Actually, kesilapan ramai single girls when they reached 3 series ni, mereka masih di takuk lama! Tidak evolved! Atau berkembang mengikut peredaran zaman, mereka masih berpegang pada citarasa lama, pendirian lama, masih menyimpan sikap tunggu dan lihat…“Cinta tidak akan datang bergolek beb! You have work for it!”

Sebab itulah ramai yang give up dan rasa macam dah tak ada harapan. In my humble opinion, kita kena ubah sikap dan pendirian dan ikut peredaran zaman dan umur kita beb…

To me, girls at early 30’s is the best!! Provided, mereka kena ACT LIKE ONE! Matang, relax, cool, sangat memahami, berdikari. I personally love girls at 30’s hehe… But if 20’s and matured, inteligent and independant sure lah best jugak!!

So, be 3 series, jangan malu, “Age is just numbers” keperibadian kita yang penting! Don’t worry too much, dont think too much… Masih ramai yang mahu berkahwin dengan 3 series girls, trust me!!

Yang penting kematangan, cool dan independant! Wajah kenalah sentiasa berseri, kena facial lebih sikit, penjagaan kena double lebih dari masa 20’s kan.. And remember, believe, harapan dan peluang masih terbuka luas!

Cuma janganlah umur dah 30an tapi perangai macam budak-budak, macam teenagers ke, atau macam gadis 20an yang selalunya suka merajuk, merengek, meminta-minta dan mengada sangat, which is UNCOOL! …also tak boleh juga, acting like OLD WOMAN, macam mak nenek, lagilah boring!

“BIAR UMUR BERAPA PUN TAPI KEPERIBADIAN MATANG, HATI MUDA REMAJA, JIWA BERSEMANGAT dan BERTENAGA!” …InsyaAllah, cinta akan hadir!”

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 25 Februari 2012

10 Sifat Yang Semakin Kita Lupakan


1. SALIMUL AQIDAH:

Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.



2. SHAHIHUL IBADAH:

Benar Ibadahnya menurut AlQur'an dan Assunnah serta jauh dari segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya.



3. MATINUL KHULUQ:

Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah kepribadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahwa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).



4. QOWIYUL JISMI:

Kuat Fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah dari Allah SWT.



5. MUTSAQOFUL FIKRI:

Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.



6. QODIRUN 'ALAL KASBI:

Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa dikari dan tidak mau bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.



7. MUJAHIDUN LINAFSIHI:

Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimakan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga bersangka baik pada dirinya maupun orang lain.



8. HARITSUN 'ALA WAQTIHI:

Efisien dalam memunfa'atkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang mensia-siakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. Karena waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak.



9. MUNAZHOM FII SU'UNIHI:

Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dan dengan cara yang baik.



10. NAAFI'UN LI GHAIRIHI:

Bermunfa'at bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermunfa'at dan diperlukan.


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 24 Februari 2012

Bab Aurat Pun Ramai Yang Masih Keliru


Gambar ini menunjukkan salah seorang Penguetkuasa sedang mengeluarkan saman kepada salah seorang perempuan yang tidak menutup auratnya dengan betul di Kelantan baru-baru ini.

Tahniah kepada kepimpinan Negeri Kelantan Darul Naim kerana memulakan serta menguat-kuasakan undang-undang tersebut.

Menerusi gambar ini kita faham di Negeri Kelantan sendiri pun masih ramai yang tidak faham bagaimana yang dikatakan menutup aurat. Kalau dah di Negeri yang kepimpinannya menekankan nilai-nilai yang baik tersebut masih ramai yang tak faham bagaomana pula negeri-negeri yang lain dalam Malaysia. Bagaimana Negeri Selangur khususnya.

Marilah sama-sama kita berdoa agar kepimpinan negeri-negeri yang lain mengikuti cara kepimpinan Negeri Kelantan. Jadikan hati kepimpinan tersebut terbuka untuk mengikuti jalan yang Allah swt redha.


Salam Ukhuwah..~

Wasiat Rasulullah s.a.w. Kepada Saidina Ali r.a.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":


"Ya Ali!
Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan.
Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal.
Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah.
Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri.
Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."


"Ya Ali!
Segala sesuatu itu ada penyakitnya.
Penyakit berkata-kata adalah bohong.
Penyakit ilmu adalah lupa.
Penyakit ibadah adalah riak.
Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian.
Penyakit bangsawan adalah merasa bangga.
Penyakit malu adalah lemah.
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan
Penyakit agama adalah hawa nafsu."


"Ya Ali!
Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan.
Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang.
Haus kecuali hilang hausnya.
Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian.
Merasa takut kecuali datang rasa aman.
Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara.
Bujang melainkan ia akan berkahwin.
Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan.
Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali.
Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya.
Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."


"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."


"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."


"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."


"Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"


"Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.


"Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."


Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?


"Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."


"Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."


"Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."


"Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."


" Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;

1. Ia akan cepat memusnahkan harta.
2. Ia akan melenyapkan kekayaan
3. Ia akan menghapuskan rezeki.
Adapun yang tiga di akhirat ;
1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).
2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.
3. Kekal di dalam neraka."


"Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."


"Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."


"Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."


"Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."


"Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.


"Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."


"Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".


(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 23 Februari 2012

Tegur Isteri Tanda Sayang


"Hidup berumah ini ini perlu ada seninya", nasihat seorang tua pada saya pada suatu hari.

"Seni bagaimana tu Pak Cik?", tanya saya sambil tersenyum dan seterusnya ketawa.

"Ish kamu ni, jangan fikirkan yang bukan-bukan", balasnya.

"Tak adalah Pak Cik, saya acah ja".

"Macam ni, ada banyak seni yang yang perlu dipelajari terutamanya yang baru bergelar suami seperti kamu".

" Seni bagaimana tu Pak Cik".

"Ada banyak seni sebenarnya. Tapi salah satu seni yang paling penting diperingkat awal perkahwinan ini adalah seni menegur isteri".


Menegur Isteri Suatu Cabaran

Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.


Fitrah Wanita Perlu Di Tegur

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri kita sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itulah Nabi kita, Baginda saw telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:

Sabda Nabi saw:

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita" (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)


Seni Dalam Menegur

Sebagaimana pesan Nabi saw, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.

Menurut Pak Cik tersebut, ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk menegur isteri.

Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.

Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.

Tetapi menurutnya, ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalkan ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan "kekuasaan" sebagai suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, "cubit-cubit sayang".


Bahana Suami Tidak Menegur

Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.


Takutlah akan pesan Baginda saw:

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah saw bersabda: "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , bersabda Nabi saw: " Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)" - ( Riwayat At-Tabrani)


Menegur Isteri Tanda Kasih Sayang

Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seseorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.

Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.

Hidupkanlah budaya tergur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.

kredit: odah


Salam Ukhuwah..~

Mak Kempeskan Perut Yer...


Kali ini Tok Wan nak kongsikan dengan anda penjagaan kesehatan. Walaupun tajuknya untuk kempeskan perut tetapi dalam mengempes itu sebenarnya anda bakal menjaga kesehatan juga. Jadi maknanya dua dalam satu. Sudah pasti pahalanya juga berganda.

Sebelum pergi lebih jauh baik tok tanya korunk sikit. Pernah dengar nama 'Oat Bran' ? Kalau tak tau takper tapi kalau tak pernah dengar nama tu elok tengok gambar di bawah ini. Arr... itulah dia oat bran. Nak tau banyak perkara berkaitan oat bran ni sila cari dalam tenet. Tok bukan berniat nak bagi iklan, tapi yang tok nak sarankan pada korunk yang nak kempeskan perut ni ialah macamana nak kempeskan perut. Tentang brand tak kesah apa brand pun, apa jenama pun, asal ianya oat bran kira jadik.

Oat bran ni mudah di beli di pasaraya. Tak usah pilih brand. Benda ni dalam bentuk serbuk. Rasanya memang tak sedap. Kalau tak caya cuba rasa sikit, ermmm...kompom macam rasa kertas. Kah kah kah... Kalau semangat korunk nak kempeskan perut atau nak kurus tu dah ada pada korunk, maka tetapkanlah semangat tu biar ianya terus berkobar-kobar.

Tapi satu masalahnya...rasa yak sedap lar...


So, kalau rasa gitu jer dah tak sedap macamana nak buat bagi sedap?

Dalam bab nak bagi sedap ni tok nak belok sikit kepada kesah seorang rakan tok dari Tawau, Sabah, dia seorang doktor perubatan (bukan doktor haiwan) dan ada klinik dia sendiri di sana. Dia kata pakej diet yang di edarkan oleh ejen MLM (Multi Level Marketing) tu ada juga yang tak eloknya. Syarikat MLM tu menjual macam-macam makanan untuk kuruskan badan, untuk kempeskan perut.

Sebenarnya mereka pun gunakan oat bran ni juga dalam produk yangmereka edarkan tu. Tapi yang menjadi masalah kemudiannya ialah mereka mencampurkan benda-benda lain, konon sebagai perisa, konon nak bagi sedaplah. Perisa ini pula termasuk strawberry, oren dan berbagai-bagai lagi. Bahan perisa ini dalam bentuk kimia juga dan di tambah dengan gula (bukan gula asli kot) untuk lebih sedap. Korunk yang nak kuruskan badan silap haribulan boleh kena kencing manis. Harganya pulak melambung sampai RM 600 untuk jadi ahli katanya. Tapi kalau dapat tarik ahli bawah (down line) dua atau 4 orang dah kira untung atau balik modal. Aper ker menda nyer nie... nak kuruskan badan, nak kempeskan perut sampai kena keluar RM 600 dah tu kena cari 4 orang downline lagi. Kan ker elok buat sendiri jer. Nak tau macaman nak buat sendiri?


Macamana nak buat sendiri ?

1. Kebanyakan yang nak kempeskan perut atau nak kurus nie kan ker perempuan. So kalau perempuan sudah pasti suka memasak, yer tak? Orait...bila memasak, sila gunakan oat bran nie sebagai ingredient dalam masakan korunk tu. Masukkan 2 sudu besar oat bran dalam gulai ayam, gulai ikan atau daging. Jangan bimbang, ia tidak akan memekatkan gulai itu.

2. Bila menumis sayur-sayuran samaada berdaun atau tidak berdaun sila gaulkan oat bran sikit macam kita gaul garam atau kunyit. Agak-agak satu sudu cukuplah.

3. Kalau buat sambal tumis gaulkan dengan ikan bilis dan masak macam biasa.

4. Kalau tak suka memasak dan lebih suka beli lauk di kedai, bawa balik rumah gaulkan dengan oat bran dan dah sedia untuk di hidangkan.

5. Dan jika anda benar-benar berani silalah mencuba memasukkan sedikit oat bran dalam beras sebelum di tanak.

6. Nak campur dengan tepong gandum untuk buat lempeng atau goreng pisang atau jemput-jemput pun lagi okey.



Berapa lama nak praktikkan ?


Tak yer nyer...berapa lama kita nak praktikkan benda nie? Jawapannya praktikkanlah benda nie sampai perut anda kempes seperti yang anda kehendaki. Kalau dah lama sangat tak kempes-kempes juga mungkin anda terlupa untuk melakukan senaman.


Okey...senaman untuk mengempeskan perut nie senang jer.

1. Baring lurus, tangan rapat pada peha.

2. Kedua-dua tapak kaki di rapatkan betul-betul.

3. Angkat kedua2 tapak kaki setinggi 2 jengkal dari lantai.


Ingat ! Jangan angkat kaki tinggi sampai 90 darjah, ia cuma condong 20 ke 30 darjah sahaja. Kira tempoh masa mengangkat supaya cukup lima saat. Setelah tapak kaki sampai ke tempat 30 darjah bertahanlah (hold there) di sana dan kira sampai 10 saat. Bila cukup tempoh sepuloh saat turunkan tapak kaki anda perlahan-lahan melalui bilangan 5 saat. Kemudian hela nafas perlahan-lahan.


Pantang larang yang lain ialah;

1. Jangan hempas kaki kuat atau laju.

2. Pastikan sebelum mangangkat kaki anda kumpul nafas ke dalam perut dan dada.

3. Untuk kali pertama jangan buat lebih dari tiga kali.

4. Bagi minggu kedua jangan lakukan lebih dari 10 kali angkat serta turun, dan jangan berlama sangat semasa menahan kaki di atas jengkal.


Selain dari senaman tersebut anda juga di nasehatkan supaya;


1. Minum air kosong atau air suam untuk lawaskan perut.

2. Pastikan bekas oat bran anda diletakkan berhampiran bekas garam agar tidak lupa memasukkannya ketika memasak.

Dalam tempoh seminggu anda akan dapat rasakan bahawa baru makan sikit dah terasa kenyang. Itu bermakna perut anda semakin mengecut.


Tanpa berbelanja sebegitu besar anda mungkin dapat menjimatkan wang, wang yang tak jadi keluar itu anda standbye untuk membeli pakaian yang mungkin sudah tidak boleh pakai dalam tempoh satu bulan dari sekarang..

Amacam....ada berani ka...


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 22 Februari 2012

Khasiat Timun


Orang dulu2 entah dari mana mereka belajar buat satey mesti ada timun. Hari ini bila ahli sains buat kajian rupa2nya timun itu berperanan untuk membunuh bahan bakaran (karbon) yang melekat pada satey akibat pembakaran. Dalam erti kata lain bahan dalam satey yang di bakar akan menyebabkan penyakit kanser, namun apabila di temani timun maka bahan yang menyebabkan kanser tersebut dapat di bunuh.

Hari ini ramai yang bekerja menggunakan komputer. Mata sudah pasti tertumpu pada monitor. Ada yang lebih advance guna monitor LCD. Sedangkan zaman kita guna monitor CRT dulu pun ada kita pasangkan filter depan monitor, ini dah zaman LCD jarangkita nampak orang guna filter, sudah pasti mata keletihan. Pancaran cahaya LCD lebih pedih dari cahaya CRT.

Timun juga dapat membantu anda dalam hal ini. Caranya ambil timun yang sudah di potong (seperti dalam gambar...sudut kiri) letak pada kedua-dua belah mata dan berbaringlah agak2 setengah jam. Kalau waktu kerja, elok masa rehat nanti pi cari surau dan baring sekejap dengan timun menutup mata. Insya'Allah selepas setengah jam mata anda akan terasa lebih segar.


Salam Ukhuwah..~

Kisah Ka'abah Yang Belum Diketahui Ramai


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Ka'abah yang menjadi tidal, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang belum diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah swt.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah swt telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Akhir kata dari Tok Wan walaupun kita sudah tahu kelebihan-kelebihan yang ada pada bangunan Ka'abah itu jangan pula bila kita solat terpaksa kita akur akan fakta-fakta yang telah di sebutkan. Ini mungkin akan mengakibatkan solat atau ibadah Haji yang kita lakukan tidak sbegitu ikhlas terhadap Allah swt.

Bukan kita solat dan hadapkan wajah ke Ka'abah semata-mata kerana Ka'abah itu ada power sebaliknya kita solat menghadapkan wajah ke Rumah Allah itu adalah kerana di perintahkan Allah swt kepada kita. Ingat tu... Kita ini datang dariNya dan kepadaNya kita akan kembali. Lakukan ibadah kerana Allah swt seikhlas mungkin bukan kerana kita tahu ada kelebihan dalam setiap ibadah itu.

kredit: kamal_hasan


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 21 Februari 2012

Aurat Terbuka Dijilat Api Neraka


NGO Islam lancar kempen 'tutup aurat'

Manakala rakan mereka yang bukan Islam telah menyambut Hari Valentine pada 14 Febuari yang lali, sekumpulan 10 NGO Islam di Pulau Pinang melancarkan kempen untuk membasmi pengaruh "seks bebas dan keruntuhan akhlak di kalangan belia" dalam masyarakat.


Kumpulan tersebut, yang menggelar diri mereka sebagai 'Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa', melancarkan kempen tahunan itu dengan turun untuk mendidik orang ramai tentang nilai-nilai murni Islam di Bagan Ajam (Butterworth) dan Queensbay (Pulau Pinang).

Kedua-dua kawasan tersebut biasanya di kunjungi oleh remaja Islam, terutamanya pada waktu malam dan pada hujung minggu.

Kempen itu, kata mereka, dilancarkan berikutan wujudnya keperluan untuk menerapkan nilai-nilai Islam yang kukuh di kalangan belia Islam yang sedang menghadapi konflik identiti.

Dalam satu sidang media di Kepala Batas, Ketua Wanita Masjid Al-Taqwa, Mardziah Zakaria berkata, kempen tersebut turut dilancarkan di negara-negara lain, termasuk Indonesia, Thailand, United Kingdom, Hong Kong dan Macau.

Mardziah berkata, tarikh 14 Februari telah di pilih untuk melancarkan kempen tahunan itu kerana berlakunya pergaulan bebas di kalangan belia Islam pada hari Valentine.

Tahniah kepada Marziah Zakaria dari Tok Wan. Berani kerana benar. Benarlah agama Allah itu Islam. Subhanallah...


Salam Ukhuwah..~

Cinta Dalam Hati


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh di lihat, dipegang.

Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


::: Hati Emas :::


SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu,
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Subhanallah...


Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah saw

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah
pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah
jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah
jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah..

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

kredit; rakan2 group


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 20 Februari 2012

Kahwin Pun Penuh Dosa, Macam Mana Nak Ajak Isteri Masuk Syurga?


Ini topik menarik bab kawen. Siapa-siapa yang belom kawen terutama perempuan baik baca sampai habes. Sebabnya ialah kerana yang menulis artikal ni seorang perempuan. Tentu gaya bahasanya gaya bahasa perempuan dan muda. Kih kih kih...)tok wan ketawa pelan-pelan jer, apa yang dia tulis tu betul belaka dan dah lama tok perasan) Begini ceritanya;

Bagaimana kita nak bahagia kalau ikatan perkahwinan kita sejak mula lagi dipenuhi dengan benda2 yang sesat dan salah? Kat bawah ni aku senaraikan benda2 yang aku nampak (dan ada yang aku dah terbuat) yang jelas salah dari segi permintaan agama.


1. Bab balas membalas hantaran

Lelaki bagi 3, perempuan kena bagi 5. Lelaki bagi 7, perempuan kena bagi 9... perempuan mesti bagi lebih. Apa benda tu? Mana datangnya kepercayaan sesat dan karut ni? Kalau nak bagi hadiah, bagi, kalau mampu bagi banyak, bagi..tak mampu jangan paksa. Jangan sampai satu pihak terpaksa buat loan bank semata-mata nak penuhi syarat sesat camni. Ikut kepercayaan bodoh orang Melayu..nombor genap memberikan nasib yang tidak elok, sebab tu pakai nombor ganjil...bodooooo...jangan ikut. Kalau mampu 4, bagi empat. Kalau mampu bagi 28, bagi 28.


2. Duit hantaran

Makin tinggi pendidikan anak gadis, makin mahal lah hantaran yang perlu dibayar. Ini selalunya golongan mak2 lah yang kisah benar, tak nak malu dengan orang kampung. Siap banding-banding lagi.. tak nak kalah dengan jiran. Yang bapaknya selalu tak kisah.. tapi mak dialah yang selalu menang argument tu. Benda ni hadiah aje.... kalau bakal pengantin lelaki kata "saya tak nak bagi la sebab takde pun dalam rukun nikah.." camne? Nak tuduh dia kurang ajar tak boleh...........dia betul.


3. Sebelum kahwin dah membazir

Di sini lah selalunya yang paling obvious. Selalunya yang terbeban, mak bapak atau bakal suami. Anak perempuan mintak kenduri dia grand-grand, nak kena ada itu ini, nak kena jadi macam puteri raja. Kalau mak bapak dia jenis orang susah, selalunya parents akan guna duit hantaran untuk buat kenduri. Kalau duit tak cukup, beban dah jatuh dekat bakal suami. Semua sebab nak pastikan majlis tu gilang gemilang. Bakal suami pun terpaksa la bekerja keras siang-siang dan jual burger malam-malam...kerja macam orang gila setahun dua....hasilnya pakai untuk sehari, dua hari...lepas kahwin, rumah sewa...peti ais pun tak ada.

4. Bersanding

Dan berbanggalah sang suami mempamerkan isterinya yang sudah jadi hak miliknya kepada semua tetamu, lihatlah isteriku, lihatlah dia, cantikkan dia? Dia milik aku kini, kecantikannya bukan hanya untuk aku seorang... gembiranya aku kerana dapat berkongsi kecantikan isteri ku bersama kalian semua. Meh kita pakat ambil gambar dan share sana sini, dalam facebook pun takper.


5. Merenjis dan bertepung tawar

Ini budaya agama Hindu.... jangan sesekali buat. Menghampiri syirik benda ni sebab tujuan asal dia adalah sebuah cleansing ceremony untuk orang Hindu.


6. Berinai di lengan

Nak pakai inai.. pakai.. tapi hanya boleh dihujung jari. Itu aje boleh ikut agama. Yang kau pegi buat corak-corak kerawang, corak daun, corak batik sampai dekat lengan tu apa pasal? Berdosa tu sebab anda cuba menyerupai budaya agama Hindu lagi sekali. Keperluan agama dia, biar dia buat.. kita jangan amalkan.


7. Karaoke

Majlis kahwin mana tak sah kalau takde karaoke. Yang lagi best, DJ panggil pengantin suruh nyanyi... tambah lagi kesalahan kat situ. "Perempuan baca Al-Quran dekat Tilawah suara merdu lunak2 pun haram ni lagi la nak menyanyi.."


8. Cukur kening

Kalau gadis2 yang selama ni tak pernah cukur kening, ni lah masanya dia kena decide... nak jadi lagi lawa dan tambah dosa atau nak maintain macam biasa dan tak nak dosa. Kebanyakannya anggap ni lah masanya dia nak wajah dia jadi perfect, jadi merelakanlah kening dicukur oleh tukang make up pondan. Disentuh lelaki tak kiralah dia pondan ke tidak.. tu dah jadi satu lagi benda salah.


9. Baju ketat dan berkain jarang

Baju kahwin nampak macam dah tutup aurat.. tapi tengok betul2 eh, ketat.. nampak cutting badan. Tengok lama2 sket lagi... aiseh.. nampak lengan... padahal sebelum tu tak pernah pun pakai baju yang nampak lengan. Kahwin punya pasal... tak dehal... sehari aje.... bukan selalu... esok tutup la balik lengan. Trend punya pasal... kalau kau pegi kedai, tanya ada tak baju2 yang longgar, tak ikut shape.. jawapan dia mudah, "Eh!Tak lawa la baju camtu dik! Kahwin ni kena cantik2!" Cerita benar..... aku dah kena..... Baju longgar = Tak cantik... Melayu punya otak...


10. Perhiasan lelaki

Kalau tengok baju songket, mesti ada rantai2 dan tah hapa2 benda lagi tah yang kena pakai. Apa relevannya keris, rantai dan tengkolok dengan majlis perkawinan ikut upacara Islam?

Apa pasal bila kahwin lelaki kena pakai rantai?


11. Budaya photographer

Aku jarang jumpa photographer perempuan, kecuali seorang dua yang famous. Jadi bila aku belek2 sample album wedding yang member aku buat (aku ramai kawan yang buat benda ni) mesti ada shot tengah make up. Tengah tak pakai tudung. Bila aku tanya member aku, "macam mana groom dia bagi kau masuk ambik gambar bride tengah make up?" Member aku kata pengantin lelaki selamba aje bagi permission. Aku yang tengok album tu dah kongsi salah, photographer tu dah kongsi.. yang tanggung beratnya, suami tadi la. Dia bagi... itupun kalau dah nikah. Kalau tak nikah lagi? Abah kau lah tanggung.


12. Budaya proposal

Aku tengok sekarang makin ramai orang Melayu yang dok terikut-ikut style orang putih buat proposal dekat gelfren. Kalau jadi depan aku masa aku tengah makan, aku baling dengan gelas kalau kau Melayu. Kita mana ada proposal2 ni... kau nak kahwin.. gi tanya bapak dia. Bapak dia kata ok, baru kau tanya dia, "Will U marry me?"


13. Upacara membatalkan air semayang

Apakah relevannya? Tunjuk dekat public supaya orang ramai tengok "oohh...tengok la tengok, aku nak sentuh tangan isteri aku first time ni.. tengok tengok la.." .... itupun kalau first time pegang la..... kalau dah biasa pegang2.... "ooh..tengok la.. tengok la... aku takde rasa apa2 pun pegang tangan wife aku ni sebab sebelum ni dah biasa pegang... kagum la.... snap la gambar kitorang tengah berlakon suci ni..."

..............


Masyarakat kita sekarang, adat dengan adab tu dah bercampur gaul, sampai tak tau apa beza dia, mana satu kena ikut, mana satu kena tinggal. Kadang-kadang oleh kerana restrictions adat Melayu yang karut dan tahyul tu la yang menyusahkan pasangan Islam ni nak kahwin. Daripada simple, jadi complicated, daripada sangat affordable... jadi sesuatu yang membebankan pasangan sehingga ke hari tua.

Semua pasangan yang dah berkahwin pasti nak tak nak ada jugak terpikul beban kesalahan ikut senarai di atas, sama ada dari segi material atau dari segi spiritual.

Macam mana kita tak bercerai berai kalau sejak dari mula kita kahwin, kita dah mulakan dengan buat bermacam jenis benda yang go against agama? Sebelum kita terlambat... apa kata kita cuba tinggalkan benda2 karut marut ni dan buat apa yang perlu dan wajib sahaja.

Bagus anak perempuan bersuami cepat
Daripada dok berdating merata tempat.
Karang ada budak lelaki rembat,
Baru gelabah seluar anak jadi sendat

Sambutlah menantu sekadar mampu,
Agar bahagia ke anak cucu,
Macam mana laki kau tak jadi kutu?
Beribu habis dapatnya hantu

Yang laki pulak terikut setan
Belum kahwin dah bengong setandan
Selalu sangat layan 3GP Melayu
Bakal mertua dipanggil "daddyku!"

Kita ada peluang nak membetulkan kesilapan mak bapak,datuk nenek kita.
Gunakanlah peluang tu sebaiknya.
Aku tau apa yang aku tulis ni ada orang yang tak peduli
langsung sebab ada istilah orang putih

"Whatever the bride wants, she gets it.."

....tapi kita bukan orang putih.

Orang putih banyak duit.Gaji $2500 kereta $12,000.
Orang kita gaji RM2500,kereta RM48,000.

kredit; rakangroup


Salam Ukhuwah..~

7 Cara Bersahabat Kerana Allah SWT


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.

Nabi Muhammad saw bersabda:

'Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)



2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi Muhammad saw bersabda:

'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan di doakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)



3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)




4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan di ampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)




5.Amalan ziarah-menziarahi.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'




6.Memberi Hadiah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)




7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)



kredit: Dr Abdullah Nasir Ulwan


Salam Ukhuwah..~