Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Isnin, 27 Februari 2012
Sikap Skeptik...2 Cara Mengurangkan
Apa sikap skeptik ni?
Skeptik adalah meragui sesuatu, ia adalah perasaan takut jika apa yang Anda mahukan tidak tercapai, takut tidak menjadi, takut tidak seperti yang dijangkakan.
Untuk fahami pekebendanya skeptik, anggap ia sebagai keraguan terhadap sesuatu. Anda simply rasa tak yakin sepenuhnya.
Berikut adalah 2 cara bagaimana mengurangkan sikap skeptik…
1. Fokus pada apa yang boleh terjadi, bukan pada yang mungkin boleh jadi.
Ayat berlainan memberi kesan berlainan di minda. Bila Anda fokus fikiran pada apa yang boleh terjadi, Anda jadi tidak ragu. Bila Anda memfokus pada apa yang mungkin boleh jadi, Anda jadi ragu. Timbul rasa skeptik disebabkan oleh perkataan ‘mungkin’. Visualisasikan hasil, fokus pada apa yang boleh Anda lakukan, bukan pada apa yang mungkin boleh gagal.
2. Elak guna perkataan cuba, sebaliknya buat saja!
Elak melatih diri dari selalu menggunakan perkataan cuba, misalnya “saya cuba untuk jadi yang terbaik”. Gunakan perkataan “saya pilih untuk…” (I choose to..) dan “saya mahu…” supaya Anda dapat kurangkan sikap skeptik dan lupakan.
Bila Anda sebut perkataan “saya cuba” atau terfikir cuba untuk mencapai sesuatu, tak semena-mena akan timbul rasa ragu. Sebenarnya ini normal, tapi menjadi tidak normal lalu bertukar menjadi negatif apabila ia menjadi besar, berubah menjadi kegusaran berpanjangan.
Untuk melawan malas, caranya rajinkan diri. Usah sebut perkataan “tak nak malas” sebab walaupun Anda berusaha lawan malas, Anda merasa semakin malas.
Untuk melawan skeptik, caranya optimiskan diri, elak untuk guna perkataan “melawan rasa skeptik” sebab Anda akan jadi semakin skeptik, semakin gusar. Apa yang Anda lawan, itulah yang Anda akan dapat!
Jadi cemana? Pilihlah untuk jadi orang BERANI GAGAL!.
Bila sudah berani gagal, skeptik menghilang dan mengurang. Sikap skeptik Anda tak boleh buang, Anda cuma boleh kurangkan, kecilkan dan kawal.
Untuk mahir mengawal sikap skeptik, berlatihlah untuk melihat apa yang boleh terjadi, kemudian bertindaklah merealisasikannya.
Anda tidak akan kenyang jika cuma membayangkan ayam KFC.
Anda tidak akan kenyang jika cuma memvisualisasikan diri Anda sedang membaham ayam goreng KFC.
Anda kena bertindak dan bergerak! Buka langkah dan berjalanlah menuju ke restoran KFC.
Pergi ke kaunter dan order sepiring ayam KFC!
Nampak tak?
Untuk merubah sesuatu (misalnya dalam contoh tadi, merubah rasa lapar menjadi rasa kenyang) Anda perlu fikir dulu, bayangkan lepas tu bertindaklah merealisasikannya.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan