Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Selasa, 21 Februari 2012
Aurat Terbuka Dijilat Api Neraka
NGO Islam lancar kempen 'tutup aurat'
Manakala rakan mereka yang bukan Islam telah menyambut Hari Valentine pada 14 Febuari yang lali, sekumpulan 10 NGO Islam di Pulau Pinang melancarkan kempen untuk membasmi pengaruh "seks bebas dan keruntuhan akhlak di kalangan belia" dalam masyarakat.
Kumpulan tersebut, yang menggelar diri mereka sebagai 'Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa', melancarkan kempen tahunan itu dengan turun untuk mendidik orang ramai tentang nilai-nilai murni Islam di Bagan Ajam (Butterworth) dan Queensbay (Pulau Pinang).
Kedua-dua kawasan tersebut biasanya di kunjungi oleh remaja Islam, terutamanya pada waktu malam dan pada hujung minggu.
Kempen itu, kata mereka, dilancarkan berikutan wujudnya keperluan untuk menerapkan nilai-nilai Islam yang kukuh di kalangan belia Islam yang sedang menghadapi konflik identiti.
Dalam satu sidang media di Kepala Batas, Ketua Wanita Masjid Al-Taqwa, Mardziah Zakaria berkata, kempen tersebut turut dilancarkan di negara-negara lain, termasuk Indonesia, Thailand, United Kingdom, Hong Kong dan Macau.
Mardziah berkata, tarikh 14 Februari telah di pilih untuk melancarkan kempen tahunan itu kerana berlakunya pergaulan bebas di kalangan belia Islam pada hari Valentine.
Tahniah kepada Marziah Zakaria dari Tok Wan. Berani kerana benar. Benarlah agama Allah itu Islam. Subhanallah...
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan