Bacaan Popular

Khamis, 25 Ogos 2011

Kata-kata Imam Ghazali Berkaitan Sombong Dan Angkuh



■"Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita



■Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita



■Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita



■Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.



■Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya



■Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.



Salam Ukhuwah..~

Rabu, 24 Ogos 2011

Suasana Keimanan Di Rumah


Rumah, selalu memiliki daya tarik dan pesona bagi pemiliknya. Antara senang dan susah, antara bahagia dan sengsara bercampur layaknya gula dan kopi yang larut dalam segelas air panas, gula yang manis memberikan keseimbangan rasa pada kopi yang pahit. Begitulah sunnatullah itu terjadi, ketika kita menemukan keinginan-keinginan kita bertembung dengan realiti yang terjadi, akan ada hati yang gundah, akan ada hati yang gelisah. Namun kegundahan dan kegelisahan itu di suatu waktu akan mendewasakan kehidupan kita, akan membesarkan hati kita untuk tetap mengais hikmah dari peristiwa kehidupan yang kita alami.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perumpamaan rumah yang dijadikan tempat mengingat Allah dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang meninggal." [ HR Muslim ]

Oleh kerana itu maka haruslah rumah itu dijadikan tempat untuk mengingat Allah dengan segala bentuknya baik itu dengan berzikir dalam hati atau dengan lisan, mendirikan solat, membaca al-Quran, atau dengan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmunya.

Berapa banyak rumah-rumah orang Islam sekarang keadaannya mati akibat tidak dilakukan zikrullah di dalamnya, seperti disebutkan di dalam hadis di atas. Bahkan, memang demikian keadaan rumah tersebut jika di dalamnya ada nyanyi-nyanyian syaitan dari jenis seruling dan lagu-lagu, ghaibah, kebohongan dan membicarakan kejelekan orang lain.

Bagaimana lagi keadaannya kalau rumah tersebut penuh dengan kemaksiatan dan kemungkaran, seperti jika terjadi percampuran antara lelaki dan wanita yang diharamkan dan pendedahan aurat di hadapan karib kerabat dan tetangga yang bukan mahram yang sama-sama berada di dalam rumah itu? Sesungguhnya dosa dan maksiat itu akan menghalang ilmu, rezeki, ketaatan, memendekkan umur, menghilangkan berkat, mewarisi kehinaan, merosakkan akal, menghilangkan malu, memadamkan cahaya hati dan menghalangi dakwah.

Alangkah ruginya penghuni yang berada di dalam kemungkaran-kemungkaran yang menyebabkan perkara di atas berlaku. Selain dari itu, dosa dan maksiat akan membutakan hati serta menjauhkan hamba dari pencipta~Nya.

Bagaimana malaikat akan masuk ke dalam rumah yang keadaannya seperti ini? Oleh kerana itu, hidupkanlah suasana rumah kalian dengan berbagai bentuk zikrullah agar Allah memberikan rahmat~Nya kepada kalian. Rumah yang digunakan untuk zikrullah adalah rumah yang "hidup", di mana aspek keimanan dapat tumbuh subur di dalamnya. Sementara rumah yang "mati" adalah rumah yang tiada terdapat kegiatan apapun juga dalam rangka mengingat Allah.

Menumbuhkan suasana ibadah dalam rumah dengan menjadikan rumah sebagai tempat untuk menegakkan solat khususnya solat sunnah. Dengan ditegakkannya solat, khususnya solat sunnah, rumah akan terasa "hidup" dengan suasana keagamaan dan tercermin kebahagiaan bagi penghuninya. Firman Allah SWT bermaksud, "Perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat dan bersabarlah atasnya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu bahkan Kamilah yang memberimu rezeki dan balasan yang baik itu bagi orang-orang yang bertakwa." [QS Thaha: 132]

Tumbuhnya suasana ibadah dalam sebuah rumah menyebabkan penghuninya merasa bahagia dan tenteram. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith tentang dihidupkannya solat sunnah dalam rumah: "Jabir ra., mengabarkan, Rasulullah saw bersabda: 'Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakan pula solat (sunnah) di rumah, kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah tersebut bahagia." [HR. Muslim]

Begitulah seharusnya hidup berumahtangga. Sepasang insan yang beriman kepada Allah dan hari akhir selalu dipenuhi dengan ibadah dan amal ketaatan kepada Allah, ajakan dan anjuran kepada anggota keluarga untuk mengerjakan kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Sehingga kita dapat melahirkan keluarga muslim iaitu keluarga yang senantiasa berlumba-lumba kepada kebaikan, mengutamakan dalam menjalankan perintah Allah.

Hakikatnya rumah tangga adalah syurga ‘Ajilah, iaitu syurga yang didahulukan di dunia ini. Rumah tangga yang bagaimanakah yang dipanggil syurga ‘Ajilah? Semestinya rumah tangga yang dibina daripada tiang-tiang kasih sayang, mawaddah, sakinah, qanaah dan redha. Berkata ahli sufi: "Carilah syurga ‘Ajilah yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti!"

kredit: cermin muka


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 23 Ogos 2011

Alasan Wanita Yang tak Menutup Aurat


Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

kredit: KedahLaNie


Salam Ukhuwah..~

Cantek Dengan Berpuasa


BERPUASA merupakan ibadah yang sangat banyak manfaatnya . Meskipun umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai melaksanakan salah satu Rukun Islam namun puasa juga boleh meningkatkan kecantikan dan kesihatan seseorang.

Apabila seseorang berpuasa perutnya rehat dari sebarang beban. Perut mula mengempis dan fungsi perut menjadi lebih baik lagi.

Obesiti morbid merujuk kepada mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki.

Kumpulan ini mempunyai risiko tiga kali ganda mengidap masalah kolestrol tinggi dan empat kali ganda risiko kencing manis. Bagi pengidap obesiti morbid banyak halangan dilalui bagi menurunkan berat badan. Ini kerana kerosakan hormon dan enzim yang teruk. Namun sepanjang bulan puasa mereka akan mendapat penurunan berat badan.

Bagi memastikan penurunan berat badan yang ketara dan berkesan sewaktu berpuasa beberapa perkara perlu diambil berat.


1) Jangan minum minuman manis sewaktu berbuka.

Oleh kerana sewaktu berbuka kita dihidangkan dengan sajian kuih muih yang pelbagai maka minuman manis harus dielakkan. Terdapat banyak gula dalam kuih muih tersebut. Kurma baik dimakan kerana mempunyai gula semula jadi yang banyak di dalamnya. Pengambilan kurma sudah tentu lebih baik daripada air manis.


2) Kurangkan kuih manis

Pengambilan kuih manis perlulah sekadar sahaja dan tidak berlebihan. Kalori tinggi disebabkan kandungan gula yang tinggi membuatkan tubuh tidak mampu melepaskan lemak yang dikandung. Mereka yang gemar makan banyak kuih sewaktu berbuka sukar kurus.


3) Makan nasi sedikit sahaja

Nasi haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan nasi yang banyak akan membuatkan seseorang menjadi semakin lapar dan sukar menyekat nafsu makan. Ini kerana nasi menyebabkan insulin dirembes dengan banyak dari kelenjar pankreas. Peningkatan insulin ini membuatkan kandungan gula turun dengan cepat dan kita kembali lapar. Insulin juga meningkatkan lemak berkumpul pada perut kita.


4) Banyakkan pengambilan sayur-sayuran

Mengambil banyak sayur-sayuran boleh meningkatkan serat dalam perut kita. Serat yang tinggi membantu membuang lemak melalui najis. Serat juga merupakan karbohidrat yang baik dan merangsang penurunan insulin sekali gus mengurangkan lemak daripada berkumpul di perut.


5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan

Pengambilan buah-buahan yang banyak boleh meningkatkan vitamin dalam tubuh kita dan mencantikkan kitaran tenaga dalam tubuh kita. Ini menjadikan kita segar dan bertenaga semasa puasa.


6) Bersenam setengah jam setiap hari

Meskipun berpuasa, amalan bersenam haruslah diteruskan. Berpuasa dan bersenam setengah jam setiap hari merupakan amalan menurunkan berat badan yang paling berkesan. Apabila kita berpuasa kadar metabolik semula jadi tubuh akan menurun. Ini membuatkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Bersenam pda bulan puasa menigkatkan metabolik, menjadikan kita cepat membakar lemak.


7) Pengambilan protein yang tinggi

Mengambil makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging merah dan telur membantu menaikkan metabolik tubuh kita. Protein akan merangsang pembakaran lemak dengan meningkatkan glukargon iaitu hormon pembakar lemak dalam darah kita.


8) Suplemen

Suplemen yang sangat perlu sewaktu puasa ialah kalsium, potasium dan zink. Pengambilan makanan suplemen ini akan menjadikan kita lebih bertenaga. Ia juga membantu fungsi hormon dan enzim yang lebih baik lagi.



Meskipun berpuasa kecantikan kulit dan keceriaan wajah haruslah dititikberatkan. Seseorang boleh meningkatkan kecantikan wajah sewaktu berpuasa dengan mengamalkan tip di bawah.

1) Pelembap wajah
Amalkan memakai pelembap wajah bagi memastikan kulit wajah tidak kusam dan kering sewaktu puasa

2) Solekan sederhana
Bersolek dengan sederhana akan menyerlah kecantikan seorang wanita dalam bulan puasa. Memakai gincu, pelembab bibir dan celak sudah mencukupi.

3) Jangan banyak tidur
Banyak tidur di bulan puasa menjadikan wajah tampak sembap dan lesu. Oleh itu lakukan aktiviti bagi mengelakkan banyak tidur.

Amalan sebegini sudah tentu akan menjadikan anda lebih jelita menjelang hari raya. Anda kini boleh tampil dengan imej yang lebih langsing dan wajah yang lebih berseri di pagi raya. Sudah tentu ini akan menjadi satu bonus buat anda yang berpuasa.

kredit: Dr. Siti Mariam Yusof



Salam Ukhuwah..~

Isnin, 22 Ogos 2011

Dua Beradik Dibunuh Kejam di Bulan Puasa Oleh Penduduk Kampung


Dua beradik di pukul sehingga mati di bulan puasa oleh penduduk kampung kerana dituduh mencuri. Kejadian ini berlaku tahun lepas di Bulan Ramadhan di daerah Sialkot, Pakistan. Remaja dua beradik, Mughees -17 tahun dan Muneeb 16 tahun, telah dipukul sehingga nyawa-nyawa ikan hanya atas tuduhan mencuri. Kemudian tubuhnya diheret ke tengah pekan oleh penduduk kampung dengan menggunakan lori sebelum digantung.

Apa yang sangat-sangat dikesalkan dan amat menyedihkan bagi seluruh umat Islam di dunia ialah, tiada perbicaraan dilakukan ke atas mereka atas tuduhan mencuri dan para penduduk kampung ini mengambil undang-undang sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati. Ini hanya tuduhan...belum dibuktikan lagi. Jika sekiranya mereka didapati bersalah mencuri sekalipun.....hukumannya adalah potong tangan dalam Islam, bukan membunuh mereka dengan sekejam ini. Jika benar pun mereka mencuri, hukuman yang mereka terima tidak setimpal dengan kesalahan mencuri yang dilakukan. Nauzubillah.

Difahamkan hebahan mereka mencuri adalah tidak benar, tetapi lebih kepada sikap cemburu dan busuk hati orang-orang tertentu di kampung tersebut kerana pencapaian adik beradik ini yang cemerlang. Adik beradik ini adalah Hafiz Al-Quran dan telah menjadi juara beberapa kali dan pencapaian akedemik yang sangat cemerlang. Namun orang kampung telah membuat keputusan sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati. Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke arah roh mereka dan membalas kejahatan orang yang menfitnah dan yang memukul dan membunuh mereka berdua dengan azab yang tak terperi sakitnya. aamin.

Cuba lihat sendiri video kekejaman mereka yang telah diletakkan dalam youtube. Tapi awas...anda mungkin akan menangis kerana kesakitan yang dialami dua beradek tersebut. Ayoh...jika semangat anda kuat boleh teruskan menontonnya.



Semoga arwah ditempatkan di Jannah dan yg bersalah ditmpa musibah, kecuali mereka bertaubat!

kredit: Panglima 7



Salam Ukhuwah..~

Kekurangan Seorang Anak Tunggal


1) Tidak boleh berkongsi kenikmatan

Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? TV LCD 42 inci besar-besar nak buat apa? Sepatutnya TV itu di splitscreen kepada 4 untuk bermain Call of Duty. Dan kau ingat kau punya set Guitar Hero tu boleh main sorang-sorang ke? Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Lost, makan Dominos Pizza ataupun mengintai jiran berkemban; semuanya lebih seronok jika dilakukan bersama adik-beradik bukan?

2) Tiada tempat mengadu

Jika kita dicabul oleh senior di MRSM Taiping, dengan siapa kita hendak mengadu? Report kat cikgu diorang tak percaya. Nak report kat mak abah, diorang sibuk bekerja. Kalau kita ada abang kan best, boleh abang kita tolong tinju orang yang mencabul kita. Kalau kita ada kakak, kita boleh minta kakak kita terangkan mengapa tiba-tiba berlaku pendarahan di dalam panties.

3) Tiada tempat melepaskan geram

Melepaskan geram bukan bermakna melempiaskan nafsu terhadap adik kita yang hangat. Eh pernah ke korang rasa akak atau adik korang ni hot sehingga berlaku pergerakan di dalam seluar? Eww haruan makan adik. Well jika aku ada adik, pasti aku akan jadikan adik aku sebagai tempat untuk aku melepaskan tekanan. Kat sekolah kena marah dengan guru. Balik rumah terus panggil adik.

4) Mudah hanyut ke lembah kedurjanaan

Jika kita seorang diri, tiada siapa yang akan membimbing kita ke jalan yang benar dan lurus. Kita akan lebih mudah mengikut hasutan iblis jika duduk seorang diri. Yelah duduk sorang-sorang nak buat apa kan mesti ghairah datang secara tiba-tiba. Jika aku ada adik mesti aku akan hantar adik aku pergi sekolah pondok agar dia dapat menjadi seorang Qari. Takpun bagi training vokal sebagai persediaan untuk jadi bilal di surau. Lagipun jika ada adik beradik kita boleh solat berjemaah or ponteng solat secara berjemaah.


5) Kena duduk rumah seorang diri

Kalau mama kau pergi umrah, mesti kena duduk rumah seorang diri. Aku ni testis je besar, tapi aku sebenarnya agak penakut orangnya. Bila duduk seorang diri mulala cerita-cerita hantu tiba-tiba bermain di dalam minda. Hantu badut It, Hantu Kopek, Hantu Edward Kolon eii seramla lorh. Gila kau tengah duduk sorang-sorang lepas tu dengar bunyi pintu kena ketuk mau sujud sahwi terus aku. Itu belum hantu realiti seperti pencuri dan perogol lagi. Eii nauzubillahiminzolik.

6) Lonely

Masa aku kecil remaja dahulu aku mengaku yang aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang ada kakak dan adik perempuan. Seronok gila tengok diorang sama-sama nyanyi lagu Britney Spears. Seronok gila ada orang untuk bergaduh. Seronok gila ada adik beradik. Malasla aku nak tulis lagi nanti aku emo dan aku tiada adik untuk lepaskan keemoan aku

kredit: pieogiey


Salam Ukhuwah..~

3 Amalan Nabi saw Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan


DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:


Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.


Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” (ikat punggang disini mungkin bermaksud menjauhi pergaulan suami-isteri)

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”


Memperbanyak doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”


Salam Ukhuwah..~