Bacaan Popular

Jumaat, 17 Februari 2012

Gulongan Kera Dan Babi Yang Disebut Rasulullah SAW


Siapakah golongan umat Islam yang di sifatkan Rasulullah saw sebagai kera dan babi?

Saperti yang di sabdakan Baginda saw dalam Hadisnya yang bermaksud,

“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka. Salah satu fatwa yang menyempurnakan nubuwatan Rasulullah saw ialah berkenaan fatwa mengkafirkan sekumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka bertaqlid dan meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang perkara tersebut.

Sifat babi yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran atau najis dan tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Mereka di umpamakan saperti kera dan babi oleh Rasulullah saw kerana mereka adalah golongan yang suka bertaqlid mengikut sahaja, memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam yang lain sebagai sesat, murtad dan kafir, padahal golongan yang dikatakan itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras saperti dalam Hadis tersebut.

Rasulullah saw bersabda:

“Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (HR Bukhari).

Hadis ini memperlihatkan betapa beratnya hukuman kepada orang yang menuduh orang Islam lain kafir atau murtad dan sekiranya tidak benar, hukum kafir atau murtad itu akan kembali kepada si penuduh.

Selagi umat Islam bermain isu kafir mengkafir atau murtad memurtad yang keji ini maka selama itulah mereka akan menghadapi masalah dengan Allah swt dan manusia itu sendiri.


kredit: Amri el Wahab


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 16 Februari 2012

Siapa Yang Akan Mensolatkan Jenazahmu ??


Saudaraku...,

- Siapa yang akan memandikanmu?

- Siapa yang akan mengafankanmu?

- Siapa yang akan mengangkat kerandamu?

- Siapa yang akan mensolatkanmu?

- Siapa yang akan meletakkanmu di liang lahad?

- Siapa yang akan mendo’akanmu?

- Siapa yang akan berdiri di sisi kuburanmu, berdo’a untukmu agar Allah meneguhkanmu ketika malaikat menanyamu?




Jawablah saudaraku!



Siapa yang akan menangisimu?


- Apakah perokok itu?

- Ataukah orang yang tidak mau tunduk dan solat kepada Robbnya ini?

- Ataukah orang yang meninggalkan puasa dan zakat ini?

- Ataukah orang yang membiarkan isteri dan anak perempuannya bebas berkeliaran di jalanan dan tempat hiburan dengan penampilan yang buruk dan pakaian yang hampir telanjang? Orang yang rela dirinya menjadi seorang dayus?

- Ataukah orang yang bergelumang dengan maksiat dan dosa besar?

- Ataukah orang yang tidak memalingkan pandangannya dari wanita bukan muhrim, memandangnya seakan-akan menelanjanginya dengan matanya?




Saudaraku, siapa orang yang engkau inginkan menangisi kematianmu?


- Apakah temanmu yang mengajakmu ke tempat-tempat minuman keras, ataukah orang yang mengajakmu ke majlis-majlis ilmu?

- Atau orang yang kalau berbicara, tema pembicaraannya denganmu adalah berita-berita artis, bintang film, penari dan penyanyi, serta menyampaikan kepadamu berita-berita cabul dan keji, ataukah orang yang kalau berbicara kepadamu mengatakan,; Allah berfirman .. Rasulullah bersabda?

- Atau orang yang mengajakmu ke tempat hiburan, pantai, sinema dan menghabiskan waktu dengan menonton television serta perlumbaan-perlumbaan ataukah yang mengajakmu ke taman-taman surga?

- Apakah orang yang mengajak atau bersamamu main domino, catur dan tenis ataukah orang yang membukakan untukmu lembaran-lembaran Mushaf Al Qur’an?




Saudaraku

Siapa teman dekat dan sahabat akrabmu? Kami bantu engkau untuk memilih sahabat atau teman yang akan mensolatkan jenazahmu esok.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallama bersabda,

“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk itu laksana berteman dengan penjual minyak wangi dan pandai besi. Seorang penjual minyak wangi engkau akan membeli darinya atau setidaknya mendapatkan aromanya. Sedangkan pandai besi akan membakar badanmu atau pakaianmu atau engkau mendapatkan darinya bau yang tidak sedap”.

Hadith Riwayat. Bukhari)

Cuba engkau renungkan buah dari persahabatan yang baik dengan orang yang baik di dunia sebelum munfa'atnya di akhirat!



kredit: TaTj


Salam Ukhuwah..~

Apabila Perempuan Kata Atau Tanya


AMARAN:

Ini adalah suatu rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan hati atau perasaan. Dan jangan ketawa kuat-kuat, memadai senyum sedikit sahaja, agak-agak gula setengah sudu. he he..~


1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?




2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!




3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.




4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.




5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...

Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.




6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?




7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...

Makna tersembunyi : Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.




8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
aku.




9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.




10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.

Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja.


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 15 Februari 2012

Allah Maha Besar


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta 'alam. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum keluarga Baginda.

Memang aku tahu Allah SWT itu Maha Besar. Dialah yang Maha Pencipta. Dia yang Maha Menghidupkan. Tiada sesuatu yang lain yang patut kita sembah melainkan Dia. Maha Suci Allah. Yang hidup lagi Menghidupkan.

Namun setiap kali apabila berdiri dalam solat sering aku mencari khusuk. Seringkali khusuk aku hilang. Aku terus mencari khushuk. Kadang berjumpa kadang hilang dengan aku tahu puncanya. Ya...puncanya aku masih mengingat urusan dunia. Tok Ustaz ada bagitau semasa solat jangan ingat urusan dunia. Baca surah Al Fatehah umpama kita berbicara di hadapan Allah swt. Allah swt sedang memerhatikan kita berdiri dalam solat.

Apabila fikiran dan ingatan kita sudah tidak pada Allah swt maka Allah swt segera tidak memandang kita lagi. Tinggallah kita bersolat dalam keadaan sedemikian. Alangkah ruginya kita.

Kita ulang kembali untuk solat dalam fardhu yang lain, pun begitu juga. Bagaimana hendak membuang ingatan keatas urusan dunia ini?

Untuk membuang rasa ingatan atas urusan dunia ini kita harus meyakinkan diri, meyakinkan jiwa, meyakinkan dengan sebenar-benar yakin bahawa Allah sedang memerhatikan kita yang sedang berdiri dalam solat ini. Sedang berkata-kata dengan menggunakan Kalimah Allah yang Jibril sampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kalimah itu ialah surah Al Fatehah.

Kita harus fahami maksud setiap baris dari bacaan yang kita sebutkan dengan lidah kita itu. Apabila kita faham makna ayat yang kita baca barulah dapat kita membuang ingatan keatas urusan dunia dari kotak fikiran kita.

Namun bukan semudah itu hendak kita membuang fikiran yang sering mengganggu dalam solat. Kadang kita bersungguh-sungguh tekun merenung arah kiblat, menghadapkan wajah ke rumah Allah di Makkah al Mukarammah, tapi gangguan datang juga.

Ada ketikanya terpaksa mengingati mati. Mengingati kematian dapat meluputkan fikiran tentang urusan dunia. 'Kalau aku mati esok tak perlu fikir apa-apa lagi tentang dunia ini', begitu fikiran yang datang mengacau seketika. Mungkin pada masa itulah syaitan datang berbisik ke telinga supaya mengingat perkara-perkara yang tidak sepatutnya ada.

Aku harus memberi tumpuan lebih. Fikiran aku harus di pusatkan kepada Allah swt yang berada di depanku. Walaupun aku tak nampak Dia, namun aku yakin sewaktu aku mengangkat takbir Dia ada di ditu. Tapi bila fikiran hilang tumpuan Dia tidak memandangku lagi.

Lalu dalam solat yang lain aku merenung sambil mengingati betapa besarnya Allah swt. Sebab itu selalu kita sebut Allah Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar. Bila mengingatkan Allah Akbar baru dapat aku tumpukan solatku dengan tenang. Aku dah tak kisah lagi kanak-kanak yang berlari di belakangku. Aku dah tak kisah lagi suara orang yang sedang bercakap-cakap di sekelilingku sewaktu aku mengerjakan solat sunat.

Gambar dibawah ini boleh anda besarkan dengan clik sekali pada gambar tersebut. Jika tak cukup besar anda di nasehatkan tekan butang 'Ctrl' dan serentak itu tekan juga butang '+'. Untuk balik normal tekan 'Ctrl' bersama butang '-'.


Fikiranku menerawang memikirkan betapa kecilnya sang semut di kakiku, kemudian aku membandingkan betapa besar pula bumi ini jika dibandingkan dengan semut. Kemudian aku membandingkan betapa besar planet Jupiter jika dibandingkan dengan bumi ini.

Bumi ataupun dunia ini yang sangat besar sebenarnya begitu kecil jika hendak di bandingkan dengan Jupiter. Betapa pula Jupiter begitu jauh namun dapat mengelilingi bum,i dalam masa-masa tertentu. Benar...sungguh besar planet Jupiter jika di bandingkan dengan bumi. Cuba anda lihat sendiri perbandingannya melalui gambar di bawah ini.


Planet Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune rupa-rupanya jauh lebih besar dari bumi. Subhanallah...

Maha suci Allah, memang patut sangat Dikau aku sembah. Dikaulah yang menjadikan semuanya ini. Aku bersyukur kerana aku di tampilkan ke dunia ini pada masa ini, pada masa teknoloji sedang berkembang maju dan dengan itu aku dapat mengetahui betapa besarnya ciptaanMu melalui teknoloji itu.

Aku juga mahu mengucapkan berbanyak-banyak syukur kepadaMu kerana menjadikan aku terlahir dari kalangan Umat Nabi Muhammad saw

Aku tahu bahawa segala ciptaanMu itu adalah bagi Dikau perlihatkan kepada sekelian makhluk terutama manusia dan jin untuk mengetahui betapa Hebatnya Dikau. Allah Akbar. Jikalau bumi ini dimana aku berpijak pun tak mampu ke jelajahi ke semua arah apatah lagi untuk menjelajah dengan kakiku ini, kaki yang Dikau berikan kepada aku untuk menjelajah permukaan Jupiter amat-amat tidak layak, kerana aku sudahpun tahu betapa besarnya Jupiter yang Kau ciptakan itu. Sekali lagi aku harus menyebut namaMu yang suci dalam kalimah SUBHANALLAH...

Tapi kadang-kadang fikiranku kembali meracau mengingatkan hal-hal perdagangan. Ahhh... si pulan itu bilakah dia hendak memulangkan barang yang dia pinjam dari aku. Janjinya dulu cuma pinjam untuk satu minggu tapi kini sudah masuk 3 minggu. Astaghfirullah alazim... Fikiran jahat kembali lagi. Terpaksa pula aku mengheret fikiranku untuk melihat kehebatanMu mencipta apa yang lebih besar dari Jupiter.

Lalu aku menemukan sang matahari lebih besar dari Jupiter. Sekali lagi fikiranku tergamam memikirkan matahari sebenarnya adalah sejuta kali lebih besar dari bumi.

Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim. Ya Azim, hanya Dikau yang patut kami semua sembah. Hanya pada Engkau kami meminta pertolongan. Bantulah kami menuju jalan yang lurus, bukannya jalan-jalan yang telah Engkau tunjukkan kepada mereka-mereka yang pernah Engkau zalimi atas perbuatan mereka.

Hanya Engkau Penguasa Yang Maha Kuasa, Pemerintah Yang Maha Memerintah. Pencipta Yang Maha Pencipta. Tidak Engkau jadikan matahari sebagai suatu ciptaan yang sia-sia bagi kami melainkan dengan cahayanya yang amat terang telah menjadikan kami dapat berjalan di atas muka bumiMu ini. Dengan kuasa yang terbit dari cahaya matahari itu juga kami dapat merasai kemanisan buah-buah yang masak ranum sesudah trdedah kepada matahari yang Engkau ciptakan itu.

Duhai rakan-rakan, cubalah anda lihat sendiri perbandingan ukuran besarnya Jupiter dengan matahari. Lihatlah pula perbandingan antara matahari dengan bumi yang kita duduki ini. Lihatlah gambar di bawah ini.


Benar... sangat hebat matahari sehingga di dalam al Quran di berikan satu surah yang di beri nama 'As Syams' yang bermaksud matahari. Walau begitu jauh dia berada namun sangat terasa panasnya. Dengan teknoloji kini baruku tahu matahari itu sungguh besar. Bila matahari yang sebegitu besar telah Engkau ciptakan untuk memberi faedah kepada kami di bumi ini mengapa pula sebahagian dari kami di bumi ini tidak bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan itu?

Sekali lagi aku bersyukur kerana Engkau telah menjadikan aku terlahir dari kalangan orang-orang Islam. Kalangan orang-orang yang mematuhi segala perintahmu yang telah Engkau sampaikan menerusi Rasul yang telah Engkau pilih. Seorang Rasul yang terpilih yang kemudian berjaya mengembangkan syiarMu kepada kami jauh di negara ini. Aku sedar Rasul itu bukan sekadar untuk orang Arab di Tanah Arab, bahkan untuk sekelian manusia dan jin.

Hari ini sebahagian besar manusia dan jin telah memeluk agama yang Kau kirimkan menerusi Rassul pilihan ini. Rasulullah saw adalah manusia yang menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. Sungguh agama yang di bawanya berassal dari Dikau wahai Sang Pencipta. Bagitu hebat matahari Kau jadikan. begitu besar ukuran matahari yang walau terlalu jauh namun masih dapat kami terima faedahnya. Maka Dikaulah Yang Patut kami sembah dan kepada Engkaulah kami meminta pertolongan atas segalanya.

Allah Akbar Allah Akbar Allah Akbar

Allah Maha Besar yang menciptakan matahari bagi kami mengira malam serta siang serta minggu dengan bulan dan dengannya juga tumbuh segala tumbuhan yang mengeluarkan buah-buah yang manis lagi lazat rasanya. Dalam tegak berdirinya aku sewaktu solatku,memang Dilkau yang aku sembah. Hanya padaMu roko'ku, hanya padamu sujudku, hanya padamu aku menadah tangan meminta keampunan atas segala salah serta dosaku sewaktu melupakanMu dalam solatku itu.

Kini aku temukan pula lagi satu ciptaanMu yang lebih besar dari matahari. Orang-orang barat menamakannya Arcturus kerana mereka yang mula-mula bertemu dengan planet ini. Sekali lagi aku mengucap kesyukuran kerana di perlihatkan planet Arcturus yang jauh lebih besar dari planet matahari. Ukurannya Arcturus melebihi sejuta kali ukuran besarnya matahari.

Lihatlah perbandingannya melalui gambar di bawah ini.



Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar

Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar

Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar

Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar

Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar

Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar

Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar


Rupa-rupanya selepas Arcturus yang terbesar setakat yang aku tahu selepas matahari ada lagi planet lain yang lebih besar dari Arcturus. Planet itu bernama Antares. Memang ahli kaji bintang menamaakannya begitu. Namun ku tahu di dalam al Quran Kau namakannya Al Buruj, Al Najm dan berbagai-bagai lagi.

Alhamdulillah... memang segaala puji hanya bagi Engkau Tuhan yang menjadikan serta mentadbir sekelian 'alam. Rupa-rupanya inilah yang di maksudkan 'alam. Sungguh luas 'alam ini. Kalau tidak cukup luas bagaimana hendak meletakkan planet yang sebegini besar di tempat yang mata kami tidak nampak akan wujudnya.

Apa yang kami nampak dari bumi ini pada malam hari hanyalah kerdipan cahaya dari apa yang kami namakannya bintang-bintang yang berjumlah berjuta-juta atau mungkin juga berbillion-billion. Atau mungkin juga mencapai trilion. Kami tidak tahu jumlahnya. Hanya Engkau yang Maha Tahu berapa jumlahnya dan apakah tugasnya.

ALLAH AKBAR ALLAH AKBAR ALLLAH AKBAR

Sungguh besar planet Antares jika mahu di bandingkan dengan planet Arzturus. Ukurannya jauh melebihi juta kali.

Jika di bumi ini pun kami sudah tidak berdaya hendak berjalan kaki mengelilinginya bagaimana nanti jika di akhirat Dikau memaksa kami berjaalan di atas permukaan Antares ini. Jika melihat pada ronanya pasti Antares ini lebih panas dari matahari. Namun tak pula kami merasa terlalu panass jika kami fikirkan betapa panasnya pula neraka yang Kau khabarkan kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril. Aku membaca kisah itu dan malaikat Jibril menangis ketika api di nerakaMu baru di nyalakan ketika Jibril membawa berita itu kepada Nabi Muhammad saw sambil menangis.

Lalu dengan segera Kamu perintahkan supaya Jibril memberitahukan kepada Muhammad saw yang Kamu sayang itu supaya berhenti dari menangis kerana tiang Arash telah mula bergoyang akibat tangisan Rassulullah saw itu.

Ya Allah ya Tuhan kami. Begitu Hebatnya Engkau. Begitu besarnya ciptaanMu. Kami berjanji akan berdiri dengan khusyuk dalam solat. Kerana ketika berdirinya kami itu bermakna Dikau mula memerhatikan kami. Dan kami berjanji tidak akan memesongkan pemikiran kami kepada perkara yang lain kecuali kepadaMu Ya Allah.

Terimalah solat kami ini, terimalah ruko' kami ini, terimalah sujud kami ini. Kami takut dan mengharap keampunanMu. Hanya Engkau yang Berkuasa memberi Pengampunan kepada siapa-siapa yang Dikau kehendaki.


Ya Allah Ya Rabbi...



Dapat aku rasakan ada lagi yang lebih besar dari ini. Sebab ku katakan begitu ialah ini yang dah jumpa yang belum jumpa belum tahu, mungkin teknoloji yang lebih maju akan bertemu yang lebih besar daripada ini. Allah Akbar.

Kalau bintang-bintang pun dah besar macam itu. Agak berapa besar pulak angkasa lepas itu???

Bagi meringankan sedikit beban fikiran mari kita baca fakta yang pernah di keluarkan oleh ahli sains angkasa.

--DALAM SISTEM SOLAR KITA (BIMA SAKTI/MILKY WAY) 1 MATAHARI, 9 PLANET DAN LEBIH KURANG 200 JUTA BINTANG. INI JUGA DINAMAKAN GALAKSI

--GALAKSI YANG PALING HAMPIR DENGAN BUMI IALAH ANDROMEDA DAN HAMPIR SAMA DENGAN SAIZ GALAKSI BIMA SAKTI. ADA GALAKSI YANG JAUH LEBIH BESAR DARI INI.

--JUMLAH GALAKSI YANG ADA DI ANGKASA LEPAS DIANGGARKAN LEBIH KURANG 1 BILLION !!!!

BOLEH FIKIR BERAPA BESAR AGAKNYA SEMUA NI???



Wahai Tuhan kami...

Ampunilah semua dosa-dosa kami, ampunilah segala dosa kedua ibu-bapa kami, ampunilah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat. Jauhilah kami dari azab kubur, jauhilah kami dari azab api neraka. Hindarilah kami dari hasutan serta fitnah manusia dan hindarilah kami dari hasutan serta fitnah dajjal al masih.

Wa solallahu ala saidina Muhammad, walhamdulillahi Rabbil alAmin...





Sebagai tambahan sila tonton video di bawah ini. Dan jangan lupa tekan butang untuk dapat tonton dalam mode full screen yang ada di sisi bawah kanan.



sila share jika anda fikir anda perlu share



Salam Ukhuwah..~

Selasa, 14 Februari 2012

Kesah Sedih Untuk Bacaan Anda


Bercakap fasal doa, teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah di biasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak di didik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya.

Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang yang kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya,

Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia.

Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis:

“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

Masya'ALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.

Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah.

Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan untuk anda. Semoga anda juga tidak lupa memberikan doa anda untuk Tok Wan samada Tok Wan masih hidup atau sudah mati. Semoga Allah SWT redha dengan kita semua.

kredit: anakmualaf


Salam Ukhuwah..~

Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?


SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau', alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah-tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah' juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula di pandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak di bincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus di nikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang di nikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang di perjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah saw bersabda yang bermaksud:

"Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya' berasal daripada perkataan ‘hayat' yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara 'aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah swt.

Dalam Islam, sifat malu di tekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah di tekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta di katakan paling ramai menghuni neraka. Berkaitan hal ini, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

"Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal..."

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya di tuntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah swt. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah swt di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang di perintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang di larang oleh Allah swt, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah swt lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda di label sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga 'aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu di katakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah saw juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus di perjuangkan, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya" (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

kredit: YADIM

http://my.mg4.mail.yahoo.com/ya/download?mid=1%5f343597%5fAHMIw0MAAFnbTzo1CQu4BQiP9Bw&pid=1.7&fid=Inbox&inline=1&appid=YahooMailNeo


Salam Ukhuwah..~

Jurulatih Pilot Royal Air Force Tertinggi British Peluk Islam Menggemparkan Ketua Tentera British !!!


Dr Hayward (Kiri) dalam satu majlis bersama Persatuan Tentera Udara Muslim.

Jurulatih penerbangan Britain berprofil tinggi, Dr Joel Hayward yang juga individu bertanggungjawab melatih Putera William mengejutkan ketua turus angkatan tentera British apabila memeluk Islam dan mengecam tindakan tentera NATO yang menyerang Libya.

Beliau yang di labelkan sebagai "Ayatollah Turus Angkatan Tentera Udara British" mempersoalkan samada betul Gaddafi benar-benar melancarkan serangan ke atas rakyatnya atau tidak dan dengan membiarkan NATO menyerang Libya hanya akan menimbulkan ketidak percayaan orang ramai terhadap NATO.

Dia membuat kenyataan tersebut dalam sebuah majalah Islamik di sana baru-baru ini. Baca laporannya di sini. Kenyataan tersebut mendapat reaksi negatif dari berbagi pihak yang menegaskan bahawa itu hanyalah kenyataan peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan RAF. Baca kat sini.


RAF PILOT CONVERTS TO ISLAM

By Richard Spillett


A TOP RAF pilot trainer has shocked military chiefs by converting to Islam and criticising Britain’s air strikes in Libya.


Dr Joel Hayward launched an attack on the military campaign in a Muslim magazine.

He has been dubbed “the Air Force Ayatollah” by fellow officers.

Dr Hayward, who taught Prince William, 29, at his Top Gun-style training school, stunned bosses by questioning the NATO strikes on tyrant Colonel Gaddafi after he ordered his army to attack civilians.

The 47-year-old dean of RAF training college Cranwell, in Lincolnshire, said: “Various leaders congratulated themselves for preventing an ‘atrocity’ or ‘slaughter’.

“Yet we do not know that Colonel Gaddafi’s army would have ‘slaughtered’ civilians.”

He also slated the UN resolution on Libya and claimed military action would lead to “distrust”.
His article has worried some defence chiefs, who fear he is giving too much time to Islamic activities.

One senior officer yesterday slammed Dr Hayward’s views as “nothing to do with the RAF”.

Concerns were also raised that air cadets were in fear of saying anything that Dr Hayward might consider “anti-Muslim”. It is not the first time Dr Hayward has courted controversy.

In 2000 he was accused of denying the Holocaust after he questioned the number of Jews killed by the Nazis.

An RAF spokesman maintained the doctor’s writings “did not impinge” on his classes at Cranwell.




Ayatollah of the RAF: Academic 'university' head is Muslim convert who claims Nazi gas chambers were British propaganda and criticises Libya air strikes

By Ian Gallagher

The head of studies at the Royal Air Force pilot training college is a convert to Islam who has criticised Nato air strikes on Libya in a Muslim magazine.

Dr Joel Hayward is dean of the college at Cranwell, the RAF’s equivalent of Sandhurst, and has taught many of the pilots spearheading the military operation against Colonel Gaddafi.

But, to the dismay of defence chiefs, he has cast doubt on the widely held belief that the Nato actions averted the mass killing of civilians in Benghazi. He also warned against the RAF becoming ‘the air corps of a rebel army’.



RAF role: Dr Joel Hayward teaches at the RAF's pilot training college

Dr Hayward has previously expressed remorse after appearing to claim that far fewer Jews were killed by the Nazis than generally thought and that the gas chambers of the Holocaust were British propaganda.

In another article recently he likened Churchill to Mohammed.


'Chipping Norton Set' tell RAF: Your war games are ruining our beauty sleep

The magazine article on Libya was published under the headline ‘The West runs the risks of its good intentions (and inconsistencies) leading to distrust’.

Dr Hayward wrote: ‘When western aircrafts began to destroy tanks and a downpour of missiles wrecked Libya’s air force and air defence system, various leaders congratulated themselves for preventing an “atrocity” or “slaughter” - evocative words which conjured up images of a Srebrenica-style massacre [the 1995 killing of Bosnian Muslims].

‘Yet we do not know that his army would have “slaughtered” civilians in a Srebrenica-style massacre.’


Lectures: Dr Hayward (left) at an Armed Forces Muslim Association event last year

Dr Hayward also takes issue with the UN Security Council resolution authorising ‘all necessary measures’ to protect civilians from the dictator’s forces.

Describing the resolution as ‘elastic’, he says: ‘Strangely, that resolution condemned human rights abuses and torture to which the world (and the UN) had turned a blind eye for decades.’

His views and behaviour have caused disquiet among senior officers at RAF Cranwell, Lincolnshire, where he is the most senior academic and taught Prince William.

In a letter to The Mail on Sunday entitled The Air Force Ayatollah, one senior officer expressed concern that Dr Hayward was focusing more on ‘Islamist activities that are nothing to do with the RAF’.


High-flying student: Prince William was taught by Dr Hayward

He also accused him of giving Muslim cadets preferential treatment and making other students take a ‘softly, softly line when writing about Muslim terrorists/Islamist extremists’.

Another officer claimed cadets and lecturers ‘are in fear’ of expressing anything that might be construed as anti-Muslim sentiment. ‘Anyone who fails to follow the line that Islam is a peace-loving religion is hauled into his office for re-education,’ he said.

Last night Dr Hayward said he did not ‘recognise’ the allegations.

The Mail on Sunday understands that Dr Hayward’s views have embarrassed RAF chiefs, who feel that while he is entitled to his opinions, it was unwise for him to air them in a Muslim magazine.

Conservative MP Patrick Mercer, former chairman of the Commons counter-terrorism sub-committee, said: ‘I am delighted that the dean is not restricted in what he can say, as he would be in Islamist societies.

‘However, I very much hope that his views don’t conflict with any of his professional duties when teaching Her Majesty’s officers.’

It is not the first time the New Zealand-born academic has attracted controversy. In 2000, he was accused of denying the Holocaust after the publication of a thesis he had written in 1993 questioning the number of Jews killed. He claimed the idea of gas chambers being used was propaganda invented by Britain, the US and Jewish lobbyists. He has since expressed remorse over the ‘mistakes I made as an inexperienced student’.

Dr Hayward has frequently challenged claims of Islamic aggressiveness. Most recently, he wrote on the subject for the Cordoba Foundation, described by David Cameron as a front for the Islamist group, the Muslim Brotherhood. In that article, Dr Hayward likens the prophet Mohammed’s inspirational qualities to that of Sir Winston Churchill. He said Mohammed had to go to extra lengths – just as Churchill did in the Second World War - to exhort his people to believe in victory and fight for it.

Dr Hayward was appointed to RAF Cranwell in 2007, but was investigated the following year over complaints of ‘harassment and bullying’. It is not clear what became of the investigation. He is employed not by the RAF but by King’s College, London, which runs academic courses at Cranwell.

Dr Hayward defended his article on Nato airstrikes and said he wants a free Libya without Gaddafi. He added: ‘I write articles on a range of subjects for various scholarly journals and consistently the publications are anti-extremism, anti-terrorism and encouraging of a closer bond between the West and the Arab world.

‘In no sense am I anti-Western, I am proud to be Western, I strongly believe in the value system that we have in Britain. I believe in equality, democracy, freedom, plurality, human rights, women’s rights.’

An RAF spokesman said: ‘Dr Hayward writes for a number of publications. These activities are conducted in his own time and do not impinge on his duties in support of the RAF.’

kredit: wartashubhi


Salam Ukhuwah..~