Bacaan Popular

Khamis, 20 Mei 2010

Penyamaran...Subhanallah

Mari kita melihat gambar2 haiwan yang diciptakan oleh Allah subhanahuata'ala diatas muka bumi ini.

Semuga dengan melihat serta merenung kejadian Allah ini akan mempertingkatkan iman dan taqwa kita kepadaNya...






















Salam Ukhuwah..~

Selasa, 18 Mei 2010

Syaitan Sukar Gugat Mereka Yang Beriman


HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah syaitan.



Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.


Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita.

Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi.


Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian di atas muka bumi ini, seorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan.


Ini kerana selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan di dalam al-Quran sebagai perkara penting untuk diingati.

Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Mereka diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa Allah sepenuhnya. Syaitan juga hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah.

Mereka ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Mereka hanya boleh bertindak dengan izin Allah.

Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkannya.

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah Sd ayat 85).

Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, mereka hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan
sebenarnya.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr ayat 39-40)

Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya.

Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl ayat 99-100) '



Ingatlah, syaitan mahu kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan kita melakukan kejahatan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.

Syaitan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya.



Allah menerangkan tentang bahaya ini di dalam al-Quran seperti berikut:

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah ayat 168-169)

Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh membuatkan manusia lupa hari kiamat.

Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan
kepada Allah.

Syaitan menjanjikan (menakut-nakut) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 268)

Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini "...dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia." (Surah an-Nas ayat 4-5).

Sebagaimana diterangkan oleh ayat itu, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka.

"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka bagus apa yang selalu mereka
kerjakan." (Surah al-An'am ayat 43)

Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Quran.

Dengan membelakangi Allah, mereka lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab.

kredit: Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 15 Mei 2010

Tapai Ubi Mencegah Kanser


Tapai ubi adalah antara makanan kegemaran di dalam masyarkat Melayu. Hasil kajian yang dijalankan oleh Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Dr Latifah Saiful Yazan mendapati tapai ubi juga mampu mencegah kanser kerana ia mengandungi bahan bakteriosin sejenis protein yang terhasil melalui proses penapaian.

Bakteriosin menunjukkan tindak balas positif ke atas aktiviti anti kanser, namun mendapati ia tidak bertindak untuk menyembuh atau membunuh sel-sel kanser.

Kajian awal menunjukkan bahawa bakteriosin berpotensi mencegah penyakit kanser termasuk payu dara, servikal, ovari dan leukimia.

Kajian yang dijalankan bersama dengan Prof Madya Dr Raha Abdul Rahim telah melalui beberapa kajian terhadap bakteriosin dan mendapati ada aktiviti anti mikro yang menunjukkan bakteriosin boleh membunuh mikroorganisme tertentu seperti pathogenic micro organism yang menyebabkan kanser.

kredit: majalah Jelita


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 9 Mei 2010

30 Larangan Kepada Wanita


1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi.


Salam Ukhuwah..~

Tips Kewangan Yang Baik


1. Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. Daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar nak bayar payment setiap bulan! Ramai orang ‘kaya’ hidup begini.

2. Bagi yang dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua suami, isteri & anak-anak. Kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai, bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dengan pasangan. Mulakan didikan wang kepada anak-anak pada umur yang muda. Galakkan mereka menabung & hargai wang yang diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang-sorang tetapi satu keluarga.


3. Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%, atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Kita sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Tapi jangan lupa, kita juga kena letak matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT, maka tak guna juga.


4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki yang lain. Don’t worry! Rezeki Allah yang beri. Kita cuma perlu berusaha dan bertawakal saja.


5. Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. Kemudian baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!


kredit: Dr Irfan Khairi


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 7 Mei 2010

Rukun Ketekunan Dalam Kerjaya


Gambar hiasan 'Kak Tenun' yang tiada kena mengena dengan tekun. Cuma bunyi yang hampir sama.

Ketekunan dalam melakukan sesuatu ,erupakan suatu motivasi yang baik untuk kerjaya, baik dalam bidang pengkaryaan maupun perniagaan.


1.) Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah.

Contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. Kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. tak kira dalam perniagaan atau karier. Bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih pulangannya dimasa akan datang!


2.) Cari ilmu baru setiap hari

Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!


3.) Belajar promosi atau tonjolkan kemahiran diri

Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. Skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!


4.) Percaya dan yakin dengan idea sendiri

Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus. Cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. Yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. Kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak.


5.) Kurangkan stress

Stress merupakan punca kepada banyak penyakit! Situasi tidak mengakibatkan stress. Contohnya, terkandas dalam jam: ada orang yang stress, ada juga orang yang rilex jer. Apa yang mengakibatkan stress adalah RESPOND kita kepada sesuatu situasi. Banyakkan bersabar. Bersabar itu kan separuh dari iman

kredit: Dr Irfan Khairi


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 1 Mei 2010

20 Amalan Murah Rezeki



1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyakkan istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berpagi-pagi

11. Menjalin silaturahim

12. Melazimi kekal berwuduk

13. Bersedekah

14. Melazimi solat malam

15. Melazimi solat Dhuha

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20. Bertawakal



Salam Ukhuwah..~