Bacaan Popular

Sabtu, 7 Januari 2012

Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri


Lori beras terbalik.

Orang ramai berpesta mengaut beras ‘percuma’ di Lebuhraya.

Pemandu lori yang parah mengerang dengan luka yang dihurung lalat meminta bantuan.

Kelindan lori terbiar hingga mati di tepi jalan.

Saya cuba untuk menghadam laporan kejadian lori beras terbalik di KM394 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tanjung Malim bulan mac tahun 2011 yang lalu. Apakah yang difikirkan oleh pengaut beras itu? Adakah mereka lebih miskin daripada penghuni pondok yang makan siput babi beberapa tahun lalu di siaran Bersamamu TV3? Jika tidak lama dulu orang ramai berkejaran mengutip duit syiling yang bertaburan akibat kemalangan di Lebuhraya yang sama, kali ini beras dikaut untuk habuan makan, membiarkan mangsa di tepi tanpa tindakan peri kemanusiaan.

Kebingungan.

Seperti ada satu ‘petanda besar, bagai ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan perilaku masyarakat kita kebelakangan ini.

11 Mac 2011, seluruh penduduk dunia terkejut.

Sesuatu yang tidak pernah dicatat oleh sejarah, Pantai Timur Laut Jepun dilanda gempa bumi paling dahsyat berukuran 8.9 pada skala Richter. Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Tidak pasti apa yang mahu diungkap, selain berdoa agar kejadian itu tidak mengulangi penderitaan kesan Tsunami di Sumatera pada Disember 2004 yang lalu apabila lebih 200 ribu nyawa terbunuh di sekeliling pantai Lautan Hindi. Gelombang Tsunami kali ini menggoncang perairan Lautan Pasifik hingga melimpahkan kesannya ke perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.

Subhanallah!

Hanya pernah sekali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kenangan di bumi Ibaraki, menambah ‘rasa terkait’ dengan apa yang berlaku apabila gempa bumi dan Tsunami turut memusnahkan kawasan yang indah dan permai itu.

Namun kesedihan dan debar menyaksikan satu demi satu laporan berita di media, terpukul oleh beberapa siri laporan berita media tempatan yang membingungkan.


TAHAP KEPRIHATINAN KITA

Belum pun reda gegaran dan deruan ombak ganas Tsunami di Jepun, Buletin Utama di TV3 sudah berbincang tentang implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta akibatnya kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tatkala kenyataan rasmi Perdana Menteri tidak kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga tradisi negara matahari terbit itu!

Mulia sungguh hati rakan ini.

Apa sudah terjadi?

KOSMO! AHAD

Menyelak akhbar di pagi Ahad, sekali lagi kita kebingungan.


Kosmo Ahad 13 Mac 2011 di halaman 3, menyiarkan berita Ratu Pornografi Jepun, Maria Ozawa terselamat daripada malapetaka gempa bumi dan Tsunami itu.

Dalam ramai-ramai tokoh daripada kalangan rakyat Jepun, Miyabi pula yang jadi pilihan.

Bimbang benar dengan kehilangan ikon penting ini.

BERITA HARIAN


Diselak pula akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Entah apa yang cuba diterjemahkan melalui lakaran itu, ia pantas melahirkan betapa rendahnya moral kita hingga kejadian bencana sedahsyat itu, dilakar sebagai bahan senda gurau tanpa sedikit pun mempertimbangkan perasaan sekalian manusia, Jepun atau tidak Jepunnya mereka, berkenaan jurnalisma terencat jiwa ini.

Apakah semua ini?

Neo-journalism versi apakah ini?

Paling mengaibkan, lakaran kartun yang sangat tidak sensitif ini telah disiarkan di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN.


Berita yang disiarkan itu menyebut:

iReport —

Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor’s column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being “inconsiderate and distasteful”. Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication’s Facebook fan page. – posted by Dancingtiger


Mungkin media perdana sama ada di arena siar atau cetak, tidak mampu menyesuaikan diri dengan era jaringan sosial semasa yang semakin menidakkan kuasa veto mereka membentuk pendapat umum.

Dalam tempoh yang begitu singkat, sesuatu yang menggambarkan kejengkelen kartunis, serta kecuaian editorial, telah menjatuhkan maruah negara. Bagaimana kalau berita ini mengusik sentimen pelabur Jepun dan antarabangsa? Inginkah hukuman setimpal itu atas sikap rakan niaga yang tidak berhati perut?


Foto kredit malaysiana.pnm.my

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…

Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…

Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…

Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…

Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…

Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…

Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…

Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!



WASIAT NUH ALAYHI AL-SALAAM

Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alayhi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum Baginda wafat pulang kepada Allah ta'ala.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan bersabda kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”


Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!“

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

“Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya Baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi. Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup ramai manusia pada hari ini.

SALAH SIAPA

Habis, salah siapa semua itu?

Mahu dikata salah kerajaan, ia kerajaan pilihan rakyat.

Mahu dikata salah rakyat, siapakah pendidik-pendidik rakyat itu?

Nampaknya ia salah saya.

Salah pendakwah yang belum cukup kuat berusaha.

Justeru saya telah, sedang dan akan terus berusaha.

Saya sudah mendapat satu lagi tugasan.

Anda cukup dengan menonton sahaja?


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada satu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Salam takziah dari saya untuk akal dan budi tamadun manusia.

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

kredit: ABU SAIF 68000 AMPANG


Salam Ukhuwah..~

Jumaat Dengan Tuan Guru


Hari ini aku solah jumaah di Masjid Al Azim Pandan Indah. Sebelum memulakan azan pembantu Bilal membuat pengumuman kehadiran Tuan Guru Nik Aziz yang akan menjadi Khatib dalam khutbah nanti. Dalam hatiku berkata Alhamdulillah...dapat juga aku dengar khutbah dari mulut Tuan Guru itu. Seumur hidupku tak pernah dengar khutbah darinya. Tapi hati ini Insya'Allah akan dapat. Dalam pada itu pengumuman tentang solah hajat akan diadakan selepas solah juma'at. Alhamdulillah lagi sebab dalam solah hajat itu aku nak minta supaya hajat aku nak buat satu telemovie tentang agama Allah ini supaya dapat tercapai.

Hasrat aku ini dah lama aku pendam, dah jumpa rakan yang sanggup nak tulis skrip untuk telemovie itu tapi dari awal November 2011 sampailah kehari ini masih belum siap skripnya. Kemudian pengumuman nak diadakan "Himpunan Aman" bagi menyokong pelajar2 dari UPSI yang ditahan beberapa hari yang lalu.

Ah...hatiku berkata yang tak elok pula. Budak2 tu disuruh pergi belajar dan diberi biassiswa tapi nak buat perkara yang bertentangan dengan Akta dan bila ditahan oleh pihak berkuasa maka pihak masjid pula nak anjurkan Himpunan Aman yang seolah2 menyokong tindakan pelajar itu. Dalam benak aku dok fikir baik aku tak payah join perkara camni. Lepas juma'at nanti baik terus balik studio dan buat kerja aku sendiri. Mana tau dalam nama aman tu tiba2 jadi tak aman, tak pasal-passal kena siram ddengan air FRU.

Azan pun berkumandang, selesai azan aku berganjak ke saf no 2 didepan. Sebelum itu aku dalam saf ke 3 waktu solah tahyat masjid. Alhamdulillah memenuhi ruang paling depan adalah paling afdal bagiku. Kalau boleh aku nak masuk saf no 1. Dan kalau boleh sebelah bilal terus, biar malaikat yang mencatat pahala akan mencatat pahala aku terlebih dahulu.

Selesai solah sunat juma'at khatib pun naik keatas mimbar tapi bukan Tuan Guru yang naik atas mimbar. Dia seorang anak muda. Barangkali anak Tuan Guru kot. Atau mungkin Tok Guru masih dalam perjalanan. Tak kisahlah asal ada khatib yang dapat menyampaikan khutbah dah memadai.

Perkataan terakhir khatib ialah "Wa aqim us solah", aku pun genjak masuk dalam saf no 1, yakni saf paling depan. Makmum sebelahku memberi isyarat tempat yang aku masuk tu ialah tempat untuk bilal. Aku tak peduli, kerana sebenarnya bilal tiu tak sebesar mana pun, masih muat untuk batang tubuhnya yang akan masuk berdiri disebelah kiriku nanti. Habis Qamat bilal pun masuk, Alhamdulillah lagi memang muat dan bahu kami bersentuhan baik dikiri maupun dikakan. Inilah sunah Nabi saw yang aku belajar yang patut kita buat. Baik juga aku kedepan sebab dengan kedepan aku tak membiarkan saf didepan tu renggang (tak bersentuh bahu).

Dalam solah memang tak menimbulkan ketidak selesaan, baik semasa qiam, ruko' maupun sujud. Bagitu juga dalam tahyat akhir, jadi tak nampak kenapa makmum masih merenggangkan saf dalam solah. Cuma satu perkara yang kurang selesa ialah kalau sama berdoa nak duduk bersila memang tak selesa. Tapi sebenarnya kekalkan duduk dalam tahyat akhir semsa berdoa adalah lebih afda. Kalau aku silap sila betulkan.

Selesai solah jumaat Imam menyambung solah hajat. Aku membaca al Fatehah dan Ayatul Qursi sebanyak 3 kali, ngam2 habis baca imam pun beri isyarat untuk ruko'. Dalam Rakaat kedua aku membaca Al Kafiruun sebanyak 3 kali, Alhamdulillah dapat semua. Lepass bagi salam Imam terus beri isyarat supaya makmum baca al Fatehah dan terus doa. Isi doanya memang baik, ada bahasa Arab dan ada bahasa Melayu. Ia langsung tidak bercampur dengan isi politik walaupun anak muda yang jadi imam itu nampak macam orang politik.

Selesai doa masing2 berebut2 nak salam dengan Imam. Aku orang ke 3 yang dapat salam dengan Imam. Bilal yang tadinya disebelahku berganjak sedepa kekiri. Aku lengkapkan solahku dengan solah sunat jumaat pula. Tapi yang peliknya waktu aku baru nak angkat takbir aku perasan terlalu ramai orang berkerumun kearah kiri bilal. Aku tak jadi angkat takbir. Aku cuba memerhatikan apa yang sebenarnya yang sedang berlaku.

Rupa2nya Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan itu berada disaf sebelah kiri agak2 selang 8 makmum dari tempatku solah tadi. Semakin ramai makmum yang serbu untuk bersalam dengan tuan guru, sehingga ada yang melintas depan bilal serta dua tiga makmum lain yang sedang mendirikan solah sunat. Astagfirullah alazim...sampai begitu taksubnya manusia kepada Tuan Guru Nik Aziz sehingga lupa larangan Nabi saw supaya tidak melintas dihadapan orang yang sedang bersembahyang.

Aku membiarkan mereka dan aku terus solah sunat.

Selesai solah dan berdoa aku terus keluar masjid. Diperkarangan masjid ramai orang berkumpul untuk memulakan himpunan aman. Aku melangkah keluar dan diluar masjid kelihatan dua buah kereta Polis bersiap sedia untuk memantau atau menghantar laporan kepada Ibu Pejabat jika ada perkara2 yang tidak dapat ditangani bagi mendapatkan bantuan.

Dalam melangkah kaki kestudio aku berfikir lagi tentang manusia yang melintas depan orang yang sedang bersembahyang. Aku berfikir lagi tentang manusia yang berkumpol ramai2 untuk menyuarakan rasa tak puas hati terhadap pemerintah. Rumusan terakhir aku mendapati bahawa inilah kandungan puncak kepada manusia akhir zaman yang disebutkan Rasulallah saw lama dulu.

Tujuan aku menulis ini ialah supaya kalian tidak terikut2 gerombolan yang nak bersalam dengan seseorang ulamak sehingga mengabaikan rasa hormat terhadap orang lain yang sedang bersembahyang. Kedua ikut meninggikan suara didalam masjid ketika menjawab "Takbir" apabila ada seseorang meninggikan suaranya menyebut "Takbir". Dalam masjid tidak boleh meninggikan suara. Itu ramai manusia yang sudah lupa. Dan ketiga, masjid bukanlah tempat kita berkumpol menyuarakan rasa tak puas hati terhadap pemerintah. Tidakkiralah siapa atau dari kelompok mana pemerintah tersebut.

Semuga Allah memberi keampunan kepada kita semua.


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 6 Januari 2012

Syarat Bebas Dari Belenggu Syahwat


ALLAH SWT menyebut bahawa Dia yang memiliki tangga dan darjat yang tinggi serta nikmat-nikmat yang melimpah ruah yang dikurniakan kepada sekalian hamba-Nya yang terpilih.

Kemudian Allah SWT menambah lagi dengan menyebut syarat untuk sampai kepada martabat yang tinggi itu dengan menjauhkan daripada kegelapan yang dapat memasukkan jiwa ke dalam neraka yang menyala-nyala sehingga dapat mengelupaskan kulit kepala. Seterusnya, Allah SWT menjelaskan 10 syarat yang mampu membebaskan manusia daripada belenggu yang mengikat nafsu syahwat, antaranya:

*Sembahyang.

*Sentiasa mengerjakan sembahyang secara istiqamah pada waktu yang ditetapkan.

*Mendirikan sembahyang dengan cara yang paling sempurna dengan menghadirkan hati, khusyuk kepada Allah SWT di samping menjaga sunah-sunah serta peraturan sembahyang.

*Membenarkan kedatangan hari kiamat dengan melahirkan di dalam dirinya sama ada dalam bentuk iktikad atau amal perbuatan.

*Mengeluarkan sedekah dengan harta benda mereka kepada golongan fakir dan orang yang memerlukan.

*Menepati janji.

*Menunaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya.

*Memelihara faraj (kemaluan) mereka daripada melakukan perbuatan yang haram.

*Menyempurnakan kesaksian dengan menepati syarat-syaratnya.

*Takut terhadap azab Allah SWT.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir". (al-Maarij: 19-21)

Muqatil berkata: Ayat ini ditujukan kepada Umayyah bin Khalaf al-Jumahi. Adapun perkataan halu' terdapat tujuh pandangan:

*Seperti yang disifatkan dalam ayat-ayat selepas ini. Inilah riwayat Atiyah daripada Ibn Abbas dan pendapat Abu Ubaidah dan al-Zajjaj.

*Orang yang loba dan tamak dengan harta yang tidak halal baginya seperti riwayat Abu Soleh daripada Ibn Abbas.

*Orang yang bakhil. Inilah pendapat al-Hasan dan al-Dahak.

*Orang yang amat kedekut. Inilah pendapat Ibn Jubair.

*Orang yang jahat. Inilah pendapat Mujahid.

*Orang yang kasar lagi ganas. Inilah pendapat Ikrimah, Qatadah, Muqatil dan al-Farra'.

*Mereka yang keras lagi samseng. Inilah pendapat Ibn Qutaibah.

Syed Qutub berkata: Tiga ayat yang pendek ini memberi gambaran yang jelas bahawa manusia amat gelisah dan cemas apabila ditimpa kesusahan seolah-olah ia adalah untuk selamanya.

Ia menggambarkan manusia yang kedekut dan bakhil apabila mendapat kekayaan dan kesenangan. Dia menganggap hasil usahanya sendiri dan mengabaikan orang sekeliling tanpa berbakti kepada Allah dengan kekayaan yang dianugerahkan.

Apabila kekayaannya ditarik dan dirampas, maka mereka kegelisahan dan cemas tanpa pedoman. Itulah gambaran manusia yang sungguh malang dan menderita apabila hatinya kosong dari iman.

Firman Allah SWT: "Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya". (al-Maarij: 21-22)

Ibn Kathir berkata: Manusia disifatkan dengan sifat yang keji kecuali Allah memeliharanya memberi taufik dan hidayah ke arah kebaikan. Begitu juga mereka menjaga waktu solat dan segala yang wajib. Inilah juga pendapat Ibn Mas'ud, Masruq dan Ibrahim al-Nakaie.

Al-Maghari berkata: Manusia yang memiliki sifat yang tercela layak menerima kemurkaan Allah kecuali orang yang dipelihara dan ditunjukkan Allah SWT mengerjakan amalan kebaikan dengan dipermudahkan kepada mereka bagaimana melakukan sebab kebaikan itu.
Mereka itu terdiri daripada orang yang memelihara sembahyang pada waktunya serta tidak disibukkan dengan urusan lain. Ayat di atas menjadi bukti utama agar sentiasa mengerjakan amal ibadah kepada-Nya.

Firman Allah SWT: "Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu. Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta)". (al-Maarij: 24-25)

Ibn Kathir berkata: Sebahagian harta mereka diperuntukkan untuk mereka yang memerlukannya.

Syed Qutub berkata: Yang dimaksudkan dengan peruntukan itu secara khususnya adalah zakat dan sedekah yang tertentu kadarnya. Peruntukan ini merupakan suatu hak dan kewajipan dalam harta kekayaan orang mukmin.

Mungkin tujuannya lebih luas dan besar iaitu mereka memperuntukkan sebahagian tertentu dari harta kekayaan mereka dengan kesedaran sebagai hak orang yang meminta bantuan dan orang yang susah.

Dengan ini mereka dapat membebaskan diri mereka dari sifat kikir dan tamak di samping membuat orang yang kaya membantu orang yang miskin tanpa bersoal jawab dan sebagainya.

kredit: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI


Salam Ukhuwah..~

Hukum Mengata Dan Mengumpat


Hukum mengata dan mengumpat Ramai yang kurang senang bila dengar tentang HUKUM MENGUMPAT, ini kerana ramai yang suka mengamalkan tabiat nie, malah ada ketikanya dah menjadi amalan harian kan....Kadang kala aku sendiri TERbuat jugak, tapi sekarang dalam proses perubahan kearah kebaikan...:)

Sekadar renungan untuk semua berkaitan Hukum Mengumpat atau ghibah. Ianya ada berkait rapat dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ianya bukan sahaja menimbulkan keaiban kepada ORANG yg DIUMPAT malah menampakkan KEAIBAN dan KEBURUKAN SI PENCERITA.

Allah swt telah menetapkan nas yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam Firmannya :-

" Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12) "

Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:

" Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya)."

Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang lumpuh kerana membantu wanita tersebut. Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:

" Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang-orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)"

Sebab-sebab mendorong seseorang itu mengumpat :-

1. Ingin melenyapkan kemarahan :-

Apabila marahkan seseorang dilepaskan dengan menceritakan keburukan @ KELEMAHAN orang yang dimarahi, didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan.

2. Kemegahan Hati :-

Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah dan mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

3. kedengkian :-

Iri hati melihat orang yang selalu dipuji. Jadi ia mencari kelemahan dan keburukan orang tersebut agar orang itu tidak dipuji.

4. Saja suka-suka:-

Bersenda gurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada manfaatnya iaitu memeriahkan suasana dengan bercakap atau bercerita tentang hal orang lain

5. Penghinaan :-

Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini ialah kerana perasaan angkuh, sombong, dan sifat tinggi diri yang tiada terbatas.

6. Sifat-sifat lain :-

Sukar dianalisis banyak sebab tetapi semuanya yang lahir akibat tipu daya syaitan yang BERJANJI ingin menyesatkan umat.

Hukum Mengumpat :-

Mengumpat dengan hati yang mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain. Hukumnya sama HARAM dengan mengata orang secara lisan. Ini dilarang keras sebagaiman firman
ALLAH swt ;-

"Hai orang-orang beriman jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah DOSA"

Oleh itu jika ada satu bisikan dalam hati ingin bersangka buruk kepada orang lain baiklah tolak sahaja dan cepat-cepat beristighfar.

kredit: Sulaiha Ainey


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 5 Januari 2012

Afdhalnya Jilbab (Jubah) Wanita: Seruan dari Al Quran Dan As Sunnah



Masalah pakaian termasuk dalam masalah yang tauqifiyah, iaitu harus sesuai dengan perintah syara’ tanpa ada illat (alasan ditetapkannya). Jadi mode pakaian seorang muslimah harus sesuai dengan hukum syara’ baik yang ada di dalam Al Qur’an maupun As Sunnah. Oleh karena itu, mode busana muslimah harus memerhatikan batasan aurat, batasan mahram serta batasan tempat dimana perempuan itu berada (kehidupan khusus di dalam rumah atau kehidupan umum).

Dalam kehidupan umum, mode busana muslimah yang tercantum dalam Al Qur’an adalah gabungan antara pakaian bahagian atas iaitu tudung (hijab) (QS An Nuur: 31) dan pakaian bahagian bawah yaitu jilbab (jubah) (QS Al Ahzab: 59).

Busana muslimah harus menutupi seluruh aurat wanita. Imam Abu Dawud meriwayatkan hadith yang bersumber dari penuturan Qatadah, bahawa Nabi saw bersabda: “Jika seorang anak perempuan telah mencapai balligh (sudah haidh), tidak patut terlihat dari dirinya selain wajah dan kedua telapak tangannya (sampai pergelangan tangannya)”.

Batasan Tudung

1.Tidak boleh nipis.

Imam Malik meriwayatkan hadith dari Al Qomah dari ibunya yang berkata: “Hafshah binti Abdurrohman pernah datang kepada ‘Aisyah dengan mengenakan tudung yang nipis, maka ‘Aisyah mengoyaknya lalu menggantinya dengan tudung yang tebal”.

Bila nipis, maka harus diberi lapisan tebal dibawahnya. Diriwayatkan dari Dihya bin Khalifah lalu Al Kalbi ra yang berkata: Pernah Rasulullah saw diberi beberapa helai kain qibthi lalu beliau memberikan sehelai kepadaku. Beliau bersabda: “Koyaklah menjadi 2 lembar, lalu potong salah satu diantaranya menjadi baju. Bakinya berikan kepada isterimu untuk tudungnya”. Sewaktu Dihya pergi beliau saw bersabda: “Suruhlah isterimu membuat rangkapan kain tebal di bawah tudung itu agar tidak tampak warna kulitnya (kalau hanya kain qibthi yang tipis).

2. Menutupi juyuub (dada)

Batas minimal panjang tudung adalah menutupi juyuub. Juyuub bentuk jama’ dari jayb (kerah pakaian yang terlipat dan terbuka disekitar leher dan di atas dada pada pakaian). Panjangnya kira-kira 3 lubang kancing baju, sehingga pakaian bisa dimasuki kepala perempuan ketika mengenakan pakaian itu. Allah berfirman: “….Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudungnya di atas juyuubnya…” (QS An Nuur: 31)

Tudung harus menutupi kepala, rambut, 2 telinga, leher dan dada (juyuub). Karena perempuan yang telah mencapai balligh maka tidak boleh memperlihatkan seluruh tubuhnya kecuali wajah dan kedua telapak tangannya (sampai pergelangan tangannya). Beliau saw kemudian melilitkan kain tersebut dengan kedua tangannya kearah pelipis (kepalanya) hingga yang nampak hanya bagian wajahnya”.

Batasan Jilbab (jubah)

Jilbab adalah pakaian muslimah untuk keluar rumah. Allah berfirman:



“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ”. (QS Al Ahzab: 59)

1.Jilbab untuk menutupi pakaian rumah (2 lapis)

Hadits dari Ummu ‘Athiyah yang berkata: “Rasulullah saw telah memerintahkan kepada kami untuk keluar (menuju lapangan) pada saat Hari Raya Idhul Fithri dan Idhul Adha, baik perempuan tua, yang sedang haid, maupun perawan. Perempuan yang sedang haid menjauh dari kerumunan orang yang solat, tetapi mereka menyaksikan kebaikan dan seruan yang ditujukan kepada kaum muslim. Aku lantas berkata: “Ya Rasulullah saw, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab”. Beliau bersabda: “Hendaklah salah seorang saudaranya meminjamkan jilbabnya”.

Ketika Ummu Athiyah bertanya tentang seseorang yang tidak punya jilbab, tentu perempuan itu bukan dalam keadaan telanjang, melainkan dalam keadaan memakai pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah (mihnah), yang tidak boleh dipakai untuk keluar rumah. Lapisan diluar ialah jilbab itu sendiri, manakala lapisan dalam ialah pakaian harian di rumah.

Terdapat riwayat dari Ibnu ‘Abbas yang menyatakan bahwa jilbab adalah kain luar yang berfungsi untuk menutupi pakaian keseharian (di dalam rumah), yang menutupi seluruh tubuh wanita dari atas sampai bawah (leher sampai kaki iaitu jubah)

2.Berbentuk satu potong terusan (bukan 2 potong).

Dalam bahasa harian, ada yang memanggilnya jubah. Allah SWT berfirman:

“…Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka)” (QS Al Ahzab: 59). Menurut Ali Manshur Nashif dalam kitab At Taaj Al Jaami’ Lil Ushulil fii Ahadits Ar Rasul, “jalaabibihinna” (dalam QS Al Ahzab: 59) adalah bentuk jamak dari jilbaab yang artinya pakaian perempuan yang dipakai di luar kerudung atau baju gamis yang berfungsi menutupi seluruh tubuh. Menurut kamus Munawir dan Al Ma’louf, jilbab diartikan jubah.

3.Berukuran luas atau lebar.

Al Jawhari dari kamus Ash Shahhab menyatakan: “Jilbab adalah kain panjang dan longgar (milhafah). Kamus Al Muhith menyatakan: “Jilbab itu laksana terowongan (sirdab) atau lorong (sinmar), yakni pakaian yang longgar bagi perempuan yang dapat menutupi pakaian keseharian (pakaian rumah)”.

4. Tidak boleh transparan, menutupi warna kulit dan menyembunyikan bentuk tubuh.

Usamah telah memberikan kain qibthiyah (jenis kain yang tipis) untuk pakaian isterinya. Rasulullah saw bersabda: “Suruhlah isterimu untuk mengenakan kain pelapis (puring) lagi dibagian dalamnya, karena sesungguhnya aku khawatir kalau sampai lekuk tubuhnya tampak (terlihat warna kulitnya)”.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Perempuan yang mengenakan pakaian yang transparan, yang menyimpang dari hak dan mendorong suaminya menyimpang dari kebenaran, tidak akan masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya, sedang bau surga itu dapat ditemui dari jarak lima ratus tahun”.

5.Tidak boleh menjolok mata atau menarik perhatian.

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang berpakaian untuk berbangga-bangga (pamer), maka di hari akhir Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan, kemudian membakarnya bersamanya”.

6.Tidak menyerupai pakaian orang kafir.

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa meniru atau menyerupai cara hidup suatu kaum, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka”. “Barangsiapa yang meniru cara hidup orang musyrik hingga matinya, maka dia akan dibangkitkan di hari akhir bersama-sama mereka”.

7. Tidak menyerupai pakaian lelaki.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw melaknat laki-laki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian laki-laki”.

8. Diulurkan ke bawah sampai menutupi kedua kakinya (irkha’).

Allah berfirman: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbab atas diri mereka” (QS Al Ahzab: 59). Ibnu Umar menuturkan: “Rasulullah saw bersabda: “Siapa saja yang mengulurkan pakaiannya karena sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat”. Ummu Salamah bertanya: “Apa yang harus dilakukan perempuan terhadap ujung bawah pakaiannya?” Rasulullah menjawab: “Hendaklah diulurkan sejengkal”. Ummu Salamah berkata lagi: “Kalau sudah begitu kedua kakinya masih tampak?”. Rasulullah menjawab: “Hendaklah diulurkan sehasta dan jangan ditambah”. Riwayat Imam Turmudzi dan Imam Thabrani mengatakan: “Sesungguhnya Nabi saw pernah mengukur satu jengkal buat Siti Fathimah dimulai dari kedua mata kakinya, kemudian beliau bersabda: “Inilah ujung kain seorang perempuan”.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan, pemaikaian jilbab (jubah) adalah datangnya dari nas yang amat jelas iaitu AlQuran dan juga as sunnah. Ianya adalah mode pakaian orang-orang mukmin, pakaian sunnah ummul mukminin dan pakaian sunnah wanita-wanita di zaman Rasulullah saw. Ianya bukan pakaian budaya Arab yang disangka oleh kebanyakan kita.

Andainya kita tidak mahu mamakai jubah, pakailah pakaian yang menurut panduan syariat seperti tidak nipis, menyembunyikan warna kulit dan bentuk tubuh, longgar dan memakai warna dan corak baju yang tidak menarik perhatian lelaki, juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir.

kredit: Tinta.Muallimah


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 4 Januari 2012

Kisah tangisan Isam Bin Yusuf Tulahan


Dikisahkan bahwa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?"

Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin."

Bertanya Isam: "Bagaimana wuduk batin itu?"

Berkata Hatim: "Wuduk zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

* Bertaubat.

* Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.

* Tidak tergila-gila dengan dunia.

* Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia

* Meninggalkan sifat bermegah-megahan.

* Meninggalkan sifat khianat dan menipu.

* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata: "Kemudian aku pergi ke Masjid, kukemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku.

Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

kredit: Tulahan


Salam Ukhuwah..~

Jangan Menunggu



1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.


2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.


3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.


4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan...


5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.


6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis, tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.


7. Jangan menunggu homework, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu.


8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.


9. Jangan menunggu banyak ruang, baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah... bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.


10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan.

12. Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah apa yang termampu!

kredit: Naim Qlate


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 3 Januari 2012

Ancaman Terhadap Orang Yang Suka Menipu Atau Khianat



: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَذَكَرَ الْغُلُولَ فَعَظَّمَهُ وَعَظَّمَ أَمْرَهُ ثُمَّ قَالَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ بَعِيرٌ لَهُ رُغَاءٌ يَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ فَرَسٌ لَهُ حَمْحَمَةٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ شَاةٌ لَهَا ثُغَاءٌ يَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ نَفْسٌ لَهَا صِيَاحٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ رِقَاعٌ تَخْفِقُ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ صَامِتٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berada bersama kami, baginda menceritakan tentang orang yang suka menipu dan khianat dengan begitu serius. Kemudian baginda bersabda: "Pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor unta yang sedang melenguh di atas tengkuknya dan berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untukmu, semuanya telah aku sampaikan kepadamu. Pada Hari Kiamat nanti, aku juga akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor kuda yang sedang merengek di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Seterusnya pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor kambing yang sedang mengembek di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Begitu juga pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seorang manusia yang sedang menjerit di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Pada Hari Kiamat nanti, aku juga akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan membawa secebis pakaian yang compang-camping di atas tengkuknya dan dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Begitu juga pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul sejumlah harta terdiri dari emas dan perak di atas tengkuknya dan berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya telah aku sampaikan kepadamu".

kredit: HADIS RIWAYAT MUSLIM


Salam Ukhuwah..~

Kelebihan Anak Perempuan


Gambar anak Tok Wan, yang sebelah kanan ialah Kak Chik dan dikiri Kak Chaq, mereka berdua ni kembar, sekarang dalam darjah 5. Dibelakang mereka yang buat mata juling tu ialah Abang Aji mereka sekarang dah tingkatan 1. Gambar ini dirakam di Sungai Chongkak sewaktu kami berkhemah disanaa pada cuti sekolah tahun 2010 sewaktu mereka dalam darjah 3 dan abangnya darjah 5.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan terutama yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, "Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang ?". Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 2 Januari 2012

Hukum Aurat Muslimah Di Hadapan Wanita Kafir


Ini adalah tulisan seorang pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi. Ikuti pengalaman mereka sewaktu sessi perkhemahan pasukan berunifom.

Assalamualaikum pengunjung budiman. Saya baru saja pulang dari membawa pelajar-pelajar saya ke Perkhemahan unit beruniform selama 4 hari 3 malam di Batu Laut, Morib, bersama 9 lagi pensyarah penasihat Unit Beruniform dari institut kami. Alhamdulillah perkhemahan berjalan lancar walaupun kami diduga dengan air pasang yang melanda kawasan perkhemahan seawal 4 pagi. Tak apa..semua itu menjadi kenangan manis bagi semua peserta-peserta perkhemahan.

Seperti biasa, pensyarah-pensyarah disediakan chalet untuk menginap dan tidak berkhemah seperti pelajar-pelajar melainkan menjalankan giliran tugas mengawasi kawasan perkhemahan pada malam-malam tertentu. Ditakdirkan, semua pensyarah perempuan seramai 6 orang ditempatkan disebuah chalet yang sama termasuk seorang pensyarah bukan Islam. Hah ! Bagi saya ini satu isu. Saya tidak ada masalah menginap sebumbung dengan bukan islam cumanya masalah penjagaan aurat menjadi isu penting bagi saya.

Dari dulu lagi, saya berpegang bahawa muslimah tidak boleh membuka aurat di hadapan kaafirah. Jadi, walaupun menginap bersama, saya tidak membuka aurat saya di hadapan pensyarah non-muslim tersebut hatta waktu tidur sekalipun. Betulkah tindakan saya tersebut ? Sedangkan dua orang ustazah yang menginap bersama tidak melakukannya seperti saya !!

Saya sekali-kali tidak berburuk sangka terhadap ustazah-ustazah tersebut malah saya bersangka baik bahawa mereka adalah golongan ilmuwan yang mempunyai banyak hujah-hujah yang mantap. Ada rasionalnya kenapa mereka tidak menutup aurat semasa bersama wanita non-muslim. So...apakah sebenarnya hukum muslimah membuka aurat di hadapan wanita kafir ? Sebenarnya dalam kes ini, ada dua percanggahan pendapat.

Pendapat pertama : Hukum penjagaan aurat bagi wanita muslimah adalah bersumberkan surah An Nuur ayat 31 sebagai panduan utama. Perbezaan hukum ini terjadi melalui frasa nisaa 'ihinna yang terdapat pada ayat tersebut. Hampir semua terjemahan Quran Bahasa Melayu/Indonesia menterjemahkan secara literal frasa ini sebagai "wanita mukmin/beriman" . Manakala terjemahan Quran Bahasa inggeris (Yusuf Ali) menggunakan "your womenfolk" bagi maksud frasa tersebut yang mana kalau diterjemahkan kepada bahasa Melayu bermaksud "wanita2 dari kalangan kamu". Wanita kafir bukanlah termasuk wanita dari kalangan wanita muslimah. Memang benar, jumhur ulama berpendapat, seorang wanita muslimah dilarang terlihat auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Inilah pendapat majoriti ulama salaf.

Hujah ini disokong dengan dalil-dalil yang lain seperti Ibnu Abbas ra berkata "Seorang wanita muslimah tidak boleh menyendiri di antara ahlu zimmah, dan ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir, sebagaimana ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan lelaki asing, kecuali wanita kafir itu hamba miliknya". Katanya lagi "Dia adalah wanita-wanita muslimat yang tidak boleh menampakkan auratnya kepada wanita-wanita Yahudi dan Nasrani, yakni leher, anting-anting dan selempang dan bahagian-bahagian yang tidak boleh dilihat kecuali mahramnya sahaja". Dan Umar ra pernah mengirim surat kepada Abu Ubaidah ra untuk melarang wanita-wanita ahlul kitab masuk ke permandian bersama wanita-wanita mukminat.

Di dalam tafsir Ibnu Katsir pula menyatakan ; Firman Allah swt 'au nisaa' ihinna' maksudnya adalah seorang wanita muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya kepada wanita-wanita muslimah, namun tidak boleh kepada wanita-wanita kafir ahlu zimmah agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari oleh semua wanita akan tetapi kepada wanita-wanita kafir lebih ditekankan lagi.

Pendapat kedua : Lebih kepada persoalan tafsir daripada terjemahan 'au nisaa' ihinna'. Ada di kalangan ulama mengertikan frasa tersebut secara mutlak, terkena semua wanita, sama ada mukminat atau kaafirah, tanpa ada pengkhususan. Imam An Nasafiy dalam tafsir An Nafasiy menyatakan " Au nisaa' ihinna yakni al-haraa'ir (wanita-wanita) merdeka, disebabkan kemutlakan lafaz ini mencakup wanita-wanita merdeka (juz 2 hal. 411).

Manakala pendapat Prof Mohammad Ali As Saayis di dalam Kitab Tafsir Ayaat al Ahkaam menyatakan bahawa wanita muslimah dibolehkan menampakkan sebahagian perhiasannya di hadapan wanita kafir sebagaimana dia dibolehkan menampakkannya di hadapan wanita muslimah. Ini adalah salah satu pendapat dari dua pendapat dari kalangan Hanafiyyah dan Syafi'yyah. Imam Ghazali membenarkan pendapat ini dari ulama Syafi'yyah dan Imam Abu Bakar Ibnu Al 'Arabiy. Pendapat kedua ini dikatakan sebagai pendapat yang rajih (kuat) apabila penafsiran ini dibuat dari sudut lughah iaitu dhamir (kata ganti) yang berfungsi sebagai al ittibaa' (kena tanya pakar Bahasa Arab). Ianya lebih rajih dari pendapat pertama kerana riwayat-riwayat dari Umar ra dan Ibnu Abbas adalah mauquf (tidak sampai kepada Nabi, lawannya marfu') dan hadis mauquf tidak dapat dijadikan hujah.

So... kesimpulannya saya suka berpegang pada yang pertama dan mungkin ustazah-ustazah tadi berpegang pada yang kedua. Bagi saya ..no sweat. Allahu'aklam.

kredit: Tinta.Muallimah


Salam Ukhuwah..~

Manusia Akhir Zaman


Di akhir zaman:Islam hanya tinggal nama

ALANGKAH bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ini kerana kita dapat berjuang, belajar secara langsung daripada baginda, dapat melihat wajahnya serta boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu masalah.

Zaman baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah SWT sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah SWT.

Inilah generasi yang telah mencipta sejarah kerana membantu baginda menundukkan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi yang mendakwa memiliki sumber tamadun yang hebat, namun kehebatan individu di kalangan sahabat Rasulullah terdapat pada diri mereka akhlak mulia mampu menundukkan keangkuhan kedua-duanya sekali.

Mereka mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia sebagai pahlawan Islam dengan menyebar-luaskan ajaran baginda Rasulullah s.a.w. sesuai dengan pegangan mereka kepada agama Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat.

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita bersemangat sama seperti para sahabat?

Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. diberikan nama oleh ayah-ayah kita sebahagiannya dengan menggunakan nama para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar, Othman, Ali, Ubadillah, Salman, Khalid, Hamzah, Abbas, Bilal, Zubair dan sebagainya, tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi para sahabat dalam mendepani segenap isu agama.

Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya.

Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

Inilah yang pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. lebih 14 abad lalu, seolah-olah ia bagaikan satu ramalan tepat, kerana baginda sentiasa menerima ilham/wahyu daripada Allah SWT selaku Pencipta, sudah tentu Dia mengetahui segala-galanya kerana ia di bawah kawalan dan pengawasan-Nya, benarlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kalau belum sampai pun, ia sudah hampir menjurus ke sana. Apa yang baginda sebutkan dalam hadisnya di atas bolehlah kita bincangkan satu persatu untuk melihat sejauh mana kebenaran kenyataan baginda itu.

1. Islam hanya tinggal namanya sahaja.

2. Al-Quran hanya tinggal tulisannya.

3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.

4. Lahirnya ulama su’ yang mementingkan periuk nasi daripada Islam.

5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama su’.


1. Islam hanya tinggal namanya sahaja

Kelak akan banyak orang yang mengaku beragama Islam namun perbuatan sehariannya tidak mencerminkan sebagai seorang Islam yang baik, hanya namanya sahaja Islam. Islam diperalatkan untuk kepentingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang Islam melanggar syariat.

Sembahyang mengikut ‘mood’, ada seminggu sekali, ada sebulan sekali, setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat, yang pergi haji mahu digelar ‘pak haji’ namun masih lagi melepak di kedai judi dan menghabiskan masa.

Ramai yang bercakap tentang Islam padahal mereka tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya dia seorang Islam yang baik dan memperjuangkan Islam, sehingga ada yang merubah halal menjadi haram dan haram menjadi halal, bahkan hukum nas kalau boleh disesuaikan dengan zaman, bukan keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan nas.

Sebenarnya orang yang sebegini tergolong daripada golongan orang munafik sebagaimana sahabat Nabi yang bernama Abu Huzaifah ditanya apa itu nifak? Beliau menjawab: “Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya”. (Masnad ar-Rabi’)

2. Al-Quran hanya tinggal tulisannya

Dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita umatnya agar membudayakan pembacaan al-Quran, ia bukan sekadar penawar kepada pelbagai penyakit yang sukar diubati, malah ia juga bertindak sebagai penyembur kepada hati yang berkarat dengan penyakit-penyakit cintakan dunia secara berlebihan.

Tujuan al-Quran diturunkan adalah untuk menjadi pedoman dalam soal akidah, iman, beribadah kepada Allah dengan membacanya, dipelajari isi kandungannya, diamalkan segala apa yang ada di dalamnya. Menjadi rujukan dalam segenap masalah yang dihadapi oleh manusia, dan yang paling utama ialah melaksanakan hukum, undang-undang dan perintah Allah yang ada di dalamnya.

Apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, al-Quran dijadikan bahan untuk musabaqah menjelang ketibaan Ramadan iaitu bulan yang diturunkan al-Quran di dalamnya. Sedangkan undang-undangnya tidak diguna-pakai walaupun sudah merdeka lebih setengah abad, orang-orang Islam yang melakukan jenayah tidak dihukum dengan undang-undang hudud atau qisas di dunia ini. Inilah gambaran ketegasan Nabi bahawa al-Quran hanya tinggal tulisannya untuk dibaca, bukan untuk diamalkan.



3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah

Inilah kebenaran kenyataan baginda Rasulullah s.a.w. bahawa masjid-masjid umatnya pada akhir zaman memang cukup indah dan megah, tetapi pengisian di dalamnya tidak memberangsangkan. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat menyampaikan kuliah agama kadang-kadang sepi daripada pengunjungnya.

Terdapat masjid yang membiayai urusan pembayaran bil elektrik, air dan penyelenggaraan mencecah nilai ringgit yang cukup tinggi, kadang-kadang kelas pengajian pun tidak ada, ada yang diisi dengan kelas marhaban atau barzanji, itu pun tidak memahami dengan baik maksud apa yang dibacakan. Malah ada pula masjid dipertandingkan sempena Maulidur Rasul sebagai masjid yang paling cantik dan bersih.

4. Lahirnya ulama su’ yang mementingkan periuk nasi daripada bercakap tentang Islam

Tidak dinafikan juga wujud kalangan ilmuan Islam yang tidak berani untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim seperti yang disabdakan oleh Baginda saw, justeru itulah yang diingatkan oleh baginda dalam hadisnya di atas. Golongan ulama ini sama seperti Bal’am bin Ba’ura (ulama Bani Israil) yang ditegaskan dalam ayat 176 surah al-A'raf.

Kepentingan dunia kerana mahu mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga ada yang berani menghalalkan apa yang diharamkan Allah, menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat dan periuk nasinya terjejas hingga sanggup menggadai prinsip-prinsip agama, dalam hal ini, siapa yang makan cili maka dialah yang merasa bahang pedasnya.


5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama su’

Fitnah terhadap Islam sudah semakin menular yang tidak pernah terfikir oleh individu Muslim yang baik di sisi Allah. Industri hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam hingga ke peringkat paling seksi menjadi juadah mata pada hari ini, perkara ini berlaku adalah kerana ulama-ulama su’ mendiamkan diri tidak mahu bercakap kerana takut segala kemudahan yang dikecapinya akan hilang, walaupun Islam daripada diri umat Islam bukan menjadi perkiraan hidup mereka lagi.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 1 Januari 2012

42 Hadith Peristiwa Akhir Zaman ... bahagian Akhir


Ini adalah sambungan dari bahagian pertama. Sila link disini untuk pembaca yang belum membaca bahagian pertama http://blogtokwan.blogspot.com/2011/12/42-hadith-peristiwa-akhir-zaman_545.html

Alhamdulillah... Pagi ini 1 Januari 2012. Sebagai pembuka tirai 2012 ini Tok Wan nak sambung bahagian akhir 42 Hadith Peristiwa Akhir Zaman.



22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Ertinya:

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. H.R. Tirmizi

Keterangan

Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan



23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.

Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.



24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’”. Sahabat bertanya, “Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah”? Nabi saw. menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan”. H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatkan berlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri.

Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.


25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT


Ertinya:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”. H.R.Termizi

Keterangan

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.


26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI

Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”. H.R.Baihaqi

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak lima belas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.


27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”. H.R.Muslim

Keterangan

Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.

Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.


28. UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia". H.R.Muslim

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, “kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu”.

Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.


29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA

Ertinya:

Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda: ”Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku”. H.R.Muslim

Keterangan

Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.

Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw.


30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; ‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, “mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”. H.R.Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat.


31. KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH

Ertinya:

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; “Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam”. H.R.Ibnu Majah

Keterangan

Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari’at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.


32. ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN

Ertinya:

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” H.R Ahmad

Keterangan

Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.


33. ISLAM NAMA SAHAJA

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.


34. AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). H.R Ibnu Majah


35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”
. H.R Termizi

Keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.


36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.


37. BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., “Bilakah akan terjadi hari qiamat?”. Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya”. Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu”. Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi?” Lalu Arab Badwi itu menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah”. Maka Nabi saw. bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”? Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat”. H.R Bukhari

Keterangan

Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.


38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Ertinya:

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”. H.R Abu Daud

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.


39. MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.


40. GOLONGAN YANG SELAMAT

Ertinya:

Daripada ‘Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat”? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah”. (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah). H.R Ibnu Majah

Keterangan

Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “Ahlus Sunnah wal Jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.


41. LAHIRNYA IMAM MAHADI

Ertinya:

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku”. H.R Termizi

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa ‘alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu.

Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dbawah kekuasaan Islam.


42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kewafatan Nabi Isa alaihissalam (setelah baginda turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Wallahualam..

Sekian.. semuga kita semua mendapat manfaat InsyaAllah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)".- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

kredit: rakangroup

7 Safar 1433 sebelum waktu suboh 1 Januari 2012


Salam Ukhuwah..~