Bacaan Popular

Jumaat, 24 Jun 2016

Merebut Pahala

Gambar hiasan sahaja.
 
Dalam bulan Ramadhan ini ramai yang orang berjaya mengumpul pahala orang lain untuk dijadikan pahalanya sendiri. Memang didunia ini kita boleh mendapatkan pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut. Fakta umum bahawa semua manusia yang beragama Muslim adalah bersaudara dan memang mudah memujuk sesiapa sahaja yang berpuasa yang memang sudah datang kemasjid waktu hampir-hampir waktu berbuka puasa. Dengan mudah pula pahala seharian berpuasa orang itu dapat mudah menjelma menjadi dua dan satu untuk orang itu dan satu lagi untuk kita yang menyediakan juadah berbuka puasa untuknya.
 
Tapi dukacita dimaklumkan bahawa petugas masjid yang menyediakan juadah berbuka dan telah mendapat upah berupa wang ringgit tak dapat tawaran hebat ini. Tawaran hebat ini adalah simpanan akhirat dan tak ada buku akaun menunjukkan berapa banyak simpanan yang sudah sedia sebelum dia kembali kekampong asalnya.
 
Sebelum masuk kampong penjaga kampong akan tengok buku akaun amal, jika muncukupi untuk masuk kehalaman kampong maka masuklah dengan bergembira, jika tidak maka akan dihimpun kesuatu tempat yang bukan transit bahkan selama-lamanya, yakni perkhemahan yang amat padat dengan infrastuktur yang teruk.
 
Sebelum sampai kepintu gerbang kampong sianak bertanya kepada siayah minta satu saja lagi pahala dengan alas an dulu semasa didunia sianak telah banyak merasa jasa ayah, namun satu pun tak dapat sebab disana nafsi-nafsin, engkau punya itu engkau punyalah dan aku punya ini aku punyalah. Sisuami juga meminta kepada isteri dan siibu juga meminta kepada anak. Jawapannnya nafsi-nafsi, engkau engkau, aku aku. 
 
Didunia yang sementara ini perkara tersebut tidak begitu. Kita boleh mendapatkan pahala anak kita yang berpuasa, pahala isteri kita yang berpuasa serta pahala sesiapa sahaja yang berpuasa untuk menjadikan pahala tersebut pahala kita. Dengan membuat pengurbanan bahkan kita akan mempunyai akaun pahala yang banyak.
 
Dan untuk mendapatkan lebih banyak lagi pasti pengurbanan ditambah lagi. Bawa tikar yang boleh memuatkan 10 orang kemasjid dan bagitahu Imam bahawa diatas hamparan tikar tersebut Imam dan tetamu yang kita akan pilih akan duduk sebagai raja menunggu waktu berbuka puasa. Semuanya kita sendiri yang uruskan, lkita masak dari rumah berbagai lauk-pauk untuk menjamu mereka, dan patinya lauknya sedap-sedap, buah kurmanya pasti beraneka pilihan dari mutu yang terbaik juga, air minuman berbagai rasa serta warna.
 
Tikar sudah bentang, Imam sudah duduk dan mintalah anak kita temankan Imam berbual dan kita pergi cari siapakah yang akan menjadi mangsa kita dalam memburu pahala tersebut. Bila sudah kenal-pasti orangnya bawalah dudukkan bersama Imam diatas tikar kita. Pergi cari lagi sehingga ruang atas tikar sudah penuh.
 
Jeng-jeng... sampai masa menghidangkan. Hidangkanlah dengan sopan seolah-oleh mereka itu raja. Tanya dia adakah kueh yang kita nak letak dihadapannya itu kegemarannya, adakah lauk yang kita nak letak hampir padanya itu adalah kegemarannya. Sediakan air untuk basuk tangan serta kain atau kertas pengesat. Kalau kita dapat melayannya sepenuh hati dan kesemua mereka berpuas hati pasti esok bila kita buka hamparan tikar mereka akan datang lagi dan pahala-pahala mereka yang kita layan beri makan itu masuk dalam akaun kita.
 
Satu hari kos menyediakan masakan dan juadah untuk 10 orang mungkin RM 300 satu bulan baru RM9k, sama dengan kos pergi haji dengan Tabung Haji (kalau bukan dengan Tabung Haji RM 15k). Jikalau tak mampu untuk tanggung satu bulan buatlah 15 hari, tak mampu buat 15 hari buatlah 10 hari. Ingatlah diakhirat nanti satu pahala pun kita tak boleh dapat dari mereka, bahkan bukan dari mereka, dari anak dan isteri kita sendiri pun kita tidak ada peluang. Kerja sepanjang 11 bulan kemudian kita ambil sedikit dari pendapatan itu untuk kurban pasti tak rugi kerana tawaran yang sebegini hanya ada pada bulan Ramadhan dan hanya diperolehi oleh Ummat Nabi Muhammad s.a.w.
 
Jikalau itu pun tak mampu kita lakukan masih ada peluang untuk tambah akaun kita dari akaun orang lain. Caranya ialah kita intai kawan kita suka juadah apa waktu berbuka dan kita sediakan juadah tersebut samaada kita beli atau masak sendiri dan berilah kepadanya, dah dapat rebut pahalanya tanpa mengurangi pahalanya sendiri. Begitu mudah mendapat pahala.
 
Tapi mereka-mereka yang mempunyai amalan yang tinggi elok berbukalah puasa dimasjid sebab Tk Wan tengok masjid di Kuala Lumpur ini kebanyakannnya dipenuhi dengan orang Indonesia, Bangladesh dan orang fakir miskin saja. Imam-imam, para ustaz berbuka puasa dirumah masing-masing. Kalau Tok Wan nak bersangka buruk mereka berbuka dirumah sebab berbuka dirumah boleh makan apa saja yang kita hendak dan pastinya juadah beraneka, maklumlah Negara kita Negara yang boleh dikatakan mewah juga, stok makanan dari bijirin mencukupi, minyak masak, sayur-sayur impot semuanya mencukupi dan bila-bila masa boleh dibeli dipasaraya, sedangkan dipasaraya Negara tertentu barng-barang itu tidak ada, dan kalau ada pun terhad untuk satu orang satu saja.
 
Bersyukurlah kita diatas limpah Rahmat dari Allah s.w.t. menjadikan kita terlahir disini dan membesar disini serta beragama Islam pula dan lahir dari rahimseprang ibu yang sudah sedia Muslim.Maka atas rasa bersyukur tersebut marilah kita sama-sama buat pengurbanan. Mari kita berbuka puasa dimasjid agar pahala puasa kita itu dapat dimunafaatkan juga oleh orang yang memasak, menghidang, mencuci pinggan dimasjid. Jika kita terus berbuka dirumah maka jadilah kita ini orang yang kedekut, kedekut takut pahala puasa kita diambil orang.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 17 Jun 2016

Bacaan Al Quran

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Membaca al Quran dengan cara menghafal dan membaca al Quran dengan cara melihat masyaf berbeza ganjaran pahalanya. Perbezaannya ialah sekali ganda kepada yang melihat masyaf. Setiap satu huruf dikira 10 pahala. Namun itu cuma membaca seperti biasa sahaja dan didalam bulan-bulan yang biasa-biasa juga. Sangat jauh beza apabila datangnya Ramadhan, setiap satu huruf yang dibaca diberikan ganjaran 100 pahala. Itulah hebatnya Ramadhan dan ganjaran-ganjaran yang akan kita perolehi apabila melakukan amal soleh sehingga Nabi Musa a.s. begitu cemburu dengan kita dan pernah meminta kepada Allah ta'ala agar dia diturunkan semula kedunia untuk menjadi ummat Muhammad s.a.w.

Namun ramai antara kita masih mensia-siakan waktu dan ruang masa yang Allah ta'ala berikan kepada kita ini. Petang hari selepas waktu asar kita disibukkan dengan juadah di Bazaar Ramadhan sementara pagi selepas suboh kita disibukkan pula dengan urusan menghantar anak isteri ketempat sekolah dan kerja. Walhal kita rasa dengan isteri kita bekerja dapat menambah rezeki untuk keluarga, namun sebenarnya kita silap lagi sebab sebenarnya kaum lelakilah yang kena ikhtiar untuk keperluan anak isteri. Jika ini yang kita lakukan pasti kita ada masa untuk online dengan Allah selepas suboh dan selepas solat asar.

Sebaliknya mereka yang menghafal al Quran dan membaca surah yang sudah dihafal tersebut didalam solat akan digandakan lagi ganjarannya sehingga seribu (1000) pahala bagi setiap satu huruf yang dibaca. Berbanding cuma separuh dari seribu tersebut bagi mereka yang membaca ayat al Quran dalam solatnya sambil duduk dikerusi. Jadi pada pendapat Tok Wan sendiri (minta maaf dan jangan kecil hati atau terguris hati) apalah sangat menahan sakit dibahagian lutut hanya untuk 4 atau 5 minit membaca Kalimatullah dan kita dapat tiga ganjaran, pertama ganjaran pahala kerana menunaikan solat, kedua kerana membaca al Quran dan ketiga menahan kesakitan.

Dalam bulan Ramadhan, ganjaran untuk pembacaan al Quran dilebihkan lagi sehingga 70 kali gandaan dari biasa. So.... satu ayat dari surah al Ikhlas di ayat pertama yang mempunyai 9 huruf kita sudah dapat 9000 pahala, bayangkan jikalau dalam solat Dhuha kita baca surah Asy Syam dan Ad Dhuha pasti pahalanya mencapai ratusan juta. Yea lah, nak percaya kepada benda-benda ghaib ini memang sukar sebab tak nampak dengan mata berbanding kueh di Bazaar Ramadhan satu harga 40 sen kalau beli tiga cuma seringgit, nampak benda tu kan?

Berbalik dengan isteri kita yang pergi bekerja, Tok nak sebut disini bahawa kebanyakan mereka membuat dosa, lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini. Kebanyakan mereka akan pakai lipstik dibibir dan itu adalah membatalkan puasa. Bila kita ajukan perkara ini pasti terlalu ramai yang melenting kata tak batal. Okeylah kalau kita ikut juga cakap mereka yang kata tak batal cuba pula kita lihat apa tujuan pakai lipstik ketika pergi kerja bukankah tujuan untuk dipandang cantek? Adakah itu tujuan Allah tumbuhkan perhiasan keatas batang tubuh mereka?

Kalau tulis banyak-banyak karang lagi banyak orang yang marah dengan Tok Wan, lagipun Tok Wan ni bukannya Ustaz. Perkara lipstik dalam bulan puasa ini elok ajukan kepada Ulamak atau Ustaz yang boleh kita yakini pengetahuannya. Jikalau tanya pada Ustazah mungkin ada Ustazah yang akan membeliakkan mata pulak. 

Kita balik semula kepada pembacaan al Quran. Oleh kerana Allah ta'ala sayangkan kita semua dan tak mahu kita semua masuk neraka maka diberikannya al Quran kepada Nabi s.a.w. kita yang terakhir itu. Dan syurga diharamkan untuk dimasuki oleh sesiapa kecuali Nabi Muhammad s.a.w. yakni Nabi kita mdan ummat-ummatnya terlebih dahulu memasukinya. Habis tu ummat-ummat Musa a.s. tengok ajer? Ummat-ummat Nabi Ibrahim a.s. dan Sulaiman a.s. akan tengok saja dan tunggu sehingga kita semua selesai masuk? Memang begitulah keputusan Allah.

Dan oleh kerana Allah sayangkan kita maka kita mendapat al Quran. Bagi mereka yang tidak tahu membaca al Quran mereka umpama orang yang mendapat surat dari Kekaseh namun tak tahu membacanya. Bagi mereka yang boleh membacanya tapi tak faham atau tak dapat amalkan maka mereka Allah ta'ala umpamakan seperti kaldai yang memikul kitab-kitab dibelakangnya.

So... kita patut merasa malu dengan ummat-ummat terdahulu kerana antara kita ada yang tak tahu baca al Quran, ada pula antara kita dah tahu baca al Quran dan dah 3 kali qatam namun dah tak baca dah, perkara ini disamakan dengan tamat persekolahan dan tak perlu sekolah lagi. Al Quran bukan sedemikian.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 10 Jun 2016

Khabar Dari Kubur

Gambar hiasan sahaja.

Tetiba terbetik khabar dari kubur menyatakan bahawa para penghuninya tidak pernah putus asa dari meminta kepada Allah s.w.t. agar mereka diberi peluang sekali lagi untuk kembali kedunia bagi melakukan amal-amal yang soleh terutama dibulan Ramadhan ini. Namun kesemua mereka mendapat jawapan yang sama bahawa jika sekiranya seekor gajah dapat masuk kedalam lubang jarum maka pasti ketika itu mereka dapat kembali semula kedunia.

Lalu aku melihat diri aku yang sambil lewa melewati fasa Ramadhan yang dalam keadaan rilex saja. Tak kelihatan terburu-buru untuk memburu ganjaran pahala di bulan Ramadhan. Barangkali memikirkan ada banyak lagi Ramadhan akan dapat kutemui. Pemikiran sebegini samalah dengan pemikiran bahawa hutang yang itu tak apa nanti boleh bayar sikit-sikit dimana akhirnya aku mati dalam keadaan masih menanggung hutang.

Pagi selepas sahur nyata benar kenyangnya sehingga terbawa-bawa sendu dan sendawa kedalam solat, lalu keluarlah bau kari atau masak tempoyak. Begitu juga waktu berbuka, sambil rilex makan kunyah kohor-kohor sampai terbabas dan terpaksa jadi makmum yang masbuk. Ishhh... aku ini boleh dikira masih bagus lagi sebab masih mahu datang solat maghrib dimasjid. Cuba lihat berpuloh-puloh peratus yang masih tak datang tu. Sebenarnya jumlah penduduk sesuatu kawasan yang datang kemasjid tak sampai 5 peratus pun. Apabila aku kira aku orang yang dapat datang masjid kira aku ni masih baiklah.... ini tak namanya riak sebab memang begitulah aku kan. Sebenarnya inipun riak juga.

Sesungguhnya Allah ta'ala membenci perut yang dipenuhi dengan makanan. Bukan aku tak tahu, bahkan dah banyak kali aku dengar hadith tersebut dibacakan dimasjid setiap kali selesai solat suboh, tapi bila waktu makan lupa hadith tersebut. Bilamana perut aku pun Allah dah tak suka maka sifat riak aku ini pun pasti mendatangkan kebencian kepada Allah. Apa tidaknya kerana Allah pernah berfirman dalam hadith qudsi bahawa riak juga adalah sebahagian dari syirik. Eeeee... na'u zubillah minzalik... aku tak nak syirik kepada Allah. Kata ustaz dosa orang yang bunuh orang, minum arak, berzina dan berjudi boleh Allah ampunkan dengan syarat bertaubat tetapi Allah tak ampunkan dosa syirik.

Baiklah... aku tak syirik pun, aku tak mau syirik. Tapi bila aku yakin bahawa makanan akan bagi aku kenyang itu juga syirik. Bila aku yakin bahawa dengan wang aku boleh mendapatkan segala-gala keperluan dunia, itu juga syirik. La haula wala...

Rupa-rupanya aku telah banyak buat perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul, patutlah Rasulullah s.a.w. nak berlapar satu hari dan nak makan satu hari keesokannya bilamana Allah ta'ala offer untuk menukar tanah dan pasir di keliling kota Madinah itu kesemuanya menjadi emas. Lapar juga satu anugerah yang bukan semua orang sanggup terima. Ya Allah, jadikanlah aku orsng ysng dsnggup menahan ujian dariMu dan orang yang sanggup tahan berlapar Ya Allah Ya Rahman Ya Wahhab.

Ya Allah... rupa-rupanya dari dalam kubur itu bersemarak msuara mereka yang meminta untuk kembali kedunia sementara mereka yang berada didunia ini termasuk aku masih leka dan lalai serta lepa, kerana sifat lalai dan leka dan lepa ini telah lali dalam kehidupanku maka akhirnya menjadi lena. Lena dalam mimpi nak masuk syurga walhal tak jengah apa yang Nabi s.a.w buat terutama dalam bulan Ramadhan.

Memang aku banyak buat silap kerana mencontohi apa yang orang lain buat. Lepas asar orang pergi bazaar Ramadhan aku pun pergi tengok itu tengok ini. Lalu banyak juadah telah berkenan dihati...errr... maksud sebenar disini juadah tersebut telah masuk kedalam hati, walhal Allah sebut dalam al Quran ingatlah aku pagi dan petang. Kini Allah tidak masuk kedalam hatiku sebaliknya juadah-juadah itu telah masuk dalam hati. Sepatutnya aku mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua perkara.

Ada pernah aku dengar satu ulamak bagitau satu sunnah yang kita dapat ikut dalam zaman ini  ganjarannya menyamai 100 pahala syahid. Buat apa yang Nabi s.a.w. buat senang-senang dapat pahala sedangkan buat ikut orang kebanyakannya sia-sia.
.
La haula wala quwwata illa billah..~



Jumaat, 3 Jun 2016

Hebatnya Sunnah

Gambar hanya sekadar hiasan sahaja.

Tentu ramai yang pernah mendengar kisah yang hendak Tok Wan kisahkan pada kali ini. Kisah seekor anak harimau yang membesar dalam kandang kambing bersama-sama anak-anak kambing. Dah pernah dengar kan !! Bagi yang belum pernah dengar kisah ini bacalah dengan teliti dan bagi yang pernah dengfar dan mungkin sudah lupa boleh refresh kembali maklumlah kita ini mudah lupa apa yang kita baca. Tak rugi membaca apalagi dalam tenet ini ianya seakan-akan percuma.

Mula kisahnya memang Tok Wan sendiri pun tidak tahu, tapi sedar-sedar jer anak harimau ini sudah berada dalam kandang kambing dan bermain-main dengan anak-anak kambing. Hari berganti munggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun maka mereka membesar.

Harimau hairan kerana semua kambing sudah tumbuh tanduk dan masa lapang digunakan untuk menanduk antara satu sama lain sedangkan harimau mendapati tanduknya tidak tumbuh-tumbuh juga. Oleh kerana harimau tidak mempunyai tanduk maka kambing-kambing yang lain sesuka hati menanduk harimau. Harimau yang menyedari ia tiada tanduk hanya mampu mengelak. Namun elak pun kena juga sebab elak yang datang dari depan yang belakang mengambil peluang menanduk ponggongnya dari belakang.

Harimau semakin sedih dan ia mula berhajat untuk memohon tanduk dari Allah s.w.t. supaya apabila Allah ta'ala kurnaikan dia sepasang tanduk maka dia dapat menanduk kembali kambing-kambing yang pernah menanduknya. Memandangkan ukuran badannya yang lebih besar dari kambing-kambing itu maka pasti semua kambing tidak berani menanduknya lagi.

Tiba-tiba datang satu suara yang amat kuat dari luar kandang mereka menyebabkan semua kambing berlari kesana-kemari dalam kandang yang sempit itu. Bunyi itu semakin lama semakin hampir kepada kandang mereka dan tetiba dilihatnya ada seekor harimau sepertinya sedang berpusing-pusing keliling kandang kambing sambil menunjukkan taringnya yang tajam kepada kambing-kambing itu. Semua kambing takut apabila melihat gelagat harimau tersebut.

Setelah tuan punya kandang keluar membawa senapang dan melepaskan satu das tembakan keudara barulah harimau itu berlalu pergi dengan pantas.

Anak harimau yang berada dalam kandang kambing baru sedar bahawa rupa bentuk makhluk yang kambing-kambing itu takut sangat mirip dengannya. Lalu dia pun cuba meniru bunyi harimau tadi. Kali pertama nagumannya tidak berapa kuat.... oow... barangkali bukaan ulutnya tidak cukup besar maka dicubanya lagi bukaan mulut lebih besar maka terjadilah naguman yang kuat sehingga menampakkan taringnya. Akibat ngauman tersebut semua kambing yang berada dalam kandang menjadi takut kepada anak harimau tersebut, mereka tidak berani menghampiri harimau, bahkan mereka lebih rela berhimpit-himpit antara satu sama lain disuatu sudut dalam kandang tersebut.

Ulamak dulu pernah menceritakan perkara ini dan mengaitkannya dengan sunnah. Sang harimau yang mempunyai taring adalah manusia yang mengamalkan sunnah sementara sang harimau yang terpaksa membiarkan dirinya ditanduk oleh kambing adalah manusia muslim yang tidak mengamalkan sunnah.

Inilah yang terjadi kepada umat Islam dikebanyakan tempat diatas muka bumi Allah ini. Mereka ditindas, mereka dihalau dari kampung halaman mereka dan mereka dibom ketika sedang bermain atau sedang makan atau sedang tidur didalam rumah mereka sendiri kerana mereka tidak mengamalkan sunnah, tidak ikut apa yang Nabi Muhammad s.a.w. pesan untuk mereka ikut. Sebaliknya mereka ikut cara orang barat, mereka berpakaian seperti orang barat, mereka makan cara orang barat dan berfikir seperti orang barat juga. Dengan kata ringkas mereka tidak kelihatan seperti orang Islam yang ta'at kepada Rasul dan ta'at kepada Allah.

Orang nasrani dan yahudi bertanyakan khabar dari orang Islam yang lain yang mereka temui adakah solat suboh ditempat kamu penuh seperti solat jumaat? Jawapan orang Islam kepada orang nasrani dan yahudi tidak penuh. Betapa senang hati mereka mendapat jawapan sedemikian kerana jikalau semua orang Islam mengamalkan sunnah pasti setiap lelaki yang akal baligh akan datang kemasjid ketika azan dilaungkan, dan setiap wanita dapat menutup aurat mereka dengan sempurna serta setiap anak-anak menta'ati kedua ibubapa mereka. Ini perkara yang amat bahaya, apalagi jikalau mereka mengamalkan doa masuk dan doa keluar tandas, doa masuk dan keluar masjid. Doa ketika bangun tidur, doa ketika hendak keluar rumah, doa ketika terpandang sesuatu yang menggembirakan.

Sunnah yang tidak lekang dalam kehidupan mereka nampak saja sesuatu yang tidak baik mereka beristighfar, nampak sesuatu yang baik mereka bersyukur. Cara hidup mereka seperti Nabi s.a.w. mereka, cara keterampilan mereka sama seperti keterampilan Nabi s.a.w. mereka dan cara berfikir mereka juga sama dengan cara berfikirnya Nabi s.a.w. mereka. Apabila ini semua berlalu pasti keyakinan mereka kepada Rasul dan Allah mereka amat kuat, dan jikalau hubungan mereka dengan Rasul dan Allah mereka kuat pastinya nasrani dan yahudi tidak boleh berbuat apa-apa seperti kambing yang terpaksa berhimpit-himpit disuatu sudut sempit dalam kandang kambing tersebut.

Orang Islam mempunyai senjata yang sangat canggeh iaitu hubungan dengan Allah s.w.t. dan hubungan ini membuatkan mereka susah hendak diapa-apakan kerana apabila mereka berdoa pasti doa mereka Allah kabulkan. Inilah keyakinan yang ada pada nasrani dan yahudi. Untuk tidak menyedarkan harimau bahawa dia mempunyai naguman serta taring tajam dan gigi gahang yang kuat maka kambing-kambing bermesyuarat untuk melalaikan harimau dengan hiburan yang lagha.

Lalu kita pun meninggalkan zikir dan mengambil headphone lekap pada telinga sehingga azan pun tak dengar. Kita tinggalkan sunah makan secara berjemaah dengan keluarga, siapa balik dulu dia makan dulu, makan pakai pinggan sorang satu dan guna meja dan kerusi lagi cantek pakai sudu dan garfu dan lagi cantek sambil makan jeling-jeling pada henfon sambil angguk-angguk.

Kalau tidak makan apa-apa kunyahlah chewing gum agar mereka lupa untuk berzikir pada Allah dan Allah melupakan mereka, bila Allah mereka lupakan mereka maka jarum kita senang masuk.

Jangan biarkan mereka menyimpan janggut, memakai jubah, memakai capal sebaliknya usahakan supaya mereka memakai baju kemeja atau 'T' shirt dengan seluar jeans, buang semua janggut dan bersepatu. Usaha harus ditingkatkan agar semua perkara-perkara sunnah dapat dilupai oleh orang Islam kerana semakin banyak perkara sunnah dapat mereka lupakan semakin mudah kita purak perandakan mereka.

Usaha yang gigih juga harus ditingkatkan sehingga mesyuarat Jawatankuasa Masjid dalam masjid mereka sendiri pun akan ikut cara yang bukan sunnah. Supaya mereka bermesyuarat menggunakan kerusi serta meja besar seperti nasrani dan yahudi, ada pula wanita melibatkan diri dalam percakapan mesyuarat tersebut dan disertai dengan jamuan yang berbagai-bagai terhidang diatas meja mesyuarat.

Kita tak boleh biarkan mereka bermesyuarat seperti Nabi s.a.w. mereka bermesyuarat yakni duduk bersila dalam satu bulatan (halaqah) besar tanpa kehadiran wanita dan minuman atau makanan. Jika perkara sebegini berlaku pasti Rahmat dari Allah yakni Tuhan mereka akan mencurah datang kepada mereka. Inilah usaha yang patut kita pertingkatkan agar selama-lamanya kita dapat membuli harimau yang tidak tahu kedudukannya sebagai harimau yang ditakuti. Sebenarnya agama yang mereka pegang itu adalah agama yang datangnya dari Tuhan bernama Allah s.w.t. melalui satu manusia bernama Muhammad s.a.w. Tuhan yang bernama Allah itulah yang dulu menurunkan Nabi Isa a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. serta banyak lagi Nabi-nabi.

Kalaulah orang-orang Islam sedar bahawa pegangan mereka itulah pegangan yang benar-benar haq, dan setiap perkara yang Nabi s.a.w. mereka pernah buat itulah yang patut mereka ikut pastilah kita terpaksa tunduk kepada mereka seperti mana Kerajaan Rom dan Sepanyol pernah tunduk kepada mereka 600 tahun dahulu.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~