Bacaan Popular

Jumaat, 29 April 2016

Mengaji

 

Mengaji membawa dua makna bagi orang di semenanjung. Yang satu ialah membaca atau mentelaah al Quran dan yang satu lagi ialah bersekolah. Bagi orang dewasa di negeri utara semenanjung jika mendapati seseorang kekanak tidak pergi sekolah maka yang di tanya ialah, 'Hang tak mengaji ka harini?'. Dan apabila bertanyakan tahap pencapaian persekolahan seseorang pula soalannya berbunyi, 'Hang mengaji takat mana?. Dan apabila mendapati tahap pendidikan seseorang begitu rendah seperti orang yang tidak berpelajaran mereka akan berkata, 'Orang tak mengaji memang lagu tu.'

Secara keseluruhan perkataan mengaji boleh dipakai dikedua-dua tempat sebab tanpa pendidikan juga seperti orang tak mengaji dan tak baca al Quran juga ialah tak mengaji. Jadi untuk jadi seperti orang yang mengaji kita harus baca al Quran sambil mengambil tahu makna bacaan kita itu. Sekarang ini sudah banyak Quran yang mempunyai terjemahan dalam berbagai bahasa dan Quran yang menterjemahkan mengikut makna perkata setiap patah ayat juga sudah ada. Dengan mudah kita dapat memahami kandungan al Quran.

Jikalau tiada al Quran dalam bentuk naskhah yang mempunyai terjemahan sekarang telah ada pilihan lain yakni download simpan dalam tablet atau laptop atau PC. Tapi kalau dah simpan dalam tablet namun apabila buka tablet games juga yang dicari atau facebook juga yang dicari tiada faedah langsung untuk download dan simpan. Bila nak baca? Samalah dengan yang telah memiliki al Quran yang mempunyai terjemahan jika tak dibaca tak bermakna dan samalah kita dengan orang yang tak mengaji.

Apabila kita baca al Quran sambil memahami makna ayat-ayat tersebut ianya akan terasa enak untuk terus membaca sebab al Quran mempunyai mukjizat sedangkan games atau facebook hanya umpama candu yang akan membuat kita jadi ketageh. Apa tidaknya bangun tidur saja cari tablet atau henfon untuk lihat ada siapa yang hantar wasap. Sepatutnya bangun tidur berwuduk dan 2 raka'at sebelum pergi kemasjid dan selesaio solat suboh zikir smpai matahari betul-betul keluar baru balik rumah.

Jika ini yang berlaku maka sampai rumah samaada waktu pagi atau waktu malam sebelum tidur baca al Quran untuk 3 atau 4 muka surat, in syaa Allah dalam tempoh 12 bulan sudah pasti dapat qatam sebanyak 3 kali. Wahh... hebatlah setahun qatam sampai 3 kali... tak hebat pun sebab ada orang boleh qatam setiap bulan.

Nahh... bial selalu baca dan ambil tahu maknanya maka barulah kita akan faham apa sebenarnya yang Allah mahu kita buat atas muka bumi dan diperut bumi nanti. Allah hendak kita menjauhkan diri kita dari azab kubur dan mahsyar dan titian sirat dan bakaran api neraka. Sebab itu kena baca Quran kena mengaji. Mengaji disekolah tak sama dengan mengaji al Quran. Ramai yang dah pandai tamat pengajian dari maktab dan university namun kehidupan seperti orang yang tak mengaji.

Kita lihat saja anak muda baik lelaki atau pun perempuan di institusi pengajian (perkataan pengajian berasal dari kata mengaji) tinggi, walaupun mereka telah tahu tak solat berdosa, tak tutup rambut (perempuan) berdosa, pakai seluar ketat sehingga menampakkan perhiasan yang tumbuh diatas tubuh badan juga berdosa namun mereka terus berbuat perkara yang sama. Ini menunjukkan perbuatan mereka seperti orang yang tak mengaji.

Tujuan mengaji sebenarnya (kedua-duanya yakni mengaji al Quran dan di institute pengajian) adalah untuk membawa manusia kepada jalan kebenaran. Tapi dilihat mereka tidak berada pada jalan kebenaran. Ramai pelajar yang minum berdiri seperti orang kafir minum akibat pengaruh tv sedangkan minum itu pun dengan tangan kiri sebab ditangan kanan ada henfon. Ini adalah akibat tidak mahu baca atau tidak mahu ambil tahu fasal hadith sedangkan Nabi s.a.w. bagitau pada kita ada 2 perkara yang ditinggalkan Baginda s.a.w. kepada kita yang mana jika kita berpegang pada 2 perkara tersebut maka kita akan selamat didunia dan di akhirat. Dua perkara tersebut ialah al Quran dan hadith.

Sekali lagi kita kata dia tak mengaji sebab tak faham apa yang patut dia buat dan tak buat, apa yang patut dia pakai dan tak patut pakai.

Ini semua berlaku sebab kebanyakan mengejar dunia. Dengan pengajian yang tinggi boleh mendatangkan pendapatan gaji yang tinggi juga dan dengan gaji yang tinggi boleh dengan mudah beli rumah beli kereta dan buat kenduri kawen besar-besaran waktu hendak kawen nanti. Walhal semua itu tak perlu. Yang paling perlu ialah kita mengaji dan memahami apa yang kita mengaji itu. Bila kita faham maka itulah hidayat dari Allah, akan terasa enak membaca al Quran setiap hari sehungga tak terasa jam sudah larut malam.

Baiklah kalau begitu jangan baca Quran hingga larut malam. Lepas solat isyak agak-agak jam 10 atau 10.30 terus tidur, dan jam 4 pagi nanti bangun dan baca Quran, selesai baca Quran dirikanlah solat malam. Cara inilah yang menyukakan Allah dan bila Allah suka maka Allah akan perintahkan  sekelian makhluk yang berada dibumi untuk tunduk kepada kemahuan kita. Mudah saja mengaji biar betul dan istiqamah.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 22 April 2016

Waris Islam



Mewarisi agama Islam oleh sebahagian besar kaum Melayu menjadikan kebanyakan mereka tidak faham betul apakah agama Islam kerana sepanjang hidup hanya mewarisi dari ayah, nenek atau datuk moyang. Kesedaran pentingnya agama hanya apabila ada majlis khatam Quran, majlis bersunat (khatan), majlis akad nikah dan kenduri kawen atau kenduri tahlil, bulan puasa serta solat sunat hari raya.

Berbeza jauh dari mereka yang baru memelok Islam, dimana emak dan ayah mereka tidak Islam. Bagi mereka yang baru memelok Islam mereka ingin tahu banyak perkara tentang kebenaran agama yang murni ini, agama yang tulus yang datangnya dari Allah Rabbul 'alamin, Tuhan yang mentadbir / memerintah seluruh alam. Mereka mencari bukti-bukti bahawa agama ini benar-benar datangnya dari Allah yang Satu, Allah yang menjadi Pemilik sekelian yang ada. Apabila keinginan untuk tahu lebih banyak maka mula menyelongkar hadith dan mereka terjumpa hadith Nabi s.a.w. bahawa ada dua perkara yang ditinggalkan Nabi s.a.w. yang mana barangsiapa berpegang teguh kepada dua tali ini akan selamat didunia dan diakhirat. Dua tali itu ialah al Quran dan hadith.

Setelah memahami hadith Nabi s.a.w. mereka mengamalkan apa yang mereka tahu dari hadith dan mereka juga mengamalkan apa yang mereka telah tahu dari al Quran, inilah mereka yang benar-benar faham agama. Lalu setiap perkara yang Allah larang mereka tinggalkan, inilah kejayaan dunia dan akhirat.

Keyakinan mereka kepada makhluk hampir-hampir tiada, bahkan keyakinan sepenuhnya adalah pada Allah. DIAlah yang memberi rezeki dan DIAlah yang menentukan segala-galanya dari kita bangun tidur sehinggalah kita tidur kembali. Namun sebahagian besar pewaris agama ini tidak menaruh keyakinan yang penuh kepada Allah, mereka masih terkesan kepada benda-benda yang memang makhluk. Contoh kertas yang memang dibuat dari pokok lalu kertas itu diwarnakan menjadi wang kertas bernilai RM 100 dan yang tercicir dari poket seseorang yang berjalan ditempat orang-ramai lalu lalang. Lalu pewaris agama menganggap itulah rezeki terpijak, walhal pemeluk agama beranggapan wang tersebut mesti diserahkan semula kepada tuan punya.

Contoh lagi satu ialah seorang Ustaz yang juga mewaris agama dari mak ayah dan nenek moyangnya yang baru saja memberi ceramah dalam kuliah suboh. Seperti biasa selesai kuliah suboh ada jamuan ringan oleh pihak masjid lalu sambil menikmati juadah Ustaz tersebut berbicara tentang rumah dan harga rumah yang berhampiran masjid tersebut dan membandingkan harga rumah di tempat lain. Walhal yang Nabi s.a.w. suruh kita berpagi-pagian dengan banyak mengingati Allah ta'ala dengan berzikir. Dan sebagai adab juga kita dinasihatkan oleh ulamak kita agar tidak membicarakan hal-hal dunia dalam masjid. Jikalau tiada apa-apa perkara yang hendak diperkatakan lebih baik diam.

Disinilah bezanya antara yang mewaris agama Islam dari keturunan mereka dengan yang memeluk agama Islam. Bukan kesemua pewaris agama berkeadaan seperti yang disebutkan diatas, bahkan hanya segelintir sahaja, namun perkara ini jika tidak diusahakan agar memahami agama yang sebenarnya dikhuatiri zuriat akan datang lebih caca-marba dan akhirnya kita akan jumpa orang yang dalam MyKadnya agama Islam tapi tak tahu nak baca surah al Kafirun. Ada yang tak tahu nak baca surah al Fatehah dan ada yang tak tahu nak mengucap dua kalimah syahadah juga.

Sebab itulah di Malaysia sebelum seseorang lelaki dan perempuan dinikahkan mereka wajib mengikuti Kursus Perkahwinan. Disana mereka bertemu dengan para Ustaz dan pasti para Ustaz yang pernah mengendalikan kursus tersebut telah berjumpa mereka-mereka yang mewarisi agama Islam dari keturunannya sahaja.

Marilah kita sama-sama memantau anak-anak jiran kita supaya tidak seorang pun tidak dapat terlepas dari memahami agama ini setakat yang kita mampu. Jangan sampai bila dah nikah dan sudah ada ramai anak masih tak tahu nak berwuduk. Jika ini berlaku bermakna kerja kita semakin banyak dan sukar pula. Bahkan kita memang patut bersyukur kerana kita lahir dari perut ibu yang Islam dan berada dalam kalangan orang-orang Islam. Dengan keberadaan ini menjadikan peluang untuk kita buat usaha agama terbuka luas. Memang terlalu ramai anak-anak muda terutama remaja yang tidak ada pengetahuan agama dan ramai pula yang tidak memahami agama. Dengan adanya mereka ini menjadikan kerja kita semakin bertambah, dan bayangkan pula jika tiada kerja untuk kita usahakan jika sekiranya semua manusia sekeliling kita sudah faham agama, pasti kita tiada peluang untuk buat kerja agama. Inilah nikmat yang Allah ta'ala hantar untuk kita, jadi jangan lepaskan peluang ini, carilah mereka dan dampingilah mereka nescaya ganjaran yang Allah ta'ala akan berikan untuk kita amat besar, lebih besar dari gaji seorang Mufti Negara.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~  

Jumaat, 15 April 2016

Kubur

Gambar untuk hiasan sahaja.

Kubur sebenarnya adalah taman-taman syurga bagi orang-orang yang beriman dan kubur juga adalah lubang neraka bagi mereka yang tidak beriman. Namun sebahagian yang masih hidup menganggap kubur adalah tempat yang menyeramkan.

Kubur sebenarnya adalah kebanyakannya tanah wakaf. Ada orang mewakafkan tanah sendiri untuk dijadikan kubur. Jadi apabila kita menumpangkan mayat keluarga kita ditanah wakaf berarti tanah dikubur itu bukan tanah kita.... ianya wakaf.... bila sebut wakaf bermakna siapa saja boleh gunakan, jadi tak perlulah membuat binaan yang kekal seolah-olah tanah kubur itu kita yang punya kan?

Suatu waktu dulu sewaktu menguruskan satu jenazah setelah selesai mengkemukan jenazah tersebut baru perasan bahwa jenazah yang dikebumikan itu terbalik. Jenazah tersebut tidak menghadap arah qiblat tapi membelakangkan qiblat. La haula wala quwwata illa billah. Lalu talipon tanya kawan-kawan ustaz yang faham dalam kemaslahatan ini. Satu ustazkata kena bungkar semula dan satu lagi ustaz kata tak payah bongkar. Hati rasa tak puas talipon dan tanya lagi satu orang ustaz yang lagi power katanya kena bagitau pada waris, kalau waris kata bongkar bru bongkar dan kalau waris kata tak perlu bongkar itu labih baik.

Tapi nak bongkar kubur kena bagitau polis. Polis kena ada semasa kubur digali semula, begitu juga waris. Fikir... fikir... fikir. Haa.. baik jumpa isteri arwah itu dulu. Lalu dengan muka 10 sen dan dengan kata-kata yang lebih lembut gigi dari lidah terpacullah dan fahamlah perempuan itu dan dia bersetuju agar kubur itu tidak perlu digali semula. Alhamdulillah...

Tapi kenapa dalam begitu ramai orang yang ada semasa mayat dikebumikan itu tak ada orang yang perasan mayat itu membelakangkan qiblat? Jawapannya hanya Allah yang tahu. Mungkin Allah sudah terblikkan pandangan kita semua. Misteri masih menjadi misteri, jawapan belum diketemukan. Hati nak tahu juga apakah yang menyebabkan dia membelakangkan qiblat.

Alhamdulillah selepas dua atau tiga bulan berlalu peristiwa itu tiba-tiba pada suatu hari seorang anak muda memberi salam dan bagi clue. Ingat saya lagi tak? Ish... korang anak-anak muda manalah aku nak ingat sangat. Alahai... saya anak arwah yang mayat ayah saya terbalik membelakangkan qiblat. Emak saya bagitau saya berkenaan Pak Cik datang bagitau untuk minta izin gali semula. Oooo.... yer-yer... sudah ingat. Awak apa khabar? Khabar baik. 

Dalam berbual-bual yang cuma seketika itu anak muda itu pun menceritakan sedikit hal arwahnya. Katanya semasa hidup arwah tidak pernah solat bahkan dia selalu memperlekehkan orang yang solat dan agama Islam ini. Semasa dirumah dia (arwah) selalu membeza-bezakan bahawa cara agama Kristen lebih baik.

Aduyaii... agaknya inilah yang menyebabkan jenazahnya membelakangkan qiblat. Ermmm... baru tahu.

Apapun yang ada dalam diri kita semuanya kena bersih, dalam hati kecil dan lisan serta jasad kena bersih dari sifat menduakan Allah. Allah itu hanya satu, Dialah yang mentadbirkan sekelian alam dan Dialah yang mengadakan hidup dan mati bagi menilai siapakah yang lebih baik amalannya.
.
.
La haul;a wala quwwata illa billah..~ 

Jumaat, 8 April 2016

Memburu

Gambar sekadar hiasan.


Apabila kita disibukkan dengan dunia kita terus lupa tujuan kita dihantar kedunia. Tidak lain dan tidak bukan melainkan tujuan kita dihantar kedunia hanyalah untuk mengumpul bekalan untuk pulang ditempat asal nenak-moyang kita yakni Nabi Adam a.s. di Syurga.

Memang keturunan kita berasal dari syurga dan dengan tipu daya yang dilakukan oleh syaitan laknatullah maka nenak kita yakni Adam a.s. terpaksa turun menjalani kehidupan dibumi.

Dibumi ini kita dihantar beratus-ribu para Nabi a.s. bertujuan bagi membimbing manusia agak tidak melupakan Allah ta'ala. Bukan itu saja bahkan kita diajar untuk mengelakkan diridari gangguan makhluk jahat yakni iblis dan syaitan. Bahkan sebahagian besar dari kita oleh kerana terpesona dengan dunia maka tidal cuba mengumpul bekalan masa yang ada didunia untuk menjalani kehidupan yang kekal di akhirat.

Sebahagian besar dari manusia menjadi pemburu dunia walhal Allah s.w.t. berulang-ulang kali mengingatkan mereka bahawa dunia ini hanya sementara. Melalui suhuf yang diberikan kepada Nabi Ibrahim ada diterangkan perkara ini dan dalam suhuf untuk Nabi Musa a.s. pun ada perkara yang sama diberi peringatan. Di dalam al Quran yang mulia peringatan tentang perkara kehidupan didunia yang singkat lebih jelas diberi penumpuan dan ulangan.

Dalam satu hadith qudsi Allahs.w.t. berfirman yang mahfumnya lebih kurang,'Jikalau dunia ini bernilai umpama sebelah sayap lalat pasti Aku tidak memberi minum kepada si kafir walaupun seteguk air.' Jadi maksud sebenarnya ialah bahawa dunia ini langsung tidak bernilai bagi Allah. So.... buat apa kita nak sibukkan diri kita mengumpul kekayaan dan harta dunia. Sepatutnya kita berusaha mengumpul harta untuk akhirat sebab akhirat kekal abadi. Dn Allah berfirman dalam al Quran yang mahfumnya,'Kami jadikan maut itu ialah untuk menguji antara kamu siapakah yang lebih baik amalannya.'

Kita mendengar berita ancaman dalam al Quran serta hadith Nabi s.a.w. bahawa bagi mereka yang banyak berbuat dosa lagi mengingkari perintah Allah akan menerima azab yang amat pedih. Sebenarnya azab bukan kesakitan. Kesakitan sebenar hanya didunia sedangkan azab ialah penderitaan yang teramat yang harus ditanggu8ng seseorang itu dan azab sedemikian akan bertambah dari hari kehari tanpa ada maut, tanpa ada maut, tanpa ada maut.

Didunia ini jikalau kesakitan yang teramat sangat maka maut sudah pasti menjemputnya. Namun diakhirat maut sudah tiada, nyawa kekal berada pada jasad walaupun jasad itu di rendam dalam air nanah dan darah yang panasnya melegak 70 kali ganda dari kepanasan legakan didunia. Dan setiap kali anggota badan rosak samaada dipukul atau dipotong atau digunting maka setiap itu pula anggota yang rosak pulih dalam keadaan asal dan terus dan terus lagi menerima azab sehingga cukup tempoh azab yang dikenakan. Contoh azab bagi orang yang meninggalkan solat asar dengan sengaja akan direndam dalam neraka selama 80 tahun walhal 1 hari akhirat menyamai 1000 tahun dunia dan jika 80 tahun akhirat bermaka masa untuk menerima hukuman dineraka akibat meninggalkan satu solat asar saja mencapai 240 juta tahun lebih.

Jadi dengan tempoh masa yang ada ini kita mesti memburu khazanah kebajikan, amal-amal yang soleh agar semua harta tersebut bertukar menjadi nur yang akan menerangi kegelapan dalam kubur, kegelapan dalam mahsyar dan kegelapan dalam perjalanan titian sirat.

Namun perburuan kita dibantu dengan kedatangan para Nabi a.s. serta kedatangan Nabi yang terakhir yakni Muhammad s.a.w. yang memberi tips yakni panduan ringkas menyelamatkan diri serta keluarga dari azab neraka. Antara perkara yang di beri perhatian bersungguh-sungguh ialah solat. Melalui solah saja Nabi menerangkan bahawa siapa yang istiqomah menjaga solah 5 waktu akan mendapat 5 pelepasan. Pertama mendapat keberkatan rezeki, kedua diangkat azab kubur, ketiga menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan, ke empat melintas titian sirat sepantas kilat dan yang kelima masuk syurga tanpa hisab.

Inilah yang harus kita buru. Kita tambah lagi dengan solat-solat sunat. Begitu juga puasa dalam bulan Ramadhan perlu kita tambah dengan puasa-puasa sunat. Perbanyakkan zikir yakni menyebut nama Allah secara berulang-ulang. Mudah-mudahan pada akhir kalam kita menjadi orang yang dapat menyebut kalimah, 'La illaha ilallah, Muhammad Rasullallah,' jika ini dapat kita sebut maka wajib syurga bagi kita. Selamat berburu.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 1 April 2016

Fatamorgana

Nampak seperti air dihadapan sana namun hakikat sebenarnya hanyalah fatamorgana.
 
Ada orang mengibaratkan hidup didunia ini umpama pelayaran dengan sebuah kapal besar dan singgah disebuah pulau bagi mengambil bekalan air dan makanan. Pulau itulah dunia kita, sedangkan perjalanan seterusnya adalah alam yang kekal abadi yang bakal kita tempoh selepas kapal melengkapkan keperluannya dipulau persinggahan yang hanya sementara. Namun ada yang telah merasa jatuh cinta dengan pulau, walhal Tanah besar lebih indah lagi. Maka tinggallah mereka yang jatuh cinta dengan pulau yang tidak merasai nikmatnya Tanah besar atau alam baqa.
 
Ada pula yang memberi kiasan dunia ini umpama fatamorgana, Nampak nikmat bagai air jernih dihadapan dan kita terus berusaha mendekati air tersebut walhal air itu bukan air sebenarnya ia cuma baying dari bahang panas dek matahari. Bahang panas inilah yang menyamar menjadi seperti air di penglihatan mata. Jadi pengamatan sebenarnya bukanlah dengan mata yang kita ada ini tetapi pandangan hanya dapat dilihat dengan mata fikir dan mata hati.
 
Dunia ini juga sebenarnya adalah tempat rintihan. Tempat manusia merasai kesakitan, kemiskinan, kelaparan serta penderitaan. Jadi kita akan terus merintih dan merintih walhal Allah sedang menguji kita, siapakah diantara kita yang lebih baik amalannya untuk dimasukkan kedalam kehidupan yang selesa yang tiada kelaparan, kesakitan, keperihan atau penderitaan bahkan ianya penuh nikmat yang kian bertambah dari hari kehari sedangkan ianya juga tidak akan berakhir buat selama-lamanya.
 
Inilah tujuan Allah menjadikan manusia dan jin yakni untuk beribadat kepada Allah dan dalam masa yang sama menerima ujian demi ujian, dimana dengan ujian itu juga Allah meninggikan darjat kita.
 
Kehidupan ini juga pernah dikatakan umpama mimpi dan apabila kita dibangkitkan kembali pada hari qiamat kelak baru kita benar-benar sedar bahawa kehidupan didunia dulu cuma mimpi singkat.
 
Berdepan dengan alam akhirat barulah kita dapat merasakan bahawa itulah kehidupan sebenar dan lebih baik dari kehidupan yang didunia dulu dimana setiap perkara baik walaupun kecil sekecil zarrah akan mendapat balasan dan keburukan walau sekecil hama juga akan mendapat balasan buruk.
 
Tahu-tahu bila tersedar dari mimpi kita benar-benar sedar bahawa sebenarnya kita sedang mengalami transit (macam transform juga la) kepada kehidupan sebenarnya.... ini baru REAL.
 
Congak punya congak baru kita faham nikmat menta'ati perintah Allah semasa kehidupan didunia dahulu. Nikmat solat menghadapkan wajjah kearah qiblat. Nikmat menikmati juadah lazat sambil menghadap kearah qiblat. Ia adalah biasan dari nikmat berbuka puasa dimana kita memperolehi 2 nikmat. Cuba bayangkan nikmat ketika kita menunggu lagi 2 atau 3 minit sebelum sampai waktu berbuka yang sebenarnya. Dihadapan mata pula sudah tersedia juadah yang lazat pilihan kita sendiri selepas sepetang meninjau di bazar Ramadhan. Apabila tiba sahaja waktu berbuka pasti seronok terutama waktu kita dizaman persekolahan dahulu. Begitu juga waktu nak raya. Namun bagi mereka atau kita yang tak puasa atau pura-pura puasa kita tidak akan dapat nikmat tersebut. 
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~