Bacaan Popular

Jumaat, 26 Februari 2016

Lapar

Gambar sebagai hiasan sahaja dan memang ada kena mengena dengan tajuk.
 

Jumaat lepas 19hb Febuari lebih kurang jam 11.00 pagi  ketika aku turun dari tren dan berjalan diatas jejantas untuk ke Pekan Sungai Besi ada orang ikut dibelakang aku. Selesai turun dari jejantas tersebut terdengan suara, 'Assalamualaikom syeh'. Segera aku berpaling dan menjawab salamnya. Seorang anak muda membawa beg galas menghulurkan tangan untuk bersalam denganku. Dia bersalam denganku dan cium tanganku. Biasalah orang muda bila jumpa orangtua yang berjanggut macam aku ni selalunya salam dan cium tangan. Aku pun terus bertanya, 'Dari mana nak kemana?' Dia jawab, 'Dari Tangkak nak cari kerja... syeh! Nak minta tolong sikit boleh tak?' Aku dah agak dah. In syaa Allah...tolong yang macaman?'. Saya tengah lapar ni, nak makan duit takder'. Segera pula aku bertanya dan menjawab, 'Nama apa?' 'Azmi' katanya. 'Nak makan tak semestinya ada duit. Yang penting ada barang yang hendak dimakan. Jom ikut pakcik depan sana tu ada kedai makan.

Sambil berjalan kekedai makan akupun masuk jarum. Lapar ni sebenarnya suatu  nikmat yang Allah ta'ala berikan kepada makhluknya. Dengan berlapar kita akan ingat orang yang susah, dengan lapar kita mudah khusyuk dalam solat dan dengan berlapar juga kita akan mudah mengingati Allah. Jikalau berlapar setakat satu hari belum memadai, jaiakalu boleh berlaparlah sampai tiga hari tapi jangan lupa minum air banyak. Berlapar yang sebegini bukan seperti kita berpuasa walhal berpuasa itu lebih baik. Dengan berlapar juga memudahkan kita bangun tahajud waktu sepertiga malam untuk mengadu kepada Allah s.w.t. 'Betul Pakcik', kata anak muda itu.

Suatu hari cucu Rasulullah s.a.w. demam dan kedua orang tuanya bernazar jikalau baik demam kelak mereka akan berpuasa 3 hari. Setelah baik demam maka Ali r.anhu dan Fatimah r.anha pun berpuasalah dengan tidak makan apa-apa waktu sahur sebab tiada makanan dirumah mereka. Memikirkan makanan untuk berbuka puasa maka Ali r.anhu pergi menemui peniaga Yahudi memointa bulu untuk dibawa blik untuk Fatimah r.anha pintal menjadikannya benang. Setelah siap Ali r.anhu membawa benang tersebut kepada peniaga Yahudi tersebut dan menerima upah satu sa'a jagung. Jagung tersebut dibawa pulang dan Fatimah r.anha mula menumbuk tepong untuk dijadikan 5 buku roti. Satu untuk Ali r.anhu, satu untuk Fatimah r.anha, satu untuk Hassan dan Husin r.anhu dan satu lagi untuk hamba mereka.

Setelah pulang dari solat maghrib bersama Rasulullah s.a.w. dimasjid maka saprah telah dibentang dan hidangan sudah tersedia diatasnya. Ketika mereka berlima hendak makan maka pintu rumah diketuk. Seorang Musafir mengadu kelaparan sudah beberapa hari dia dan keluarganya tidak mempunyai makanan. Setelah bermesyuarat maka kesemua makanan tersebut telah diberikan kepada musafir tersebut. Puasa hari pertama berlalu tanpa makan apa-apa ketika sahur dan tiada makanan r dan tidak makan apa-apa ketika berbuka.

Hari kedua puasa lagi tanpa apa-apa untuk dimakan ketika sahur. Benang yang telah siap diserahkan kepada peniaga Yahudi dan satu sukatan sa'a jagung dibawa pulang untuk ditumbok dan dijadikan roti lagi, namun apabila tiba waktu untuk makan maka pintu diketuk lagi. Seorang fakir miskin mengadu sudah beberapa hari dia dan keluarganya tiada apa-apa untuk dimakan. Setekah bermesyuarat maka keputusannya semua makanan diserahkan kepada fakir tersebut. Hari kedua berakhir dengan tiada makan apa-apa waktu sahur dan tidak makan apa-apa waktu berbuka.

Hari ketiga bulu sudah habis dan benang telah siap maka ditukarlah dengan satu sa'a jagung lagi dan dibawa pulang untuk dibuat roti. Tiba waktu berbuka pintu diketuk lagi, kali ini seorang banduan mengadu dia dan keluarganya sudah beberapa hari tidak makan ap-apa. Setelah bermesyuarat maka keputusannya semua makanan tersebut diserahkan kepada banduan tersebut. Berakhirlah hari ketiga dalam keadaan sahur tanpa makan apa-apa dan berbuka tanpa apa-apa untuk dimakan.

Dalam bercerita itu tiba-tiba dah sampai kedai makan milik Haji Kadir yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Sungai Besi. Belum sempat berfikir apa nak makan pekerjanya sudah datang dan tanya apa mau makan. Orang muda itu meminta roti canai dan teh ais, aku minta teh 'O' kurang manis. Sambil menunggu pesanan aku menyambung lagi cerita Ali r.anhu itu.

Hari keempat ketika berada dimasjid waktu solat , Baginda Rasulullah s.a.w. terpandang akan menantunya Ali r.anhu dan memahami apa yang sedang berlaku. Baginda meminta dibawakan kerumah dan apbila tiba dirumah anaknya Fatimah r.anha sedang solat. Selesai solat dilihat oleh Baginda s.a.w.keadaan mata anaknya itu cengkong kedalam menandakan kelaparan dan keletihan yang amat sangat. Ketika itu juga datang Malaikat Jibril a.s. memaklumkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa pengorbanan mereka itu sangat disukai oleh Allah s.w.t. Asbab pengorbanan mereka itu Allah s.w.t. telah menurunkan ayat al Quran yangmana Tok Wan dah tak ingat untuk surah yang mana.

Makanan dan minuman yang dipesan pun sudah sampai aku menyuroh dia makan. Kemudia aku memberi sikit tips yang bukan berupa wang untuknya. Hari ini hari juma'at kataku, sekejap lagi selesai makan pergilah kat masjid Ibnu Khaldun yang sementara tu yang depan Balai Bomba sebab masjid Ibnu Khaldun yang sebenar belum siap, sambil menuding jari menunjukkan kepadanya masjid yang belum siap berhampiran kedai mamak Haji Kadir itu. Disana waktu ini sudah tersedia Nasi Lemak, Mee Goreng, Meehuun Goreng dan pisang yang diimpak oleh saudara kita. Ambillah dan makanlah semuanya halal belaka. Sebelum berpisah aku memberi pesan lagi, 'Lapar itu nikmat dari Allah'.

Selesai bersalam dengannya aku meneruskan urusan untuk hantar tablet yang aku bawa kekedai Bangla yang depan pasar Sungai Besi itu, tabletku tak rosak cuma anakku dah masukkan password dan lupa apa pula apa passwordnya. Upah buka password RM 30, beres.... lepas makan dikedai Mamak Haji Ghani yang sebelah kedai KK itu aku balik ke Desa Tun Razak untuk solat juma'at. Sampai masjid Zaid bin Thabit pisang masih banyak, aku ambil satu sebagai menghargai sedekah orang. Sempurna wuduk azan pun berkumandang. Alhamdulillah cukup masa untuk buat banyak perkara.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 19 Februari 2016

Kematian

Gambar sekedar hiasan.



Kita harus sentiasa bersedia untuk mati. Oleh kerana semua antara kita tidak tahu tarikh kita mati maka kitalah yang harus lebih bersedia dari orang lain. Ada  sesiapa yang tahu bila dia akan mati? Namun ada sesetengah orang dimana oleh kerana kedudukannya begitu hampir dengan Allah maka dia tahu bila dia akan mati dan dia boleh pilih cara nak mati. Orang itu melakukan perjalanannya yang beribu-ribu kilometre hanya dengan beberapa langkah sahaja.


Zaman dulu memang kita ada dengar kesahnya tapi sekarang kita tak dengar lagi sebab kita tak ambil kesah perkara-perkara sedemikian. Bagaimana kita hendak ambil kesah? Ambil tahulah apabila ada kematian terutama orang yang alim, orang yang banyak berkurban untuk agama semata-mata kerana Allah. Orang inilah biasanya mendapat tahu bila nak mati dan boleh pilih cara bagaimana hendak mati itu.


Dizaman para Sahabat r.anhum ada yang mati syahid dimedan perang dan ada yang menangis sebab tak dapat mati semasa perang. Bila ditanya kenapa menangis? Dia jawab dia terpaksa mati atas katil macam perempuan walhal dalam zaman Rasulullah s.a.w. dia telah banyak mengikut berperang.


Namun selepas zaman para sahabat r.anhum ada yang semasa matinya ia ketawa. Yang mati dalam keadaan senyum memang banyak. Kenapa mereka tersenyum dan kenapa mereka tertawa.


Ini untuk kali ini kita berkisar kepada kematian orang yang baik-baik saja sebab tak nak tonjolkan kematian orang yang tak baik.... ngeri, sebab ada yang lidahnya terjelir panjang... eyyyy....!!!


Orag yang semasa hidupnya banyak membuat amal kebaikan, maka tatkala saat kematiannya sudah hampir tiba maka Malaikat Izrael akan datang kepadanya dengan wajah yang tampan sambil memberi salam serta memperkenalkan dirinya sebagai Malaikat Maut dan kedatangannya untuk mengambil roh. Denganuh hurmat Malaikat Izrael akan membenarkan orang tersebut menunaikan permintaan terakhirnya sebelum nyawanya diambil. Pastilah bunyinya, 'Izinn aku solat dua rakaat terakhir dan dalam sujudku yang terakhir itu ambillah nyawaku. Maka orang itu pun meninggalkan dunia ini dalam keadaan bersujud kepada Allah ta'ala.


Ada yang tidak berupaya untuk bangun maka tetaplah ia dalam keadaan berbaring maka tatkala Malaikat Maut datang untuk mengambil nyawanya dengan penuh sopan maka  diperlihatkanlah serombongan 500 Malaikat yang mengiringi Malaikat Maut dengan memegang ranting Raihan dan Zafran dan dalam banyak-banyak Malaikat itu ada satu Malaikat yang membawa sehelai sapu tangan warna putih yang teramat Wangi.


Sapu tangan tersebut diletakkan dibawah dagunya dan tatkala nyawanya hampir keluar diperlihatkan pula tempat yang dia akan ditempatkan selepas dia meninggalkan dunia ini. Tempatnya ialah disyurga. Dalam keadaan yang sangat gembira melihat permandangan itulah dia meninggal dunia, dalam senyum atau ketawa sebelum meninggalkan dunia.


Sewaktu manusia memandikan jenazahnya para Malaikat pun turut memandikannya, begitu juga sewaktu manusia mengkafankan jenazahnya para Malaikat juga mengkafankannya. Sampai waktu solat jnazah para Malaikat juga turut dalam solat jenazah itu. Dan ketika manusia mengusung jenazahnya menuju ke Tanah perkuburan para Malaikat yang berjumlah 500 itu berbaris dikiri kanan jalan menuju Tanah perkuburan dengan memegang ranting dari pohon Raihan seolah-olah remaja yang memegang bunga manggar semasa kita jadi pengantin dulu.


Selepas manusia meninggalkan jenazah tersebut dalam kubur dan pulang ketika itulah para Malaikat masuk kedalam kubur itu dan menolak Tanah kubur tersebut sehingga menjadi luas saujana mata memandang. Lalu beberapa buah terowong (lubang) angin yang bersambung sehingga ke syurga menjadikan sejenis angin bayu lembut yang Wangi sampai kepada kubur tersebut, maka lenalah simati itu selama 40 ribu tahun menanti hari kebangkitan. Ketika mana ia bangkit waktu yang panjang itu hanya dirasakan sekadar dua rakaat solat sunat sahaja.


Inilah nikmat sebenar yang kita patut kejar dan nikmat ini tidak akan kita perolehi jika masa didunia banyak kita habiskan untuk dunia sedangkan masa untuk akhirat sedikit cuma.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~



Jumaat, 12 Februari 2016

Nikmat



Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada kita dengan nikmat yang terlalu banyak sehingga kita tidak mampu hendak mengira. Antara nikmat-nikmat itu ialah nikmat yang dapat kita rasai dengan 5 pancaindera kita yakni mata dapat melihat, telinga dapat mendengar, hidung dapat menghidu, lidah yang dapat merasa makanan atau minuman dan kulit pada anggota tubuh badan kita yang dapat merasa cuaca panas atau sejuk dan pakaian lembut atau kasar.

Melalui pancaindera ini saja sudah terlahir berjuta-juta nikmat tanpa kita sedar. Itu baru nikmat yang dapat dikecapi dengan 5 pancaindera. Nikmat masih dapat menghirup udara (masih bernafas), nikmat masih beragama Islam, nikmat dapat lahir dari perut seorang ibu yang beragama Islam, nikmat menjadi warganegara dalam sebuah negara yang tiada huru-hara (stabil), nikmat berjiran dengan mereka yang kita kenal atau tidak. Ada banyak lagi nikmat yang kita tak perasan telah dan sedang kita kecapi ketika ini. Nikmat membaca penulisan ini tanpa perlu membeli buku dikedai juga antara nikmat yang baru muncul untuk umat akhir zaman.

Dengan kesemua nikmat yang telah kita kecapi dan sedang kita nikmati sekarang dan akan kita kecapi esok lusa haruslah kita bersyukur. Firman Allah ta'ala dalam hadith Qudsi, 'Jika kamu bersyukur keatas nikmatKu nescaya Aku akan tambah nikmat tersebut.' Bukan itu saja, bukan sekadar bersyukur saja yang perlu dalam amalan harian kita bahkan melakukan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah ta'ala kepada kita melalui al Quran, contohnya berpesan-pesan dengan pesan-pesan kebenaran dan berpesan dengan sabra dalam surat Wal Asr yang terjemahannya, 'Demi masa (Allah bersumpah dengan masaa) sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beramal dengan amal-amal soleh dan berpesan dengan pesan-pesan kebenaran (Haqq) dan berpesan dengan kesabaran'.

Ini membawa maksud apabila kita akan melakukan amal soleh (amal kebaikan) hendaklah kita mengajak juga orang lain unt. Contohnya apauk melakukan amal tersebut, bila hendak ke masjid ajaklah sesiapa yang kita kenal, sesiapa yang kita tidak kenal mulakanlah dengan menyebarkan salam. Jika hari ini kita sudah lakukan esok buat lagi, lusa ajak lagi, minggu depan ajak lagi sampai kita tiada lagi.

Orang yang kita tidak kenal yang minggu lepas sudah kita sebarkan salam kepadanya maka minggu ini bolehlah kita mula mengajak dia pula. Kita ajak terus setiap kali berjumpa, ajak dan ajak lagi. Jikalau sudah boleh berbual-bual maka tanyalah namanya, alamat rumahnya dan bila sudah lama kenal dan dia masih tidak mahu dating ke masjid maka carilah dia dirumahnya, jika dia tiada dirumah tinggalkan pesan agar dia dating ke masjid.... katakana kepada wakilnya bahawa kita tunggub kedatangannya di masjid.

Teruskan buat kerja ini sampai Berjaya dan jika suatu ketika nanti dia atau wakilnya sudah marah-marah kepada kita ajaklah lagi, tinggalkan pesan lagi sampai tahap dia atau wakilnya marah kepada kita atau ludah muka kita atau campak sesuatu kearah kita. Haaa... waktu itu kita kena sabra, kita sudah Berjaya buat seperti yang Allah perintah dalam al Quran. Alhamdulillah muka kita sudah kena ludah, wajah kita sudah ada parut sebab objek yang dicampak kearah kita. Jangan lupa bagitau kepada sahabat-sahabat yang suka buat usaha seperti itu untuk pergi mendapatkan ludahnya, pergi untuk mendapatkan parut dimuka. Tidak adillah kalau ludah muka satu orang saja, saya pun nak juga sebab saya pun kerja mengajak manusia kepada Allah juga.

Sedarlah waktu itu hidayat dari Allah pasti datang kepada dia atau kepada kita. Jika kita rasaita sudah ada hidayat namun dengan kedatangan hidayat lagi satu berarti bertambah hidayat untuk kita. Hidayat ini sebenarnya Haq Mutlah Allah ta'ala. Allah ta'ala berhak beri kepada sesiapa yang dia suka nak beri. Kita tiada kuasa memberi hidayat kepada sesiapa tetapi oleh kerana Allah suka apa yang kita usahakan maka Allah berhak memberi hidayatNya kepada sesiapa yang dia kehendaki. Mungkin kita tak sedar dengan usaha kita ditempat tersebut Allah telah bturunkan hidayatNya kepada suatu puak yang seramai 40 orang dipendalaman sebuah negeri di Timur-timur dan kesemua mereka telah dating ke sebuah masjid disana untuk memelok agama Islam.

Atau mungkin dengan asbab usaha kita itu Allah telah buat keputusan bahawa pada Malam Lailatul Qadar 1437 ini harga beras Allah ta'ala tetapkan sebanyak RM1.00 setiap kg dan BR1M untuk tahun 2017 ialah RM 3,000 bagi setiap keluarga yang berpendapatan kurang dari RM5,000. Allah boleh buat apa saja, dengan syarat kita kena buat apa yang Allah ta'ala perintahkan dalam al Quran atau melalui hadith Qudsi yang diberikannya kepada Nabi kesayanganNya yakni Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apabila semua ini berlaku maka Allah akan tambah lagi nikmat kerana kita buat kerja atas rasa bersyukur. Buat usaha lagi agar setiap lelaki yang akal baligh dapat dating kepada seruan azan untuk solat berjemaah, setiap wanita dapat menutup aurat mereka dengan sempurna dan setiap anak-anak dapat menta'ati kedua ibu-bapa mereka. Waktu itu Allah angkat semua kebathilan dari kampong kita, dari negeri kita dari Negara kita dan Allah turunkan Rahmat. Apabila semua kebathilan diangkat bermakna tiada lagi remaja yang hidu gam, tiada lagi yang hendak menagih najis dadah, tiada maksiat atau sumbang mahram, tiada yang hendak mencuri dan semua perkara bathil diangkat semuanya. Allah boleh buat apa saja asal kita buat apa yang Allah perintah dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Sebab...

Sebab kita memang berasal dari syurga dan tujuan kita bercambah di dunia ini tak lain tak bukan hanya untuk dinilai siapa diantara kita yang lebih baik nilainya walaupun sudah diberi ujian dan yang lulus ujian akan dimasukkan kembali kedalam syurga. Allah ta'ala itu kan ker BAIK. DIA sangat kasih kepada hamba-hambaNya sebab itu yang kafir pun masih mendapat rezeki dariNya. Lalu apabila kita sudah sampai di syurga pasti nikamat disana lebih lagi sebab nikmat yang Allah campakkan kedunia ini sebenarnya cuma 1 bahagian dari 70 bahagian asalnya.

Untuk kembali kepada bahagian yang baik serta berkekalan itu kita kena usaha lagi, kuatkan kerja, ajak manusia kepada Allah pasti Allah pilih kita untuk kembali ketempat asal nenek-moyang kita yakni Adam a.s. Kita umpamakan kita ini seperti padi, selepas dituai padi yang berisi diasingkan dengan padi yang berisi. Padi yang berisi disimpan dalam jelapang sementara padi yang tidak berisi bersama-sama dengan jerami pastilah dibakar. Jadi kita tak nak kena bakar kan?
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 5 Februari 2016

Jenazah

Gambar sekadar hiasan sahaja.
 
Jenazah adalah jasad yang sudah tidak bernyawa. Jasad itu mesti dimandikan, di kafankan, di solatkan kemudian di kebumikan. Semua urusan itu kadang-kala menjadi mudah dan kadang-kala memakan masa yang lama sebelum sampai ke Tanah perkuburan. Mudah atau lambat urusan itu bergantung kepada amalan si mati sewaktu hayat masih ada.
 
Kisah yang hendak Tok Wan coret disini kali ini adalah berkaitan pengurusan jenazah. Dari pengalaman sendiri sewaktu memandikan jenazah ada jenazah yang hendak dimandikan sudah dalamkeadaan bersih dan elok walaupun telah berbulan-bulan terlantar sakit. Dan ada jenazah yang tidak bersih walaupun baru dua minggu terlantar sakit. Dengan keadaan kuku panjang yang tidak dipotong, misai panjang sampai masuk kedalam mulut membuktikan bahawa empunya jasad tidak mengamalkan kebersihan dan kaum keluarga yang dekat juga tidak prihatin dalam hal kebersihan.
 
Islam mengutamakan kebersihan, solat lima kali sehari boleh membersihkan diri dari kekotoran, dan jikalau terlantar sakit mintalah sesiapa dari kalangan mahram tolong wudukkan dan solat boleh diteruskan dalam keadaan berbaring. Jika perkara utama ini diamalkan pasti bila sampai waktu untuk menjadi jenazah, maka jasad dalam keadaan bersih.
 
Pernah sekali peristiwa salah seorang kawan Tok Wan sendiri beberapa bulan selepas menguruskan jenazah maka dia berkahwin dengan janda yang ditinggalkan oleh jenazah yang pernah di uruskannya itu. Alasan paling munasabah katanya ialah,'Bekas suaminya dulu lumpuh selama lebih satu tahun dan apabila menguruskan jenazah bekas suaminya itu dia dapati jasad itu bersih, dan kalau suaminya yang lumpoh itu dijaganya dengan baik terutama kebersihan maka tak rugi siapa yang kawin dengannya.' Maka mereka pun berkahwin, sesuai sangat mereka berdua ini yang lelaki umur baru 75 dan yang perempuan umur baru 60 dan masing-masing berstatus duda dan janda.
 
Tanggung jawab kita yang masih hidup sihat ini ialah memastikan orang sakit yang kita ziarahi itu dapat dijaga kebersihannya terutama kuku, misai, bulu ketiak, bulu ari-ari dan daki-daki yang dibahagian belakang tubuhnya. Berikan masa untuk menjaga kebrsihannya bukan memberinya buah-buahan atau buah-buah tangan yang cuma sebagai hadiah. Memberi masa lebih berharga dari benda-benda kerana siapa tahu sepeninggalan kita itu nanti itulah masa terakhir dapat kita bersamanya. Alhamdulillah kita sudah mengerat kukunya dan tidaklah nanti apabila sampai masa untuk dimandikan dia dalam keadaan berkuku panjang.
 
Jenazah yang kuku, misai, bulu ketiak panjang biasanya tukang mandi jenazah mandikan saja. Tak cukup masa untuk uruskan bulu ketiak atau kukunya sebab waktu solat fardhu sudah dekat dan Tanah kubur sudah siap. Lepas solat fardhu terus solat jenazah untuknya dan jikalau lambat mungkin hari beransur gelap atau awan semakin tebal yang memungkinkan membawa hujan.
 
Bukan saja mereka yang sakit atau uzur yang kita kena perhatikan kebersihannya. Mereka yang sihat disekeliling kita juga kita kena ambil tahu. Perhatikan kuku anak-anak kita dah kerat atau belum. Kuku anak-anak sedara kita, kuku anak-anak jiran kita, kalau belum kerat eloklah kita sendiri yang kerat atau suruh orang terdekat tolong keratkan. Jikalau dia masih kanak-kanak bagitau pada dia bahawa kuku panjang boleh menyimpan kuman dan apabila waktu makan kuman tersebut boleh masuk bersama makanan yang kita makan kedalam perut dan boleh mengakibatkan sakit, bila sakit kena masuk hospital, bila duduk di hospital makan kena ikut waktu tak boleh makan ikut suka.
 
Diri dan batang tubuh kita sendiri pun kita kena jaga kebersihan tersebut. Buat apalah potong rambut fesyen macam kita ini bukan orang Melayu bukan seperti orang Islam. Siapa tahu saat dan tarikh kematian kita mungkin sebentar lagi atau mungkin sejam dari sekarang. Sedar-sedar kita dalam hospital, rambut terpaksa dibotakkan sebab nak jahit luka dikepala. Sedar-sedar kita sudah berada dalam bilik disebuah masjid dan sedang melihat jasad kita dimandikan dengan rambut punk terbaring. Kita mesti tidak suka bila melihat jenazah kita dalam keadaan begitu atau begini. Bayangkanlah sendiri bagaimana jasad kita yang bernama jenazah sedang dimandikan. Mungkin kita tersangat malu dengan gaya yang ikut kawan kawan sebab nak lebih perhatian sesama manusia walhal perhatian Nabi dan Allah tidak kita utamakan.
 
Tujuan penulisan Tok Wan bukan untuk menakutkan para pembaca, tetapi takut kepada Allah itu memang dituntut. Jika kita takut kepada Allah pasti syaitan takut kepada kita. Dan apabila syaitan takut kepada kita pasti kita tidak dipengaruhinya untuk buat perkara yang Nabi s.a.w. tak suka dan Allah ta'ala juga tak suka.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~