Bacaan Popular

Jumaat, 27 Jun 2014

Maksud Hidup



Alhamdulillah... khabar gembira yang Nabi s.a.w. bawa untuk seluruh alam telah sampai kepada kita (di Malaysia) lalu nama kita diletakkan dengan nama-nama yang mencerminkan kita ini Islam. Jikalau tidak, pastilah nama kita masih Pokok anak Batu atau Tikar anak Lampu.

Oleh kerana khabar gembira telah sampai kepada kita maka Allah ta'ala perintahkan dalam al Quran supaya kita menyampaikan pula berita ini kepada orang lain agar semua orang dapat perkhabaran tersebut yakni, Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah dengan mentauhidkan kalimah, 'La ilaha illalah'.

Inilah kerja yang Allah letakkan kepada para Nabi a.s. yang terdahulu dan keatas kita, sebab selepas Nabi Muhammad s.a.w. tidak ada lagi Nabi yang Allah hantar kedunia. Jikalau kita tak menyampaikan bermakna kita kena bersiap sedia di Padang Mahsyar untuk dakwa-dakwi nanti apabila ramai yang kita kenal didunia yang mendakwa kita kenapa tidak beritahu kepada aku semasa didunia dulu bahawa khabar gembira sudah sampai kepada kamu. Agak-agak apa kita nak jawab.

Yang tak solat, kitalah yang kena ingatkan mereka tentang solatnya, yang dedah aurat kerana tak tahu maka kita jugalah yang perlu ingatkan tentang dosa dedah aurat. Mungkin suami mereka tidak faham perihal aurat. Mungkin ayah mereka tak sempat menerangkan perihal aurat kerana Allah ta'ala telah memanggil pulang dengan kadar segera. Kalau mereka-mereka yang kita tegur berasa marah atau nak marah pada kita, kira tak apalah, sebab di Padang Mahsyar nanti kita akan jawab, 'Kan didunia dulu aku dah tegur.' Tapi dia akan balas balik, 'Kenapa tak rotan saya masa tu atau ikat saya heret, tarik pergi ke rumah Allah.'

Lalu apa yang kita nak jawab dengan orang kafir depan rumah kita yang menjadi jiran kita sudah hampir 20 tahun. Atau jiran sebelah rumah kita yang MyKad dia tulis agama dia Islam yang akan dakwa kita sebab pergi masjid tak pernah ajak dia.

Marilah kita ajak-mengajak kepada kebaikan sambil berpesan-pesan dengan kebaikan serta sabar dalam mengerjakan solat. Sesungguhnya yang akhir itu adalah lebih baik dari yang awal.

La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 20 Jun 2014

Doa Yang Makbul





Kebanyakan dari kita doa tak makbul. Jenuh sudah kita meminta dan berdoa kepada Allah ta'ala namun doa kita itu tidak makbul. Ada doa yang Allah ta'ala makbulkan tapi disimpan untuk diperlihatkan dihari akhirat dan ada doa yang Allah makbulkan dan Allah berikan semasa kita didunia lagi. Allah Maha Bijaksana.

Orang kafir dan munafik termasuk yang fasik tanpa perlu berdoa Allah ta'ala telah berikan apa yang mereka mahu, sebagai contoh rezeki yang melimpah-ruah tetapi sebenarnya rezeki tersebut tidak berkat, tidak mendapat rahmat. Berbanding doa orang Mukmin yang Allah redha dan ada permohonan yang Allah ta'ala tunaikan untuk digunakan dihari akhirat.

Doa orang Islam pula paling banyak yang tidak makbul, antaranya sebab anak atau isterinya atau suaminya tidak menurut perintah Allah dan ada yang lebih hebat berani melanggar perintah Allah seperti mendedahkan aurat ditempat awam.

Jadi apabila Allah ta'ala tidak makbulkan permohonan doa kita, kita kena periksa balik semula (buat correction diri) cuba cari apa silapnya kita maka Allah ta'ala tidak makbulkan doa tersebut. Mungkin isteri kita maseh mendedahkan lengannya kepada orang ramai walaupun ada tudong atas kepalanya. Mungkin anak isteri atau suami kita tidak berzikir (mengingati Allah) selepas solat suboh dan selepas solat asar. Kerana banyak kali Allah ta'ala sebut dalam al Quran, 'Ingatlah Aku pagi dan petang.'

Allah ta'ala ada sebut dalam al Quran, 'Ingatlah Aku pagi dan petang nescaya Aku akan mencukupkan.' Tetapi ramai dikalangan kita lepas solat suboh membebel pada anak agar bersegera mandi, segera sarapan untuk pergi sekolah. Atau kita sendiri apabila bangun pagi banyak fikir hal dunia. Hari ini nak masak apa, nak makan apa pagi ni. Atau nak jumpa siapa hari ini untuk kutip hutang atau macamana nak cari wang. Walhal sebaik-baik antara kita bila bangun saja harus bersyukur sambil mengingati Allah ta'ala. Mengingati adakah lagi masa untuk solat suboh sebelum matahari terbit (jikalau solat dirumah). Terbaik lagi ialah risau sebab tak sempat solat berjemaah ditempat azan dilaungkan.

Yakinlah jikalau kita mula berusaha untuk merubah kepada keadaan yang lebih baik InsyaAllah, para Malaikat melihat dan akan memperkatakan tentang kita dilangit sana, 'Si Polan itu sudah bertambah bagus sekarang ini.' dan Allah memberi tumpuan terhadap kita. Waktu itu minta apa saja Allah ta'ala akan beri samaada didunia atau diakhirat.

Akhirnya bukan susah untuk memohon agar Allah ta'ala makbulkan doa kita. Pertama mesti turut segala perintah Allah sebab kita ini hambaNya. Jika kita ada khadam (hamba abdi) pasti dan pasti kita mahu khadam kita mendengar cakap atau arahan kita walaupun kita suruh khadam-khadam itu tidur di kandang kuda, dan kita akan berasa marah jikalau khadam kita itu tidak mahu tidur dikandang kuda. Begitu jugalah jikalau Allah ta'ala larang kita janganlah kita dok tebiang pi buat juga. Allah ta'ala mempunyai jumlah Malaikat yang tersangat ramai untuk mencatat apa sahaja perbuatan, percakapan dan tingkah-laku kita. Ini bukanlah suatu sistem cctv yang dipasang untuk menjaga sebuah bangunan rahsia yang teramat rahsia. Dikatakan jumlah semua makhluk yang ada dibumi termasuk semut, anai-anai, kupu-kupu, lalat serta makhluk dilautan seperti udang yang kecil dan besar, ikan bilis yang halus dan besar, ikan-ikan yang berwarna-warni atau tidak berwarna. Jikalau dicampurkan kesemua makhluk itu jumlahnya, pastilah jumlah Malaikat Allah lebih ramai lagi.


Jadi mulai hari ini marilah kita berusaha agar doa kita senang dimakbulkan oleh Allah ta'ala, Rabb kita yang Esa.



La haula wala quwwata illa billah..~

Sabtu, 14 Jun 2014

Da'i Yang Bisu


Tak pernah terfikir oleh kita bagaimana orang bisu hendak membaca al Quran atau sekurang-kurangnya memahami kandungan al Quran seterusnya hendak mendirikan solat. Tapi hari ini sudah ramai kalangan yang bisu bersama-sama kita memenuhi ruang masjid dalam solat 5 waktu tanpa kita sedar.

Usaha ini dimulakan oleh Pakistan. Oleh kerana isyarat bisu adalah isyarat internasional maka ia mudah difahami oleh semua orang bisu sedunia Masalah Pakistan hendak mengembangkan usaha ini terbantut sebab Pakistan sendiri sentiasa bergolak. Banyak negara didunia tidak memberi visa kepada Pakistan.

Bagi meneruskan usaha ini Pakistan menghantar tenaga pengajarnya ke Malaysia kerana hanya Malaysia yang mampu meneruskan usaha tersebut. Sebab Malaysia lebih dikenali sebagai negara yang suka berdagang dengan negara luar dan mudah dapat visa, setiap kali PM keluar negara setiap itulah rombongan serta perjanjian perdagangan ikut sama. Mereka kata, 'Malaysia Boleh' dimana-mana.

Lagipun orang Malaysia tak kesahkan makan sangat, apa saja orang Malaysia boleh makan, dari spagetti di Italy sehingga Sukimaki di Jepun. (maaf hanya sekadar menyebut nama makanan)

Jadi sekarang ini orang bisu dari Malaysia mudah dapat visa untuk masuk ke Peru, Korea, Ghana, German, Peranchis, Turkministan, Karzikstan, Bolivia, Brazil serta Belarus di Rusia. Mereka menjalankan kempen mengajak manusia bisu kepada Allah. Manusia bisu telah mendapat hidayat dari Allah hasil usaha Da'i yang istimewa ini lakukan.

Di Malaysia sendiri bila ada Ustaz mengajar dalam masjid (kuliah maghrib) ramai jemaah duduk berbual-bual diperkarangan masjid sebab disitu pun boleh dengar sebab ada speaker diluar masjid. Tapi apablla sibisu yang mendapat giliran kuliah maghrib, dalam masjid penuh sesak, tiada seorang pun jemaah yang mahu berada diluar masjid lagi. Dakwah yang mereka sampaikan sangat berkesan sehingga ramai jemaah yang mengalirkan air mata termasuk Imam serta Jawatankuasa masjid yang lain.

Ulama serta Nabi-nabi terdahulu tidak pernah terfikir bahawa akhir zaman nanti sibisu juga akan menjadi Da'i.

La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 6 Jun 2014

Hasan al Basri

Gambar sekadar hiasan sahaja.


Nama lengkapnya ialah Abu Said Al-Hasan Ibnu Abi Al-Hasan Yassar al-Basri. Dia dilahirkan pada tahun 21H (642 M) di Madinah.

Ayahnya yang bernama Yassar. Ibunya bernama Khairah Mahulaf Ummul Mukminin dan pernah menyusu dengan Ummu Salamah (isteri Rasullulah saw).

Pada tahun 37 H, setahun setelah perang Sifin, dia berpindah ke Basrah. Di sinilah dia memulakan perjalanan hidupnya sebagai ulama, seorang yang zahid besar yang amat berpengaruh. Dia meninggal dunia di Basrah pada tahun 110 H (729) .

Dia mendalami ilmu agama islam kepada Ulama-Ulama terkemuka dan dalam rangka itu dia bertemu dengan 70 orang bekas perang Badar dan 300 orang sahabat Rasullulah s.a.w. lainnya. Hassan al-Basri hidup zaman tabiin (generasi selepas sahabat) .

Hasan al Basri memiliki sifat-sifat yang terpuji dan ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam. Suatu ketika Saidina Ali Abi Thalib menemui Hasan yang sedang berbicara di depan kumpulan pengajiannya.  Ali bertanya: "Hai Hasan! Aku mahu bertanya kepadamu tentang dua perkara. Apabila engkau dapat menjawab dua perkara ini engkau dapat meneruskan pelajaran dalam kumpulanmu, kalau tidak engkau akan aku keluarkan dari masjid ini sebagaimana aku bertindak kepada yang lain."

Hasan berkata :"Bertanyalah wahai Amirul Mukminin."

Saidina Ali melanjutkan dengan pertanyaan :"Ceritakan kepadaku tentang kebaikan agama dan yang dapat merosakkan agama. "

Hasan al Basri menjawab:"Kebaikan agama ialah hidup warak dan yang merosakkan agama ialah hidup tamak."

Saidina Ali berkata : "Engkau benar dan sekarang teruskan pengajian kumpulanmu."

Anas bin Malik, Abu Qatadah dan lain-lain yang sezaman memuji Hasan Basri dan mengakui akan keluasan ilmunya, Menurut Abu Na'im Al-Asfahani , Hasan al-Basri adalah orang yang selalu takut dan berduka sepanjang hari, hidup zuhud dan warak sepanjang masa dan tidak tidur dalam keadaan senang kerana mengingati Allah, menolak dunia dan tidak meminta-minta.

Menurut Hasan al Basri bagaimana kita tidak takut kalau , seluruh kehidupan ini kita dipertanggungjawabkan sedang kehidupan itu sendiri amat pendek dan terbatas. Bagi orang yang beriman, kehidupan dunia bukan untuk bersenag-senang , tetapi persiapan dan peningkatan amal soleh dalam diri yang selalu takut (khauf) dan dengan selalu mengharap (raja') akan keampunan dan rahmat-Nya.

Bagi Hasan al Basri , banyak duka dan prihatin di dunia akan memperteguhkan semangat amal soleh, memperkuatkan zuhud dan warak dan menjauhkan diri dari kemurkaan Allah.  Namun semua itu tidak akan benar-benar tertanam dalam diri manusia kalau dia tidak memiliki iman dan ilmu. Iman dan ilmu merupakan suatu kemestian sebagai dasar bagi orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah.

Hasan al Basri selalu berpesan agar manusia selalu berwaspada terhadap dunia seperti ular, lembut sentuhannya dan boleh mematikan. Berpalinglah dari pesonannya dan berwaspadalah. Semakin sesuatu itu mempersona semakin berwaspadalah.

Menurut Hasan al Basri manusia telah mendapat hikmah dari Rasullulah s.a.w. ketika Allah menawarkan kepadanya berupa dunia dan kunci serta isinya tanpa mengurangi sedikit pun kedudukannya di hadapan Allah. Namun, beliau menolak kerana dunia itu boleh mempersonakan dan menipu kehidupan.

Hasan al Basri menghadapi dunia dengan prihatin dan waspada berlaku zuhud dan penuh kesucian menajamkan hati dengan takut dan mengharap kepada Allah setiap waktu.

Secara terang-terang dia membenci sikap kalangan golongan atasan yang hidup berpoya-poya. Di kalangan para sufi dia dimuliakan sebagai salah seorang tokoh suci yang terbesar dan masa awal sejarah islam. Memanglah Hasan al Basri diakui sebagai Guru Besar Kaum Sufi kerana dia mendapat ilmu tasawwuf atau kesufian terus dari  Huzaifah Ibnu Yaman salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang terkenal dengan ketinggian ilmunya. Hasan al Basri meninggal di Kota Basrah pada tahun 110H / 728 M.

kredit: Buku Himpunan Kisah Para Sufi

La haula wala quwwata illa billah..~

Ahad, 1 Jun 2014

Hanya Allah Yang Tahu



Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi muslim atau pun kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah menjadikan kita sebagai seorang muslim. Jadi, kita kena bersyukur atas nikmat ini.

Allah telah menghantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.

Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yang lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tidak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seoarng raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.

Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.


La haula wala quwwata illa billah..~