Jumaat, 3 Februari 2017

Jauh Ker Tak?


Apabila kita hendak berpindah kerumah baru dan kebetulan di kawasan baru yang belum pernah kita masuk sebelum ini pasti isteri kita atau jiran-jiran kita atau kaum kerabat kita akan bertanya berkenaan rumah baru kita itu. 

Antara soalan-soalan yang akan dilontarkan mereka kepada kita atau isteri kita berbunyi begini, 'Err...rumah korang yang baru tu dengan kedai jauh tak?' Atau soalan yang lagi satu yakni soalan yang mashur juga, bunyinya begini, 'Err... dengan sekolah jauh ker dekat?' Inilah soalan lazim yang ada di pemikiran kita. Dam melalui soalan yang terlontar satu persatu dapatlah kita buat andaian tentang tahap keagamaan jiran atau kaum kerabat kita itu.

Soalan yang jarang atau cuma kadang-kadang (macam cerita Nujum Pak Blalang) terpacul keluar ialah, 'Err... dengan masjid jauh tak? Kalau tak jauh alhamdulillah sebab setiap kali azan dapat dengar azan'. Katanya.

Kenapa pula dengan azan? Untung ker kalau masjid dekat dengan rumah kita. Jawapannya memang untunglah mereka yang jarak masjid dengan rumahnya dekat atau sangat dekat sebab setiap kali azan syaitan akan lari terkentut-kentut mencari tempat bersembunyi yakni dalam longkang dalam parit dan dalam tandas. Sebab itu daun p[intu tandas kena tutup sama ada digunakan atau tidak digunakan. Begitulah juga mangkok dalam tandas yang ada penutup hendaklah ditutup supaya syaitan tak mengambil kesempatan dengan terbukanya penutup tersebut untuk menyembunyikan diri. 

Adakah sesiapa antara kita yang suka tandas dalam rumahnya dijadikan tempat persembunyian syaitan ketika lari dari laungan azan? Jika tak suka sila pastikan penutup mangkuk tandas dan daun pintu tandas ditutup sentiasa.

Berbalik kepada rumah baru yang bakal kita pindah, jikalau jaran dengan masjid dekat alhamdulillah. Ini bermakna apabila berlaku kematian kita akan dapat tahu dengan cepat. Apabila ada majlis pernikahan kita juga antara orang yang cepat dapat info. Dan apabila ada sambutan keagamaan kita jugalah yang awal-awal dapat tahu.

Lebih beruntung lagi bagi perempuan yang Allah bagi cuti dan tak boleh ke masjid, dengan duduk dirumah pun dapat dengar ceramah atau kuliah maghrib yang sering diadakan di masjid sebgab pembesar suara bahagian luar masjid dihidupkan bagi memberi peluang sesiapa yang tidak boleh masuk masjid untuk turut sama mendengar.

Namun ada soalan yang langsung tak smart (tak cerdik) dan soalannya ialah, 'Err... rumah baru tu dengan pasar jauh tak?'

Seperti kita semua maklum bahawa diatas muka bumi ini tempat yang paling disukai oleh Allah ta'ala ialah masjid dan tempat yang paling Allah ta'ala tak suka ialah pasar. Pasar termasuklah pasar pagi, pasar malam, pasaraya, mall dan tempat-tempat yang seumpama dengannya.

So, lain kali jikalau nak pindah rumah baru lagi carilah rumah yang dekat dengan masjid jikalau tak ada masjid bergotong royonglah buat masjid ikut saluran yang betul dan jikalau tak mampu buat masjid buatlah surau. Mudah-mudahan usaha dan pengurbanan yang sedikit ini di dalam usia yang singkat akan menjadi asbab Allah redha atas kita.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

1 ulasan:

  1. It’s difficult to get knowledgeable folks on this topic, but the truth is be understood as what happens you’re preaching about! Thanks. See what someone likes, comments and follows on Insta with Snoopreport ... No need to download Insta stalker app, Snoopreport Instagram tracker will show photos and videos in the world.

    BalasPadam