Jumaat, 27 Januari 2017

Kesan Meniru



Rasulullah s.a.w. bersabda ;

من تشبه بقوم فهو منهم
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari kalangan mereka".

Demikian ajaran agama kita yang amat indah, orang yang asalnya meniru-niru dan menyerupai saja mirip orang soleh maka dia telah tergolong didalam kalangan mereka. Kerana sesuatu yang asalnya meniru-niru namun lama-kelamaan ia boleh menumbuhkan rasa cinta terhadap orang-orang soleh lalu datang kekuatan untuk mengikuti akhlak, keilmuan dan jejak langkah mereka menuju Allah.


Namun berwaspada untuk tidak meniru dan menyerupai orang yang dimurkai Allah, dikhuatiri dia akan terikut jejak langkah pendosa dan pemaksiat lalu tergolong dikalangan mereka.


Berikut adalah hadis yang boleh kita jadikan pedoman dan pelajaran ;



هذا وقد حكى حكاية غريبة ولطيفة عجيبة ، وهي أنه لما أغرق الله - سبحانه - فرعون وآله لم يغرق مسخرته الذي كان يحاكي سيدنا موسى - عليه الصلاة والسلام - في لبسه وكلامه ومقالاته ، فيضحك فرعون وقومه من حركاته وسكناته ;



Sesungguhnya inilah kisah sebuah hikayat yang pelik, halus lagi ajaib - Bahawasanya bila mana Allah menenggelamkan Firaun dan tenteranya, tidak pula -Allah- menenggelamkan seorang tukang ajuk (pelawak/penglipur lara) Firaun, sedangkan dia berkelakuan meniru Nabi Musa a.s. dalam kelakuannya samada pada pakaian, perkataan dan percakapannya. Di mana gerak geri dan diamnya sekalipun akan ditertawakan oleh Firaun dan pengikutnya.


فتضرع موسى إلى ربه : يا رب ! هذا كان يؤذي أكثر من بقية آل فرعون ،

Lantas Nabi Musa a.s. bertadharru' kepada Tuhannya "Wahai Tuhanku, lelaki ini adalah lebih menyakitiku berbanding pengikut Firaun yang lain" .






فقال الرب تعالى : ما أغرقناه ; فإنه كان لابسا مثل لباسك ، والحبيب لا يعذب من كان على صورة الحبيب ،


Maka Allah berfirman "Tiadalah Aku menenggelamkannya, maka sesungguhnya dia adalah berpakaian sepertimana pakaianmu. Dan kekasih itu tidak akan mengazab siapa yang menyerupai kekasih".
(Hadis Sahih riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud, syarah hadis Mirqatul Mafatih,Mulla Ali Qari, Bab Libas/pakaian, cetakan Darul Fikr)


Maka perhatikanlah, barangsiapa yang menyerupai ahli haq walaupun atas tujuan yang batil, masih berhasil baginya suatu pelepasan azab yang bersifat zahir dan mungkin membawa kepada pelepasan yang maknawi(batin).


Maka, bayangkanlah pula bagaimana pula yang terhasil pada sesiapa yang bertasyabbuh (menyerupai / meniru/memiripi) para Anbiya',auliya', ulama dan orang-orang soleh di atas tujuan memulia dan meninggikannya - yakni bagi maksud menyerupai perwatakan yang bermaruah (terhormat) ?  
Seterusnya melanjutkan bertasyabbuh (meniru) ilmu pengetahuan dalam kearifan ilmu pengetahuan.

.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan