Jumaat, 27 Januari 2017

Kesan Meniru



Rasulullah s.a.w. bersabda ;

من تشبه بقوم فهو منهم
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari kalangan mereka".

Demikian ajaran agama kita yang amat indah, orang yang asalnya meniru-niru dan menyerupai saja mirip orang soleh maka dia telah tergolong didalam kalangan mereka. Kerana sesuatu yang asalnya meniru-niru namun lama-kelamaan ia boleh menumbuhkan rasa cinta terhadap orang-orang soleh lalu datang kekuatan untuk mengikuti akhlak, keilmuan dan jejak langkah mereka menuju Allah.


Namun berwaspada untuk tidak meniru dan menyerupai orang yang dimurkai Allah, dikhuatiri dia akan terikut jejak langkah pendosa dan pemaksiat lalu tergolong dikalangan mereka.


Berikut adalah hadis yang boleh kita jadikan pedoman dan pelajaran ;



هذا وقد حكى حكاية غريبة ولطيفة عجيبة ، وهي أنه لما أغرق الله - سبحانه - فرعون وآله لم يغرق مسخرته الذي كان يحاكي سيدنا موسى - عليه الصلاة والسلام - في لبسه وكلامه ومقالاته ، فيضحك فرعون وقومه من حركاته وسكناته ;



Sesungguhnya inilah kisah sebuah hikayat yang pelik, halus lagi ajaib - Bahawasanya bila mana Allah menenggelamkan Firaun dan tenteranya, tidak pula -Allah- menenggelamkan seorang tukang ajuk (pelawak/penglipur lara) Firaun, sedangkan dia berkelakuan meniru Nabi Musa a.s. dalam kelakuannya samada pada pakaian, perkataan dan percakapannya. Di mana gerak geri dan diamnya sekalipun akan ditertawakan oleh Firaun dan pengikutnya.


فتضرع موسى إلى ربه : يا رب ! هذا كان يؤذي أكثر من بقية آل فرعون ،

Lantas Nabi Musa a.s. bertadharru' kepada Tuhannya "Wahai Tuhanku, lelaki ini adalah lebih menyakitiku berbanding pengikut Firaun yang lain" .






فقال الرب تعالى : ما أغرقناه ; فإنه كان لابسا مثل لباسك ، والحبيب لا يعذب من كان على صورة الحبيب ،


Maka Allah berfirman "Tiadalah Aku menenggelamkannya, maka sesungguhnya dia adalah berpakaian sepertimana pakaianmu. Dan kekasih itu tidak akan mengazab siapa yang menyerupai kekasih".
(Hadis Sahih riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud, syarah hadis Mirqatul Mafatih,Mulla Ali Qari, Bab Libas/pakaian, cetakan Darul Fikr)


Maka perhatikanlah, barangsiapa yang menyerupai ahli haq walaupun atas tujuan yang batil, masih berhasil baginya suatu pelepasan azab yang bersifat zahir dan mungkin membawa kepada pelepasan yang maknawi(batin).


Maka, bayangkanlah pula bagaimana pula yang terhasil pada sesiapa yang bertasyabbuh (menyerupai / meniru/memiripi) para Anbiya',auliya', ulama dan orang-orang soleh di atas tujuan memulia dan meninggikannya - yakni bagi maksud menyerupai perwatakan yang bermaruah (terhormat) ?  
Seterusnya melanjutkan bertasyabbuh (meniru) ilmu pengetahuan dalam kearifan ilmu pengetahuan.

.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 20 Januari 2017

Wirid



Ramai orang yang hadir solat berjemaah di masjid apabila Imam selesai bagi salam mereka terus bangun meninggalkan masjid sebab banyak urusan. Sementelah sekarang ini waktu solat suboh di Kuala Lumpur dah 6:05 minit, selesai solat 6:35 buru-buru nak hantar anak ke sekolah kemudian hantar isteri ke tempat kerja pula, kekadang kena cari sarapan pagi lagi.

Walhal sarapan pagi tak penting jika dibandingkan dengan wirid bersama Imam. Antara wirid yang tidak dapat diikuti ialah istighfar yang biasanya 3 kali dan dengan istighfar secara ijma'i (berjemaah) Malaikat borong dan merayu kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita. Kemudian di ikuti wirid,  

لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير


sebanyak 10 kali ketika solat suboh dan maghrib kemudian di ikuti pula dengan;

الَْلهُمَّ أَجِِرْنَا مِنَ النَّار

yang mana wirid ini adalah memohon Allah jauhkan kita daripada api neraka, memang Allah suka angka ganjil maka itulah sebabnya kira ulang sebanyak 3 kali dan 7 kali pada solat suboh dan maghrib. Allah ta'ala suka kita mintak padaNya dan sebenarnya Allah ta'ala memang sentiasa menunggu-nunggu bila kita nak minta. Rugilah jikalau kita tak mintak sebab, asbab masuk syurga adalah dengan Rahmat Allah bukan dengan banyaknya amal ibadah yang sempat kita lakukan semasa kita hidup didunia ini.

Satu kisah zaman Nabi Musa a.s. telah beramal seorang abid selama 500 tahun tanpa melakukan maksiat kepada Allah walau sedikit pun dan ketika dia telah meninggal maka Allah telah perintahkan dia dimasukkan kedalam syurga dengan Rahmat Allah. Maka abid itu tak puas hati lalu bertanya kepada Allah adakah dia benar-benar dapat masuk syurga hanya dengan Rahmat dari Allah dan bukannya dengan amal ibadah yang telah begitu banyak dilakukan.

Maka Allah ta'ala perintahkan Malaikat keluarkan sebiji mata dan letak sebelah neraca dan sebelah neraca lagi diletakkan segala amal ibadahnya. Keputusannya nikmat yang Allah telah berikan pada sebelah mata untuk melihat itu lebih berat dari amal ibadah 500 tahun. Lalu Allah ta'ala memerintahkan Malaikat mencampakkannya ke dalam neraka. Kemudian si abid merayu agar dia tidak dimasukkan ke dalam neraka.

Jadi, nikmat yang Allah ta'ala telah beri kepada kita selama ini tanpa kita minta sebenarnya tidak mampu kita nak kira. Tak usahlah sebut nikmat makan minum, nikmat pakaian, nikmat dapat guna gajet, henfon, nikmat terbang kesana kemari dengan kadar tambang murah seperti yang ada sekarang, nikmat memperoleh maklumat hanya dengan sentuh gajet pada hujung jari dan berbagai-bagai lagi.

Tapi nikmat dilahirkan di kalangan masyarakat yang sudah sememangnya Islam adalah nikmat terbesar dan dapat pula menjadi umat Nabi akhir zaman yang merupakan Nabi yang paling mulia antara beratus-ratus ribu nabi dan berada diatas dunia ini 1400 tahun setelah Nabi s.a.w. itu wafat. Bayangkan jikalau  Allah ta'ala lahirkan kita sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w. entah-entah kita termasuk mereka yang menentang Nabi s.a.w. maka sudah pasti kita menjadi bahan api neraka selama-lamanya.

Tapi Allah sayang kita, walaupun tergesa-gesa meninggalkan rumah Allah untuk urusan dunia Allah masih pilih kita untuk datang solat berjemaah lagi dan lagi. Rugi pula dikalangan mereka yang Allah tidak pilih untuk datang solat berjemaah. Untuk itu lebih baik kita duduk sebentar tunggu sampai habis wirid serta doa baru fikir dunia.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~


Jumaat, 13 Januari 2017

Sim Kad


Bila sudah ada henfon, canggeh pula tapi simkad takder, tak guna. Ada henfon bagus dan ada simkad tapi berada dikawasan luar liputan tak guna juga. Henfon bagus, simkad pun okey, liputan pun penuh tapi takder kredit tak guna juga. Yang lagi malang semua okey termasuk balance kredit namun dah tamat tempoh aktif. Nak call tak boleh nak sms pun tak boleh so... hanya tunggu orang panggil kita.

Begitulah perbandingan hubungan kita dengan Allah ketika kita beribadat atau berdoa kepada Allah s.w.t. mohon bantuan Allah s.w.t namun kita tidak pasti status ibadah kita, status doa kita sebab kita beriman kepada perkara yang ghaib. Jikalau henfon sudah pasti kita boleh nampak simkad apa yang kita pakai, kita boleh periksa line penuh atau tidak dan boleh semak baki serta tempoh aktif. Jikalau semua dalam keadaan betul maka pastikan nombor yang hendak kita panggil itu betul dan dia pula bersedia terima panggilan kita pasti dia akan jawab panggilan dan kita dapat bercakap selama mana kredit mencukupi...errr... kena pastikan juga bateri cukup atau sediakan power bank standbye.

Dalam melakukan amal ibadah perbandingan ini boleh kita gunakan bagi memastikan amal ibadah kita Allah terima.

Dalam solat jika bacaan al Fatehah tak betul solat tak sah, tapi jika solat secara berjemaah ditempat ada azan dilaungkan Malaikat akan mengumpul kesemua bacaan al Fatehah yang betul dan yang tak betul lalu memperbetulkan kesemuanya dan diangkat naik. Sebab  itu Nabi s.a.w. suruh kita berjemaah dalam solat fardhu dimasjid, baru sunnah namanya... lagipun kita kan ker Ahli Sunnah wal Jemaah? Maksud disini ialah kita tak pakai simkad tapi kita pakai e-mail beramai-ramai dan send sekali gus, dan Allah lebh suka cara yang itu, sebab ada hadith Nabi s.a.w. bagitau solat 2 orang lebih Allah sukai dari 1 orang secara infradi, dan solat 4 orang lebih Allah sukai berbanding 3 orang yang berjemaah. Lebih ramai jemaah lebih Allah sukai.

Persediaan kita dalam melakukan amal ibadah sama atau hampir sama persediaan kita untuk berkumunikasi dengan orang jauh melalui henfon. Perlu ada henfon yang sempurna, simkad yang masih aktif serta kredit mencukupi, bateri yang cukup dan berada dalam kawasan liputan. Jika kita solat sorang-sorang belakang stesen minyak (lainlah musafir) bermakna kita berada diluar kawasan liputan. Solat sah namun ganjaran kurang.

Dalam berdoa pun perkara yang serupa perlu kita perhatikan. Adakah makan pakai kita halal, adakah kita terjun kedalam doa kita itu atau kita hanya menyebut doa yang telah bertahun-tahun kita sebut seperti orang yang kena demam panas, meracau-racau fikiran kemerata tempat dan adakah kita buat dakwah seperti yang Allah perintah. Sekurang-kurangnya kita ajak jiran kita sama-sama kemasjid. 'Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang mendirikan solat dan berpesan dengan pesan yang hak serta sabar'. Jikalau kita ada mengajak orang lain bermakna kita sudah berdakwah dan bila kita sudah berdakwah maka genap 3 perkara yang digariskan ulamak maka doa kita kabul.

Dalam solat pula kita kena pastikan pakaian bersih lagi halal, wuduk sempurna, berdiri betul dalam saf, rapat bahu membahu, keadaan jari dan tangan dalam setiap rukun berada dalam betul, tawajjuh dalam setiap sebutan agar tidak merayau ketempat lain meninggalkan jasad mengikut pergerakan makmum. Jika ini berlaku samalah kita dengan orang yang meracau ketika demam panas. Solat kita sah tapi darjat tak cukup tinggi.

Apa-apa yang baik datang dari Allah dan kelemahan dari saya.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~







Jumaat, 6 Januari 2017

Orang Mukmin

Surah al Mukminun.

Selalu kita dengar perkataan mukmin tapi kita tak berapa faham apa maksud perkataan mukmin yang sebenarnya. Apa beza orang Islam, orang Mukmin dan orang Beriman. Ya... sebenarnya Allah s.w.t. telah jelaskan untuk kita mudah faham dalam al Quran dengan surah al Mukminun. Surah ini diturunkan bertepatan dengan keadaan solat pada zaman Rasulullah s.a.w. dimana dalam solat boleh pandang sana pandang sini serta menjawab salam. Setelah turunnya ayat ini maka tidak ada lagi percakapan lain dari percakapan didalam solat sahaja. Tapi kali ini kita bukan nak cerita pasal solat tapi pasal mukmin.

Kita juga sudah banyak kali dengar satu hadith yang maksudnya berbunyi,' Doa adalah senjata orang Mukmin'. Ini hadith memang popular. Dan dalam hadith ini disebut orang Mukmin bukannya orang Islam. Jadi orang Islam janganlah perasan sangat dengan hadith ini sebab maksud hadith ini bukan untuk ko rang.

Seperti yang dijelaskan dalam surah al Mukminun bahawa yang berjaya dunia dan akhirat adalah orang Mukmin, yakni mereka yang solat dengan khusyuk. Jadi jikalau kita nak jadi orang Mukmin pertama kena ada solat khusyuk seperti dalam ayat kedua surah tersebut. Seterusnya kena ada sifat sentiasa menjaga lidah yakni jaga setiap perkataan, juga termasuk dalam maksud ayat ketiga disini ialah menjauhkan diri dari perkataan serta perbuatan yang tidak berguna.

Memang mudah untuk menjadi seorang Mukmin sebab Allah sudah atur ciri-ciri orang Mukmin dalam al Quran dan al Quran boleh dilihat dan dibaca secara percuma dalam semua surau dan masjid di Malaysia, so tak perlu bayar pakar motivasi untuk membuat jasbah sampai tahap kita dapat menanam sendiri azam untuk diri sendiri untuk menjadi orang Mukmin. 

Ayat seterusnya ayat yang ke empat bermaksud,'Dan orang yang sentiasa menunaikan zakat', ceewahh... very simple kan!! siapa yang tak bayar zakat tu maknanya bukan orang Mukmin dan doa dia tidak kabul walaupun dia dah buat solat hajat panggil orang masjid datang rumah dia bagi makan dan doa panjang-panjang tapi tak mustajab dek kerna tak bayar zakat. Sebab itu kalau mahu doa mustajab ajaklah beberapa orang Mukmin datang kerumah jamu mereka makan dan mohon agar mereka berdoa bagi pihak kita pasti Allah kabul. 

Tapi biasanya kita ini melihat kedudukan dan paras rupa juga. Kita akan melihat Imam itulah yang lebih baik baca doa dari bilal yang berserban besar tersebut, itu kita yang buat andaian, kita yang buat penilaian sebab kita anggap kita pandai buat pemilihan siapa-siapa yang sesuai untuk memimpin bacaan doa, sedangkan mereka yang sangat makbul doanya sedang bersembunyi dibelakang sana.

Ayat kelima pula menyebut termasuk mereka yang menjaga kemaluannya. Hari ini kita dapat melihat terlalu ramai orang mempamirkan kemaluan mereka . Baik si lelaki maupun si perempuan tidak malu-malu makan sambil berdiri atau sambil berjalan bahkan ada yang makan dan minum dengan tangan kiri. Mereka sudah tiada rasa malu dan oleh kerana malu itu telah beransur-ansur pergi dari mereka maka kemudian nanti dengan lidah mereka pula terpacul perkataan-perkataan yang memalukan. Lihatlah saja pakaian mereka, Allah perintah perempuan tutup kepala mereka sehingga paras dada mereka selak tepi sikit dan pinkan pada bahu kiri atau kanan bagi menampakkan juga perhiasan yang sepatutnya disembunyikan. Jadi bagaimana doa kita nak makbul.

Dan ayat ke enam menyebut,'Kecuali keatas isteri-isteri mereka atau hamba yang dibawah kuasaannya, mereka inilah yang kesuciannya tidak tercela'. Ini Allah ta'ala yang sebut, so siapa kita nak memandai-mandai mentakrifkan orang lain sebelum kita perhatikan betul-betul empat lima perkara yang telah disentuh dalam ayat awal surah al Mukminun.

Nabi s.a.w. pun dah sebut bahawa kusyuk dalam solat akan mula-mula diangkat dimana sehingga dalam sebuah masjid tidak terdapat seorang pun yang khusyuk...errr... termasuk Imamnya, patutlah masa nak raya dulu bila lepas solat satu orang mulakan dialog berkaitan pembakaran mercun yang terlalu awal sedangkan puasa baru 2 hari lantas ramai yang menyampuk termasuk Imam sebab jika semua mereka khusyuk pasti tidak terkesan dengan bunyi mercun atau bunga api tersebut. Adooii... kantoi rupanya.

So...sekarang kita sudah tahu sikit-sikit bagaimana yang dikatakan orang Mukmin atau Mukminat. Bolehlah kita usahakan untuk menjadi Mukmin sejati, banyakkanlah membaca al Quran, kurangkan bercakap perkara tidak berfaedah terutama perkara dunia dan banyakkan percakapan untuk membesarkan Allah s.w.t. InsyaAllah pasti kita akan tergolong dalam kalangan orang Mukmin. Setelah dapat capai tahap orang Mukmin barulah kita akan belajar pula untuk menjadi orang Beriman.

Orang beriman ini sebenarnya ditakuti oleh syaitan serta jinn. Kalau setakat solat awal waktu secara berjemaah di masjid dan tak pernah tertinggal takbiratul ula selama lebih 40 hari dah bertahun-tahun setan dan jinn tak heran. Anda sebenarnya hanya seorang abid @ ahli ibadah, bukan orang Mukmin dan bukan orang Beriman. Baca balik semula al Quran dari mula sampai habis. Alahai bukan banyak mana pun cuma 604 halaman, dalam tempoh 40 hari pasti boleh qatam dan pasti jumpa apa orang beriman dan apa orang mukmin serta banyak lagi.

Jikalau kita mendapat sepucuk surat dari Istana Raja dan surat tersebut mempunyai 12 halaman pasti kita akan baca berulang-ulang sebab itu surat dari Raja atau Sultan yang ditujukan kepada kita. Bukti surat itu dari Raja ada pula cop mohornya. Tapi kita ada al Quran yang memang daripada Raja segala Raja, tapi kita malas baca dan tak ambil pot.

Marilah kita perbaiki diri kita sendiri @ islah diri, mudah-mudahan Allah ta'ala akan memberi taufik dan hidayah kepada kita serrta dapat kita amalkan mana-mana bahagaian yang baik serta dapat sampaikan kepada yang tidak menemui perkara itu.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~