Jumaat, 12 Ogos 2016

Kejayaan Dalam Poligami

Gambar cuma hiasan sahaja.

Pagi ini Tok Wan pilih tajuk 'Kejayaan Dalam Poligami', ini membawa maksud kejayaan untuk dunia dan untuk akhirat. Sebelum menyentuh secara serius berkenaan poligami elok juga kita berseloroh sedikit tentang satu kisah yang juga berkisar kisah poligami.

Konon seorang Ustaz yang bertugas disebuah institusi pengajian tinggi telah mempunyai 3 orang isteri tanpa pengetahuan isteri yang pertama. Ini bermakna isteri kedua dan ketiga memang tahu yang mereka adalah isteri kedua dan ketiga kepada Ustaz tersebut. Pada satu hari Ustaz tersebut telah menamakan isterinya yang tua yang bergelar Ustazah untuk memberikan ceramah dalam satu perhimpunan yang diadakan di institusi tersebut dan tajuk ceramah adalah tajuk pilihan Ustaz itu. Tajuknya sama macam tajuk yang diatas, Kejayaan Dalam Poligami.

Sedang Ustazah menyampaikan ceramahnya tetiba bangun seorang wanita muda sambil angkat tangan seperti hendak bertanya soalan kepada Ustazah tersebut. Ustazah mengizinkan sambil memberi isyarat agar mendapatkan mikrofon.

'Selepas memberi salam wanita muda itu menjelaskan bahawa beliau hanya ingin membuat pengakuan tentang poligami, katanya.' Memandangkan Ustazah telah menjelaskan kelebihan poligami dan keindahannya maka eloklah saya membuat pengakuan disini. Tanpa pengetahuan isteri pertama beberapa tahun dahulu saya telah menjadi isteri yang kedua kepada seorang Ustaz dan saya minta maaf sekali lagi bukan niat saya untuk menyakiti hati sesiapa, seperti yang Ustazah jelaskan sebentar tadi bahawa jodoh, rezeki dan maut Allah tentukan dan bila kita tidak redha kepada perkara yang berlaku ini berarti kita tidak redha apa yang Allah ta'ala telah tentukan'. Ustazah itu tersenyum sambil berkata, 'Benar'.

Selanjutnya wanita muda itu menambah,'Ketahuilah Ustazah bahawa tanpa pengetahuan Ustazah, Ustazahlah isteri pertama kepada suami saya itu.' Tetiba Ustazah itu jatuh pengsan. Beberapa orang yang berada dibarisan hadapan meluru bagi memberikan bantuan termasuk wanita muda itu.

Setelah sedar dari pengsan Ustazah tersebut memandang kewajah wanita muda yang menjadi madunya dengan begitu lama kemudian tanpa diduga Ustazah tersebut telah menarik lengan baju wanita muda itu menyebabkan wanita muda itu terhenyak kearah dada Ustazah itu dan mereka berpelukan sambil menangis. Semua yang hadir bertepuk tangan tanda genbira dan ada yang mengalirkan air mata. Setelah keadaan agak tenang maka Ustazah tersebut meneruskan ceramahnya dengan ditemani oleh madunya disebelah, mereka nampak begitu akrab.

Setelah beberapa ketika kemudian bangun pula seorang wanita muda sambil mengangkat tangan seperti ingin bertanyakan soalan. Dengan isyarat Ustazah meminta wanita muda itu mendapatkan mikrofon. Setelah memberi salam dan pendahuluan ampun maaf maka terpacullah suasana pilu. 'Sebenarnya saya adalah isteri ketiga kepada seorang lelaki yang juga bergelar Ustaz. Tanpa pengetahuan isteri kedua dan pertama kami telah berpoligami sekian lama dan kini mempunyai seorang cahaya mata. Untuk pengetahuan Ustazah dan madu Ustazah, sebenarnya suami Ustazah dan madu Ustazah itu adalah juga suami saya sejak tiga tahun yang lalu.'  Lalu Ustazah dan madunya itu rebah dan pengsan.

Setelah sedar mereka bertiga berpelukan. Hadirin yang rata-rata dalam dewan itu terdiri dari kaum wanita bertepuk tangan dan ramai yang mengalirkan airmata. Setelah suasana reda Ustazah meneruskan ceramahnya lalu seorang lagi wanita bangun sambil mengangkat tangan. Lalu mereka bertiga madu itu pengsan. Setelah sedar dari pengsan didapati mereka wanita keempat ada berhampiran mereka lalu wanita tersebut bersuara dalam keadaan sebab. 'Saya minta maaf, saya belum berkahwin... maksud saya berdiri tadi cuma nak minta izin hendak keluar meninggalkan majlis sekejap bagi urusan tandas.' Adooiii... lega rasanya ketiga-tiga orang madu itu.

Namun isi kandungan ceramah Ustazah itu memang cukup menarik kerana dia dibantu oleh suaminya bagi persediaan tajuk tersebut. Antara isi yang menarik:...

1. Dengan mempunyai madu dan apabila giliran suami tidur dirumah isteri kedua maka isteri pertama boleh membuat lebih amal ibadah tanpa batal wudu'. Mereka boleh baca al Quran sebanyak mana yang mereka mahu dan boleh bangun tahajud sambil zikir atau baca Quran.

2. Sedangkan tanpa poligami isteri sentiasa batal wudu' apalagi lebih mujahaddah untuk bangun tahajjud sebab nak kena mandi wajib dulu.

3. Jikalau tidak untuk mandi wajib pun ketika bangun tidur masjid sudah laungkan azan si isteri terpaksa mendahulukan suami untuk kegunaan bilik air, setelah suani pergi masjid barulah isteri pula masuk, itupun tak boleh lama-lama sebab lepas itu anak-anak pula nak masuk mandi nak pergi sekolah. Lepas solat cepat-cepat kedapur sebab anak-anak hendak kesekolah dan suami akan pulang untuk bersiap-siap ke tempat kerja.

4. Dengan adanya dua atau tiga madu berarti bertambah banyak peluang isteri untuk beribadah dirumah tanpa batal wudu'. Dan satu perkara yang paling utama yang ramai perempuan tak sedar. Mereka selalu berkata, 'Aaalahhhh... satu isteri pun korek sana korek sini nak bagi cukup makan pakai, ada hati nak kawin dua tiga.' Itu kata mereka sebenarnya rezeki Allah ta'ala yang bagi bukan suami kita, suami hanyalah orang yang diamanahkan untuk menyampaikan rezeki tersebut. Ia pemegang amanah, lagi banyak tanggungannya lagi banyaklah amanah yang akan di tanggung olehnya.

Apabila poligami diamalkan dengan sebaik-baiknya pasti Allah suka dan bila Allah suka pasti Allah limpahkan RahmatNya. Satu contoh di Ghana suatu ketika dulu kerajaannya mengeluarkan arahan agar semua lekai muda berkahwin empat dan semua lekaki yang sudah tua berkahwin dua maka selepas beberapa tahun Allah taa'la telah mendatangkan minyak yang cukup banyak dinegari Ghana tersebut sehingga dengan adanya minyak itulah tercetusnya perebutan maka terjadi pula peperangan saudara.

Begitu juga dengan Ghambia di Afrika juga, rakyatnya telah mengamalkan poligami sejak lama dulu dan disana tiada masalah Aids, tiada inflasi, tiada perang abhakan masjid-masjid disan sentiasa makmur sentiasa imarah.

Berpoligami bukan perkara lawak. Di Malaysia kita ini apabila sebut kawin dua atau tiga atau empat maka dengan cepat orang senyum atau ketawa seperti pelik. Cuba kita ubah fahaman kita bahawa poligami adalah perintah Allah. Kita sudah lihat sendiri jumlah perempuan lebih ramai dari jumlah lelaki dimana-mana sahaja. Di institusi pengajian tinggi nisbah 1 untuk 20 ke 30 perempuan. Di dalam pejabat kerajaan atau swasta 1 untuk 5 hingga 10 perempuan. Oleh kerana ramai perempuan dibandingkan lelaki maka elok sangat kita ubah enakmen keluarga Islam negeri masing-masing bagi memudahkan poligami.

Negara China yang sejak lama dulu menghadkan jumlah anak bagi satu-satu keluarga tidak henti-hentinya Allah ta'ala hantar bala dan bencana, saban minggu ada sahaja berita banjir, lombong arang-batu runtuh, tanah runtuh, ribut taufan dan berbagai bencana lagi. Mereka tidak yakin bahawa setiap anak yang lahir itu Allah ta'ala telah tentukan rezekinya. Kita lihat ikan di Laut China Selatan yang jumlahnya bertri-trilion itu bukan Negara China yang bagi makan bahkan Allah lah yang bagi makan.

Apabila berpoligami baru dapat kita rasai kehebatan Allah, dua, tiga dan empat isteri dengan jumlah anak yang ramai kita masih mampu bagi makan sebab bukan kita yang bagi tapi Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap kita, keyakinan inilah yang dinamakan iman dan iman inilah yang hyendak kita bawa ke kubur dan Mahsyar.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan