Jumaat, 5 Ogos 2016

Bencana

Gambar sekadar hiasan

Ada disebutkan dalam hadith Nabi s.a.w. bahawa antara tanda-tanda hampir terjadinya kiamat ialah berlaku banyak bencana. Bencana pula tidak semestinya bencana alam. Dalam al Quran pula Allah ta'ala berFirman yang lebih kurang maksudnya tangan-tangan manusia yang menyebabkan terjadinya kerusakan dimuka bumi.

Sebagaimana kita dapat lihat melalui kaca tv terutama berita dunia hampir setiap mingguy ada saja bencana berskala besar berlaku dibeberapa negara tertentu. Kita lihat China ada selalu berlaku banjir besar, tanah runtuh serta lombong arang batu runtuh. Memang itu adalah tangan-tangan manusia sendiri yang menyebabkan berlakunya hal tersebut. Bagaimana pula ribut taufan yang memusnahkan banyak rumah? Itu pun tangan manusia juga punya angkara. Bagaimana hal itu berlaku? 

Semua ketetapan sudah dibuat keputusannya dilangit sana. Negara yang banyak mengeluarkan (eksport) barangan yang tak boleh guna lama @ tak tahan lama disamping rakyatnya tidak dibenarkan mempunyai ramai anak maka kita dapat tengok Allah turunkan bencana disana. Disana juga sikap manusia yang hendak menolong orang lain dalam kesusahan hampir-hampir tidak ada, contohnya jika sebuah kereta berhenti tepi jalan dan pemandunya seorang perempuan cantik pasti sangkaan orang ramai bahawa itu adalah perangkap. Jika terlihat seseorang yang baru ditimpa kemalangan jalan raya atau baru menjadi mangsa ragut maka orang ramai tidak berani hendak menolong kerana mereka menganggap itu juga perangkap. Hal-hal yang sebegini Allah memang tak suka maka Allah timpakan kepada mereka azab berupa bencana.

Di Amerika pun sama, cuma caranya berbeza maka puting beliung serta kebakaran hutan yang tidak dapat dikawal dihantar kesana. Namun manusia tidak memahami isyarat dari Allah kerana sebahagian besar dari mereka tidak mengadakan hubungan dengan Allah. Manusia semakin jauh dari perintah Allah semakin ramai.

Manusia yang tidak membuat hubungan dengan Allah ta'ala semakin ramai dan semakin banyak, semakin banyak dan bertambah ramai, tambah ramai. Maka Allah datangkan peringatan dalam bentuk bencana agar manusia cepat sedar kerana Allah ta'ala bersifat Penyayang. Namun manusia tak sedar juga, mereka terus berbuat maksiat. Tak mendirikan solat yang Allah perintahkan pun dikira maksiat juga. Tidak mengambil tahu hal jiran-jiran juga dikira maksiat. Inilah punca berlakunya banyak bencana.

Jika dalam sesuatu kampung itu cuma ada 7 orang yang hendak mengambil tahu hal jiran-jiran sedangkan ada ribuan lagi yang tak kisah dengan 'Hablum minan nas' maka diketika bencana itu datang kepada kampong itu doa orang yang alim, doa ulamak besar pun sudah tidak Allah kabulkan.

Perkara inilah yang kita semua kena usahakan, hablum minan nas dan hablum minallah. Jaga hubungan sesama manusia dan jaga hubungan dengan Allah. 

Menjalin hubungan sesama manusia kita semua tahu atau hampir semua kita tahu, terutama zaman manusia berineraksi melalui talian. Melalui talian kita tahu siapa orang yang sedang kita berhubungan namun tidak semestimya orang itu benar-benar seperti yang kita kenal. Kekadang sangkaan kita meleset disebabkab namanya mirip nama perempuan dan melalui bahasa pengantaranya yakni bahasa Malaysia maka kita membuat andaian dia perempuan dari Malaysia pastinya Melayu kerana namanya mirip nama Melayu. Tapi hakikat sebenarnya dia adalah seorang lelaki bangsa Afrika dari Ghana (contoh). Dengan kemudahan terjemahan google segala bahasa didunia boleh diterjemahkan dalam beberapa saat sahaja. Ini termasuk mengubah tulisan dari tulisan roman kepada tulisan arab parsi atau urdu.

Namun menjalin hubungan dengan Allah tak ramai antara kita yang tahu walhal Allah sebut dalam al Quran berkali-kali, 'ingatlah Aku pagi dan petang, samaada dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri'. Maksud disini ialah Allah beri kita masa untuk kita online dengan Allah melalui zikir. Melalui beberapa hadith dapat kita ketahui bahawa Allah suka kita membuat hubungan denganNya. Hanya dua atau tiga potong hadith sudah memadai dan kita mudah faham dan kita lakukanlah seperti mana yang disebutkan Nabi s.a.w. itu, semua perkara dalam keadaan terkawal. Siapa yang kawal? Pastinya Allah yang kawal, dan bagaimana Allah kawal?

Allah lah yang mengawal setiap sesuatu yang kita lihat maupun tak dapat kita lihat. Walaupun tak ramai antara kita yang tidak berapa kenal dengan Allah, dengan memberikan masa bagi online dengan Allah setiap hari pasti sedikit demi sedikit Allah memperkenalkan zatNya. Perkara utama ialah mendirikan solat, kedua mengeluarkan zakat kerana zakat merupakan pembersih kepada harta pencarian dan seterusnya sedekah dan zikir. Kita sambung lain kali dalam lain keluaran...
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan