Jumaat, 24 Jun 2016

Merebut Pahala

Gambar hiasan sahaja.
 
Dalam bulan Ramadhan ini ramai yang orang berjaya mengumpul pahala orang lain untuk dijadikan pahalanya sendiri. Memang didunia ini kita boleh mendapatkan pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut. Fakta umum bahawa semua manusia yang beragama Muslim adalah bersaudara dan memang mudah memujuk sesiapa sahaja yang berpuasa yang memang sudah datang kemasjid waktu hampir-hampir waktu berbuka puasa. Dengan mudah pula pahala seharian berpuasa orang itu dapat mudah menjelma menjadi dua dan satu untuk orang itu dan satu lagi untuk kita yang menyediakan juadah berbuka puasa untuknya.
 
Tapi dukacita dimaklumkan bahawa petugas masjid yang menyediakan juadah berbuka dan telah mendapat upah berupa wang ringgit tak dapat tawaran hebat ini. Tawaran hebat ini adalah simpanan akhirat dan tak ada buku akaun menunjukkan berapa banyak simpanan yang sudah sedia sebelum dia kembali kekampong asalnya.
 
Sebelum masuk kampong penjaga kampong akan tengok buku akaun amal, jika muncukupi untuk masuk kehalaman kampong maka masuklah dengan bergembira, jika tidak maka akan dihimpun kesuatu tempat yang bukan transit bahkan selama-lamanya, yakni perkhemahan yang amat padat dengan infrastuktur yang teruk.
 
Sebelum sampai kepintu gerbang kampong sianak bertanya kepada siayah minta satu saja lagi pahala dengan alas an dulu semasa didunia sianak telah banyak merasa jasa ayah, namun satu pun tak dapat sebab disana nafsi-nafsin, engkau punya itu engkau punyalah dan aku punya ini aku punyalah. Sisuami juga meminta kepada isteri dan siibu juga meminta kepada anak. Jawapannnya nafsi-nafsi, engkau engkau, aku aku. 
 
Didunia yang sementara ini perkara tersebut tidak begitu. Kita boleh mendapatkan pahala anak kita yang berpuasa, pahala isteri kita yang berpuasa serta pahala sesiapa sahaja yang berpuasa untuk menjadikan pahala tersebut pahala kita. Dengan membuat pengurbanan bahkan kita akan mempunyai akaun pahala yang banyak.
 
Dan untuk mendapatkan lebih banyak lagi pasti pengurbanan ditambah lagi. Bawa tikar yang boleh memuatkan 10 orang kemasjid dan bagitahu Imam bahawa diatas hamparan tikar tersebut Imam dan tetamu yang kita akan pilih akan duduk sebagai raja menunggu waktu berbuka puasa. Semuanya kita sendiri yang uruskan, lkita masak dari rumah berbagai lauk-pauk untuk menjamu mereka, dan patinya lauknya sedap-sedap, buah kurmanya pasti beraneka pilihan dari mutu yang terbaik juga, air minuman berbagai rasa serta warna.
 
Tikar sudah bentang, Imam sudah duduk dan mintalah anak kita temankan Imam berbual dan kita pergi cari siapakah yang akan menjadi mangsa kita dalam memburu pahala tersebut. Bila sudah kenal-pasti orangnya bawalah dudukkan bersama Imam diatas tikar kita. Pergi cari lagi sehingga ruang atas tikar sudah penuh.
 
Jeng-jeng... sampai masa menghidangkan. Hidangkanlah dengan sopan seolah-oleh mereka itu raja. Tanya dia adakah kueh yang kita nak letak dihadapannya itu kegemarannya, adakah lauk yang kita nak letak hampir padanya itu adalah kegemarannya. Sediakan air untuk basuk tangan serta kain atau kertas pengesat. Kalau kita dapat melayannya sepenuh hati dan kesemua mereka berpuas hati pasti esok bila kita buka hamparan tikar mereka akan datang lagi dan pahala-pahala mereka yang kita layan beri makan itu masuk dalam akaun kita.
 
Satu hari kos menyediakan masakan dan juadah untuk 10 orang mungkin RM 300 satu bulan baru RM9k, sama dengan kos pergi haji dengan Tabung Haji (kalau bukan dengan Tabung Haji RM 15k). Jikalau tak mampu untuk tanggung satu bulan buatlah 15 hari, tak mampu buat 15 hari buatlah 10 hari. Ingatlah diakhirat nanti satu pahala pun kita tak boleh dapat dari mereka, bahkan bukan dari mereka, dari anak dan isteri kita sendiri pun kita tidak ada peluang. Kerja sepanjang 11 bulan kemudian kita ambil sedikit dari pendapatan itu untuk kurban pasti tak rugi kerana tawaran yang sebegini hanya ada pada bulan Ramadhan dan hanya diperolehi oleh Ummat Nabi Muhammad s.a.w.
 
Jikalau itu pun tak mampu kita lakukan masih ada peluang untuk tambah akaun kita dari akaun orang lain. Caranya ialah kita intai kawan kita suka juadah apa waktu berbuka dan kita sediakan juadah tersebut samaada kita beli atau masak sendiri dan berilah kepadanya, dah dapat rebut pahalanya tanpa mengurangi pahalanya sendiri. Begitu mudah mendapat pahala.
 
Tapi mereka-mereka yang mempunyai amalan yang tinggi elok berbukalah puasa dimasjid sebab Tk Wan tengok masjid di Kuala Lumpur ini kebanyakannnya dipenuhi dengan orang Indonesia, Bangladesh dan orang fakir miskin saja. Imam-imam, para ustaz berbuka puasa dirumah masing-masing. Kalau Tok Wan nak bersangka buruk mereka berbuka dirumah sebab berbuka dirumah boleh makan apa saja yang kita hendak dan pastinya juadah beraneka, maklumlah Negara kita Negara yang boleh dikatakan mewah juga, stok makanan dari bijirin mencukupi, minyak masak, sayur-sayur impot semuanya mencukupi dan bila-bila masa boleh dibeli dipasaraya, sedangkan dipasaraya Negara tertentu barng-barang itu tidak ada, dan kalau ada pun terhad untuk satu orang satu saja.
 
Bersyukurlah kita diatas limpah Rahmat dari Allah s.w.t. menjadikan kita terlahir disini dan membesar disini serta beragama Islam pula dan lahir dari rahimseprang ibu yang sudah sedia Muslim.Maka atas rasa bersyukur tersebut marilah kita sama-sama buat pengurbanan. Mari kita berbuka puasa dimasjid agar pahala puasa kita itu dapat dimunafaatkan juga oleh orang yang memasak, menghidang, mencuci pinggan dimasjid. Jika kita terus berbuka dirumah maka jadilah kita ini orang yang kedekut, kedekut takut pahala puasa kita diambil orang.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan