Jumaat, 29 April 2016

Mengaji

 

Mengaji membawa dua makna bagi orang di semenanjung. Yang satu ialah membaca atau mentelaah al Quran dan yang satu lagi ialah bersekolah. Bagi orang dewasa di negeri utara semenanjung jika mendapati seseorang kekanak tidak pergi sekolah maka yang di tanya ialah, 'Hang tak mengaji ka harini?'. Dan apabila bertanyakan tahap pencapaian persekolahan seseorang pula soalannya berbunyi, 'Hang mengaji takat mana?. Dan apabila mendapati tahap pendidikan seseorang begitu rendah seperti orang yang tidak berpelajaran mereka akan berkata, 'Orang tak mengaji memang lagu tu.'

Secara keseluruhan perkataan mengaji boleh dipakai dikedua-dua tempat sebab tanpa pendidikan juga seperti orang tak mengaji dan tak baca al Quran juga ialah tak mengaji. Jadi untuk jadi seperti orang yang mengaji kita harus baca al Quran sambil mengambil tahu makna bacaan kita itu. Sekarang ini sudah banyak Quran yang mempunyai terjemahan dalam berbagai bahasa dan Quran yang menterjemahkan mengikut makna perkata setiap patah ayat juga sudah ada. Dengan mudah kita dapat memahami kandungan al Quran.

Jikalau tiada al Quran dalam bentuk naskhah yang mempunyai terjemahan sekarang telah ada pilihan lain yakni download simpan dalam tablet atau laptop atau PC. Tapi kalau dah simpan dalam tablet namun apabila buka tablet games juga yang dicari atau facebook juga yang dicari tiada faedah langsung untuk download dan simpan. Bila nak baca? Samalah dengan yang telah memiliki al Quran yang mempunyai terjemahan jika tak dibaca tak bermakna dan samalah kita dengan orang yang tak mengaji.

Apabila kita baca al Quran sambil memahami makna ayat-ayat tersebut ianya akan terasa enak untuk terus membaca sebab al Quran mempunyai mukjizat sedangkan games atau facebook hanya umpama candu yang akan membuat kita jadi ketageh. Apa tidaknya bangun tidur saja cari tablet atau henfon untuk lihat ada siapa yang hantar wasap. Sepatutnya bangun tidur berwuduk dan 2 raka'at sebelum pergi kemasjid dan selesaio solat suboh zikir smpai matahari betul-betul keluar baru balik rumah.

Jika ini yang berlaku maka sampai rumah samaada waktu pagi atau waktu malam sebelum tidur baca al Quran untuk 3 atau 4 muka surat, in syaa Allah dalam tempoh 12 bulan sudah pasti dapat qatam sebanyak 3 kali. Wahh... hebatlah setahun qatam sampai 3 kali... tak hebat pun sebab ada orang boleh qatam setiap bulan.

Nahh... bial selalu baca dan ambil tahu maknanya maka barulah kita akan faham apa sebenarnya yang Allah mahu kita buat atas muka bumi dan diperut bumi nanti. Allah hendak kita menjauhkan diri kita dari azab kubur dan mahsyar dan titian sirat dan bakaran api neraka. Sebab itu kena baca Quran kena mengaji. Mengaji disekolah tak sama dengan mengaji al Quran. Ramai yang dah pandai tamat pengajian dari maktab dan university namun kehidupan seperti orang yang tak mengaji.

Kita lihat saja anak muda baik lelaki atau pun perempuan di institusi pengajian (perkataan pengajian berasal dari kata mengaji) tinggi, walaupun mereka telah tahu tak solat berdosa, tak tutup rambut (perempuan) berdosa, pakai seluar ketat sehingga menampakkan perhiasan yang tumbuh diatas tubuh badan juga berdosa namun mereka terus berbuat perkara yang sama. Ini menunjukkan perbuatan mereka seperti orang yang tak mengaji.

Tujuan mengaji sebenarnya (kedua-duanya yakni mengaji al Quran dan di institute pengajian) adalah untuk membawa manusia kepada jalan kebenaran. Tapi dilihat mereka tidak berada pada jalan kebenaran. Ramai pelajar yang minum berdiri seperti orang kafir minum akibat pengaruh tv sedangkan minum itu pun dengan tangan kiri sebab ditangan kanan ada henfon. Ini adalah akibat tidak mahu baca atau tidak mahu ambil tahu fasal hadith sedangkan Nabi s.a.w. bagitau pada kita ada 2 perkara yang ditinggalkan Baginda s.a.w. kepada kita yang mana jika kita berpegang pada 2 perkara tersebut maka kita akan selamat didunia dan di akhirat. Dua perkara tersebut ialah al Quran dan hadith.

Sekali lagi kita kata dia tak mengaji sebab tak faham apa yang patut dia buat dan tak buat, apa yang patut dia pakai dan tak patut pakai.

Ini semua berlaku sebab kebanyakan mengejar dunia. Dengan pengajian yang tinggi boleh mendatangkan pendapatan gaji yang tinggi juga dan dengan gaji yang tinggi boleh dengan mudah beli rumah beli kereta dan buat kenduri kawen besar-besaran waktu hendak kawen nanti. Walhal semua itu tak perlu. Yang paling perlu ialah kita mengaji dan memahami apa yang kita mengaji itu. Bila kita faham maka itulah hidayat dari Allah, akan terasa enak membaca al Quran setiap hari sehungga tak terasa jam sudah larut malam.

Baiklah kalau begitu jangan baca Quran hingga larut malam. Lepas solat isyak agak-agak jam 10 atau 10.30 terus tidur, dan jam 4 pagi nanti bangun dan baca Quran, selesai baca Quran dirikanlah solat malam. Cara inilah yang menyukakan Allah dan bila Allah suka maka Allah akan perintahkan  sekelian makhluk yang berada dibumi untuk tunduk kepada kemahuan kita. Mudah saja mengaji biar betul dan istiqamah.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan