Jumaat, 8 April 2016

Memburu

Gambar sekadar hiasan.


Apabila kita disibukkan dengan dunia kita terus lupa tujuan kita dihantar kedunia. Tidak lain dan tidak bukan melainkan tujuan kita dihantar kedunia hanyalah untuk mengumpul bekalan untuk pulang ditempat asal nenak-moyang kita yakni Nabi Adam a.s. di Syurga.

Memang keturunan kita berasal dari syurga dan dengan tipu daya yang dilakukan oleh syaitan laknatullah maka nenak kita yakni Adam a.s. terpaksa turun menjalani kehidupan dibumi.

Dibumi ini kita dihantar beratus-ribu para Nabi a.s. bertujuan bagi membimbing manusia agak tidak melupakan Allah ta'ala. Bukan itu saja bahkan kita diajar untuk mengelakkan diridari gangguan makhluk jahat yakni iblis dan syaitan. Bahkan sebahagian besar dari kita oleh kerana terpesona dengan dunia maka tidal cuba mengumpul bekalan masa yang ada didunia untuk menjalani kehidupan yang kekal di akhirat.

Sebahagian besar dari manusia menjadi pemburu dunia walhal Allah s.w.t. berulang-ulang kali mengingatkan mereka bahawa dunia ini hanya sementara. Melalui suhuf yang diberikan kepada Nabi Ibrahim ada diterangkan perkara ini dan dalam suhuf untuk Nabi Musa a.s. pun ada perkara yang sama diberi peringatan. Di dalam al Quran yang mulia peringatan tentang perkara kehidupan didunia yang singkat lebih jelas diberi penumpuan dan ulangan.

Dalam satu hadith qudsi Allahs.w.t. berfirman yang mahfumnya lebih kurang,'Jikalau dunia ini bernilai umpama sebelah sayap lalat pasti Aku tidak memberi minum kepada si kafir walaupun seteguk air.' Jadi maksud sebenarnya ialah bahawa dunia ini langsung tidak bernilai bagi Allah. So.... buat apa kita nak sibukkan diri kita mengumpul kekayaan dan harta dunia. Sepatutnya kita berusaha mengumpul harta untuk akhirat sebab akhirat kekal abadi. Dn Allah berfirman dalam al Quran yang mahfumnya,'Kami jadikan maut itu ialah untuk menguji antara kamu siapakah yang lebih baik amalannya.'

Kita mendengar berita ancaman dalam al Quran serta hadith Nabi s.a.w. bahawa bagi mereka yang banyak berbuat dosa lagi mengingkari perintah Allah akan menerima azab yang amat pedih. Sebenarnya azab bukan kesakitan. Kesakitan sebenar hanya didunia sedangkan azab ialah penderitaan yang teramat yang harus ditanggu8ng seseorang itu dan azab sedemikian akan bertambah dari hari kehari tanpa ada maut, tanpa ada maut, tanpa ada maut.

Didunia ini jikalau kesakitan yang teramat sangat maka maut sudah pasti menjemputnya. Namun diakhirat maut sudah tiada, nyawa kekal berada pada jasad walaupun jasad itu di rendam dalam air nanah dan darah yang panasnya melegak 70 kali ganda dari kepanasan legakan didunia. Dan setiap kali anggota badan rosak samaada dipukul atau dipotong atau digunting maka setiap itu pula anggota yang rosak pulih dalam keadaan asal dan terus dan terus lagi menerima azab sehingga cukup tempoh azab yang dikenakan. Contoh azab bagi orang yang meninggalkan solat asar dengan sengaja akan direndam dalam neraka selama 80 tahun walhal 1 hari akhirat menyamai 1000 tahun dunia dan jika 80 tahun akhirat bermaka masa untuk menerima hukuman dineraka akibat meninggalkan satu solat asar saja mencapai 240 juta tahun lebih.

Jadi dengan tempoh masa yang ada ini kita mesti memburu khazanah kebajikan, amal-amal yang soleh agar semua harta tersebut bertukar menjadi nur yang akan menerangi kegelapan dalam kubur, kegelapan dalam mahsyar dan kegelapan dalam perjalanan titian sirat.

Namun perburuan kita dibantu dengan kedatangan para Nabi a.s. serta kedatangan Nabi yang terakhir yakni Muhammad s.a.w. yang memberi tips yakni panduan ringkas menyelamatkan diri serta keluarga dari azab neraka. Antara perkara yang di beri perhatian bersungguh-sungguh ialah solat. Melalui solah saja Nabi menerangkan bahawa siapa yang istiqomah menjaga solah 5 waktu akan mendapat 5 pelepasan. Pertama mendapat keberkatan rezeki, kedua diangkat azab kubur, ketiga menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan, ke empat melintas titian sirat sepantas kilat dan yang kelima masuk syurga tanpa hisab.

Inilah yang harus kita buru. Kita tambah lagi dengan solat-solat sunat. Begitu juga puasa dalam bulan Ramadhan perlu kita tambah dengan puasa-puasa sunat. Perbanyakkan zikir yakni menyebut nama Allah secara berulang-ulang. Mudah-mudahan pada akhir kalam kita menjadi orang yang dapat menyebut kalimah, 'La illaha ilallah, Muhammad Rasullallah,' jika ini dapat kita sebut maka wajib syurga bagi kita. Selamat berburu.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan