Jumaat, 1 April 2016

Fatamorgana

Nampak seperti air dihadapan sana namun hakikat sebenarnya hanyalah fatamorgana.
 
Ada orang mengibaratkan hidup didunia ini umpama pelayaran dengan sebuah kapal besar dan singgah disebuah pulau bagi mengambil bekalan air dan makanan. Pulau itulah dunia kita, sedangkan perjalanan seterusnya adalah alam yang kekal abadi yang bakal kita tempoh selepas kapal melengkapkan keperluannya dipulau persinggahan yang hanya sementara. Namun ada yang telah merasa jatuh cinta dengan pulau, walhal Tanah besar lebih indah lagi. Maka tinggallah mereka yang jatuh cinta dengan pulau yang tidak merasai nikmatnya Tanah besar atau alam baqa.
 
Ada pula yang memberi kiasan dunia ini umpama fatamorgana, Nampak nikmat bagai air jernih dihadapan dan kita terus berusaha mendekati air tersebut walhal air itu bukan air sebenarnya ia cuma baying dari bahang panas dek matahari. Bahang panas inilah yang menyamar menjadi seperti air di penglihatan mata. Jadi pengamatan sebenarnya bukanlah dengan mata yang kita ada ini tetapi pandangan hanya dapat dilihat dengan mata fikir dan mata hati.
 
Dunia ini juga sebenarnya adalah tempat rintihan. Tempat manusia merasai kesakitan, kemiskinan, kelaparan serta penderitaan. Jadi kita akan terus merintih dan merintih walhal Allah sedang menguji kita, siapakah diantara kita yang lebih baik amalannya untuk dimasukkan kedalam kehidupan yang selesa yang tiada kelaparan, kesakitan, keperihan atau penderitaan bahkan ianya penuh nikmat yang kian bertambah dari hari kehari sedangkan ianya juga tidak akan berakhir buat selama-lamanya.
 
Inilah tujuan Allah menjadikan manusia dan jin yakni untuk beribadat kepada Allah dan dalam masa yang sama menerima ujian demi ujian, dimana dengan ujian itu juga Allah meninggikan darjat kita.
 
Kehidupan ini juga pernah dikatakan umpama mimpi dan apabila kita dibangkitkan kembali pada hari qiamat kelak baru kita benar-benar sedar bahawa kehidupan didunia dulu cuma mimpi singkat.
 
Berdepan dengan alam akhirat barulah kita dapat merasakan bahawa itulah kehidupan sebenar dan lebih baik dari kehidupan yang didunia dulu dimana setiap perkara baik walaupun kecil sekecil zarrah akan mendapat balasan dan keburukan walau sekecil hama juga akan mendapat balasan buruk.
 
Tahu-tahu bila tersedar dari mimpi kita benar-benar sedar bahawa sebenarnya kita sedang mengalami transit (macam transform juga la) kepada kehidupan sebenarnya.... ini baru REAL.
 
Congak punya congak baru kita faham nikmat menta'ati perintah Allah semasa kehidupan didunia dahulu. Nikmat solat menghadapkan wajjah kearah qiblat. Nikmat menikmati juadah lazat sambil menghadap kearah qiblat. Ia adalah biasan dari nikmat berbuka puasa dimana kita memperolehi 2 nikmat. Cuba bayangkan nikmat ketika kita menunggu lagi 2 atau 3 minit sebelum sampai waktu berbuka yang sebenarnya. Dihadapan mata pula sudah tersedia juadah yang lazat pilihan kita sendiri selepas sepetang meninjau di bazar Ramadhan. Apabila tiba sahaja waktu berbuka pasti seronok terutama waktu kita dizaman persekolahan dahulu. Begitu juga waktu nak raya. Namun bagi mereka atau kita yang tak puasa atau pura-pura puasa kita tidak akan dapat nikmat tersebut. 
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan