Jumaat, 26 Februari 2016

Lapar

Gambar sebagai hiasan sahaja dan memang ada kena mengena dengan tajuk.
 

Jumaat lepas 19hb Febuari lebih kurang jam 11.00 pagi  ketika aku turun dari tren dan berjalan diatas jejantas untuk ke Pekan Sungai Besi ada orang ikut dibelakang aku. Selesai turun dari jejantas tersebut terdengan suara, 'Assalamualaikom syeh'. Segera aku berpaling dan menjawab salamnya. Seorang anak muda membawa beg galas menghulurkan tangan untuk bersalam denganku. Dia bersalam denganku dan cium tanganku. Biasalah orang muda bila jumpa orangtua yang berjanggut macam aku ni selalunya salam dan cium tangan. Aku pun terus bertanya, 'Dari mana nak kemana?' Dia jawab, 'Dari Tangkak nak cari kerja... syeh! Nak minta tolong sikit boleh tak?' Aku dah agak dah. In syaa Allah...tolong yang macaman?'. Saya tengah lapar ni, nak makan duit takder'. Segera pula aku bertanya dan menjawab, 'Nama apa?' 'Azmi' katanya. 'Nak makan tak semestinya ada duit. Yang penting ada barang yang hendak dimakan. Jom ikut pakcik depan sana tu ada kedai makan.

Sambil berjalan kekedai makan akupun masuk jarum. Lapar ni sebenarnya suatu  nikmat yang Allah ta'ala berikan kepada makhluknya. Dengan berlapar kita akan ingat orang yang susah, dengan lapar kita mudah khusyuk dalam solat dan dengan berlapar juga kita akan mudah mengingati Allah. Jikalau berlapar setakat satu hari belum memadai, jaiakalu boleh berlaparlah sampai tiga hari tapi jangan lupa minum air banyak. Berlapar yang sebegini bukan seperti kita berpuasa walhal berpuasa itu lebih baik. Dengan berlapar juga memudahkan kita bangun tahajud waktu sepertiga malam untuk mengadu kepada Allah s.w.t. 'Betul Pakcik', kata anak muda itu.

Suatu hari cucu Rasulullah s.a.w. demam dan kedua orang tuanya bernazar jikalau baik demam kelak mereka akan berpuasa 3 hari. Setelah baik demam maka Ali r.anhu dan Fatimah r.anha pun berpuasalah dengan tidak makan apa-apa waktu sahur sebab tiada makanan dirumah mereka. Memikirkan makanan untuk berbuka puasa maka Ali r.anhu pergi menemui peniaga Yahudi memointa bulu untuk dibawa blik untuk Fatimah r.anha pintal menjadikannya benang. Setelah siap Ali r.anhu membawa benang tersebut kepada peniaga Yahudi tersebut dan menerima upah satu sa'a jagung. Jagung tersebut dibawa pulang dan Fatimah r.anha mula menumbuk tepong untuk dijadikan 5 buku roti. Satu untuk Ali r.anhu, satu untuk Fatimah r.anha, satu untuk Hassan dan Husin r.anhu dan satu lagi untuk hamba mereka.

Setelah pulang dari solat maghrib bersama Rasulullah s.a.w. dimasjid maka saprah telah dibentang dan hidangan sudah tersedia diatasnya. Ketika mereka berlima hendak makan maka pintu rumah diketuk. Seorang Musafir mengadu kelaparan sudah beberapa hari dia dan keluarganya tidak mempunyai makanan. Setelah bermesyuarat maka kesemua makanan tersebut telah diberikan kepada musafir tersebut. Puasa hari pertama berlalu tanpa makan apa-apa ketika sahur dan tiada makanan r dan tidak makan apa-apa ketika berbuka.

Hari kedua puasa lagi tanpa apa-apa untuk dimakan ketika sahur. Benang yang telah siap diserahkan kepada peniaga Yahudi dan satu sukatan sa'a jagung dibawa pulang untuk ditumbok dan dijadikan roti lagi, namun apabila tiba waktu untuk makan maka pintu diketuk lagi. Seorang fakir miskin mengadu sudah beberapa hari dia dan keluarganya tiada apa-apa untuk dimakan. Setekah bermesyuarat maka keputusannya semua makanan diserahkan kepada fakir tersebut. Hari kedua berakhir dengan tiada makan apa-apa waktu sahur dan tidak makan apa-apa waktu berbuka.

Hari ketiga bulu sudah habis dan benang telah siap maka ditukarlah dengan satu sa'a jagung lagi dan dibawa pulang untuk dibuat roti. Tiba waktu berbuka pintu diketuk lagi, kali ini seorang banduan mengadu dia dan keluarganya sudah beberapa hari tidak makan ap-apa. Setelah bermesyuarat maka keputusannya semua makanan tersebut diserahkan kepada banduan tersebut. Berakhirlah hari ketiga dalam keadaan sahur tanpa makan apa-apa dan berbuka tanpa apa-apa untuk dimakan.

Dalam bercerita itu tiba-tiba dah sampai kedai makan milik Haji Kadir yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Sungai Besi. Belum sempat berfikir apa nak makan pekerjanya sudah datang dan tanya apa mau makan. Orang muda itu meminta roti canai dan teh ais, aku minta teh 'O' kurang manis. Sambil menunggu pesanan aku menyambung lagi cerita Ali r.anhu itu.

Hari keempat ketika berada dimasjid waktu solat , Baginda Rasulullah s.a.w. terpandang akan menantunya Ali r.anhu dan memahami apa yang sedang berlaku. Baginda meminta dibawakan kerumah dan apbila tiba dirumah anaknya Fatimah r.anha sedang solat. Selesai solat dilihat oleh Baginda s.a.w.keadaan mata anaknya itu cengkong kedalam menandakan kelaparan dan keletihan yang amat sangat. Ketika itu juga datang Malaikat Jibril a.s. memaklumkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa pengorbanan mereka itu sangat disukai oleh Allah s.w.t. Asbab pengorbanan mereka itu Allah s.w.t. telah menurunkan ayat al Quran yangmana Tok Wan dah tak ingat untuk surah yang mana.

Makanan dan minuman yang dipesan pun sudah sampai aku menyuroh dia makan. Kemudia aku memberi sikit tips yang bukan berupa wang untuknya. Hari ini hari juma'at kataku, sekejap lagi selesai makan pergilah kat masjid Ibnu Khaldun yang sementara tu yang depan Balai Bomba sebab masjid Ibnu Khaldun yang sebenar belum siap, sambil menuding jari menunjukkan kepadanya masjid yang belum siap berhampiran kedai mamak Haji Kadir itu. Disana waktu ini sudah tersedia Nasi Lemak, Mee Goreng, Meehuun Goreng dan pisang yang diimpak oleh saudara kita. Ambillah dan makanlah semuanya halal belaka. Sebelum berpisah aku memberi pesan lagi, 'Lapar itu nikmat dari Allah'.

Selesai bersalam dengannya aku meneruskan urusan untuk hantar tablet yang aku bawa kekedai Bangla yang depan pasar Sungai Besi itu, tabletku tak rosak cuma anakku dah masukkan password dan lupa apa pula apa passwordnya. Upah buka password RM 30, beres.... lepas makan dikedai Mamak Haji Ghani yang sebelah kedai KK itu aku balik ke Desa Tun Razak untuk solat juma'at. Sampai masjid Zaid bin Thabit pisang masih banyak, aku ambil satu sebagai menghargai sedekah orang. Sempurna wuduk azan pun berkumandang. Alhamdulillah cukup masa untuk buat banyak perkara.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan