Jumaat, 19 Februari 2016

Kematian

Gambar sekedar hiasan.



Kita harus sentiasa bersedia untuk mati. Oleh kerana semua antara kita tidak tahu tarikh kita mati maka kitalah yang harus lebih bersedia dari orang lain. Ada  sesiapa yang tahu bila dia akan mati? Namun ada sesetengah orang dimana oleh kerana kedudukannya begitu hampir dengan Allah maka dia tahu bila dia akan mati dan dia boleh pilih cara nak mati. Orang itu melakukan perjalanannya yang beribu-ribu kilometre hanya dengan beberapa langkah sahaja.


Zaman dulu memang kita ada dengar kesahnya tapi sekarang kita tak dengar lagi sebab kita tak ambil kesah perkara-perkara sedemikian. Bagaimana kita hendak ambil kesah? Ambil tahulah apabila ada kematian terutama orang yang alim, orang yang banyak berkurban untuk agama semata-mata kerana Allah. Orang inilah biasanya mendapat tahu bila nak mati dan boleh pilih cara bagaimana hendak mati itu.


Dizaman para Sahabat r.anhum ada yang mati syahid dimedan perang dan ada yang menangis sebab tak dapat mati semasa perang. Bila ditanya kenapa menangis? Dia jawab dia terpaksa mati atas katil macam perempuan walhal dalam zaman Rasulullah s.a.w. dia telah banyak mengikut berperang.


Namun selepas zaman para sahabat r.anhum ada yang semasa matinya ia ketawa. Yang mati dalam keadaan senyum memang banyak. Kenapa mereka tersenyum dan kenapa mereka tertawa.


Ini untuk kali ini kita berkisar kepada kematian orang yang baik-baik saja sebab tak nak tonjolkan kematian orang yang tak baik.... ngeri, sebab ada yang lidahnya terjelir panjang... eyyyy....!!!


Orag yang semasa hidupnya banyak membuat amal kebaikan, maka tatkala saat kematiannya sudah hampir tiba maka Malaikat Izrael akan datang kepadanya dengan wajah yang tampan sambil memberi salam serta memperkenalkan dirinya sebagai Malaikat Maut dan kedatangannya untuk mengambil roh. Denganuh hurmat Malaikat Izrael akan membenarkan orang tersebut menunaikan permintaan terakhirnya sebelum nyawanya diambil. Pastilah bunyinya, 'Izinn aku solat dua rakaat terakhir dan dalam sujudku yang terakhir itu ambillah nyawaku. Maka orang itu pun meninggalkan dunia ini dalam keadaan bersujud kepada Allah ta'ala.


Ada yang tidak berupaya untuk bangun maka tetaplah ia dalam keadaan berbaring maka tatkala Malaikat Maut datang untuk mengambil nyawanya dengan penuh sopan maka  diperlihatkanlah serombongan 500 Malaikat yang mengiringi Malaikat Maut dengan memegang ranting Raihan dan Zafran dan dalam banyak-banyak Malaikat itu ada satu Malaikat yang membawa sehelai sapu tangan warna putih yang teramat Wangi.


Sapu tangan tersebut diletakkan dibawah dagunya dan tatkala nyawanya hampir keluar diperlihatkan pula tempat yang dia akan ditempatkan selepas dia meninggalkan dunia ini. Tempatnya ialah disyurga. Dalam keadaan yang sangat gembira melihat permandangan itulah dia meninggal dunia, dalam senyum atau ketawa sebelum meninggalkan dunia.


Sewaktu manusia memandikan jenazahnya para Malaikat pun turut memandikannya, begitu juga sewaktu manusia mengkafankan jenazahnya para Malaikat juga mengkafankannya. Sampai waktu solat jnazah para Malaikat juga turut dalam solat jenazah itu. Dan ketika manusia mengusung jenazahnya menuju ke Tanah perkuburan para Malaikat yang berjumlah 500 itu berbaris dikiri kanan jalan menuju Tanah perkuburan dengan memegang ranting dari pohon Raihan seolah-olah remaja yang memegang bunga manggar semasa kita jadi pengantin dulu.


Selepas manusia meninggalkan jenazah tersebut dalam kubur dan pulang ketika itulah para Malaikat masuk kedalam kubur itu dan menolak Tanah kubur tersebut sehingga menjadi luas saujana mata memandang. Lalu beberapa buah terowong (lubang) angin yang bersambung sehingga ke syurga menjadikan sejenis angin bayu lembut yang Wangi sampai kepada kubur tersebut, maka lenalah simati itu selama 40 ribu tahun menanti hari kebangkitan. Ketika mana ia bangkit waktu yang panjang itu hanya dirasakan sekadar dua rakaat solat sunat sahaja.


Inilah nikmat sebenar yang kita patut kejar dan nikmat ini tidak akan kita perolehi jika masa didunia banyak kita habiskan untuk dunia sedangkan masa untuk akhirat sedikit cuma.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan