Jumaat, 15 Januari 2016

Tanda-tanda

Gambar sekadar hiasan sahaja.


Tahun 1436 hijrah telah memperlihatkan kepada kita tanda-tanda besar. Salah satu tanda tersebut ialah peristiwa runtuhan kren di Baitullah dan tanda kedua ialah rempuhan di Mina yang menyebabkan banyak kematian.

Kini kita sudah memasuki tahun 1437 hijrah. Dalam al Quran Allah s.w.t. bersumpah dalam surah At Tiin yang mahfumnya, 'Demi buah Tiin, buah Zaitun, bukit Tursina dan Negeri Yang Aman'. Negeri yang aman ini ialah Makkah dan pada akhir zaman Negeri Yang Aman ini pun sudah tidak aman berarti tanda-tanda akan robohnya Ka'abah juga sudah hampir.

Kita lihat hari ini Arab Saudi melancarkan perang terhadap Yamen. Terbaru Arab Saudi memutuskan hubungan Diplomatiknya dengan Iran. Di Pakistan sendiri ramai yang menyokong Arab Saudi dan ramai yang menentang Arab Saudi. Jadi nampak gayanya Riyadh (pusat pemerintahan Arab Saudi) tidak boleh berfungsi menguruskan musyakah dan takaza agama untuk umat Islam sedunia seperti yang diharapkan oleh seluruh umat diserata dunia. Syam (Syria) dalam keadaan menyedihkan, walaupun Russia, Kesatuan Eropah dan Amerika berusaha memulihkan keadaan namun mereka hanya menambah kecederaan pada musyakah dan takaza penduduk Syam. Ramai yang lari meninggalkan bumi para Ambiya' itu menuju dunia yang mereka sangka boleh membawa mereka kepada musyakah dunia lebih baik. Untuk negeri akhirat sebenarnya terus tinggal di Syam adalah lebih baik bagi mereka sebab meninggalkan Syam untuk mencari kehidupan yang lebih selesa sebenarnya mereka akan rugi. Walhal meninggalkan Syam mereka akan menemui kematian dan tanpa meninggalkan Syam pun mereka akan menemui kematian juga. Jadi kematian di bumi para Ambiya' itu lebih baik jika mereka memahami.

Jadi sekarang siapakah yang dapat menguruskan musyakah dan takaza agama umat Islam sedunia? Jawapannya Madinah al Munawarah. Kenapa Madinah al Munawarah? Kerana disitulah maqam yang terpuji, maqam Rasulullah s.a.w. ditempatkan disitu. Dan Imam Mahadi juga akan muncul dari situ.

Kemunculan Imam Mahadi akan memperbetulkan semua umat Islam. Mana-mana Islam yang kabur akan dihapuskan dan hanya tinggal Islam yang tulen yakni Ahli Sunah Wal Jemaah (ASWJ). Dulu Nabi s.a.w. dah bagitau agama yang dibawanya ini akan berpecah kepada tujuh puloh tiga (73) cabang dan hanya satu cabang saja yang akan selamat sampai kesyurga yang lainnya akan ke neraka dan yang satu itu ialah Ahli Sunnah Wal Jemaah. 

Sekarang mari kita lihat adakah kita ini sah sebagai ASWJ. Sebelum itu mari kita fahami apa itu ASWJ. Ahli (A) dalam bahasa lain (Inggeris) ialah member kan? Adakah kita ini member SWJ? 'S' (sunnah) bermaksud ikut cara Nabi Muhammad s.a.w. dan sunnah ini terdiri dari tiga (3 ) pecahan, 1. Surah, 2 Sirah dan 3. Sarirah.

1. Surah bermaksud keterampilan Nabi s.a.w. Soklannya adakah kita ini kelihatan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. yakni keterampiulan kita menyamai keterampilan Nabi s.a.w. ataukah keterampilan kita ini lebih mirip kepada keterampilan yang diiklankan oleh pihak Nasrani dan Yahudi dan media barat? Adakah kita sentiasa menutup kepala kita dengan songkok atau serban atau apa-apa yang biasa orang Islam lain pakai? Atau kita cuma pakai cap seperti orang Nasrani juga? Itu semakan kita yang pertama, mari kita lihat yang kedua.

2. Sirah bermaksud cara hidup Nabi s.a.w. Cara hidup Rasulullah s.a.w. amat sederhana, tempat tudurnya pun hanya tikar yang kasar berbantalkan pelepah kurma yang diketuk-ketuk dan disumbat masuk menjadikan bantal. Baginda s.a.w. makan apabila lapar dan akan berhenti makan sebelum kenyang. Apabila sandal Baginda s.a.w. koyak Baginda sendiri yang akan menjahitnya. Baginda s.a.w. tidak pernah meninggal solat secara berjemaah. Semakan yang kedua ini kita tanya pada diri kita sendiri addakah kita tidak pernah meninggalkan solat berjemaah?

3. Sarirah bermaksud apa yang Nabi s.a.w. fikir. Nabi s.a.w. sentiasa berfiki9r tentang umatnya, tentang takaza agamanya. Adakah kita meluangkan masa kita setiap hari untuk memikirkan takaza agama? Contoh adakah kita memikirkan bagaimana saf-saf dalam setiap masjid diseluruh dunia dapat dipenuhkan oleh setiap lelaki yang telah akal baligh? Adakah kita meluangkan masa untuk memikirkan bagaimana setiap wanita Islam diserata dunia dapat menutup aurat mereka dengan sempurna? Adakah kita meluangkan masa untuk memikirkan bagaimana menjadikan setiap anak-anak menta'ati kedua ibubapa mereka?.

Jika ketiga-tiga sifat Rasulullah s.,a.w. ini tiada pada diri kita bermakna kita ini bulanlah ASWJ. ASWJ lengkap ceritanya ialah Ahli-ahli yang mengamalkan sunnah-sunnah Baginda s.a.w. secara berjemaah. Solat fardhu secara berjemaah (bukan sorang-sorang), makan secara berjemaah (bukan makan sorang-sorang), bersafar secara berjemaah (bukan bersafar atau makan angin sorang-sorang), mendirikan amal ibadah secara berjemaah (berdoa beramai-ramai, berselawat beramai-ramai, berzikir tahlil beramai-ramai). JIka semua ini ada pada kita syukurlah. Jika belum ada berusahalah sebab kehidupan sesudah kematian yang dihadapan ini adalah kehidupan bersama siapa kita berjemaah.

Hanya setakat inilah dapat disampaikan sebahagian tanda-tanda untuk menjalani kehidupan kita untuk menjalani pemikiran kita. Mudah-mudahan setiap yang baik dapat kita amalkan dan sampaikan dan setiap kesilapan itu hanya dari Tok Wan.

.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan