Jumaat, 18 Julai 2014

Umur Kita



Ramai yang berkata umur kita semakin hari semakin bertambah, tapi ramai juga yang kata umur kita semakin hari semakin berkurangan. Kedua-duanya betul bergantung kepada pandangan serta maksud niat masing-masing. Apabila umur semakin berkurang (atau maningkat) maka keupayaan kita atau penyakit kita juga akan semakin berkurang serta semakin meningkat. Itulag maksud umur semakin kurang atau umur semakin meningkat. 

Jalan mudah kita mbil saja istilah umur semakin berkurang. Ini bermaksud apabila umur semakin berkurang maka keupayaan juga semakin berkurang seperti keupayaan mata semakin kurang, tenaga, perjalanan darah, keupayaan jantung mengepam darah, keupayaan urat-urat yang mengalirkan darah juga semakin berkurang. Jadi benarlah kita ini makhluk yang lemah. Hanya Allah yang Maha Kuasa.

Kata ulamak umur kita di negeri akhirat rata-rata 30 tahun kerana sewaktu kita dibangkitkan dengan tiupan sangkakala kedua. Dan keupayaan serta tenaga kita sentiasa berada pada umur 30 itu buat selama-lamanya. Selama-lamanya bermaksud bukan hanya 30 ribu tahun, bukan juga 70 juta tahun bukan juga 900 billion tahun, tetapi kekal yang bermaksud tiada penghujung.

Jadi apabila kita mengimbas kembali umur kita semasa didunia ini yang cuma rata-rata hanya seribu bulan ia teramat kecil jika dibandingkan dengan 30 ribu tahun, atau 700 juta tahun atau 900 billion tahun. Apalagi jika dilihat bahawa umur kita diakhir adalah kekal untuk selama-lamanya.

Maksud saya disini ialah kita akan merasa rugi hidup didunia tanpa membawa amal yang baik untuk negeri akhirat, walhal amal kebaikan yang telah kita hantar untuk persediaan hidup yang kekal dinegeri akhirat itulah yang akan menentukan status kehidupan kita disana. Status kehidupan sebagai orang yang mempunyai 70 buah mahligai yangmana setiap satu mahligai tersebut bersaiz jarak antara timur dan barat (bukan sebesar padang pasir Nairobi di Afrika). Sebuah mahligai yang sangat besar yang mempunyai 7000 bilik dengan dayang-dayang serta bidadari-bidadari dan khadam yang sangat ramai yang sentiasa ta'at kepada perintah kita.

Kehidupan disana sangat menyenangkan, bukan sekadar bunyi-bunyian yang sangat indah, bukan sekadar permandangan yang sangat indah bahkan segala-gala yang berjuta kali ganda lebih baik daripada segala perkara baik serta indah yang ada di bumi ini. Berbagai perkara yang tidak pernah terfikir oleh kita semasa berada didunia. Itulah janji Allah kepada orang-orang yang menta'ati segala perintahNya. Ketahuilah bahawa janji Allah itu adalah benar.

Maha suci Allah yang akan menjadikan kita hidup kekal dinegeri akhirat dengan umur yang kekal sentiasa dalam 30. Tiada demam, tiada istilah sakit perut atau pening. Tiada istilah kencing manis dan tiada segala-gala kepayahan yang pernah kita lalui seperti hidup di dunia ini. Bagi melangsungkallah ta'ala menjadikan pasar untuk kita kunjungi pada setiap hari rabu, maka kita akan berjalan menuju Pasar Rabu dengan di iringi oleh Bidadari-bidadari serta dayang-dayang dan khadam yang ta'at untuk membawa balik apa saja barang yang kita suka dari Pasar Rabu tersebut.

Di hari-hari yang lain kita akan melakukan ziarah. Kita akan ziarah ke mahligai ibu atau ayah kita, kita akan ziarah mahligai atok dan nenek kita dan kita akan ziarah mahligai unyang dan moyang kita. Disana moyang kita yang kebetulan sedang menerima tetamu yakni dua orang sepupunya yang sebelah ayahnya sempat pula di perkenalkan kepada kita, jadi salasilah kita semakin lama semakin tersusun panjang serta kembang naik sehinggalah kepada moyang teratas kita yakni Nabi Adam a.s.

Sememangnya tempoh masa yang tiada penghujung itu kita akan banyak melakukan ziarah. Setiap hari afda sahaja usaha ziarah. Dan jikalau sibuk untuk ingat, kita boleh melantik beberapa orang khadam untuk mengingatkan kita bahawa hari itu giliran untuk ziarah siapa pula dari kalangan keluarga kita. Bukankah sangat lumayan kehidupan disana yang kita perolehi hanya dalam ibadah yang ikhlas kepada Allah cuma dalam 1000 bulan semasa hidup di dunia ini.

Bayangkan jikalau umur 1000 bulan itu kita habiskan tanpa banyak mengingati Allah, atau menderhakai Allah pasti kehidupan kita di negeri akhirat sangat menyeksakan. Allah ta'ala menjanjikan balasan azab yang sangat pedih. Perjalanan 50 ribu tahun semasa di Padang Mahsyar serasa seakan-akan 500 juta tahun dan waktu itu kita memohon pada Allah ta'ala jikalau azab di Padang Mahsyar yang tersangat payah ini tidak usahlah diperkirakan keatas kita dan kita lebih rela terus dimasukkan saja kedalam api neraka. Walhal ahli neraka lebih teramat dahsyat siksanya. Diberitahu bahawa jikalau ahli neraka itu tiba-tiba dibawa dan dimasukkan kedalam api dunia ini nescaya ia dapat tidur nyenyak. 

Boleh kita gambarkan, bukan susah sangat untuk dibayangkan bahawa perjalanan 50 ribu tahun di Padang Mahsyar untuk mencari semula orang-orang yang pernah kita tipu semasa di dunia dengan tujuan meminta ampun sampailah kaki kita reput, terkoyak, bernanah, namun kesakitan yang sebagaimana pun tidak mendatangkan maut kepada kita sebab sudah tiada maut lagi dinegeri akhirat. Waktu itu matahari berada sejengkal diatas kepala sebanyak 12 buah matahari kesemuanya dan lantai Padang Mahsyar itu diperbuat dari tembaga.

Akhirkata sempena 10 akhir Ramadhan yang Allah janjikan didalamnya 'Dijauhkan Dari Api Neraka', marilah kita rebut peluang untuk menjauhkan diri kita, keluarga kita dari azab yang amat pedih itu. Kembalilah menta'ati perintah Allah dan RasulNya, ingatlah segala kebaikan kita dalam bulan Ramadhan ini digandakan sehingga 10 kali ganda. Jikalau solat maghrib berjemaah di masjid biasanya kita dapat 27 ganjaran bermakna dalam bulan ini solat maghrib dimana azan dilaungkan kita akan mendapat 270 ganjaran. Ini bukan bonus ganjaran dari kerajaan dunia tetapi bonus ganjaran dari Raja Segala Raja. Malikiyau middin.

Apa-apa yang tersalah taip atau tulis, disini saya mohon maaf. Setiap anak Adam tak dapat lari dari berbuat dosa.

La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan