Selasa, 2 April 2013

Bila Hati Dan Minda Keracunan



Daripada 'Abdullaah bin Syaqiiq Al-'Aqiiliyy rah.a...: Daripada Ka'ab Al-Ahbaar rah.a., katanya ...... (mafhumnya)..:

Pastilah seandainya daku menangis kerana takut akan Allah swt (min khosyyatillaah) sehingga mencucurkan airmataku di atas pipiku, maka ini lebih dicintai olehku daripada daku bersedeqoh (infaaq) ketulan emas seberat badanku. Dan demi (Dia) yang mana diri Ka'ab berada dalam tangannya, tidaklah menangis seorang hamba kerana takut akan Allah swt sehingga jatuhlah satu tetes daripada airmatanya ke bumi lalu disentuh api neraka (ya'niidia tidak akan disentuh api neraka) buat selama-lamanya sehinggalah kembali semula tetesan langit (ya'nii tetesan hujan) yang telah jatuh ke bumi ke tempat mana telah datang ia, dan ianya tidak akan kembali (ke tempat) itu buat selama-lamanya.

Begitulah kira2nya terjemahan kasar daripada kitab SIFAH AS- SOFWAH (susunan Al-ImaamAl-'Aalim Jamaaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a.), jilid 4, halaman 204.


Mari kita sama2 muhasabah akan diri kita.......

Di antara kita ada yang telah ber'umur 50 tahun ke atas, ada yang 40 tahun ke atas, ada yang 30 tahun ke atas.......dan sebagainya. 


Dalam tempoh waktu 50 atau 40 atau 30 tahun (dan sebagainya) ini, pernahkah SATU TETES airmata kita keluar kerana takut akan Allah swt ?

Kalau keluar air mata kerana hal2 lain, seperti kerana kematian ayah atau isteri / suami yang disayangi, atau kerana sakit akibat luka dan pedih dan sakit2 lain, atau kerana gagal dalam sesuatu perkara atau urusan duniawi, itu adalah lumrah dan tak aci. Saya kira dalam tahap keimanan kita pada hari ini, berserta kegelapan hati yang begitu pekat, adalah amat sukar untuk kita menangis KERANA TAKUT AKAN ALLAH SWT sehingga tercucur airmata walau pun setetes, apatah lagi untuk jatuh ke bumi................!

Bagi Ka'ab Al-Ahbaar rah.a. (dan semestinya bagi kita juga), nilai setetes air mata ini lebih berharga daripada bersedeqoh (infaaq) ketulan emas seberat badan sendiri....!!!Kalau berat badan kita 60 Kg, tentulah ketulan emas yang nak disedeqohkan itu pun 60 Kg juga !!!Makin berat dan gemuk seseorang itu maka makin tinggi pulalah nilai kilonya tu....

Rasa2 untuk tahap kita ini, hampir2 mustahil untuk mendapatkan ketulan emas yang seberat itu walaupun seumur hidup kita bekerja......... sedangkan jika hati seseorang itu suci dan keimananya pula tinggi, bukan setetes, bukan dua tetes, malahratusan / ribuan / jutaan tetes air mata kerana takut akan Allah swt pun boleh dicapai. Begitulah nilainya setetes air mata yang keluar kerana takutkan Allah swt.

Jadi kesimpulannya, benih sebenar kejayaan setiap insan di sisi Allaah swt itu adalah dalam hati dan diri insan itu sendiri, tidak di luar. Sejauh mana insan itu berusaha atas ketinggian / kesucian hati dan nuraninya, maka sejauh itulah pula tahap KEJAYAAN yang akan diperolehinya. 


Bila kita bercakap fasal KEJAYAAN, janganlah kita tersilap arah dan faham pula. Janganlah sampai kita memahami bahawa KEJAYAAN itu adalah bilamana mempunyai kemegahan2 duniawi seperti memiliki banglo2 mewah, kereta2 mewah, banyak asset, banyak tanah, mempunyai anak2 yang memiliki berlembar2 ijazah, masyhur dan dikenali ramai, pangkat itu pangkat ini, pingat itu pingat ini, gelaran itu gelaran ini,.....dan sebagainya.

Kalau inilah arah dan skop pemahaman kita, maka tak ubahlah seperti skop pemaham SEORANG KAFIR !!!

Bagi seorang muslim, sudah tentulah rujukan adalah Al-Quran, As-Sunnah, Aathar Para Sahabat, Para 'Ulamaa` yang mu'tabar,.....dan sebagainya. Untuk itu mari kita memahami erti KEJAYAAN berdasarkan Al-Quraan.



Perhatikan (mafhum) ayat berikut :

MAN YUTI'ILLAAHA WA ROSUULAHUU FAQOD FAAZA FAUZAN 'ADZIIMAN......(SESIAPA YANG TA'AT ALLAH DAN RASULNYA MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERJAYA

DENGAN/SEBAGAI KEJAYAAN YANG BESAR....) [33.71].

Jadi sejauh mana seseorang insan itu dapat ta'at Allah swt dan Rasulullah s.a.w, maka sejauh itulah pula tahap kejayaannya. Dengan perkatan lain, kalau insan itu memiliki segala kebendaan dan kemegahan duniawi (seperti yang disebutkan di atas) sekali pun, tapi dalam hatinya tidak ada TA'AT ALLAH dan TA'AT RASUL, pastilah insan itu dinamakan insan yang GAGAL.

Mari kita perhatikan ucapan seorang sahabat ketika tombak / lembing menembusi dadanya semasa menjalankan usaha agama Allah swt. Sebaik sahaja tombak / lembing terpacak di dada, beliau terus berkata: WA ROBBIL KA'BAH, FUZTU....! 


(Mafhumnya : DEMI TUHAN KA'ABAH, DAKU TELAH BERJAYA...!).

Di sini pun jelas pada kita akan erti KEJAYAAN yang difahami oleh para sahabat r.a. Kejayaan bermakna bila seseorang itu diberi taufiiq untuk menta'ati Allah dan RasulNya. ......meski pun dada tembus memancutkan darah dik pacakan lembing/tombak ! Bagaimana pula kefahaman KEJAYAAN pada benak kita dan pada muslimiin seluruhnya hari ini ?


Adakah sudah jauh menyimpang ? Atau bagaimana ?

Kalau kita perhatikan, sama ada di mana2, di laut mahu pun di barat, di timur atau pun di barat, di negara sana atau pun di negara sini, di tempat kerja, di pejabat, di rumah, dalam upacara2 kehidupan, pada peribadi,..... dan sebagainya, semuanya rata2 pemikiran dan kefahaman kita tentang kejayaan, kebaikan, kemajuan,

kebahagiaan..... dan sebagainya masih dibelenggu dengan bentuk dan pola kefahaman kejayaan disisi orang2 kafir.

Pada peringkat negara misalnya, negara itu dikatakan maju kiranya banyak bangunan yang indah dan besar tersergam, kiranya banyak alat2 yang canggih yang seribu satu macam.....dan sebagainya, meski pun tahap kerohanian dan agama begitu runtuh dan hancur di negara itu.

Begitu pun pada peringkat pejabat, seorang pegawai yang begitu sibuk dan bertungkus dengan projek2 dan agenda2 duniawi, akan dinilai sebagai seorang pegawai yang baik dan maju dan berjaya meskipun dia tidak memberati solat dan segala perintah2 Allah swt yang dalam ertikata yang sebenarnya. Seolah2 agama dan perintah2 Allah swt tidak ada ada kena mengena (atau sedikit sekali) dengan kemajuan sesebuah negara atau kejayaan seseorang itu.

Pada peringkat keluarga dan upacara kehidupan pula, bila kita mahu cari menantu mithalnya, pastilah datang pada benak kita untuk mencari menantu yang ada ijazah dan bergaji besar, atau orang kaya ringkasnya...dan sebagainya, tidak datang pada benak dan minda kita(kalau ada pun sedikit sekali) untuk mencari menantu seorang yang hafiz / hafizah Al-Quran, atau orang 'alim /'alimah, atau seorang yang wara' dan sebagainya.

Lebih dahsyat lagi, bila nak melantik seorang imam di surau atau pun di masjid, kriteria yang digunakan adalah kedudukan atau pangkat duniawi (atau pendidikan duniawi) yang ada pada seseorang itu walau pun latar belakang ilmu agamanya adalah tidak seberapa, kadang2 tu usahkan nak ada sedikit sebanyak pengetahuan nahu dan bahasa 'Arab, sebutan kalimah2 'Arab / Al-Quran dan baris2 pun lintang pukang. Walhal seorang yang yang pakar dalam bidang kejuruteraan / sains mithalnya, belum tentu lagi pakar atau baik solatnya. Kerana belajar kejuruteraan / sains dan belajar solat adalah dua perkara yang tersangat berbeza. Pernah saya terlihat seorang Professor dalam bidang tertentu (bukan bidang 'agama'), bila sujud dalam solat kakinya terangkat dan tidak menyentuh dilantai / tempat sujud (apa lagi untuk perut2 jari menyentuh tempat sujud).

Dari segi peribadi pula (di pejabat juga), seorang yang berpakaian dengan tali leher dan kot serta seluar barat (pakaian mat salehlah katakan) pula adalah dianggap kemas, sementara yang berserban dan berjubah, berjanggut (apa lagi kalau berkain pelikat ) akan dipandang 'serong' dan dianggap tidak kemas, walhal pakaian sebegini mendekati pakaian Rasulullah s.a.w. Apakah pakaian yang mendekati Rasulullah s.a.w. itu hanya sesuai di surau / masjid sahaja, dan tidak sesuai di pejabat ? Apakah suasana berketayap / bersongkok /  berserban / berkain pelikat itu perlu dihidupkan disurau / masjid sahaja, jangan di bawa ke pejabat ?

Dan apakah pakaian mat saleh itu sesuai di mana2 ? Atau apakah kita sememangnya menganut fahaman sekular ?

Atau apakah HUBBUDDUNYAA (CINTA DUNIA) telah begitu terbenam di lubuk hati kita, dan kesannya menjalar segar bugar hingga ke seluruh urat saraf kita ? Atau bagaimana ?

Aduhai ......betapa mindset kita (terutama saya sendiri) yang semestinya berteraskan agama telah RANAP sama sekali !!! Aduhai.......betapa hati dan minda kita telah KERACUNAN!!! Semoga sama2 kita mengambil i'tibaar.

Wassalaamu'alaikum wrb.,

Al-faqiiru ilallaah.



kredit: Ustaz Jalil


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan